DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 21 Oktober 2010

ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4- PUISI TRADISIONAL

A.PUISI TRADISIONAL

Pantun Empat Kerat (budi )

Tafsiran Maksud Pantun

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)

Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Makna kata

Punggur = dahan kayu yang mati
Resam = kebiasaan hidup

2. Maksud

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut

i.Seeorang yang tidak diingati,
biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain
walaupun telah menabur bakti


ii.keperluan mengingati budi seseorang
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Menjadi kebiasaan hidup manusia,
orang yang berjasa apabila telah meninggal dunia
sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Sedikit kebaikan yang dibuat,
akan tetap diingati sampai bila-bila

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila



3.TEMA

KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI DALAM MASYARAKAT

- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

4. PERSOALAN

i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan
ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia
iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang
iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas sampai bila-bila pun

5. NILAI

i. Berbudi bahasa – berbudi walaupun kecil
ii. Mengenang budi – orang berjasa sentiasa dihargai
iii. Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi

6. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat
ii. Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil
iii. Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita
iv. Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.

Soalan-soalan pemahaman

i. Berikan maksud rangkap keempat.
( 2 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai jasa ibu bapa?
( 3 markah )

iii. Huraikan empat pengajaran daripada pantun tersebut.
( 4 markah )


B.PANTUN EMPAT KERAT
( Jenaka dan Sindiran)


Tema:
Perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan biasa manusia sebagai panduan dan pedoman hidup

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tidak pandai menumbuk sambal

Dalam kehidupan berkeluarga,
seorang isteri/perempuan mesti pandai mengurus keluarga
bukan sekadar pandai berhias diri.


Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

i.Memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu
sedangkan diri sendiri penuh dengan kekurangan

ii.Orang yang tidak pandai apabila menunjukkan kepandaian
akan diketawakan oleh orang lain

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

i.Orang yang kehilangan kuasa dan kekuatan
tidak lagi digeruni oleh orang yang pernah dianiaya.

ii.Orang ramai tidak lagi gerun dan takut
akan seseorang yang telah kehilangan kuasa dan kekuatan.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

i.
Perbuatan yang di luar norma /kehidupan/
rutin hidup seeorang melahirkan kebimbangan kepada orang lain

ii.Melakukan sesuatu yang mustahil
akan menyebabkan perasaan bimbang kepada orang lain

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pengkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Kehebatan/keangkuhan/kelebihan seseorang
mampu ditewaskan oleh orang yang tidak disangka-sangka
seringkali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat

Persoalan
1. Kepentingan ilmu mengurus rumahtangga jika mahukan keluarga bahagia
2. Sikap masyarakat yang gemar memperlekeh usaha orang lain mencari ilmu
3. Sikap masyarakat yang tidak sedar akan kekurangan diri sendiri
4. Peraturan hidup alam, yang berkuasa akan jatuh
5. Sikap manusia yang sering melakukan perkara yang aneh dan pelik

PENGAJARAN
1. Ilmu pengurusan keluarga mesti dikuasai jika ingin keluarga yang bahagia bukan sekadar menjaga penampilan diri.
2. Jangan memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu.
3. Kita perlu cermin kekurangan diri sebelum melihat kekurangan orang lain
4. Jangan berlagak pandai.
5. Kita perlu sedar, kelebihan diri, kepandaian diri tidak akan kekal selama-lamanya, sampai masanya kita akan jatuh juga.
6. Jangan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan kerana akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
7. Jangan berasa diri sentiasa hebat kerana kita dapat ditewaskan pada bila-bila masa

SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN

i. Berikan maksud
Hairan sekali hati saya
Burung terbang disambar ikan
( rangkap ke lima pantun )
( 2 markah )

ii. Jelaskan kelebihan-kelebihan yang akan diperoleh remaja jika bersikap merendah diri dalam kalangan rakan-rakan.
( 3 markah )

iii. Huraikan 2 persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
( 4 markah )

a. Huraikan ciri-ciri pengurusan keluarga yang baik .
b. Jelaskan implikasi-imlipkasi negatif yang mungkin wujud dalam masyarakat jika sifat sombong dan lupa diri menjadi amalan.
c. Jelaskan sebab-sebab keluarga mesti diurus dengan baik oleh ibu bapa.


C.SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

TEMA


Kelebihan orang yang berakal
Orang berakal dapat membezakan perkara yang baik dan buruk kerana orang berakal sentiasa berfikir sebelum bertindak

MAKSUD RANGKAP

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Status orang yang berakal/berilmu amatlah mulia dalam masyarakat kerana itulah ciri para nabi dan orang alim.
Sesiapa yang mempubyai sifat ini akan beroleh kebahgiaan.


Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Orang berakal/berilmu mempunyai fikiran yang tajam dan bernas.
Orang yang berakal boleh menjadi pelindung /pemimpin dalam segala aspek
Orang berakal dapat menyekat diri dari terjerumus dengan



Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Orang berakal mampu mentafsir sesuatu perkara dengan baik dan tepat
Orang berakal amat dikasihi dan disenangi oleh semua orang
Orang berakal tidak akan bersetongkol dengan mereka yang berbuat kejahatan kerana dikhuatiri membawa kecelakaan/ keaiban kepada diri.


Sebagai lagi tanda orang berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal

Satu lagi tanda orang berilmu ialah;
tidak melanggar perintah agama,
tidak tamak sebaliknya banyak berserah kepada Allah SWT/tuhan
sentiasa bersedih kerana sedar dunia ini tidak kekal sebaliknya akan musnah


Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Satu lagi tanda orang berilmu ialah apabila ia disukai /dihargai oleh pemimpin
Tidak suka berpeleseran/melepak
Tidak meninggi diri apabila melakukan sesuatu perkara
Tidak membezakan status diri dengan rakan-rakan yang lain


Apabila raja kasih sangat,
Makin itu ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta khidmat.

Orang berilmu ; apabila disukai pemimpin akan sentiasa beringat-ingat/tidak lupa diri.
Semua rakan dan kenalan terpaut hati/ menyukai orang berakal
Orang berakal bersifat merendah diri semasa menabur khidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

Sifat orang berakal mesti diberi perhatian
Orang berakal amat sayang akan ilmu
Rajin belajar tanpa rasa jemu
Sentiasa mendalami ilmu agar tidak tertipu semasa menjalani hidup


Persoalan
1. Kemuliaan yang diperoleh oleh seseorang apabila memiliki ketinggian ilmu dan dikategorikan oleh orang berakal
2. Ketinggian ilmu dan akal dapat membawa kesan positif dalam hidup
3. Sifat-sifat terpuji yang terhasil kesan ketinggian akal dan ilmu seseorang
4. Ilmu yang sentiasa dicari apabila memiliki ketinggian akal


NILAI
1
KEBIJAKSANAAN
Orang berakal bijak menyelesaikan masalah
2
RENDAH DIRI
Orang berakal sentiasa merendah diri apabila bergaul/bekerja
3
KETAATAN
Orang berakal sangat taat akan perintah agama
4
KERAJINAN
Orang berakal amat rajin meningkatkan ilmu yang ada
5
BERHATI-HATI
Orang berakal sentiasa berhati-hati dalam tindakan
6
PENYAYANG
Orang berakal amat menyayangi sahabat handai

PENGAJARAN
1. Jangan menyombong diri apabila kita mempunyai kepandaian.
2. Jangan bersifat tamak dengan menggunakan ilmu untuk kepentingan diri
3. Jangan menggunakan ilmu untuk melakukan kejahatan
4. Kita hendaklah merendah diri jika memiliki kepandaian
5. Kita hendaklah menjaga hubungan yang baik dengan sahabat dan masyarakat walaupun kita memiliki kelebihan ilmu

SIFAT-SIFAT ORANG BERAKAL
1. MERENDAH DIRI
2. TIDAK TAMAK
3. TIDAK SOMBONG
4. JUJUR
5. BERFIKIR PANJANG
6. MENGHARGAI RAKAN-RAKAN
7. SUKA MENAMBAH PENGETAHUAN


SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud bait keenam dalam syair di atas.
( 3 markah )
ii. Sebagai remaja, jelaskan sifat-sifat yang baik semasa menuntut ilmu.
( 3 markah )

iii. Huraikan 4 pengajaran daripada syair di atas.
( 3 markah )

1. Berikan maksud rangkai kata
a. Telek pandangan dengan makrifat
b. Ibanya tahu dunia tak kekal
c. Dengan taulannya bersamaan sahaja
d. Mencari kupasan jangan tersemu


D. SYAIR SITI SIANAH

TEMA
Nasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa
Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsa.

