YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU
CERPEN
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
( ZAINAL RASHID AHMAD )
SINOPSIS
Jumat Ogos 1953, pada malam itu Ahmad Mutawakkil muncul dengan tubuh berlumuran darah bekas tembakan peluru, di pintu surau. Lemah-longlai menuju ke arah Imam Ngah Deraman. Perkara yang sangat ditakuti Imam Ngah Deraman dan penduduk kampung menjadi kenyataan. Ahmad Mutawakkil di ambang maut.
***********************************************************************
Kampung yang dibuka sejak tiga generasi lalu hanyalah dihiasi kebun dan sawah tiba- tiba didatangi oleh sebuah keluarga Inggeris iaitu Tuan Booth pada pertengahan tahun 30-an. Belukar diteroka oleh beratus-ratus orang buruh upahan termasuk termasuk penduduk kampung. Belukar bertukar mejadi estet getah. Dengan hanya 15 buah keluarga buruh keturunan India yang tinggal di rumah teres telah membentuk sebuah kampung kecil di tengah-tengah estet. Beberapa tahun kemudian estet mengeluarkan hasil. Seminggu sekali getah dikandar melintasi kampung menuju bandar diketuai oleh Tuan Booth.
Kehadiran Tuan Booth, menjadikan lanskap kampung sedikit berubah. Jalan merah batu lada diperelok tidak lagi becak semasa musim hujan dan berdebu ketika musim kemarau. Tuan Booth mula menjadi sebahagian daripada panorama kampung namum banglonya di tengah estet masih asing bagi penduduk kampung. Namum begitu, Ahmad Mutawakkil seorang anak yatim piatu menjadi satu-satunya penduduk kampung yang sentiasa keluar masuk ke banglo Tuan Booth. Walaupun hasil estet Tuan Booth menunjukkan hasil yang lumayan tetapi penduduk kampung masih terus bertani menananm pisang, keledek, ubi kayu dan bersawah padi. Mereka terus bertani kerana hidup atas dua prinsip mencari rezeki dan beribadat kepada Allah.
1941 pecah perang, Jepun masuk menjajah. Penduduk kampung diselimuti ketakutan. Namun kampung kami masih terselamat daripada kerakusan tentera Jepun. Kampung yang terpencil jarang-jarang dihendap tentera Jepun. Kawasan peperangan pula tidak melibatkan kampung kami. Namun di sebalik kesengsaraan djajah Jepun kami mula sedar betapa terhinanya bangsa apabila dijajah.
Seminggu sebelum kedatangan Jepun Tuan Booth dan keluarga meninggalkan kampung kami. Wajah isteri dan anaknya sugul. Pemergian Tuan Booth meninggalkan kesedihan di hati Ahmad Mutawakkli kerana sudah tiga tahun dia menumpang kasih dengan keluarga itu. Ahmad Mutawakkil akhirnya dibela Iman Ngah Deraman sebagai anak angkat. Akan tetapi sejak tinggal dengan Imam Ngah Deraman, dia kerap menghilangkan diri.
***********************************************************************
Ahmad Mutawakkil pemuda berusia 15 tahun ketika penjajahan Jepun, pandai membaca, menulis dan bertutur bahasa Inggeris. Dalam usia begitu dia menjadi pemberi maklumat kepada penduduk kampung. Tahun 1943, Ahmad Mutawakkil semakin kerap menghilangkan diri. Akhirnya, Imam Hgah Deraman memaklumkan kepada kami bahawa Ahmad Mutawakkil bekerja membaca dan menulis surat daripada pihak Inggeris kepada kumpulan anti-Jepun.
Tahun 1945, Ahmad Mutawakkil pulang ke kampung menyampaikan berita Hiroshima dan Nagasaki dibom dan Jepun menyerah kalah. Kami lega lalu menyembah syukur.
Tahun 1946, Ahmad Mutawakkil memaklumkan kepada Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap, Dato’ Onn berjaya menubuhkan PEKMEBAR pada 4 Mei dan berjaya menghalang Malayan Union ditubuhkan. Namun, Ahmad Mutawakkil yang baru berusia 17 tahun tetap bersemangat mahu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kewibawaaannya amat menyerlah, sangat berpengaruh dan disegani di seluruh daerah sehingga menjadi orang kuat apabila parti ditubuhkan di kampung mereka.
Sebaik sahaja Jepun kalah Tuan Booth kembali ke estet. Ahmad Mutawakkil tetap mesra dan akrab dengan kelurga Tuan Booth walaupun dia berjuang secara terbuka menuntut kemerdekaan. Tuan Booth memuji keberanian Ahmad Mutawakkil . Dia sedar dimana-mana sahaja sudah berlaku penentangan terhadap Inggeris namum menganggap Ahmad Mutawakkil sebagai nasionalis Melayu paling muda.
