DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Rabu, 21 September 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR- KERTAS I

BAHAGIAN B
1. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup

Panduan:
       i.            Calon mesti menulis usaha-usaha yang dilakukan oleh diri sendiri
untuk menjadikan amalan membaca sebagai amalan hidup seharian.

     ii.            Calon tidak boleh menulis pendapat tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan lain untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

  iii.            Calon tidak perlu menulis kesan dan faktor-faktor seseorang itu tidak gemar membaca.

“Membaca Jambatan Ilmu” merupakan frasa hikmat bagi individu yang mahu meraih kejayaan dalam hidup. Manusia yang berjaya ialah manusia yang gemar mencari ilmu walau sesusah mana sekali pun. Jika disoroti kisah hidup Imam Al-Ghazali, beliau, mula belajar membaca dan menuntut ilmu ketika berusia lima tahun. Anak yatim ini telah dihantar oleh ibunya berguru dengan seorang tokoh agama yang warak semata-mata mahu beliau menjadi seorang yang mantap ilmunya dalam bidang agama. Kesannya, Imam Al-Ghazali berjaya menguasai ilmu agama dengan jayanya sehingga mampu  menghasilkan sebuah buku rujukan unggul bagi umat Islam sedunia sehingga  hari ini iaitu Ihya Ulumuddin walupun karyanya sudah berusia lebih daripada seribu tahun. Berdasarkan ketokohan Imam Al-Ghazali ini, tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun bahawa membaca merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan ilmu pengetahuan yang mampu melahirkan manusia yang berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Cadangan isi
ANTARA INISIATIF YANG BOLEH SAYA LAKUKAN IALAH

  1.        i.            Sentiasa mengunjungi perpustakaan sekolah/awam
  2.      ii.            Mengambil bahagian secara aktif dalam program NILAM
  3.   iii.            Menyertai aktiviti-aktiviti membaca yang dianjurkan
  4.   iv.            Rajin mengunjungi ekspo  pameran buku dan kedai-kedai buku
  5.      v.            Menjadikan amalan membaca sebagai hobi semasa waktu lapang
  6.   vi.            Menyediakan peruntukan untuk membeli bahan bacaan pada setiap bulan
                                                                                    
i. sentiasa mengunjungi perpustakaan sekolah/awam
saya......
  • ·        mesti melatih dan mebiasakan diri untuk mengunjungi perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam
  • ·        aktiviti ini dapat mendekatkan diri saya dengan ilmu.
  • ·        sekurang-kurangnya 5 kali sehari pada waktu rehat di sekolah, saya akan mengunjungi perpustakaan sekolah
  • ·        membuat kerja sekolah di perpustakaan kerana terdapat pelbagai buku rujukan yang boleh saya gunakan sebagai bahan bantu belajar.
  • ·        mengajak ahli keluarga mengunjungi perpustakaan awam pada hari minggu untuk sama-sama melakukan aktiviti membaca .

ii. Mengambil bahagian secara aktif dalam program NILAM
  • ·        Program NILAM merupakan program yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolah.
  • ·        NILAM yang membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • ·        Program NILAM merupakan inisiatif kerajaan untuk memupuk sifat suka membaca dalam kalangan rakyat sejak di bangku sekolah rendah lagi.
  • Oleh sebab itu saya...
  • ·        Mesti mengambil bahagian secara aktif dalam program NILAM.
  • ·        Saya mesti berusaha keras untuk membaca sekurang-kurangnya 70 puluh buah buku bagi mendapat pengiktirafan oleh pihak sekolah.
  • ·        Namun yang lebih penting, pembacaan pelbagai bahan ilmiah yang berkualiti akan menjadikan saya berilmu pengetahuan yang luas tentang isu-isu penting negara ataupun isu di peringkat global.
  • ·        Membaca buku secara sukarela di rumah, perpustakaan atau di mana-mana sahaja dan merekodkan pembacaan di dalam buku laporan NILAM.
  • ·        Menjadikan tokoh NILAM Negara sebagai idola saya kerana mereka merupakan golongan pelajar yang sangat berjaya dalam bidang akademik.
  • ·        Contoh tokoh NILAM 2010 peringkat kebangsaan bagi sekolah menengah ialah Nur Adillah binti Abdul Rahim dari Pulau Pinang.
  •  