Maksud syair
Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Wanita yang gemar mencukur bulu roma di muka, menbentuk kening seperti taji ayam dan keterlaluan berhias diri dianggap janggal dalam masyarakat

Mengagak mengilai terlaku suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Ketawa mengilai-ngilai
Suka mempamerkan diri di hadapan elaki
Muga-mua kaum lelaki tertarik akan dirinya


Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpaki molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri di belek-belek.

Sesetengah kaum wanita amat suka bersolek dan berpakaian cantik.
Asyik menelek muka dan bergaya di nhadapan cermin kerana terlalu taksub dengan penampilan diri


Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik hidungnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Walaupun sesetengah kaum wanita tidak memiliki wajah yang cantik tetapi masih tetap berhias diri secara keterlaluan

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut di kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Ada kaum wanita yang memakai rambut palsu untuk menutup kekurangan diri yang berambut sedikit ditegur oleh penyair

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Sesetengah kaum wanita dianggap menipu tentang ketrampilan diri kerana mengenakan mekap yang tebal

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka melekat.

Ada kaum wanita yang dikategorikan sebagai orang yang suka dipuji.
Mulalah menghias diri berlebih-lebihan
Berperangai suka memandang-mandang orang lelaki
Suka berfoya-foya dengan laki-laki jahat/tidak bermoral


Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya lelaki menjadi gila.

Perempuan yang meliuk lengguk di hadapan lelaki sebenarnya bertujuan menggoda laki-laki

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Kita diingatkan agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dari segala perbuatan yang keji.
Agar kita tidak menjadi sampah masyarakat.


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Ada perempuan yang suka berjudi sehingga habis segala harta yang ada.
Segala barang kemas habis digadaikan kerana terlalu gemar berjudi dan tabiat
buruk ini tidak dapat dikikis lagi.


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah perbuatan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Perempuan dan lelaki yang tidak menjaga kelakuan banyak terjebak dalam perbuatan yang dilarang agama.
Segala amalan sembahyang tidak dilaksanakan kerana telah terjebak dengan hasutan syaitan.


PERSOALAN
1. Kaum wanita yang tidak tahu menjaga maruah diri.
2. Kaum wanita yang terlalu bebas pergaulan
3. Perlanggaran terhadap larangan tuhan/ tidak mengambil berat tuntutan agama
4. Keperluan doa dalam hidup manusia agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral

NILAI
1
KETAATAN
Taat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri terpelihara dari perbuatan keji.
PENGAJARAN
1. Wanita perlu menjaga aurat dan fizikal agar terlindung dari kejahatan lelaki
2. Jangan berlebih-lebihan menghias diri
3. Hendaklah patuh akan ajaran agama
4. Hendaklah menerima keadaan semula jadi fizikal diri.
5. Jangan suka dipuji-puji kerana akhirnya memberi kemudaratan
6. Hendaklah menjaga maruah diri demi nama baik keluarga

SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan makna
a. Makan angkat
b. Sempolah
c. Cemara
d. Membadi
( 2 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah wanita perlu menjaga maruah diri mereka?
( 3 markah )

iii. Huraikan 4 pengajaran dari syair di atas.
( 4 markah )

a. Jelaskan cara-cara untuk menjadi wanita yang berakhlak mulia.
b. Jelaskan cara-cara yang akan anda lakukan untuk menyedarkan diri rakan anda yang terlalu bebas pergaulannya.
c. Huraikan cara-cara untuk mendapar sahabat yang berakhlak mulia.


E.GURINDAM 12 PASAL YANG KE ENAM

TEMA

Nasihat dan pengajaran kepada murid-murid /remaja tentang cirri-ciri orang yang boleh dijadikan teman dan sahabat dalam hidup.

MAKSUD GURINDAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat

Apabila mencari sahabat, pilihlah yang boleh membawa kebaikan kepada kita

Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan oleh seteru

Apabila mencari sahabat, carilah orang yang boleh menasihati kita agar sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk manusia di sekeliling

Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri

Apabila mencari teman hidup, pilihlah wanita yang taat dan patuh akan suami

Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang setiakawan
Apabila memilih kawan, pilihlah yang tahu nilai persahabatan dan setia dengan persahabatan yang terjalin

PERSOALAN
1. Sikap berhati-hati semasa memilih teman
2. Teman yang berakhlak mulia akan membawa keharmonian kepada kita
3. Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalan menjalin hubungan baik sesama manusia
4. Ciri-ciri wanita yang baik amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga

PENGAJARAN
1. Hendaklah berhati-hati dalam pergaulan
2. Hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti tinggi agar perilaku kita terpuji

SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud rangkap 1 gurindam
( 2 markah )
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri orang berperangai baik.
( 3 markah )
iii. Huraikan 4 persoalan dari gurindam tersebut.
( 4 markah )

F.SELOKA EMAK SI RANDANG

TEMA

Sikap manusia yang sering menghargai orang lain berbanding keluarga sendiri
Berbudi tidak kena pad tempatnya.

MAKSUD
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan.
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi

Emak Si Randang terlalu baik ketika melayan tetamu.
Segala keperluaan disediakan sehingga sanggup menghabiskan harta demi keselesaan tetamu
Keluarga/anak-anak tidak dipedulikan
Akhirnya membawa kerugian kerana menanggung hutang sedangkan tetamu yang bertandang telah berangkat pergi.



Oleh sebab mahu menjaga hati tetamu, segala pekerjaan tidak dibuat. Akhirnya mendapat susah kerana tiada pendapatan sedangkan simpanan makanan telah kehabisan

PERSOALAN
1. Berbudi dan berjasa mengikut kemampuan diri.
2. Sikap terlalu mengagung-agungkan orang lain selain dari keluarga sendiri
3. Sikap manusia yang kurang beringat tentang kemampuan diri
4. Sikap manusia yang suka menunjuk-nunjuk akhirnya membawa kesusahan kepada diri sendiri

NILAI
1. MENGHORMATI TETAMU
Emak Si Randang amat menghormati tetamu dengan memberi layanan yang sangati istimewa

PENGAJARAN
1. Apabila berbudi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan diri
2. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang asing kerana belum tentu mereka membawa kebaikan kepada kita
3. Hendaklah mengutamakan kebajikan anak dan keluarga berbanding orang luar dari keluarga kita
4. Hendaklah membuat perancangan yang teliti agar tidak diperalatkan oleh orang yang tidak dikenali.
5. Hendaklah berhati-hati agar tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.

SOALAN PEMAHAMAN


1. Apakah kesusahan yang dialami oleh Emak Si Randang setelah dagang pergi ?
( 2 markah )
ii. Mengapakah kita perlu menabur jasa mengikut kemampuan diri?
( 3 markah )
iii.Jelaskan 4 persoalan daripada seloka tersebut.
( 4 markah )
a.Senaraikan perlakuan negatif Emak Si Randang.
b.Berikan maksud
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
Kera di hutan disusui

Selasa, 19 Oktober 2010

ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4-PROSA KLASIK

PROSA KLASIK

1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
2. HIKAYAT INDERA NATA
3. MERAH SILU

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
sinopsis penuh hikayat awang sulung merah muda dimuat turun daripada http://bicarasastera.blogspot.com



1. PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Bagi memahami kisah di dalam teks ini para pelajar perlu tahu kisah hidup Awang Sulung Merah Muda sebelum dilahirkan sehingga dia berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Memandangkan permulaan jalan cerita diambil daripada pertengahan jalan cerita teks asal iaitu “HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA” , maka wujud beberapa kekeliruan tentang kisah-kisah yang terdapat di dalam teks Antologi Harga Remaja.

Sehubungan dengan perkara di atas, dijelaskan serba sedikit tentang Awang Sulung Merah Muda berdasarkan teks asal cerita ini.

Kisah bermula di negeri Pati Talak Terengganu
BAB 1
1.Pemerintahnya Si Helang Mawai mangkat dan diganti oleh suami kepada Uli Pati Talak Terengganu.

2. Anak Si Helang Mawai bernama Tuan Puteri Si Helang Bakau berkahwin dengan Tuanku Si Helang Laut yang tidak mempunyai negeri , ( bukan pemerintah mana-mana negeri).

3. Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau belayar ke Bandar Mengkaleh.

4. Sementara itu, Datuk Batin Alam meminang Uli EAmak Si Anjing dan mereka berkahwin.

5. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau dan Tuanku Si Helang Laut belayar dan samapi di tengah lautan Tanjung Jati, mereka berkaul dan berniat untuk mendapatkan seorang anak.