Sekembalinya Tuan Booth ke kampung mereka, dia kelihatan lebih mesra dengan penduduk kampung. Sering ke kampung untuk berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap. Malahan, Tuan Booth akan hadir di majlis perkahwinan di kampung mereka dan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Banglonya mula dikunjungi penduduk kampung apabila Tuan Booth menjemput mereka untuk minum teh. Walaupun pada awalnya diragui oleh penduduk kampung tetapi keraguan hilang apabila diyakinkan oleh Ahmad Mutawakkil dan Imam Ngah Deraman.
Bagi Ahmad Mutawakkil, orang Melayu tidak tahu bermusuh, hati orang Melayu penuh persahabatan. Sifat orang Melayu;orang berbudi kita berbahasa. Imam Ngah Deraman pula berpendapat, selagi yang dihidangkan tidak bertentangan dengan syarak , tidak menjadi kesalahan untuk penduduk kampung menjamah kek pengantin yang dibuat dan dihadiahkan oleh isteri Tuan Booth. Ahmad Mutawakkil juga mengingatkan penduduk kampung agar menjadi Melayu yang tahu membalas budi kerana selagi orang itu Melayu dan Islam selagi itulah budi bahasa dalam akhlak menjadi keutamaan. Dalam pada itu, penduduk kampung mulai terasa yang Ahmad Mutawakkil mempunyai hubungan istimewa dengan anak perempuan Tuan Booth kerana setiap kali Ahmad Mutawakkil pulang berceramah di surau, Sandra pasti hadir di situ, namum tiada siapa berani bertanya.
Tahun 1952, Ahmad Mutawakkil yang sudah jarang-jarang pulang ke kampung kerana pejuangannya memerlukan dia menghabiskan banyak masa di bandar, telah dilantik menjadi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah pada usia 24 tahun. Ahmad Mutawakkil sibuk berceramah di sana sini , dia juga seoarang wartawan terkenal yang banyak menulis artikel untuk merangsang semangat kemerdekaan dalam kalangan Melayu. Ahmad Mutawakkil mahu bangsa Melayu mengisi kemerdekaan dengan membuang sifat-sifat buruk bangsa Melayu. Ahmad Mutawakkil akhirnya pulang ke kampung dan diraikan oleh Tuan Booth. Ketika itu, tahulah penduduk kampung bahawa Sandra Anak perempuan Tuan Booth yang mengajar Ahmad Mutawakkil menulis dan membaca sehingga menjadi wartawan terkenal. Bagi Sandra dia memang berasa Ahmad Mutawakkil seorang yang bijak tetapi tidak menyangka kebijaksanaannya sampai ke tahap begitu hebat sekali. Hari peraiaan di rumah Tuan Booth merupakan kunjungan terakhir penduduk kampung bersama-sama Ahmad Mutawakkil ke sana.
********************************************************************
Kunjungan penduduk ke estet Tuan Booth mengingatkan mereka pada serangan berkembar komunis di Estet Ephill dan Estet Sungai Siput pada 13 Jun 1948. Tiga orang pengurus Inggeris terkorban menwujudkan ketegangan di seluruh negara hingga terasa ke kampung mereka.
16 Jun 1948, darurat diisytiharkan , dan Parti Komunis Malaya mula bertindak ganas.
Dua hari sebelum Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, lima orang komunis, dua orang antara mereka ialah orang Melayu masuk menyerbu rumah Tuan Booth yang keseorangan, sekitar pukul 9.00 pagi tanpa disedari oleh pekerja-pekerja estet yang sibuk bekerja. Ancaman agar Tuan Booth menasihati Ahmad Mutawakkil supaya berhenti menghasut orang ramai supaya benci akan komunis. Mereka melepaskan beberapa das tembakan ke udara bagi menakut-nakutkan orang-orang kampung.
Walaupun dinasihati Penghulu Sigap agar berhati-hati kerana komunis semakin menjadi-jadi ganasnya. Malahan sebaik sahaja mengetahui Ahmad Mutawakkil balik ke kampung pada tengah hari itu, komunis meningkatkan keganasan mereka.
Pada malam itu, Ahmad Mutawakkil tetap meneruskan misinya; berpidato di hadapan penduduk kampung yang hanya berlampukan pelita ayan di surau kampung Meniup kesedaran ke dalam jiwa penduduk kampung iaitu Inggeris dan komunis sama-sama penjajah. Selagi perjuangan berasaskan hati Melayu, maka Islam menjadi pegangan selagi itu komunis tiada tempat di hati . Pada akhir pidato Ahmad Mutawakkil meniupkan semangat agar tanah Melayu dibebaskan dan Persekutuan Tanah Melayu mesti menjadi kenyataan, Inggeris mesti berundur sesuai dengan perjanjian 1 Februari 1948.