iii. menyertai aktiviti-aktiviti membaca yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
saya....
  • ·        peka akan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembacaan yang disebarkan melalui media massa dan pihak sekolah.
  • ·        menyertai pertandingan menulis esei, pengucapan awam, pidato dan forum yang memerlukan saya membaca bagi mendapatkan maklumat dan bahan untuk aktiviti tersebut.
  • ·        Contoh:
  • menyertai pertandingan menulis esei 1Malaysia anjuran Jabatan  Perdana Menteri . Penulisan esei ini memerlukan saya membaca maklumat-maklumat yang berkaitan sama ada daripada buku, majalah atau lama sesawang yang berkaitan.  Sudah pasti , ilmu , pengetahuan dan kefahaman saya tentang konsep 1Malaysia bertambah baik.
iv. Rajin mengunjungi ekspo  pameran buku dan kedai-kedai buku
     Saya...
  • ·        Perlu rajin mengunjungi ekspo atau pameran buku dan kedai buku Pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai penerbitan boleh dibeli kerana harga yang lebih murah berbanding harga pasaran biasa
  • ·        Ramai penulis buku akan berada di ekspo dan pameran buku untuk bertemu dan memberi penerangan tentang hasil penulisan mereka
  • ·        Terdapat sesi bual bicara bersama-sama penulis-penulis buku; sama ada tentang faktor kejayaan ataupun kelebihan-kelebihan yang ada pada hasil karya mereka.
  • ·        Ramai penulis di Malaysia merupakan tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang masing-masing.
  • ·        Kegemaran membaca dalam kalangan tokoh-tokoh ini dapat menyuntik semangat kepada saya untuk mencontohi minat dan kejayaan mereka.
  • ·        Contoh tokoh yang berjaya menghasilkan karya yang pelbagai genre ialah Datuk A. Samad Said iaitu seorang Sasterawan Negara.
  • Sejak kecil beliau gemar membaca cerita-cerita rakyat dan kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya.  Minatnya terus berkembang,  beliau mula menulis cerita-cerita yang ringkas dan kini merupakan penulis profesional yang telah diisytiharkan sebagai pemenang “South East Asia Writer Arward”.

v.Menjadikan amalan membaca sebagai hobi semasa waktu lapang
  • ·        Masa lapang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin maka saya....
  • ·        Mengisi masa lapang dengan membaca walaupun hanya sebuah rencana  
  • ·        daripada sebuah majalah ilmiah seperti Dewan Masyarakat
  • ·        mengajak adik-beradik atau rakan-rakan untuk bersama-sama membaca dan  bertukar-tukar maklumat dan pendapat tentang isu yang dibincangkan.
  • ·        Menjadikan isu yang dibaca lebih menarik
  • ·        Isu yang menarik juga boleh disiarkan dalam blog atau laman web tokoh-tokoh akademik untuk bertanyakan pandangan mereka.
  • ·        Melalui cara ini, lebih banyak maklumat dan ilmu akan diperoleh kerana tokoh-tokoh akademik merupakan golongan profesional yang luas pengetahuan mereka dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja
  • ·        Contoh: isu tentang kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja boleh diutarakan kepada seorang tokoh kaunseling yang terkenal iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah melalui laman blogspotnya bagi mendapatkan pandangannya.
  • ·        Dengan cara yang menarik ini, masa lapang dapat dihabiskan dengan membaca tanpa bosan.
vii.            Menyediakan peruntukan untuk membeli bahan bacaan pada setiap bulan
Saya...
  • ·        Meminta ibu bapa menyediakan peruntukan khas untuk membeli sebuah atau beberapa buah buku ilmiah dan berkualiti untuk saya pada setiap bulan
  • ·        Saya sendiri memperuntukkan sebahagian wang belanja sekolah untuk membeli bahan bacaan seperti majalah Dewan Siswa pada setiap bulan
  • ·        Saya berkongsi wang dengan adik-beradik yang lain untuk membeli bahan bacaan bagi keluarga kami.
  • ·        Meminta ibu bapa menyediakan satu ruangan khas di rumah untuk menyimpan buku yang boleh dijadikan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah.
  • ·        Memudahkan kami sekeluarga mencari bahan bacaan yang diperlukan.

Kesimpulan
  • ·        Kata-kata hikmat ‘bangsa berjaya bangsa berjaya’ sewajarnya saya amalkan demi kejayaan saya pada masa depan.
  • ·        Usaha yang kecil sekarang mampu menjadikan saya insan yang berjaya nanti.
  • ·        Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha hambanya lebih-lebih lagi Allah SWT sendiri telah menyuruh manusia membaca melalui surah Al-A’la.
  • ·        Saya yakin usaha ini mampu merealisasikan mesej yang terdapat dalam slogan “Membaca Jambatan Ilmu”.


2. Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga  dapat membentuk keluarga penyayang.
    Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang.

FOKUS JAWAPAN: HANYA PERANAN IBU BAPA SAHAJA YANG  
                                 PERLU DIBINCANGKAN

   Pengenalan
   Antara rahmat Allah SWT yang paling besar kepada umat manusia ialah tiupan rasa kasih dan sayang ke dalam jiwa mahkluk ciptaa-Nya ini. Setiap makhluk di atas muka bumi ini ada rasa sayang antara satu sama lain.  Baik manusia atau pun haiwan;semuanya menyayangi zuriat dan keturunan masing-masing. Namun, rahmat kasih sayang daripada Allah SWT hanya akan terserlah dalam kehidupan kita sekiranya dibentuk dengan baik. Akan tetapi siapakah kumpulan penting yang berperanan menyemai rasa sayang tersebut dalam diri setiap individu? Sudah pastilah ibu bapa kerana merekalah orang pertama yang wajahnya ditatap oleh anak-anak pada hari pertama dilahirkan.