6. Ketika Tuan Puteri Si Helang Bakau mengandung, baginda mengidamkan seekor pelanduk jantan putih yang mengandung dan nikan terubuk jantan yang mengarang telur.

7. Akhirnya , Tuan Puteri Si Helang Bakau melahirkan seorang putera diberi nama AWANG SULUNG MERAH MUDA.


BAB 2
Tuan Puteri Si Helang Bakau mangkat dan dimakamkan mengikut adat Diraja.
Tuanku Si Helang Laut juga mangkat dan dimakamkan berdekatan makam isterinya.

BAB 3
Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing memelihara Awang Sulung dan dijadikan anak angkat.
Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung dan anaknya Puteri Dayang Nuramah belajar Al-Quran dan Merawi
Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung belajar ilmu Mantik dan Nahu.
Datuk Batin Alam mengajar Awang Sulung ilmu silat dan ilmu Kebal.
Datuk Batin Alam mengupah orang untuk mengasah gigi Awang Sulung
Awang Sulung berkhatan mengikut adat Istiadat Diraja
Uli Emak Si Anjing belayar ke tanah Pati Talak Terengganu mengambil upah mangandam
Datuk Batin Alam mendesak Awang Sulung membayar balik wang yang digunakan untuk upah mengasah gigi
Datuk Batin Alam menyiksa Awang Sulung dengan menyuruhnya melakukan berbagai-bagai kerja
Datuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung membuat pagar sasak dan sebuah kakap
panjang tujuh depa sehasta
Awang Sulung masuk ke hutan meminta pertolongan kepada Tukang dari kayangan untuk membuat kakap
Datuk Batin menikam Awang Sulung dan berlaku pertikaman senjata antara kedua-duanya.
Tuan Puteri Dayang Nuramah mendesak Awang Sulung lari meninggalkan Datuk Batin.
Awang Sulung keluar mengembara dan meninggalkan Datuk Batin Alam dan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 4
Awang Sulung pergi ke rumah emak saudaranya untuk meminta pertolongan tetapi dihalau.
Tuan puteri Dayang Seri Jawa dari Tanah Semarang Jawa belayar ke Bandar Mengkaleh untuk melihat Awang Sulung dengan menaiki Geliung Panjang.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tunang kepada Raja Mambang Saujana.
Awang Sulung menyamar sebagai budak sakai atau budak hitam.


BAB 5
Awang Sulung masuk ke geliung milik raja dari negeri Semarang Tanah Jawa.
Awang Sulung meminta pertolong kepada Tuanku Nahkoda Tua untuk membayar hutang mengasah gigi kepada Datuk Batin Alam tetapi ia dihalau.
Tuan Puteri Seri Jawa memberi pinjaman wang kepada Awang Sulung, kemudian Awang Sulung berjanji menjadi hamba kepada tuan puteri
Awang Sulung kembali ke istana Datuk Batin Alam dan melunaskan hutangnya.

BAB 6
Uli Emak Si Anjing kembali ke negeri Bandar Mengkaleh hendak melihat anaknya.
Uli Emak Si Anjing mengetahui Awang Sulung disiksa oleh suaminya Datuk Batin Alam.
Tuan Puteri Dayang Nuramah menyerang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana merebut Awang Sulung.
Awang Sulung meleraikan peperangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Awang Sulung balik semula ke Bandar Mengkaleh dan berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Nuramah.

BAB 7
1. Awang Sulung menyelamatkan geliung panjang daripada serangan perompak-perompak yang diketuai oleh Panglima Helang Laut.
2. Tuanku Nahkoda Tua dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengetahui identiti sebenar Budak Hitam iaitu Awang Sulung.
3. Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan meneruskan pelayaran hingga sampai ke negeri Pati Talak Terengganu.

BAB 8
Awang Sulung mengetahui Uli Pati Talak Terengganu adalah Ibu Saudaranya.
Awang Sulung mempelajari adat-adat di Gelanggang semasa berada di Negeri Pati Talak Terengganu.
Awang Sulung menang bersabung ayam kerana menyeru tuah ayam sabungannya yang bernama Kinantan[15] suci.

BAB 9
Awang Sulung berkahwin dengan Tuan Puteri Pinang Masak.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung.
BAB 10
Awang Sulung meneruskan pelayarannya dengan Tuan Puteri Jawa hingga sampai ke Negeri Pasir Panjang.
Awang Sulung bertemu Ibu saudaranya Uli Emak Hitam Pasir Panjang.
Awang Sulung bertemu dengan Tuan Puteri Mayang Mengurai kemudian mereka kahwin.

BAB 11
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa melakukan tipu helah agar Awang Sulung Balik ke Geliung dan meneruskan pelayaran mereka ke Tanah Semarang Jawa.
Awang Sulung bertemu dengan tunang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu Tuanku Mambang Saujana.
Awang Sulung berperang dengan Tuanku Mambang Saujana dan berjaya menewaskan dengan memanggal leher Tuanku Mambang Saujana
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berarak diseluruh tanah Semerang Jawa meraikan perkahwinannya dan kemenangannya.
Awang Sulung berulang-alik menemui keempat-empat isterinya.

GLOSARI
i. BBerkaul: bernazar, berjanji hendak melakukan sesuatu apabila cita-cita atau hajat tercapai

ii. Merawi : Bercerita

iii. Mantik : Cara berfikir yang hanya berdasarkan fikiran belaka

iv. .Mengasah gigi di sini bertujuan untuk menambah Seri Wajah Awang Sulung Merah Muda

v.
Pagar Sasak : pagar dari bilah bambo yang dianyam.

vi. Kakap : Perahu yang sempit dan rendah

vii. Geliung :sebuah Kapal bahtera yang besar dan panjang yang digunakan untuk belayar.

viii. Kinantan : Ayam yang bulunya putih belaka.


_________________________________________________________________________

DIPETIK DAN DIUBAH SUAI DARIPADA “ BICARASASTERA.BLOGSPOT.COM”



