DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Rabu, 29 Disember 2010

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-CERPEN-PAHLAWAN BUNTUNG

CERPEN: PAHLAWAN BUNTUNG

( S.Othman Kelantan )

Cerpen bertemakan semangat cinta akan negara mengisahkan keberanian seorang lelaki bernama Husain menyelamatkan penduduk kampungnya semasa serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di negara kita.

Berlatarbelakangkan beberapa buah tempat di Kelantan, peristiwa-peristiwa penting dalam cerpen ini banyak digambarkan melalui teknik imbas kembali.

ANALISIS CERPEN:


TEMA

Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperangan

Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat.

Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun.

Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.

PERSOALAN

PERSOALAN

1. Kesan buruk peperangan kepada manusia

Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri

Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom.

2. Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian

Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun

Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.

3. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain.

Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka.

Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.

4. Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak

Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.

5. Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.

Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun.

Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat.

Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.

6. Penghargaan terhadap jasa warga tua

Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.

7. Hormat akan warga emas/tua

Khalid amat menghormati Pak Husain. Ketika bertemu semasa temasya menyambut ulang tahun kemerdekaan , Khalid menyapa Pak Husain dan mereka berbual-bual serta bertanya khabar masing-masing. Khlalid menjemput Pak Husain untuk berkunjung ke rumahnya di Jalan Bayam

PERWATAKAN

Berani

Contoh: Pak Husain (Pahlawan Buntung )berani menembak perompak yang sedang mendarat dengan perahu di kampungnya .

Prihatin

Pak Husain prihatin akan keadaan Jarah yang . Dia mengusung Jarah yang terkena peluru sesat di bahu, hingga sampai ke perahu semasa orang kampung menyelamatkan diri dari serangan tentera Jepun

Bertanggungjawab

Pak Husain seorang rakan yang bertanggungjawab. Dia yang mengetuai dan memandu arah semasa perpindahan penduduk Kampung Pak Amat ketika serangan tentera Jepun.

Kasih sayang

Ayah Khalid amat menyayangi Pak Husain kerana jasanya menyelamatkan penduduk kampung. Sebelum meninggal dia sentiasa menyebut nama Pak Husain .

Bijak

Pak Husain berjaya menipu tentera Jepun untuk melarikan diri semasa ditahan dan dipaksa menggali dan menanam mayat-mayat mangsa peperangan. Beliau meminta izin untuk membuang air besar tetapi dengan segera melarikan diri.

Berbudi bahasa

Khalid amat menghormati Pak Husain. Menegur Pak Husain dengan mesra ketika bertemu semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan di kota setelah 30 tahun tidak bersua.

Setiakawan

Penduduk Kampung Pulau Pak Amat amat akrab dan rapat antara satu sama lain.

Pak Husain berusaha memastikan semua penduduk kampung selamat semasa serangan tentera Jepun.

Ayah Khalid tidak tidur selama beberapa malam menjaga Pak Husain yang meracau kerana fikirannya terganggu setelah dipaksa oleh tentera Jepun menguburkan mayat-mayat mangsa peperangan seorang diri di kampungnya.

Mengenang budi

Ayah Khalid amat menghargai jasa dan keberanian Pak Husain menyelamatkan

keluarganya lalu semasa Pak Husain meracau-racau akibat peristiwa dipaksa

menggali kubur oleh tentera Jepun ayah Khalid tidak tibur bermalam-malam untuk

menjaga Pak Husain.

Khalid terlalu menghargai jasa Pak Husain yang menyelamatkan keluarganya semasa serangan tentera Jepun dan menganggap Pak Husain seorang Pahlawan di kampungnya.

LATAR

1. LATAR MASYARAKAT

Penduduk perkampungan nelayan

Tentera Jepun

Mayarakat yang zalim-tentera Jepun

Masyarakat yang tinggi ikatan setikawan mereka

2. LATAR MASA

Masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Zaman pasca kemerdekaan (1973)

Waktu malam

Hampir pagi

Pagi

3. LATAR TEMPAT

Di tapak temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan

Di kampung Pulau Pak Amat

Di Kuala Pak Amat

Pangkalan Kampung Dal

Hospital Kota Bharu

Di sebuag warung

Sungai Gali

NILAI

1. KEBERANIAN

2. KEPRIHATINAN

3. SETIAKAWAN/KESETIAAN

4. KEBIJAKSANAAN

5. KASIH SAYANG

6. TANGGUNGJAWAB

7. BERHEMAH TINGGI

PENGAJARAN

1. Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain

2. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.

3. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita

4. Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi.

5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.

PLOT

1. PERMULAAN

Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.

Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.

2. Perkembangan

Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.

3. Perumitan

Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memelukm erat ibu mereka.

Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah.

Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka.

Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.

4. Puncak

Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.

5. Peleraian

Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.