Usaha-usaha oleh ibu bapa
       i.            memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil
     ii.            sebagai suri teladan kepada anak-anak
  iii.            bersikap prihatin dan berkongsi masalah dengan anak-anak
  iv.            menekan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak
     v.            melibatkan anak-anak dalam program-program kemasyarakatan
  vi.            menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian
                                        
       i.            memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil
Ø kasih sayang yang ikhlas semasa membesarkan anak-anak amat dituntut oleh agama.
Ø anak-anak perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil  
Ø sikap pilih kasih dan berat sebelah perlu dihindari oleh ibu bapa
Ø Layanan sama rata perlu diberikan oleh ibu bapa antara anak-anak
Ø Kesannya, anak-anak akan rasa disayangi, membesar dalam suasana harmoni dan lahirlah perasaan kasih sayang dalam diri anak-anak terhadap orang lain

ii. sebagai suri teladan kepada anak-anak
Ø ibu bapa merupakan suri teladan  yang utama kepada anak-anak
Ø setiap perlakuan anak-anak akan ditiru dan diamalkan oleh anak-anak
Ø anak-anak sentiasa memerhati tingkah laku ibu bapa dan menganggap semua tindakan ibu bapa boleh diamalkan oleh mereka
Ø Peribahasa Melayu bapa borek , anak rintik dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi amat signifikan dengan situasi ini.
Ø Ibu bapa perlu menunjukkan sifat penyayang antara satu sama lain semasa mengendalikan rumah tangga
Ø Ibu bapa perlu ada sifat bertolak ansur dan hormat-menghormati sesama mereka
Ø Contoh;
Ø Bapa menghormati hak ibu iaitu bersikap lemah lembut terhadap isteri seperti yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.
Ø Ibu bapa menghormati ahli keluarga mereka yang lebih dewasa seperti datuk dan nenek. Sering mengunjungi dan bertanya khabar.
Ø Secara tidak langsung anak-anak yang sering melihat perlakuan ini akan terdidik untuk menghormati adik-beradik dan  ahli keluarga yang lain seperti datuk, nenek, ibu saudara dan bapa saudara
Ø Lahirlah individu penyayang dalam keluarga
 
iii. bersikap prihatin dan berkongsi masalah dengan anak-anak
Ø ibu bapa perlu menjadi penyelesai masalah yang dihadapi oleh anak-anak begitu juga sebaliknya.
Ø dalam proses pembesaran dan kematangan anak-anak, mereka akan berhadapan dengan pelbagai masalah
Ø ibu bapa perlu bertindak sebagai kaunselor dan menjadi rakan baik anak-anak
Ø Nabi Muhammad SAW berpesan kepada ibu bapa  agar menjadikan anak-anak remaja sebagai rakan baik. 
Ø Tindakan ini dapat mengelakkan anak-anak dari meluahkan masalah mereka kepada rakan-rakan sebaya yang mungkin mengeruhkan lagi keadaan
Ø Keprihatinan ibu bapa menjadikan anak-anak rasa disayangi
Ø Sifat ini diikuti ; anak-anak yang dewasa mampu pula menjadi kaunselor kepada adik-beradik yang lebih muda.
Ø ibu bapa juga boleh meminta pandangan anak-anak lain jika berhadapan dengan konflik seperti anak yang tidak malas belajar.
Ø Anak-anak akan berasa dihargai apabila orang dewasa meminta pandangan mereka.
Ø Timbul rasa hormat kepada orang ibu bapa yang dapat membentuk sifat kasih sayang dalam kalangan keluarga.
Ø Sifat saling mengambil berat wujud dalam famili
Ø Budaya kasih sayang subur dalam keluarga




iv. menekan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak
Ø setiap manusia tidak dapat mengetepikan peranan pendidikan agama dan pendidikan moral sebagai pembentuk peribadi mulia dalam diri sesiapa sahaja.
Ø Pendidikan agama dan mampu membentuk jiwa penyayang dalam diri individu.
Ø Setiap agama menekan konsep kasih sayang sesama manusia.
Ø Ibu bapa dituntut oleh mengajar dan mendidik anak-anak tentang peranan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
Ø Proses pembentukan kasih sayang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Baginda sentiasa mengusap kepala anak-anak kecil untuk menunjukkan sifat kasih baginda kepada anak-anak kecil.
Ø Ibu bapa sewajarnya menjadikan sifat ini satu kebiasaan , kerana didikan secara psikologi ini amat berkesan membentuk jiwa penyayang dalam diri mereka
Ø kebaikan dan keberkatan hidup perlu dijelaskan kepada anak-anak jika mereka hidup saling menyayangi.
Ø Amalan solat perlu dilaksanakan dengan tegas oleh ibu bapa. Pendekatan yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW tentang solat perlu dipraktikkan kerana amalan solat akan menghalang anak-anak dari melakukan perkara-perkara negatif seperti menganiaya orang lain.
Ø Ibu bapa juga perlu menekankan amalan moral dan tatasusila bangsa dalam kalangan anak-anak.
Ø Tradisi menziarahi kaum keluarga, bersalam-salaman,  menzirahi jiran yang sakit merupakan amalan yang tanpa sedar dapat membentuk jiwa penyayang dalam diri anak-anak.
Ø Pendidikan agama dan moral sebenarnya tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya saling berkait malah tujuannya sama;membentuk individu penyayang dalam kalangan masyarakat.