SINOPSIS BERDASARKAN ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

1.Geliung panjang meluncur sangat laju meredah lautan
2. Oleh sebab terlalu laju semua anak kapal muntah-muntah dan mabuk kapal.
3. Hanya Tuan Puteri Seri Jawa, Si Kembang Cina dan Awang Sulumg Merah Muda ( budak hitam ) yang tidak mabuk.
4. Tuan Puteri Seri Jawa menjadi jurumudi.
5. Akhirnya baginda kepenatan dan meminta Si Kembang Cina memanggil budak hitam untuk mengemudi kapal.
6. Awang Sulung Merah Muda tidak mahu , Si Kembang Cina disuruh memujuk sekali lagi dengan bahasa yang lemah lembut.
7. Awang Sulung Merah Muda memberi isyarat bahawa dia lapar .
8. Maka, sebelum dia mengemudi kapal , dia diberi makan oleh Si Kembang Cina.
9. Awang Sulung Merah Muda mengambil alih tugas mengemudi kapal tanpa memegang kemudi kapal.
10. Awang Sulung Merah Muda hanya berkata-kata kepada beliung agar belayar mengikut arah tiupan angin.
11. Tuan Puteri Seri Jawa sebenarnya tidak mahu berehat sebaliknya mahu duduk berdua-duaan dengan Awang Sulung Merah Muda.
12. Tuan Puteri Seri Jawa jatuh cinta akan Awang Sulung Merah Muda.
13. Setelah tiga hari belayar, geliung sampai ke Pulau Tapai.
14. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung Merah Muda , berlabuh di pulau itu untuk mengambil bekalan kayu dan air yang sudah habis.
15. Tetapi gelombang masih sangat besar dan geliung gagal unruk rapat ke tepi pulau.
16. Awang Sulung Merah Muda segera masuk ke petak jubungnya untuk mengambil bungkusan tulang pelanduk putih.
17. Bungkusan tersebut diikat dengan benang pancar warna.
18. Bungkusan tersebut dicampakkan oleh Awang Sulung Merah Muda ke laut.
19. Seketika kemudian, gelobmang besar menjadi reda dan geliung Berjaya rapat ke tepi pulau.
20. Setelah beberapa lama berlabuh, anak-anak kapal mulai sedar dari mabuk.
21. Sesetengah terpinga-pinga dan tertanya-tanya tentang temapat mereka berada sekarang.
22. Namun begitu, keadaan ini diambil oleh jurumudi kapal , beliau menikam seekor ayam dengan kerisnya dan keris tersebut ditunjuk olehnya kepada Tuanku Nakhoda Tua.
23. Jurumudi mengaku bahawa dia yang menyelamatkan geliung daripada amukan Puteri Dayang Nuramah.
24. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk dan masih terpinga-pinga berfikir bahawa jurumudi berkata benar kerana pada masa itu baginda pengsan.
25. Geliung berlabuh selama tiaga hari.
26.Semua anak kapal bergembira
27. Pada masa itu, Tuanku Nakhoda Tua berjanji, kepada sesiapa yang dapat melindungi geliung daripada serangan lanun sehingga mereka sampai ke Tanah Jawa, baginda akan mengahwinkan anaknya Tuan Puteri Seri Jawa dengan orang tersebut.
28. Jurumudi mengatakan kesanggupannya mempertahankan geliung daripda seranga lanun.
29. Tuanku Nakhoda Tua meminta jurumudi nbersabar kerana mereka masih dalam pelayaran dan belum terlepas dari bahaya besar kerana di lautan yang akan dilalui terdpat ramai bajak laut.
30. Ketika , anak-anak kapal ,lain sibuk mengangkat kayu dan mencari air, jurumudi terpandang Awang Sulung Merah Muda yang tidak berbuat apa-apa kerja dan mengadu kepada Tuan Puteri Seri Jawa.
31. Tuan Puteri Seri Jawa berasa sangat marah akan jurumudi dan memebri peringatan kepda jurumudi bahawa, geliung, nasi dan air bukan kepunyaan jurumudi.
32. Dalam pada itu, Tuan Puteri Seri Jawa ingin menguji kehebatan ilmu Awang Sulung Merah Muda.
33. Disuruh Awang Sulung Merah Muda mencari air dengan buyung suasa.
34. Awang Sulung Merah Muda melakukan tindakan yang bertentangan dengan anak-anak kapal yang lain.
35 Dia mencari air di tengah laut di tempat arus yang paling deras.
36. Awang Sulung Merah Muda diuji lagi , diberi sebilah parang dan disuruh mencari kayu.
37. Dia mencari kayu nipah sedangkan orang lain mencari kayu bakau.
38. Kelakuan Awang Sulung Merah Muda dikritik oleh jurumudi.
39.Ketiaka kenduri diadakan di atas geliung, jurumudi memerintah SiKembang Cina memebri Awang Sulung Merah Muda makan di dalam tempurung berbulu.
40. Tindakan tersebut menaikkan kemarahan Tuan Puteri Seri Jawa.
41. Tuan Puteri Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa dengan talam beralaskan kain kuning.
43. Pada masa itu, Si Kembang Cina diperintah membawa buyung suasa berisi air masin yang diambil oleh Awang Sulung Merah Muda.
44. Dirasanya air tersebut; air masin bertukar rasa manis seperti serbat.
45. Disuruh Si Kembang CIna merasai air tesebut ; kehairanan melihat keadaan tersebut.
46. Tuan Puteri Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina dan memintanya agar berhat-hati apabila bercakap.

PELAYARAN DIMULAKAN SETELAH BERLABUH DI PULAU TAPAI

47. Tuanku Nakhoda Tua memberi peringatan kepada anak-anak kapal bahawa mereka akan melalui Laut Sekona Lingga yang dipenuhi bajak laut.
48. Baginda mengulangi lagi janjinya akan mmengahwinkan Tuan Puteri Seri Jawa dengan sesiapa yang Berjaya menyelamatkan geliung tersebut daripada bajak-bajak laut tersebut.
49. Semua anak kapal terdiam dan takut tetapi jurumudi member jaminan bahawa dia akan melawan bajak laut tersebut.

MEREKA MELINTASI PULAU SALAH NAMA
50. Berlaku serangan lanun.
51. Semua anak kapal termasuk jurumudim melarikan diri ke dalam perut kapal.
52. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintah Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung Merah Muda melawan bajak laut.

53. Awang Sulung Merah Muda enggan dan mencari helah mengatakan dia hanya tahu menjaga ayam dan menyapu rumah.
54. Setelah dipujuk, Awang Sulung Merah Muda berkias bahawa tangan dan kakinya sakit-sakit.
55. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa faham akan maksud Awang Sulung Merah Muda lantas menyuruh Si Kembang Cina menyediakan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung Merah Muda mandi.
57. Apabila Awang Sulung Merah Muda mandi, warna kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih ( kelihatan panau-panau di badannya ).
58. Wajah Awang Sulung Merah Muda menjadi tampan sehingga terpesona Si KEmbang Cina melihatnya.
59. Awang Sulung Merah Muda kemudian masuk ke ptak jubungnya dan memakai pakaian pusaka tua warisan daripada ibunya, mengenakan keris dan pedang sakti lalu berjalan keluar.
60. Pada ketika itu , bajak-bajak laut sedang mencangkuk rombeng geliung dengan besi.
61. Awang Sulung Merah Muda terus menyeru nama-nama ketua lanun untuk mengambil Tuan Puteri Seri Jawa sebagai hamba.
62. Mendengar suara tersebut, semua lanun berasa gentar kerana mereka telah merompak geliung penghulu mereka sendiri dan berasa bersalah.
63. Bajak-bajak laut memohon maaf.
64. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut bahawa baginda tidak memberitahu tentang pelayarannya kerana menemani Tuan Puteri Seri Jawa balik ke Tanah Jawa.
65. Awang Sulung Merah Muda memberitahu bajak-bajak laut yang baginda telah berhutang emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam.
66. Bajak-bajak laut kemudian, mengisi geliung dengan batu rial dan emas bagi membayar hutang tersebut dan Awang Sulung Merah Muda bolehlah pulang ke Bandar Mengkalih.
69. Mendengar percakapan bajak laut dengan Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa segera menafikan kenyataan Awang Sulung Merah Muda sebaliknya mengaku bahawa dirinyalah orang dagang yang hina dan telah ditawan oleh Awang Sulung Merah Muda seorang pahlawan yang handal.
70. Awang Sulung Merah Muda mengakui kebenaran kata-kata Tuan Puteri Seri Jawa kerana dialah yang menewaskan Puteri Dayang Nuramah yang berperang dengan Tuan Puteri Seri Jawa kerana berebutkan Awang Sulung Merah Muda.
71. Jadi, hutang pun sudah dijelaskan, maka Awang Sulung Merah Muda bermohon mahu pulang ke Bandar Mengkalih.
72. Mendengar kata-kata Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Seri Jawa sangat hampa lantas mahu terjun ke dalam laut.
73. Tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada lalu di bawa masuk ke dalam magun. Tuan Puteri Seri Jawa terus pengsan.
74. Hulubalang meminta Awang Sulung Merah Muda tidak lagi menyakat Tuan Puteri Seri Jawa.
75. Awang Sulung Merah Muda memangku Tuan Puteri Seri Jawa lalu dibisikkan pantun kasih.
76. Tuan Puteri Seri Jawa yang sudah sedar daripada pengsan mendengar pantun tersebut lalu membalas pantun Awang Sulung Merah Muda.
77. Bajak-bajak laut bermohon untuk meninggalkan geliung setelah mengisi geliung dengan wang dinar emas.

SETELAH LANUN ( BAJAK LAUT ) MENINGGALKAN GELIUNG

78. Jurumudi segera keluar dari bawah kapal lantas menikam seekor ayam, kemudian keris yang berlumuran darah ditunjukkan kepada Tuanku Nakhoda Tua.
79. Tuanku Nakhoda Tua percaya lalu mengotakan janjinya.
80. Mualim Cik Mas dipanggil untuk menikahkan jurumudi dengan Tuan Puteri Seri Jawa.
81. Tuan Puteri Seri Jawa memprotes tindakan bapanya dan menyatakan bahawa Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat menilai kebenaran.
82. Tuan Puteri Seri Jawa meminta Tuanku Nakhoda Tua melihat orang byang berada di dalam petak juhbung.
83. Tuanku Nakhoda Tua terperanjat melihat seorang pemuda yang sangat tampan lalu bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa.
84. Tuan Puteri Seri Jawa memberitahu Tuanku Nakhoda Tua pemuda itu ialah budak hitam yang tidak mahu ditolong oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk melunaskan hutangnya.
89. Nama pemuda itu ialah Awang Sulung Merah Muda, cucu kepada Si Helang Mawai; orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan geliung daripada serangan bajak laut malah mendapatkan wang dinar emas yang sangat banyak daripada bajak laut.
90. Awang Sulung Merah Muda enggan menghadap Tuanku Nakhoda Tua setelah diperintah maka Tuanku Nakhoda Tua yang masuk bertemunya di dalam petak jubung.
91. Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf lalu membawa Awang Sulung Merah Muda ke luar.
92. Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada Tuan Puteri Seri Jawa, tentang orang yang bertanggungjawab menjaga geliung daripada serangan Puteri Dayang Nuramah dan bajak laut.
93. Tuan Puteri Seri Jawa mengesahkan bahawa Awang Sulung Merah Mudalah yang menjaga geliung ; orang yang sama dicari oleh mereka sejak mereka meninggalkan Semarang Tanah Jawa.
94. lalu kedua-duanya dikahwinkan.
95. Jurumudi sangat malu dan marah.