LATIHAN KENDIRI

1. 1.Berikan maksud ‘ kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong oleh pasang penuh’ .Pada pandangan anda mengapakah Khalid berpendapat begitu?


2 2. Nyatakan dua musibah yang dialami penduduk kampung dan cara Pak Husain menyelamatkan penduduk kampung


3. 3.Pada pendapat anda, mengapakah Khalid amat menyanjungi dan mengagumi Pak Husain.

4. 4.Jika anda seorang pemimpin , jelaskan tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menghargai jasa pahlawan-pahlawan negara.

5. Pada era ini, bagaimanakah golongan remaja dapat menunjukkan semangat patriotik kepada agama, negara dan bangsa?



Khamis, 23 Disember 2010

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-SAJAK- BANGKITLAH

BANGKITLAH

Rejab F.I.


Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.


Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit


Bangkitlah

Jangan sesal nanti

Madu buni yang kekeringan isi laut kekosongan

Dan perut belantara menjadi ladang.


Anak-anak

apa esok yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau mahu terus nangis

tanpa air mata?


Kalau tidak

Bangkitlah

Matahari belum lagi rembang

Dan burung-burung belum lagi menjamah awan!


(1969)

Langit Di Tangan , 1995

Dewan Bahasa dan Pustaka

Muka surat 24 Antologi Dirgahayu Bahasaku


ANALISIS SAJAK

Penyajak menyeru anak-anak muda bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Bumi yang kaya dan subur disarankan oleh penyajak untuk diusahakan demi kepentingan masyarakat masa kini dan generasi akan datang

( PENGENALAN ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

MUKA SURAT 17)

Secara umum penyajak meenyeru golongan remaja agar tidak leka dengan kesenanngan dan kemakmuran yang dikecapi dalam usia muda mereka.

Penyajak merayu golongan remaja agar gigih berusaha dan mengejar kejayaan agar tidak menyesal pada hari kemudian.

Banyak bahasa perlambangan digunakan bagi menyampaikan mesej yang terkandung dalam minda penyajak


Maksud Sajak


Bait 1


Anak-anak yang sedang lena

bangkitlah

matahari sudah tinggi

di puncak gunung.

Golongan remaja diseru agar segera sedar dari kelekaan dan kelalaian hingga malas untuk berusaha untuk kejayaan masa depan sedangkan masa sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapapun

( dalam kehidupan manusia , apabila matahari sudah terbit tinggi bermakna hari sudah lama siang..... dan waktu sebegini orang ramai sudah berpusu-pusu keluar mencari rezeki dan gigih bekerja . Akan tetapi anak-anak muda yang malas biasanya masih lagi tidur lena ..... )


Bait 2

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit

Golongan remaja diminta agar tidak membuang masa sebaliknya melihat dan mengintai kegigihan orang lain yang lebih awal berusaha mencari kejayaan.

Golongan remaja diseru agar segera merebut peluang kejayaan yang masih tersedia di depan mata.

(Penyajak menggunakan unsur-unsur pagi, burung dan pepohon sebagai simbolik pada PELUANG KEEMASAN DAN KEKAYAAN BUMI YANG ADA YANG MESTI DIREBUT OLEH ANAK-ANAK REMAJA sebab pada kebiasaannya aktiviti pada awal pagi masih belum rancak berbanding waktu tengah hari...banyak peluang dapat direbut kerana kurang persaingan)

( Pada waktu pagi merupakan masa yang sangat selesa untuk memulakan tugas

Perhatikan suasana alam, pada waktu pagi burung-burung akan keluar dari sarang untuk mencari makanan dengan bebas dan bertenaga. Suasana kehijauan pula memberi satu ketenangan kepada kita untuk memulakan tugasan seharian.

Pada waktu pagi biasanya , suasana alam sangat damai dan tenang dan dapat menyuntik semangat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh)


Bait 3

Bangkitlah

Jangan sesal nanti

Madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan

Dan perut belantara menjadi ladang.

Penyajak meminta anak-anak muda segera bangun mengusahakan hasil bumi yang sangat banyak yang tersedia ada sebelum segalanya habis direbut dan diambil oleh orang lain yang lebih awal berusaha mencari kejayaan.

( Madu bumi , isi laut dan perut belantara merupakan unsur simbolik yang

menggambarkan kekayaan hasil bumi negara kita)


Bait 4

Anak-anak

apa esok yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau mahu terus nangis

tanpa air mata?

Penyajak bertanya kepada anak-anak muda tentang masa depan mereka sekiranya mereka masih lagi leka, lalai dan malas berusaha. Adakah pada masa itu baru mereka menyesal setelah semua hasil kekayaan dan kejayaan menjadi milik orang lain dan mereka hidup dalam serba kekurangan dan kesusahan.