v.melibatkan anak-anak dalam program-program kemasyarakatan
Ø ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak bersama-sama dalam program kemasyarakatan yang disertai oleh mereka
Ø semua program kemasyarakatan bertujuan  mendidik masyarakat agar prihatin akan kesusahan orang lain
Ø program kemasyarakatan tidak hanya menjurus pada kebajikan sesama manusia tetapi juga kepada haiwan dan alam sekitar.
Ø ibu bapa boleh juga melibatkan anak-anak menyertai program kemasyarakatan tanpa perlu keluar dari rumah.
Ø mengajak anak-anak bersama-sama menonton rancangan-rancangan berkonsepkan kemanusiaan seperti  ‘Bersamamu” anjuran TV3 mampu mengusik jiwa anak-anak untuk menghulurkan bantuan dengan hanya menekan butang telefon bimbit untuk memberi sumbangan.
Ø Ibu bapa yang menganggotai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti “Aman Palestin” boleh meminta bantuan anak-anak untuk bersama-sama mendapatkan sumbangan bagi membantu masyarakat yang tertindas di negara tersebut.
Ø Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dapat mendidik jiwa anak-anak/individu menjadi prihatin dan peka akan keadaan sekeliling dan menjadi insan yang suka membahagiakan semua orang.

vi.menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian
Ø ibu bapa berperanan menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian
Ø ibu bapa perlu menjelaskan kepada  anak-anak bahawa mereka mesti  meletakkan keutamaan perasaan kasih sayang terhadap kedua-dua ibu bapa selepas Allah SWT dan Rasullah SAW.
Ø Diikuti kasih sayang terhadap adik-beradik, keluarga kembangan dan barulah rakan-rakan  
Ø sentiasa menegur anak-anak agar saling menghormati sesama mereka
Ø mendidik anak-anak yang lebih dewasa menjadi pendidik dan guru kepada adik-adik dalam pelajaran
Ø memastikan anak-anak mengutamakan kepentingan ahli keluarga berbanding orang lain.
Ø memelihara haiwan peliharaan di rumah merupakan satu cara untuk menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga.
Ø anak-anak diasuh agar mengambil berat keadaan ahli keluarga yang sakit.
Ø ibu bapa menunjukkan sifat penyayang antara satu sama lain agar dicontohi oleh anak-anak.
Ø Ibu bapa sentiasa bercerita tentang kisah-kisah hidup masyarakat yang penuh dengan kasih sayang kepada anak-anak.
Ø Contoh; kisah Uwais Al-Qarni     yang amat sayang akan ibunya sehingga tidak berkesempatan untuk menatap wajah Nabi SAW kerana menjaga ibunya yang sakit.   Uwais Al-Qarni akhirnya diangkat menjadi manusia yang amat disenangi oleh Allah SWT dan mendapat penghargaan Nabi Muhammad SAW walaupun baginda tidak pernah bertemu dengan Uwais. ( Majalah Solusi ;isu no.36; muka surat 109)

KESIMPULAN
Akhir bicara,
Ø Ibu bapa merupakan insan pertama yang dikenali oleh anak-anak. Tangan dan lidah merekalah yang berperanan membentuk peribadi anak-anak.
Ø Amat besar tanggungjawab ibu bapa untuk melahirkan individu penyayang dalam masyarakat.
Ø Baik hasil tangan mereka baiklah generasi pimpinan mereka. 
Ø Ibu bapa perlu meletakkan ajaran agama sebagai asas paling utama untuk membentuk jiwa pengasih anak-anak.


3.Keadaan cuaca yang tidak menetu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh.

Tulis sebuah rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.

Fokus jawapan:
Calon menulis rencana tentang usaha-usaha menangani fenomena tanah runtuh di negara kita

Esei berformat rencana
Calon mesti memberikan tajuk dan nyatakan nama penulis rencana

Cadangan isi

TANAH RUNTUH TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK
OLEH: KHALID JAILANI

v Saban tahun, setiap kali musim tengkujuh, kisah tragedi tanah runtuh mula menghiasi muka hadapan surat-surat khabar dan menjadi paparan utama di televisyen.
Antara lokasi yang kerap mengalami kejadian tanah runtuh ialah  di kawasan perumahan tanah tinggi, di sepanjang lebuh raya, di tebing-tebing sungai  dan
di kawasan pembalakan dan pertanian yang dibuat secara intensif dan berskala besar
Contoh lokasi yang menjadi berita bertaraf nasional
- tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ,Selangor pada November 2008
- Cerun Gua Tempurung di Lebuh Raya Utara Selata berdekatan bandar raya Ipoh pada bulan Oktober 2004
v -Madrasah Anak-Anak Yatim Dan Miskin At Taqwa, Ulu Langat Selangor 2011