PERJALANAN MENUJU TANAH JAWA
96. Geliung meninggalkan laut Pulau Salah nama menuju ke Tanah Jawa.
97. Melintasi beberapa buah pulau dan tempat.
98. Awang Sulung Merah Muda memberitahu Tuan Puteri Seri Jawa nama-nama pulau tersebut.
99. Akhirnya , mereka sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu.

DI NEGERI PATI TALAK TERANGGANU
100. Ketika geliung berlabuh, anak kepada Uli Pati Talak Terengganu iaitu Puteri Pinang masak sedang beristirahat di atas peterana di magun kapal.
101. Melihat kedatangan geliung tersebut, Tuan Puteri Pinang Masak memerintah pengasuhnya juaga bernama Si Kembang Cina bertanyakan anak-anak kapal geliung tersebut.
102. Sebaliknya Bujang Selamat yang disuruh oleh Si Kembang Cina.
102. Jurubatu di atas geliung memberitahu bahawa mereka dari Bandar Mengkalih dan hendak pulang ke Tanah Jawa.
104.Mereka datang bukan untuk urusan perniagaan sebaliknya hanya untuk menjalinkan silaturahim.
105. Bujang Selamat kembali ke istana memberitahu raja.
106. Raja memerintah Bujang Selamat agar bertanya kepada anak-anak geliung sama ada mereka faham akan adat di Negeri Pati Talak Terengganu.
107. Awang Sulung Merah Muda mengatakan mereka mahir adat pelayaran tetapi adat di Negeri Pati Talak Terengganu tidak begitu arif.
108. Bujang Selamat menyampaikan jawapan Awang Sulung Merah Muda.
109. Dia diminta bertanya tentang nama juragan, nakhoda, jurubatu dan jurumudi geliung tersebut.
110. Bujang Selamat datang semula ke geliung dan orang-orang geliung menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.
111. Hal ini meneyebabkan Tuan Puteri Pinang Masak masuk campur, meminta ayahandanya menjemput rombongan di atas geliung naik ke darat.
112. Segala orang-orang besar menjemput rombongan Awang Sulung Merah Muda ke istana.
113 Raja Negeri Pati Talak Terengganu,menyediakan pelbagai kemudahan dan permainan bagi meraikan kedatangan Awang Sulung Merah Muda.
114. Awang Sulung Merah Muda mendapat keizinan daripada Tuan Puteri Seri Jawa untuk turun ke darat, lalu baginda pergi bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamat serta ayammya Kinantan Suci.


DI DARAT
115.KETIBAAN Awang Sulung Merah Muda menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu kerana alat kebesaran diraja berbunyi sendoiri
Seluruh isi alam pun meyambut kedatangan baginda.
i. gunung, burung merpati berbunyi sendiri.
ii. Burung murai memberi salam
iii. Berbega( berkeliling terbang) burung di atas bumbung
iv. Si tambang denak berkokok
v. Disahut oleh Kinantan Suci
vi. Burung ketitir jantan bertutu
vii. Balam tembaga berkokok dengan tiga gaya
( Balam tembaga ialah sejenis burung merbuk, ketitir atau ketutur)
viii. Segala alat-alat bunyian berbunyi.

116. Raja Negeri Pati Talak Terengganu bertanya kepada Awang Sulung Merah Muda tentang tempat asalnya tetapi hanya dijawab oleh Awang Sulung Merah Muda yang dia sampai ke negeri itu secara tidak sengaja.
117. Ketika bertutur, semua rakyat Negeri Pati talak Terengganu terpegun melihat giginya yang cantik bercahaya-cahaya.
118. Raja Negeri Pati Talak Terengganu berasa bahawa Awang Sulung Merah Muda ialah anak saudaranya.
119. Raja menjemput Awang Sulung Merah Muda naik ke balai rung seri tetapi Awang Sulung merah Muda meminta izin untuk bersabung ayam terlebih dahulu.

DI GELANGGANG SABUNG AYAM

120. Bujang Selamat dsuruh bertanyakan adat/peraturan bertaruh di gelanggang sabung ayam.
121. penghulu memberitahu memang ada peraturan yang mesti dipatuhi.
i. boleh menyeru tuah ayam di dalam gelanggang ( memberi semangat )
ii. tidak boleh mencabut keris di pinggang
iii. tidak boleh membuang tengkolok kepala
iv. tidak boleh menyingsing lengan
v. tidak boleh menyeru anak lelaki.
vi. boleh bertaruh rial ( bertaruh duit )

122. Awang Sulung Merah Muda bersetuju untuk bertaruh maka baginda pun
i. membulang kain sebanyak empat lilitan ( membulang = melilit pada kepala)
ii. meletakkan wang pertaruhan
iii. mengoja ayamnya ( mengoja =memberangsangkan ayam supaya menyerang lawan )
123. Setelah berlaga, Kinantan Suci mengelepar kerana kepaknya kena taji oleh ayam lawan
124. Orang ramai bersorak-sorak di keliling gelanggang.
125. Awang Sulung Merah Muda berkias mengatakan anak raja berlabuh tirai ( sedang berehat )
126. Sekali lagi Kinantan Suci ditaji, kali ini pada balungnya pula.
127. Awang Sulung berkias mengatakan anak raja bergunting rambut ( berpangkas gombak)
128. Awang Sulung Merah Muda mula memainkan peranannya iaitu menyeru tuah ayamnya ( membaca mentera mumuja semangat ayam )
129. Mendengar seruan tersebut, Kinantan Suci terus melompat lalu menaji leher lawan sehingga putus , terpelanting kepala ayaam lawan ke atas anjung Tuan Puteri Pinang Masak. Berkokoklah Kinantan Suci sebanyak tiga kali.
130. Awang Sulung Merah Muda kemudian berangkat ke balairung seri disambut oleh Temenggung, Laksaman Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, hulubalang, lasykar dan seluruh rakyat yang hina- dina di negeri itu.


FORMAT SOALAN PROSA KLASIK :
I. MAKSUD RANGKAI KATA ( 2 MARKAH )
II. PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN PROSA ( 3 MARKAH )
III. KEMAHIRAN BERFIKIR ( 3 MARKAH )


Latihan pemahaman
PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
A.
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatnya pada benang pancar warna, di campakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahhya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang , tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memelihara geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin,”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

Matlob ( Penyelenggara )
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44 – 61, 1977
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

i. Berikan maksud perkataan terpisat-pisat berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
( 2 markah )
ii. Apakah tindakan Awang Sulung apabila melihat gelombang yang sangat besar ketika menghampiri pulau itu?
( 3 markah )

iii. Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, jelaskan tindakan yang akan anda ambil setelah mendengar kata-kata jurumudi.
( 3 markah )

B. Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan.
Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pangkalan Negeri Pati Talak Terengganu.
Ketibaan Awang Sulung ke negeri Terengganu itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.

Nobat merpati di gunung
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci
Bertutu ketitir jantan,
Berkoko balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

“ Wahai anakanda, datang dari mana?” Tanya baginda raja.
Jawab Awang Sulung

“Cik langsuir menikam pari,
Pari ditikam tombak senangin;
Bukan sahaya sengaja ke mari,
Dihantar ombak ditumpu angin.”

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak Terengganu menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

(Matlob ( Penyelenggara )
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 44 – 61, 1977
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

i. Berikan maksud rangkai kata bagai kilat sembur-menyembur.
( 2 markah )
ii. Mengapakah rakyat Negeri Pati Talak Terengganu berasa hairan dengan kedatangan Awang Sulung Merah Muda?