Penduduk kampung juga dimaklumkan bahawa dua tahun dari hari itu, iaitu tahun 1955, satu pilihanraya akan diadakan di peringkat Kuala Lumpur. Dalam pada itu penduduk kampung mencari kelibat Sandra....dia tidak kelihatan.
Sekali pun berulang kali dinasihati Penghulu Sigap pada siang hari tadi agar tidak menyentuh perihal komunis; Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang menjadi alat kepada Parti Komunis Malaya dan menjual agama dan bangsa kepada komunis.
Kira-kira pukul 11.00 malam, usai ceramah tanpa gangguan komunis, ketika beberapa orang lelaki bersama-sama Ahmad Mutawakkil bersantai sambil berbual-bual di surau, muncul seorang budak lelaki mendekati dan menbisikkan sesuatu kepada Ahmad Mutawakkil. Ahmad Mutawakkil tersenyum lalu meminta diri. Dia hilang dalam kegelapan malam.
Subuh Jumaat esoknya , Imam Ngah Deraman pucat lesi kegelisahan kerana Ahmad Mutawakkil tidak kelihatan di mana-mana. Seorang gadis dihantar menyusul Sandra di rumah Tuan Booth. Sebaik sahaja Sandra tiba di surau, Imam Ngah Deraman memberitahu Sandra yang Ahmad Mutawakkil memberitahunya bahawa dia mahu berjumpa Sandra pada malam tadi. Namun dinafikan oleh Sandra sambil menangis.
Penghulu Sigap yang sudah menghidu bahaya segera mengatur tindakan sebaik sahaja solat duha. Tiga kumpulan pencari berjumlah 10 orang setiap kumpulan termasuk Tuan Booth meredah belukar mencari Ahmad Mutawakkil. Di surau, suasana murumg sekali orang perempuan berkumpul termasuk Sandra yang menangis teresak-esak. Bagi penduduk kampung terjawablah misteri hubungan cinta Sandra dengan Ahmad Mutawakkil. Namun untuk berkongsi kisah cinta paling indah di kampung itu sudah tidak bererti lagi kerana dihantui oleh bayangan komunis.
Menjelang Maghrib, tiga kumpulan pencari pulang kehampaan, tiada sebarang jejak Ahmad Mutawakkil ditemui.. Cuma terdengr cerita, ada orang terserempak dengan kelibat sekumpulan komunis di hutan di pinggir kampung pada waktu maghrib semalam. Tiba-tiba Sandra bertanya tentang budak yang datang berjumpa Ahmad Mutawakkil. Ketika itu penduduk kampung tersedar tiada siapa yang pasti tentang budak itu. Serentak itu juga , penduduk kampung mula menyedari nyawa Ahmd Mutawakkil dalam genggaman komunis.
Malam itu usai solat maghrib ketika masih dalam kegelisahan sejak subuh, Ahmad Mutawakkil muncul dengan tiga kesan lubang tembakan dari jarak dekat. Darah membuak-buak dari luka tembakan. Penduduk kampung tidak sanggup melihatnya. Sebak sahaja melafazkan syahadah, Ahmad Tawakkil memejamkan mata di atas ribaan Imam Ngah Deraman. Seluruh penduduk kampung sedih. Seorang anak muda yang dianggap pelita yang menerangi fikiran dan hati ;menyedarkan penduduk kampung telah meninggal dunia.
************************************************************************
31 OGOS 1957, Ketika bulan mengambang terang di langit penduduk kampung beriktikaf di surau. Kemerdekaan dirai brmatlamat matlamat rezeki dan ibadat. Sesuai dengan semangat nenek moyang yang membuka kampung itu dahulu.
Surau penuh sesak, penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran dan tahlil khusus untuk Ahmad Mutawakkil. Kenangan terhadap Ahmad Mutawakkil terus hidup. Kata-katanya tentang Melayu; hati Melayu yang lurus, berbudi cara Melayu, bersahabat cara Melayu, segala-galanya atas nama cinta akan bangsa dan negara dan “Tanah Melayu pasti merdeka” sentiasa dikenang oleh penduduk kampung.”
************************************************************************
Seminggu selepas merdeka, Tuan Booth sekeluarga pulang ke England. Namun setahun kemudian, pada kala penduduk kampung bersiap-siap menyambut kemerdekaan, gadis Inggeris bermata biru muncul semula.
Sejak itu, banglo estet peninggalan Tuan Booth bebas dikunjungi oleh anak-anak kampung setiap hari. Anggapan penduduk kampung, mungkin kerana cinta dan kenangannya terhadap Ahmad Mutawakkil tidak pernah padam, Sandra mengajar anak-anak kampung demi menghidupkan kembali kenangannya pada tahun-tahun 30-an di kampung itu; ada seorang budak lelaki bernama Ahmad Mutawakkil ; seorang pejuang nasional Melayu paling muda pernah hidup di situ.
************************************************************************