ISI CADANGAN
i. pemaju merancang pembangunan secara berhemah dan terancang
v pemaju pembangunan yang mendapat kontrak untuk melaksanakan pembangunan perlu menyediakan perancangan yang teliti dan berhemah
v mesti mempunyai kakitangan di bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Persatuan Jurutera Malaysia.
v Sesebuah kawasan yang ingin dibangunkan perlu dilakukan penyelidikan dengan jujur.
v Keinginan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda dan amalan rasuah mesti dihindarkan
v Hal ini kerana, projek pembangunan yang dilaksanakan melibatkan jutaan nyawa rakyat.
v Status kawasan tanah perlu dikenal pasti tahap keselamatannya dan sentiasa dipantau keteguhannya terutama di lereng-lereng bukit dan tebing sungai
v Kejujuran merupakan elemen penting bagi menghasilkan kualiti projek pembangunan dan tahap keselamatan yang tinggi .

ii. membina teres/benteng di lereng-lereng bukit dan sungai
v Pembentengan di lereng-lereng bukit yang ditarah  mesti dilaksanakan bagi menguatkan struktur tanah
v Sistem saliran yang teratur perlu dibuat iaitu saluran-saluran paip air di benteng-benteng ini bagi mengelak aliran air dari atas kawasan tanah tinggi membentuk aliran bawah tanah yang dapat melonggarkan struktur tanah
v Contoh saluran-saluran paip air di lereng-lereng bukit berbenteng di Lebuh Raya Utara Selatan.
v Tebatan dan bentengan tebing sungai pula  akan menguatkan struktur tebing  apabila berhadapan dengan arus sungai yang deras terutama pada musim tengkujuh.
penebatan tebing –tebing sungai perlu dilaksanakan di semua sungai-sungai di Malaysia  bagi mengelakkan hentaman yang kuat di tebing-tebing sungai semasa hujan lebat yang boleh meruntuhkan .tebing sungai
- Sungai-sungai di kawasan padat penduduk perlu diberi perhatian serius.
- Contoh Sungai Gombak dan Sungai Kelang di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
- Tebatan dibina daripada konkrit dan simen.

iii. kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan syarat pembangunan
     di kawasan tanah tinggi/lereng-lereng bukit dan tebing-tebing sungai
v kerajaan pusat dan tempatan perlu menguatkuasakan undang-undang/menyemak semula undang-undang yang sedia ada.
v Contoh; Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada kakitangan dan pemaju yang terlibat dalam rasuah. 
v Menguatkuasakan Akta 694, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
v Kawasan cerun/lereng-lereng bukit perlu dikawal oleh Jabatan perancangan Bandar melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
v Melalui akta ini Jabatan Perancangan Bandar dan Desa perlu bertegas tanpa kompromi ,menolak kehendak mana-mana pemaju yang mahu membangunkan kawasan cerun yang melebihi 30 darjah kecerunannya .
v Ketegasan pihak berkuasa juga melibatkan sistem aliran sungai dan anak sungai semula jadi.
v Perlu dipastikan pemaju mesti memberikan tumpuan utama kepada struktur semula jadi sungai dengan menjadikan rezab sungai sebagai jaluran hijau yang berfungsi sebagai penampan untuk mengawal hakisan tebing dan  penempatan setinggan .
v Petempatan setinggan yang merupakan petempatan yang tidak langsung teratur dan mengabaikan alam semula jadi perlu dikawal kerana berpotensi mengakibatkan runtuhan  kawasan tebing sungai.
v Pembalakan haram yang sering berlaku di kawasan hutan perlu dipantau.
v Tanah runtuh di dalam kawasan hutan menjejas kehidupan flora dan fauna serta kehidupan kaum Orang Asli.
v Pemantauan yang serius menggunakan satelit perlu ditingkatkan agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan

iv . menanam tanaman tutup bumi dan penanaman semula pokok-pokok
      balak yang telah ditebang
v aktiviti ekonomi manusia sering mengganggu kestabilan alam semula jadi termasuk kawasan tanah tinggi dan cerun bukit
v penggondolan tanah  di cerun bukit  pasti berlaku kesan daripada aktiviti pertanian, perbalakan dan  pembinaan jalan raya dan lebuh raya
v penanaman tanaman tutup bumi amat diperlukan
v tanaman tutup bumi berfungsi menstabilkan cerun bukit yang dipotong
v penanaman pokok-pokok renek seperti  pokok bunga raya, bunga kertas dan allamanda dan rumput rampai yang pelbagai jenis mampu menguatkan struktur tanah kerana cengkaman akar ke dalam tanah.
v Syarat ketat kepada pengusaha-pengusaha balak iaitu menanam  semula spesies pokok yang ditebang dan juga pokok-pokok renek yang cepat tumbesarannya bagi mengelakkan kegondolan yang terlalu lama yang boleh menyebabkan tanah runtuh.
v Kawasan yang digondolkan perlu dihutankan semula sebagai syarat utama pemebrian lesen membalak kepada pengusaha balak.