( 3 markah )
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung Merah Muda merahsiakan identiti dirinya yang sebenar
ditanya oleh raja ?
( 3 markah )

i. Berikan maksud cekatan .
( 2 markah )
ii. Ceritakan kisah yang terdapat di dalam rangkap di bawah,

Nobat merpati di gunung
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci
Bertutu ketitir jantan,
Berkoko balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.
( 3 markah )
iii. Mengapakah kita mesti merahsiakan identiti diri daripada orang yang baru dikenali?
( 3 markah )




2. HIKAYAT INDERA NATA


SINPOSIS PENUH CERITA HIKAYAT INDERA NATA DIMUAT TURUN DARIPADA ALAMAT DI BAWAH
http://aswarafcreaders.blogspot.com/2009/04/sinopsis-hikayat-indera-nata.html
Nama: Yusrizan Bin Yunus
No Matriks: 27083038
Email: aureolamoda@yahoo.com
Fakulti: Filem & Video
Subjek: Salasilah Penceritaan
Tugasan: KARYA SASTERA KLASIK
Tajuk Karya: HIKAYAT INDERA NATA
Penyelenggara: Wahyunah Hj Abd Ghani
Transliterasi: Salim Hj Taib
Dewan Bahasa Dan Pustaka/2004/ 193 halaman

Sinopsis Hikayat Indera Nata
Hikayat ini bermula dengan kisah seorang raja yang dinamakan sebagai Raja Rom, seorang raja yang adil dan bijaksana. Baginda mangkat dan meninggalkan seorang putera iaitu Raja Muda. Kemangkatan baginda secara tidak langsung menabalkan Raja Muda kepada Raja Rom yang baru.
Suatu hari, Raja Rom yang baharu itu pergi keluar berburu. Baginda terserempak dengan seekor kijang putih bertanduk emas lantas baginda cuba mengejar haiwan tersebut. Ketika itulah baginda terpisah dengan para pengiringnya. Baginda kemudiannya bertemu dengan Puteri Cenderawati yang asalnya dilarikan oleh seekor raksasa yang mahu memakan hati puteri tersebut apabila cukup dewasa kelak. Raja Rom menyelamatkan puteri tersebut lalu dibawa pulang dan dikahwininya.
Suatu hari, Puteri Cenderawati dan Raja Rom melawat ke Pulau Cinta Berahi dan Pulau Pelanggam Cahaya untuk bersuka ria sambil memetik buah-buahan bersama-sama para pengiring mereka. Puteri Cenderawati yang ketika itu sedang hamil tiga bulan, terlalu asyik dengan keindahan pulau tersebut lalu terpisah pula dengan dayangnya. Muncul Si Batu Kembar yakni seekor raksasa yang tinggal di pulau tersebut, merampas pakaian serba lengkap kepunyaan Puteri Cenderawati lalu dipakainya, dan kepada puteri tadi ditukarkannya dengan kulit kayu manakala wajah puteri malang itu disapu dengan gerah rangdu menjadikannya hodoh dan buruk. Si Batu Kembar yang menyamar menjadi puteri, bertemu dengan Raja Rom lalu mempersalahkan dan menuduh puteri yang telah menjadi hodoh tadi sebagai hantu dan punca wajah Si Batu Kembar menjadi berbeza. Raja Rom membawa pulang Si Batu Kembar ke istana manakala puteri sebenar dibuangkan ke laut.
Puteri Cenderawati diselamatkan oleh Betara Gangga. Sang Betara Gangga kemudiannya memberikan Puteri Cenderawati sebiji batu hikmat yang membolehkan baginda pulang ke negeri Rom secara berjalan di atas laut.
Lalu sang puteri pulang dan tinggal di hujung negeri Rom bersama-sama kandungannya. Baginda kemudiannya melahirkan seorang putera yang terlalu elok paras wajahnya dan dinamakan Indera Nata; seperti yang diamanahkan oleh Betara Gangga. Manakala di istana pula, Si Batu Kembar yang menyamar turut melahirkan seorang lagi waris Raja Rom yang diberi nama Indera Jenaka.
Indera Nata yang semakin dewasa ditakdirkan berjumpa dengan Indera Jenaka lalu bersahabat. Si Batu Kembar yang mengetahui asal-usul Indera Nata, memarahi dan memukulnya sekuat hati.
Indera Nata kemudiannya melukis gambar tujuh orang puteri yang sedang menunggang seekor gajah bergading emas. Raja Rom yang ternampak lukisan tersebut memerintahkan Indera Nata mendapatkan gajah dan tujuh orang puteri yang dilukisnya atau dihukum bunuh. Indera Nata pulang ke rumah lalu memberitahu bondanya hal tersebut.
Puteri Cenderawati menyerahkan batu hikmat pemberian Betara Gangga kepada Indera Nata yang mahu memulakan pengembaraannya mencari tujuh puteri dan gajah bergading emas tersebut. Indera Jenaka yang pada mulanya mengikut Indera Nata, berpatah balik kerana takut dengan bahaya lalu menceritakan keberanian Indera Nata kepada Raja Rom.
Indera Nata pula berjaya menemui tujuh orang puteri namun puteri-puteri tersebut sebenarnya ditawan oleh sepasang raksasa yang menculik mereka untuk memakan hati mereka apabila dewasa kelak. Ketika kedua raksasa itu tiba-tiba pulang, salah seorang puteri iaitu Puteri Cendera Kesuma menyembunyikan Indera Nata di dalam sebuah peti emas. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencarikan gajah bergading emas supaya hati mereka cepat membesar untuk raksasa itu makan. Kedua raksasa itu lantas keluar mencari dan berjaya mendapatkannya. Raksasa pulang dengan gajah bergading emas. Sang puteri memberi alasan lagi supaya kedua raksasa itu mencari kijang betanduk emas dan memcuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Pada masa kedua-dua raksasa itu keluar melakukannya, Indera Nata melarikan ketujuh-tujuh puteri bersam-sama gajah bergading emas tadi. Kedua raksasa yang menyedari mereka telah ditipu, mengejar mereka hingga ke tepi laut. Betara Gangga yang pernah menyelamatkan bonda Indera Nata, muncul sekali lagi untuk menyelamatkan Indera Nata pula. Kedua raksasa itu mati dibunuh oleh Betara Gangga di dalam laut. Indera Nata pula selamat membawa ketujuh-tujuh puteri pulang ke rumah bondanya, Puteri Cendera Wati.
Raja Rom yang terpesona dengan kecantikan ketujuh-tujuh orang puteri dan keperkasaan Indera Nata mendapatkan gajah tersebut, mula khuatir Indera Nata mungkin akan merampas kerajaannya lalu baginda mencipta satu muslihat agar Indera Nata berjumpa ayah dan bonda baginda yang telah mangkat. Namun Puteri Cenderawati bersama-sama tujuh puteri yang dapat menghidu niat jahat Raja Rom itu, berjaya memanipulasi keadaan tersebut. Mereka membuat sebuah patung yang menyerupai Indera Nata dan menghidupakan patung tersebut dengan menggunakan batu hikmat Betara Gangga. Patung tersebut dihantar ke dalam unggun api yang marak tanpa meninggalkan secebis tulang.
Raja Rom kemudiannya datang ke rumah Tuan Puteri Cenderawati untuk mengambil ketujuh-tujuh puteri bersama-sama gajah bergading emas namun terperanjat apabila mendapati Indera Nata masih hidup. Indera Nata menceritakan keadaan syurga dan khabar ayah bonda baginda. Indera Nata memberitahu lagi bahawa arwah ayah dan bonda baginda mahu bertemu baginda sekeluarga. Raja Rom percaya lalu mengatur satu lagi pembakaran.
Patung Indera Nata diciptakan sekali lagi untuk mengiringi Raja Rom bersam-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka. Mereka berempat kemudiannya memasuki unggun api yang marak itu lalu mangkatlah Raja Rom bersama-sama Si Batu Kembar dan Indera Jenaka.
Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Tuan Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali Raja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku kepada Puteri Cenderawati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih kepada semua.
Indera Nata yang kemudiannya berkahwin dengan ketujuh-tujuh puteri yang diselamatkan itu, rupanya dimusuhi oleh ketujuh-tujuh ayahanda mentuanya. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, membatalkan hasrat mereka tersebut malah menganggap Indera Nata selayaknya menjadi menantu mereka.
Ketujuh-tujuh raja pulang ke negara masing-masing namun mereka diserang pula oleh tunang-tunang puteri-puteri mereka. Ketujuh-tujuh orang raja memberikan sebab yang serupa kerana kesemua tunangan puteri-puteri tersebut tidak berani menyelamatkan puteri mereka daripada cengkaman raksasa dahulu namun hanya berani menunjukkan muka setelah mengetahui puteri mereka kini menjadi milik Indera Nata.
Peperangan demi peperangan berlaku namun Indera Nata berjaya membantu semua ayahanda mentuanya menewaskan putera-putera bacul itu. Kesemua putera itu kemudiannya dilepaskan setelah berjanji mahu memberi ufti kepada kerajaan Rom.
Puteri Cendera Kesuma yang hamil tiga bulan pula mengidam buah pauh janggi. Indera Nata yang pergi mengembara mencari buah tersebut, dilanda musibah lalu hanyut ke sebuah pulau seorang diri. Indera Nata kemudiannya diselamatkan oleh seekor garuda yang menerbangkannya ke sebuah negeri bernama Negeri Cemara. Di sana, tinggal seorang puteri bernama Ratna Seri Kencana yang sangat cantik dan menjadi rebutan empat puluh orang putera raja yang datang melamar sehingga menyukarkan Raja Cemara membuat keputusan untuk puterinya yang seorang itu. Indera Nata kemudiannya menyamar sebagai Emas Bagang lalu memberi pendapat pada Raja Cemara. Dengan muslihat Emas Bagang, anak-anak raja itu berperang sesama sendiri hingga tinggal lima orang sahaja.
Di Rom pula, anak kepada Puteri Cendera Kesuma dan Indera Nata telahpun membesar menjadi seorang putera yang terlalu kacak dan tinggi budi pekerti dan dinamakan Indera Lelana. Indera Lelana yang telah berusia sembilan tahun kemudiannya keluar mengembara untuk mencari ayahandanya yang belum pulang.
Indera Lelana tiba di Negara Cemara lalu menumpang di rumah nenek kebayan yang kebetulannya menjaga kebun bunga milik Ratna Seri Kencana, puteri yang menjadi rebutan tadi. Ratna Seri Kencana yang singgah ke rumah nenek kebayan untuk memetik bunga, mula jatuh cinta dengan Indera Lelana.
Indera Lelana dan Ratna Seri Kencana kemudiannya bercinta tanpa pengetahuan Raja Cemara. Ketika rahsia terbongkar, kelima-lima orang raja yang menunggu penerimaan lamaran, menyerang Indera Lelana namun Indera Lelana terlalu hebat untuk dikalahkan. Raja Cemara akhirnya mengarahkan Emas Bagang menentang Indera Lelana.
Emas Bagang dan Indera Lelana bertarung tanpa mengalah. Kemudiannya Emas Bagang yang mula kehairanan melihat diri Indera Lelana seakan bayangan terhadap dirinya, bertanya asal-usul Indera Lelana. Terbuktilah Indera Lelana ialah anak kandungnya sendiri.
Raja Cemara yang mengetahui keadaaan tersebut sangat sukacita kerana puterinya akan berkahwin dengan anak raja termasyhur di dunia. Emas Bagang menukar kembali namanya kepada Indera Nata lalu membawa Indera Lelana dan menantunya Ratna Seri Kencana pulang ke Rom.
Setelah Ratna Seri Kencana hamil tiga bulan, baginda pula yang mengidam kijang emas. Indera Lelana yang keluar berburu terserempak dengan abang Si Batu Kembar. Kegagahan Indera Lelana akhirnya berjaya menewaskan keangkuhan abang Si Batu Kembar. Negeri Rom akhirnya menjadi semakin makmur, aman damai dan gilang-gemilang tanpa sebarang ancaman musuh.
*************************************************************
SINOPSIS BERDASARKAN TEKS ANTOLOGI HARGA REMAJA
TEKS KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4.