( Tanah , batu dan debu merupakan unsur simbolik yang menggambarkan kerugian yang ditanggung oleh orang-orang yang malas.

Tanah, debu dan batu tidak mempunyai nilai yang tinggi berbanding hasil bumi yang lain seperti isi laut , madu dan hutan belantara.

Tanah, debu dan batu digambarkan oleh penyajak sebagai kesusahan yang ditanggung oleh orang-orang yang malas berusaha)


Bait 5

Kalau tidak

Bangkitlah

Matahari belum lagi rembang

Dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Oleh sebab itu, penyajak menyeru anak-anak muda agar segera bergerak cepat dan berusaha gigih merebut peluang untuk mencapai kejayaan yang tersedia di depan mata sebelum terlambat. Rebut peluang kejayaan sebelum diambil oleh orang lain

( rembang membawa maksud

i. Titik di langit yang betul-betul di atas kepala kita

ii. petang atau hampir malam


Matahari belum lagi rembang

(sebelum betul-betul tengahari/petang)

Maksudnya, penyajak meminta anak-anak muda bangun berusaha

semasa usia muda sebelum terlambat /menjangkau usia dewasa/tua

(Pada kebiasaannya pada waktu tengah hari, orang sudah berehat

daripada bekerja dan sudah mendapat hasil dari sepanjang pagi bekerja.)


Burung-burung belum lagi menjamah awan

( Burung-burung belum lagi keluar dari sarang berterbangan

di langit pada waktu pagi )


Maksudnya, penyajak menyeru anak-anak muda agar segera bangun

berusaha semasa usia masih muda sebelum semua hasil direbut oleh

orang lain.

Anak-anak muda diminta bangun bekerja bersungguh-sungguh dan lebih cepat dan pantas daripada orang lain bagi meraih kejayaan sebelum diambil oleh orang lain.


TEMA

PATRIOTISME- semangat cinta akan negara

( berdasarkan pengenalan di muka suarat 17 buku teks Antologi DIRGAHAYU BAHASAKU)

Persoalan

1. 1. Generasi muda yang leka dengan keseronokan dan gemar berfoya-foya.

2. 2. Kepentingan generasi muda/anak-anak remaja bekerja keras sejak usia muda demi kejayaan/kesenangan hidup .

3. 3. Hasil bumi /kekayaan negara yang terus ditangguk/diambil oleh orang lain jika generasi muda malas bekerja/berusaha

4. 4.Peringatan kepada generasi muda agar segera bekerja keras untuk meraih kejayaan sebelum kejayaan dikecapi oleh orang lain.

5. 5. Kegagalan dan kesusahan yang akan ditempuh jika generasi muda masih leka dan lalai untuk berusaha.

NILAI

1. Semangat cinta akan negara

Penyajak menyeru generasi muda segera bekerja keras sebelum hasil negara diambil oleh orang lain/orang asing

2. Kesungguhan

Penyajak bersungguh-sungguh menyeru goongan muda agar sedar akan kesusahan yang bakal menimpa jika masih terus leka dan malas berusaha

3. Sayang akan negara

Penyajak sayang akan negara ini yang mempunyai banyak kekayaan dan hasil bumi

4. Keinsafan

Penyajak amat insaf dan sedar akan nasib malang yang akan menimpa generasi muda jika terus malas bekerja dan berusaha

5. Kasih sayang

Penyajak amat menyayangi masa depan generasi muda sehingga bersungguh-sungguh menasihati dan menyedarkan mereka tentang sikap lalai mereka

PENGAJARAN

1. 1 Kita mesti sayang akan negara dan menghargai kekayaan negara

2. 2 Kita mesti berusaha dari usia muda dengan bersungguh-sungguh demi kejayaan hidup dan kemakmuran negara

3. 3 Kita mesti sedar bahawa kegagalan akan menimpa kita jika malas berusaha

4. 4 Kita mesti berusaha mendahului orang lain untuk mencipta kejayaan

5. 5 Jangan membiarkan kekayaan negara diambil oleh orang asing sehingga kita susah di tanah air sendiri.

6. 6Jangan terlalu mengagungkan kehidupan yang berfoya-foya pada usia muda sebaliknya masa muda digunakan untuk bekerja keras demi kesenangan masa tua.

LATIHAN KENDIRI

i. Berikan maksud

“matahari belum lagi rembang

dan burung belum lagi menjamah awan!

ii. Jelaskan ciri-ciri negatif remaja yang boleh membawa kegagalan dalam hidup mereka.

iii. Jelaskan dua sebab penyajak mahu golongan remaja sedar dari kelalaian dan bekerja keras untuk masa depan.

iv. Huraikan kebaikan-kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bekerja lebih cepat daripada orang lain semasa melakukan tugasan yang diberi.