v. kerajaan melarang penebangan pokok-pokok di lereng-lereng bukit
v pokok-pokok yang tumbuh di lereng-lereng bukit mesti dikekalkan demi kestabilan cerun bukit
v syarat ketat perlu dikenakan kepada semua orang termasuk kepada pengusaha-pengusaha ubat tradisonal dan makanan kesihatan yang menggunakan herba-herba dari hutan.
v Penebangan intensif oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran di lereng-lereng bukit perlu dikawal dengan serius
v Majlis tempatan perlu bertindak tegas apabila menerima aduan lebih-lebih lagi jika kawasan yang diusahakan merupakan kawasan rezab kerajaan
v Papan-papan notis bermaklumat perlu dipasang di semua kawasan tebing .
v Papan-papan notis perlu menyatakan taraf dan hak pemilikan tanah agar tidak mudah dicerobohi oleh sesiapa sahaja.
v Kawasan cerun dan lereng bukit perlu diwartakan sebagai sebahagian daripada  kawasan hutan simpan demi keselamatan rakyat.

iv.  Perwartaan kawasan tanah tinggi dan pinggir sungai sebagai tapak warisan negara/taman negara.-
v Bermakna, kawasan ini tidak dapat diganggu untuk tujuan kormesial
- Hanya diurus oleh pihak kerkuasa /kerajaaan negeri
- Contoh: Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak
Kawasan persisiran sungai dibangunkan dengan terancang
dengan mengekalkan landskap asal kawasan Sungai Perak

vii. Langkah jangka panjang
   Usaha-usaha gigih yang dilaksanakan tidak mungkin berkekalan jika generasi seterusnya tidak didik untuk mencintai alam semula jadi.
Program pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau instituti pengajaian tinggi amat penting bagi mengatasi masalah alam semula jadi termasulkah isu tanah runtuh

v Peringkat Sekolah
Melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah
Pendidikan tentang alam sekitar dimulakan sejak sekolah rendah dalam subjek Kajian Tempatan dan subjek Geografi di peringkat sekolah menengah.

Melalui kegiatan kokurikulum- Kelab Alam Sekitar
- Program sekolah lestari – SEKOLAH LESTARI –ANUGERAH ALAM SEKITAR.
( Kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia )
Contoh: Kem Kesedaran Alam Sekitar
Para pelajar dibawa menjelajah kawasan
semula jadi seperti kawasan hutan, pantai
dan bukit untuk memerhati dan mengkaji
ekosistem alam.


Peringkat Pengajian Tinggi

Menjadikan subjek alam sekitar sebagai sebahagian kurikulum di pusat
pengajian tinggi
Contoh: Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar di Universiti Putera
Malaysia.
Banyak kajian dan penyelidikan dilaksanakan oleh tenaga
pengajar dan para pelajar .
Hasil kajian dijadikan bahan rujukan kerajaan untuk
mengambil tindakan-tindakan
yang sesuai bagi menangani fenomena tanah runtuh.

Selain itu, hasil kajian dijadikan bahan rencana untuk
disebarkan melalui media masa seperti yang sering dilakukan oleh
akhbar Berita Harian.

Tokoh yang sentiasa memberi pandangan ilmiah tentang isu ini
ialah Prof. Zaini Ujang, pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia.

KESIMPULAN
v Isu tanah runtuh perlu dipandang serius oleh semua pihak
v Isu ini tidak hanya membabitkan nyawa malah mampu menjejas kualiti hidup manusia
v Kejujuran dan amanah ketika melaksanakan tugas amat penting demi kesejahteraan alam.
v Sikap lepas tangan dan tuding-menuding perlu dihindarkan.

Antara Laras Geografi yang boleh digunakan;
1. gelongsoran tanah
2. gelinciran tanah
3. hentaman tebing sungai
4. jaluran hijau
5. bentuk muka bumi
6. pola sungai
7. kawasan tadahan air
8. kawasan cerun
9. rekahan di dalam tanah
10 saliran

SOALAN 5

4.Kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan  kepada rantau ini dan negara.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara jiran untuk mengatasi masalah ini

       i.            mengetatkan dan mengawal semua pintu masuk ke negara ini
     ii.            mengadakan rondaan di sempadan negara masing-masing/; perairan dan daratan
  iii.            bertukar-tukar maklumat
  iv.            menyelaraskan undang-undang antara negara
     v.            mematuhi undang-undang yang digubal oleh setiap negara
  vi.            bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Rangka isi


Pendahuluan
§  Malaysia kini dihuni oleh 2.5 juta pendatang asing yang datang untuk bekerja. Kemasukan secara rasmi ini meliputi pelabagi bidang pekerjaan daripada  pekerja profesional seperti njurutera, pegawai perubatan, teknokrat dan ahli korporat hinggalah pekerja binaan di tapak pembinaan, pembantu rumah dan operator kilang.
§  Statistik ini tidak termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk secara haram dan pendatang asing yang masuk ke negara ini melalui suaka politik oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
§  Kemakmuran ndan pembangunan yang pesat menjadikan negara kita dan negara-negara jiran serantau di nusantara ini seperti Singapura dan Thailand menjadi lokasi penghijrahan yang paling diminati.
§  Malaysia, Thailand dan Singapura menjadi lokasi kegemaran rakyat Indonesia, Filipina, Vietnam , Nepal dan China untuk datang mencari rezeki.
§  Walaupuh kedatangan mereka pada asalnya mampu menggerakkan pembangunan negara dengan lebih pantas namun pada masa yang sama banyak implikasi negatif terpaksa ditanggung oleh negara ini.
§  Pelbagai langkah pelru diambil oleh Malaysia dan negara-negara jiran bagi menangani fenomena ini.