Indera Jenaka sampai ke negeri Rom dan berjumpa bondanya Si Batu Kembar. Raja Rom bertanya kepada Indera Jenaka tentang Si Piatu. Indera Nata memberitahu ayahandanya, Si Piatu sebenarnya bernama Indera Nata lantas menceritakan keberanian Indera Nata yang luar biasa. Indera Nata dikhabarkan boleh bercakap-cakap dengan binatang malah boleh memerintah lembur menyeberangkan mereka ke negeri Pattani. Indera Jenaka amat kagum melihat kehebatan Indera Nata. Ayahanda Indera Jenaka amat kagum mendengar kehebatan Indera Nata.
Pada masa yang sama, Indera Nata meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang lebiht tinggi berbanding bukit-bukit yang lain. Di atas bukit tersebut Indera Nata melihat ada sebuah rumah yang sangat tinggi binaannya. Indera Nata tertanya-tanya tentang rumah tersebut lalu segera masuk ke dalammya. Dia melihat beberapa helai pakain yang berwarna keemasan. Pada ketika itu juga dia terpandang sebuah mahligai di sebelah rumah yang tinggi itu yang juga sangat cantik perhiasannya.
Lantas Indera nata dengan segera masuk ke dalam mahligai dan ternampak tujuh orang puteri. Timbul perasaan takjub akan kebesaran Allah SWT apabila melihat ketujuh-tujuh orang puteri tersebut. Sementara itu, ketujuh-tujuh orang puteri berasa amat gembira dapat bertemu dengan seorang lelaki yang sangat tampan rupanya. Ketujuh-tujuh orang puteri bertanyakan nama Indera Nata dan tujuan dia datng ke tempat mereka. Hal ini berlaku kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah sampai ke situ kerana khuatir dimakan oleh raksasa.
Indera Nata memberitahu ketujuh-tujuh orang puteri tersebut akan namanya dan tujuan dia ke situ untuk mencari gajah bergading emas kerana menjunjung perintah Raja Rom iaitu ayahandanya. Seterusnya , dia bertanya tentang nama-nama puteri-puteri tersebut dan sebab-sebab mereka tinggal di mahligai tersebut.
Seorang daripada puteri-puteri tersebut menyatakan namanya Tuan Puteri Cendera Kesuma anak Raja Mesir lalu memperkenalkan puteri-puteri yang lain kepada Indera Nata. Tuan Puteri Indera Kesuma memberitahu Indera Nata bahawa mereka semua dikurung di dalam mahligai intuk dipelihara sehingga besar untuk dijadikan makanan raksasa. Kesemua puteri meminta belas kasihan Indera Nata untuk membawa mereka keluar dari mahligai tersebut. Indera Nata memberi kesanggupan untuk membawa mereka lari dari mahligai tersebut sehingga mahligai menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa kerana terlalu gembira akan janji Indera Nata.
Seterusmua Tuan Puteri Cendera Kesuma berjanji akan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas tersebut. Indera Nata pula amat kagum melihat kecantikan dan kebijaksanaan Tuan Puteri Cendera Kesuma berbanding enam orang puteri yang lain.
Tiba-tiba Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu Indera Nata tentang kepulangan raksasa. Pada masa yang sama terdengar bunyi seperti ribut sehingga Indera Nata tertanya-tanya tentang bunyim tersebut. Tuan Puteri Cendera Kesuma menyatakan itu ialah tanda raksasa sudah hampir sampai ke mahligai Lalu Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas.
Sebaik sahaja sampai di mahligai, kedua-dua raksasa tercium bau manusia lantas bertanya kepada Tuan Puteri Indera Kesuma. Dijawab oleh Tuan Puteri Indera Kesuma bahawa tidak pernh seorang manusia pun yang sampai ke situ, melainkan bau tersebut ialah bau mereka lalu menguja raksasa untuk makan mereka semua. Namunbegitu, raksasa bertanya sama ada hati mereka sudah besar untuk dimakan maka dengan segera dijawab oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma bahawa hati mereka masih kecil dan jikalau raksasa mahu hati mereka cepat besar, mereka perlu makan gajah bergading emas.
Kedua-dua raksasa setuju untuk mencari gajah bergading emas pada keseokan harinya. Mereka mencari gajah tersebut di dalam hutan. Pencaraian raksasa berhasil apabila terseremapak dengan kumpulan Raja Rom yang sedang berburu. Raja Rom menunggang gajah bergading emas. Raksasa menyerang kumpulan Raja Rom lalu memakan semua ahli kumpulan dan membawa pulang gajah bergading emas.
Melihat kejayaan, raksasa membawa pulang gajah bergading emas, Puan Puteri Cendera Kesuma meminta kedua-dua raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan mencuci kain hitam menjadi putih. Keesokan harinya , kedua-dua raksasa keluar melaksanakan permintaan Tuan Puteri Cendera Kesuma. Pada masa itu, Indera Nata keluar dari persembunyian dan membawa lari ketujuh-tujuh orang puteri, dan segala perkakasan mahligai dengan menunggang gajah bergading emas. Perjalanan merentasi hutan dan padang dan akhirnya sampai ke tepi laut.
Pada masa yang sama, raksasa tidak dapat menemui kijang putih bertanduk emas lalu berasa sangat marah. Dia mendapatkan isterinya yang sedang mencuci kain hitam sehingga koyak rabak tetapi tidak menjadi putih lantas diajak isterinya pulang ke mahligai. Sesampai di mahligai kedua-dua raksasa mendapati kesemua puteri dan gajah bergading emas telah tiada. Menyedari mereka telah tertipu, kedua-dua raksasa mengejar Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri hingga sampai ke tepi laut. Melihat keadaan itu, ketujuh-tujuh orang puteri menangis ketakutan.
Indera Nata pula segera mencita gemala hikmat untuk meminta bantuan daripada Betara Gangga. Melihat isyarat daripada Indera Nata, Betara Gangga memerintah lembur dan naga menyeberangkan Indera Nata, puteri-puteri dan gajah bergading emas ke seberang laut. Betara Gangga juga memerintah lembur dan naga membunuh kedua-dua raksasa tersebut.
Setelah raksasa mati dibunuh oleh lembur dan naga, Indera Nata meneruskan perjalanan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Pada mulanya, inang pengasuh agak was-was untuk membenarkan Indera Nata masuk kerana Indera Nata telah lama hilang setelah menjunjung titah Raja Rom untuk mencari gajah bergading emas dengan tujuh orang puteri.
Mendengar kata-kata inang pengasuh, Indera Nata memberitahunya bahawa dialah Indera Nata yang pulang bersama-sama tujuh orang puteri. Tuan Puteri Cenderawati mendengar perbualan tersebut lantas mendapatkan Indera Nata, lalu memeluk anaknya . Tuan Puteri Cenderawati memberitahu Indera Nata sepanjang ketiadaannya dia tidak lalu makan dan minum dan tidak dapat tidur.
Kemudian Indera Nata menceritakan kisahnya kepada bondanya. Sementara itu ketujuh-tujuh orang puteri pula terkenang kepadaibu bapa masing-masing lalu menangis bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati.
Tuan Puteri Cenderawati tidak dapat tidur walaupun sudah tengah malam kerana menagis mengenangkan perpisahan dengan suaminya tetapi pada masa yang sama dapat bertemu semula dengan anaknya , Indera Nata. Akhirnya , ketujuh-tujuh orang tuan puteri tinggal bersama-sama Tuan Puteri Cenderawati.
_______________________________________________________________
LATIHAN PEMAHAMAN
Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”
Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”