Cadangan isi.
 
i. mengetatkan kawalan di semua pintu masuk negara
semua pintu masuk perlu dikawal dengan ketat dan tegas sama ada di pintu-pintu masuk rasmi negara
§  Pintu masuk yang popular ialah lapangan terbang , pelabuhan, pintu masuk di sempadan di antara dua buah negara seperti Tambak Johor , Sungai Golok, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.
§  Pemeriksaan tidak hanya bertumpu di pintu masuk sahaja, sebaliknya melibatkan jarak 10 km dari pintu masuk rasmi seperti yang dilaksanakan oleh Pasukan Pertahanan Awam di Rantau Panjang , Kelantan .
§  Pemeriksaan pasport antarabangsa dan visa perlu menggunakan teknologi imbasan yang terkini dan sentiasa ditukar teknik penyelenggaraannya agar pintu masuk tidak dilolos dengan begitu mudah.
§  Pemantauan menggunakan satelit perlu digunakan di kawasan pintu masuk semua negara agar pergerakan pendatang dapat dikesan lebih awal sebelum mereka sampai ke pintu masuk negara masing-masing.
§  Pemeriksaan yang ketat juga perlu dilaksanakan oleh negara yang berjiran seperti Malaysia dan Singapura secara bersama-sama.
§  Saling mematuhi peraturan yang diwartakan oleh negara-negara tangga.
§  Jalinan kerjasama di bidang teknikal dengan negara maju Belanda juga dapat membantu negara Malaysia  mengawal kemasukan pendatang asing dengan lebih efektif  di  setiap sempadan negara ini.
§  Contoh: Jabatan Imigresen Malaysia menghantar 10 orang pegawainya bagi mengikuti sesi latihan mengenai Document Examiners and Security Printing yang dianjurkan oleh kerajaan Netherlands pada 12 hingga 25 Mac 2011 di Eindhoven, Netherlands bertujuan meningkatkan kualiti pemeriksaan keselamatan oleh pihak imigresen Malaysia.
§  Sikap amanah dan bertanggungjawab serta tegas pegawai-pegawai yang berkuasa seperti imigresen, polis, tentera dan pasukan pertahanan awam amat perlu demi memastikan hanya rakyat asing yang benar-benar ‘putih’ sahaja boleh menjalankan aktiviti sosioekonomi mereka di Malaysia dan negara-negara jiran.



ii. mengadakan rondaan di perairan antarabangsa/di sempadan antarabangsa di daratan

§  Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Filipina , Thailand dan Brunei perlu bersepakat membuat rondaan di sempadan perairan negara.
§  Bersama-sama meronda di sempadan antarabangsa tanpa berasa curiga antara satu sama lain
§  Contoh; PAKTOR MALINDO merupakan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia dengan Tantara Nasional Indonesia-Angkatan Laut, bekerjasama meronda perairan Selat Melaka dari 12 Jun 2011-21 Jun 2011 untuk menjaga keselamatan perairan negara masing-masing. Walaupun tujuan utama kerjasama ialah untuk mengekang kegiatan rompakan oleh lanun-lanun tetapi secara tidak langsung dapat mengurangkan kes kemasukan pendatang asing haram .

§  Rondaan darat di sempadan negara juga perlu dilaksanakan secara bersama-sama agar kawalan keselamatan di sempadan darat negara terjamin
§  Malaysia dan Thailand sering bekerjasama mengawal sempadan berpagar di antara negara masing-masing
§  Tentera Darat Diraja Malaysia dan Tentera Diraja Thailand bersama-sama meronda di kawasan sempadan dan menjalankan pengintipan bagi menangkap pendatang asing yang cuba masuk ke negara masing-masing secara haram.
§  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

iii. bertukar-tukar maklumat
§  Setiap negara di rantau ini perlu saling  memberikan maklumat-maklumat penting kepada negara-negara jiran agar kemasukan pendatang asing ke setiap negara dapat ditapis dan disiasat dengan terperinci.
§  Hal ini penting , kerana sebahagian pendatang asing yang masuk ke negara ini bukan mahu bekerja secara halal sebaliknya menjadikan Malaysia dan negara-negara jiran sebagai pangkalan kegiatan haram seperti sindiket dadah, pelacuran dan merompak serta memperdagangan manusia
§  Maklumat penting tentang biodata , dokumen perjalanan seperti visa dan pasport, kesalahan yang pernah dilakukan di negara asal perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum pendatang asing sampai ke pintu masuk negara negara ini atau di negara jiran.
§  Dengan cara ini, pergerakan pendatang asing dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain akan menjadi sukar dan terbatas.
§  Kerjasama ini , dapat mengurangkan kemasukan pendatang asing ke setiap negara di rantau ini dan dapat mengurangkan kadar jenayah di rantau ini.
§  Memorundum Persefahaman (MoU) antara negara Australia, Belanda dan England pada tahun antara tahun 2007 hingga 2011 membolehkan pertukaran maklumat , kepakaran tentang sistem biometrik dan   kawalan sempadan negara
§  Bertujuan untuk mengelakkan penggunaan dokumen pengenalan palsu .
§  MoU meliputi bidang perdagangan, pelaburan dan pendidikan pnegajian tinggi
§  Setiap negara jiran tidak boleh bersikap bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kesejateraan rantau ini.


iv.menyelaraskan undang-undang antara negara
ü Undang-undang bagi setiap kesalahan di setiap negara adalah berbeza
ü Pelarasan undang-undang antara negara perlu dilaksanakan.
ü Contoh: Akta Ekstradisi setiap negara perlu seragam agar pendatang asing  yang melakukan kesalahan di  dalam lingkungan negara ASEAN boleh dipindahkan ke mana-mana negara anggota ASEAN bagi menjalani perbicaraan dan hukuman.
ü Undang-undang kemasukan pendatang asing juga perlu selaraskan agar tindakan yang sama boleh dikenakan di negara masing-masing
ü Sebagai contoh apabila pesalah daripada negara Thailand melakukan kesalahan,iaitu  menggunakan pasport palsu untuk meloloskan diri ke  Malaysia, pesalah tersebut akan dikenakan hukuman yang sama sama ada penceroboh itu dibicarakan  di Malaysia ataupun Thailand dengan  menggunakan  Akta Imigresen yang diselaraskan bersama-sama
ü Tindakan ini diharap dapat menggerunkan pendatang asing yang masuk secara haram atau cuba melakukan aktiviti jenayah.
ü Lebih efisein lagi jika undang-undang Imigresen ASEAN digubal dan diterima pakai di semua negara ASEAN  yang merupakan jiran terdekat Malaysia.
ü Contoh: pelaksanaan Program 6P Kementerian Dalam Negara yang bertujuan mengesan dan mendaftar semula pendatang asing tanpa izin ke Malaysia wajar diguna pakai bersama-sama negara-negara di rantau Asia Tenggara agar bagi memudahkan urusan keselamatan negara masing-masing.

v. mematuhi undang-undang yang digubal oleh setiap negara
ü konsep kedaulatan undang-undang amat penting untuk dihayati oleh semua negara
ü setiap negara mesti menghormati undang-undang negara lain
ü Sekiranya, undang-undang negara Malaysia menggariskan hukuman terhadap pendatang asing yang menimbulkan masalah atau pun pendatang asing tanpa izin yang menceroboh masuk ke negara ini, sewajarnya negara jiran perlu menghormati undang-undang tersebut.
ü Konsep di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung perlu dihayati dan difahami.
ü Contoh: jika pendatang asing yang bekerja di sini melakukan kesalahan mengedar dadah dan dikenakan hukuman mandotari yang termaktub dalam Akta Dadah Berbahaya di Malaysia, maka negara asal pendatang asing tersebut perlu akur dan menghormati perlaksanaan undang-undang negara  ini.
ü Cubaan mengganggu gugat proses undang-undang negara lain akan mencetuskan rasa tidak puas hati yang mungkin menimbulkan banyak masalah dalam hubungan diplomatik.
ü Pihak berkuasa di setiap negara  perlu bekerjasama memantau tindakan rakyat di negara masing-masing yang cuba membakar perasaan benci terhadap tindakan undang-undang oleh negara jiran.
ü Jalinan kerjasama ini penting demi kestabilan hubungan antara negara.
ü Orang ramai yang mahu bekerja di mana-mana negara pun perlu menghormati undang-undang negara tersebut.
ü Langkah yang boleh dilaksanakan ialah, setiap negara di rantau ini malah di seluruh dunia perlu mewajibkan setiap pendatang asing menghadiri majlis penerangan tentang undang-undang negara di tempat mereka bekerja sebaik sahaja mereka sampai ke negara ini.


vi . bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
isu pendatang asing terutamanya yang berstatus pelarian amat sukar untuk ditangani
tindakan-tindakan tertentu tertakluk pada undang-undang hak asasi manusia .
negara lain atau badan bukan kerajaan boleh mencampuri tindakan sesebuah negara menggunakan kelonggaran yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di bawah peraturan hak asasi manusia antarabangsa.
Negara-negara serantau perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menangani isu pendatang asing di rantau ini.
Cadangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian  (UNHCR) meminta negara-negara kaya dan berkemampuan mengambil pelarian sebagai pekerja wajar dipertimbangkan.
Hal ini, dapat memenuhi pemintaan tenaga kerja di negara masing-masing malah lebih mudah untuk memantau aktiviti seharian mereka.


KESIMPULAN
ü Isu pendatang asing tidak boleh diselesaikan secara bersendirian
ü Isu ini amat sensitif dan boleh menjejaskan hubungan baik antara negara di rantau ini
ü Semua negara perlu bekerjasama demi kesejahteraan di rantau ini.