i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.
( 2 markah )

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai ke tepi laut ? ( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?
( 3 markah )


___________________________________________________________________________


Soalan-soalan tambahan

a. Pada pendapat anda, mengapakah Indera Nata sanggup membawa pulang ketujuh-tujuh orang puteri ke rumah bondanya ?

b. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata menyembunyikan diri semasa raksasa berada di dalam mahligai?

c. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman moden ini, jelaskan strategi yang dapat baginda ambil untuk menyelamatkan diri dan ketujuh-tujuh orang puteri tersebut?

d. Nyatakan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri Indera Nata berdasarkan keseluruhan teks.

e. Mengapakah Indera Jenaka menganggap Indera Nata seorang yang hebat?



3. MERAH SILU

I. SEBAHAGIAN SINOPSIS HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
II. SINOPSIS KISAH MERAH SILU DARIPADA ANTOLOGI HARGA REMAJA

MERAH SILU

Kisah Merah Silu merupakan sebahagian daripada teks asal iaitu Hikayat Raja-raja Pasai

Bagi mengetahui kisah Merah Silu dan watak-watak lain dengan jelas ; dipaparkan sebahagian sinopsis Hikayat Raja-raja Pasai .

Para pelajar boleh melayari laman web berikut;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Raja-raja_Pasai

( PERINGATAN: SINOPSIS DALAM WIKIPEDIA MENGANDUNGI EJAAN DAN NAMA-NAMA YANG SEDIKIT BERBEZA DENGAN TEKS ANTOLOGI REMAJA )

Walau bagaimanapun diturunkan sebahagian daripada sinopsis tersebut bagi tujuan rujukan pantas para pelajar.

I.Hikayat Raja-raja Pasai

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini:

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai terletak di Kampung Geudong, Lhokseumawe, utara Aceh, pulau Sumatera, Indonesia.

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf jawi pada lembaran - lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.

Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan.

Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana

Pembukaan dan PengIslaman Pasai

  • Pasai merupakan negeri pertama menerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri Samarlanga. Raja Muhamad mendapat Puteri Betung daripada perdu rebung buluh. Raja Ahmad bernegeri ( memerintah ) di Balik Rimba . Dia pergi memburu dan berjumpa dengan seorang tua di dalam sebuah surau . Daripada nasihat orang tua di surau itu, Raja Ahmad mendapat anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah. Anak itu dinamakan Merah Gajah . Akhirnya Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

  • Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silau ( Merah Silu ) dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang ( mangkat ). Raja Muhamad marah lalu membunuh Merah Gajah . Maka Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik- beradik ini terbunuh dalam peperangan.





II. SINOPSIS MERAH SILU (Antologi Harga Ramaja )

· Merah Silu dan Merah Hasun tinggal di Beruana. Merah Silu menahan bubu untuk menahan ikan yang banyak di dalam sungai tetapi mendapat cacing gelang-gelang. Merah Silu menahan bubu lagi tetapi masih dipenuhi oleh caing gelang-gelang. Setelah tiga hari menahan bubu , bubunya masih dipenuhi cacing gelang-gelang lantas dibawanya cacing tersebut ke rumah. Dimasukkkan ke dalam kawah dan direbus. Dengan kuasa Allah SWT cacing-cacing tersebut bertukar menjadi emas dan buih air menjadi perak. Merah Silu menjadi orang yang kaya.

· Merah Silu berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasum marah akan Merah Silu kerana menyangka dia suka bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silu dari tempatnya.

  • Merah Silu berpindah dari Beruana membawa harta dan kerbau-kerbau yang ditangkapnya. Tujuh orang pengikutnya membawa senawat. Kawasan bukit yang dilalui menjadi lekuk kerana terlalu banyak kerbau yang melalui kawasan tersebut. Mereka melalui hulu Sungai pasangan dan akhirnya tiba di simpang hulu Kallang dan menetap di situ.

· Namun setelah lama tinggal di situ, kerbau-kerbaunya memankan dan tanaman pisang penduduk di hulu Kallang. Penduduk hulu KaRANG mengusir Merah Silu kelauar dari situ.

  • Merah Silu berpindah lagi. Dia mudik ke hulu Semenda. Sampai ke sebuah temapat bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang kerana ladang di situ luas dan kerbaunya mempunyai banyak kawasan untuk mencari makanan.
  • Malangnya Merah Silu suka sangat bersabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bersabung ayam. Dia membayar semula taruhan orang yang kalah bersabung ayam . Perlakuannya tersebar hingga ke kampung lain dan semakin ramai yang datang bersabung di Buluh Telang. Apabila orang ramai pulang setiap orang dihadiahkan sekor kerbau . Orang yang datang menonton juga dihadiahkan seekor kerbau.
  • Megat Iskandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l Nasair di Rimba Rimba Jerun . Megat Iskandar hendak mengangkat Merah Silu menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Aria Benong. Apabila Merah Silu menjadi raja, Sultan Maliku’l Nasair menyerangnya dan berlaku peperangan. Sultan Malikul Nasar yang kalah melarikan diri ke Benua. Tetapi di Benua, Sultan Maliku’l Nasar berada di suatu tempat maka Merah Silu memerangi Sultan maliku’l nasar memaksa Sultan maliku’l Nasar berundur ke Gunung Telawas. Merah Silu mengepung tetapi Sultan Maliku’l Nasar dapat meloloskan diri. Temapat kejadian dinamakan KUBU.

  • Sultan Maliku’l Nasar berundur lagi . Ketika itu baginda sampai di satun jurang yang picik, dalam dan kersang lantas dinamakan Pekersang. Akhirnya baginda berundur ke Kumat.

  • Sultan Maliku’l Nasar membina petempatan di situ.

  • Megat Iskandar mendapat berita Sultan Maliku’l Nasar membina negeri di Kumat lalu menyerang Kumat dan Sultan Maliku’l Nasar tewas. Ramai hulubalangnya mati dan rakyat serta askarnya melarikan diri entah ke mana-mana.

  • Antara hulubalangnya ialah Tuan Aria Benong yang lari ke Barus tetapi dibunuh oleh raja barus.

  • Akhirnya Merah Silu dirajakan oelh Megat Iskandar di Rimba Jerun


BULUH TELANG