PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SPM 2012
SETARA NEGERI JOHOR
Soalan 4: Industri pelancongan mampu menjana kemajuan ekonomi sesebuah negara di dunia
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ASEAN untuk menjadikan negara serantau kawasan pelancongan bertaraf dunia.
1.Pengenalan
Industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan sesebuah negara.
a. Menurut statistik Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO)
b. Pada tahun 2010 seramai 940 juta orang pelancong bertebaran di seluruh dunia.
c. Hasil pendapatan pada tahun 2010 ialah US919 bilion.
d. Prancis menjadi destinasi pertama tumpuan pelancong
ASEAN mampu muncul sebagai kawasan pelancongan bertaraf dunia
Faktor
i. Kebudayaan yang unik
ii. Alam semula jadi yang eksotik
iii. Bangunan bersejarah
iv. Pendidikan bertaraf dunia
v. Perkhidmatan perubatan bertaraf dunia
vi. Agropelancongan
vii. ASEAN mempunyai fiil dan budaya hidup yang hamper sama
3. USAHA-USAHA NEGARA ASEAN
Kerjasama bertumpu pada aspek penggalakan pelancongan, pemasaran produk pelancongan dan peyelidikan .
ANTARA USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN
A. PROGRAM USAHA SAMA MENGGALAKAN PELANCONGAN -TAHUN MELAWAT ASEAN
· Melancarkan TAHUN melawat ASEAN pada tahun 1992 bagi menarik pelancong dari luar ASEAN dan antara negara ASEAN (intra-ASEAN).
· Rentetan daripada TAHUN MELAWAT THAILAND pada tahun 1987, TAHUN MELAWAT MALAYSIA PADA TAHUN 1990, TAHU MELAWAT SINGAPURA DAN INDONESIA PADA TAHUN 1991
· TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1994 berbentuk kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain yang sama-sama memperomosikan Malaysia sama ada di dalam lingkungan ASEAN atau di luar ASEAN.
· Saling bekerjasama mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan negara masing-masing di negara-negara anggota.
· Contoh: negara Thailand mempromosikan destinasi pelancongan ke negaranya di sepanjang lebuh raya di negara Malaysia.
b. PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN ASEAN
1. memberi penerangan kepada semua pelancong atau penduduk ASEAN tentang kelebihan lokasi-lokasi pelancongan di negara-negara ASEAN.
a. Semua anggota ASEAN menyediakan maklumat kepada pelancong di luar ASEAN dan antara anggota ASEAN.
b. Mempromosikan lokasi-lokasi unit di negara-negara ASEAN untuk dilawati oleh pelancong
c. Pusat
2. Melalui laman sesawang “ASEAN TOURIST”
a. maklumat tentang keunikan produk pelancongan Sembilan buah negara ASEAN diiklankan kepada penduduk dunia.
b. Pakej pelancongan oleh syarikat-syarikat pelancongan negara-negara ASEAN disiarkan
C.KERJASAMA PROMOSI “MENJUAL” MELALUI PENUBUHAN “ASEAN TRAVEL EXCHANCE”
a. ASEAN TRAVEL EXCHANGE merupakan satu operasi penjualan destinasi pelancongan negara-negera ASEAN kepada negara-negara lain
b. Perlaksanaan sempena Forum Pelancongan ASEAN yang dilaksanakan sejak tahun 1981.
c. Fokus promosi : menarik lebih ramai pelancong dari luar ASEAN seperti New, Zealand, Amerika dan Eropah serta negara-negara Timur Tengah.
d. Negara-negara ASEAN akan mempromosikan keunikan negara masing-masing kepada wakil-wakli dari luar ASEAN bagi mendapatkan pasaran dari negara-negara berkenaan.
ANTARA USAHA DAN KERJASAMA YANG BOLEH DILAKSANAKAN
d.JALINAN KERJASAMA ANTARA SYARIKAT PENERBANGAN DAN PELANCONGAN ASEAN
a. Mewujudkan perjanjian persefahaman
b. Syarikat penerbangan antara negara ASEAN mewujudkan laluan bersambung tanpa perlu pelancong dari luar ASEAN menempah sendiri penerbangan mereka jika mahu melancong dari sebuah negara ASEAN ke negara ASEAN yang lain.
c. Syarikat pelancongan mewujudkan kerjasama secara “joint-venture”.
e.MEMPROMOSIKAN HASIL PRODUK PELANCONGAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA DI NEGARA MASING-MASING
a. Malaysia membantu negara-negara ASEAN yang lain menjual produk pelancongan seperti batik dari Indonesia .
b. Menyediakan maklumat tentang produk tersebut
c. Menggalakkan pelancong berkunjung sendiri ke negara Indonesia bagi mendapatkan pilihan yang lebih baik.
f.MEMANSUHKAN VISA LAWATAN ANTARA ASEAN
a. Rakyat di negara-negara ASEAN tidak perlu mendapatkan visa lawatan apabila berkunjung ke negara-negara ahli
b. Hanya menggunakan passport antarabangsa
c. Contoh: tiada pengunaan visa dan tempoh masa bagi rakyat negara-negara ASEAN untuk melawat Singapura dan rakyat Singapura pula tidak dikenakan cukai perjalanan apabila mahu ke luar dari negara mereka.
g.PENYERAGAMAN PENGGUNAAN PASPORT ANTARABANGSA DI NEGARA-NEGARA ASEAN
a. Kemasukan pelancong dari luar ASEAN hanya menggunakan passport dan visa di negara pertama mereka masuk ke wilayah ASEAN.
b. Pelancong yang memasuki Malaysia sebagai destinasi pertama, tidak perlu mendapatkan kebenaran masuk daripada pihak imigresen negara-negara ASEAN yang lain. Para pelancong bebas bergerak dan hanya melalui pemeriksaan bagasi dan diri sahaja oleh pihak imigresen dan kastam setiap negara.
h.MEWARTAKAN TAPAK-TAPAK WARISAN DUNIA DI NEGARA-NEGARA ASEAN SEBAGAI TAPAK WARISAN ASEAN YANG DIKONGSI BERSAMA-SAMA
a. Lokasi-lokasi dan bangunan-bangunan serta tapak geografi yang telah diisytuharkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia digazetkan sebagai Tapak Warisan ASEAN
b. ANGKOR WAT di Viet Nam, Bandaraya Melaka Bersejarah di Malaysia dan Candi Borobudur dijadikan aset milik bersama-sama negara ASEAN…
c. Para pelancong dari luar ASEAN akan lebih mengenali ASEAN berbanding mengenali negara-negara ASEAN secara berasingan.
i.PUSAT PENDIDIKAN DAN PERUBATAN BERTARAF DUNIA
a. Negara-negara ASEAN menaiktarafkan sistem pendidikan dan perubatan ke standard dunia agar menjadi pilihan rakyat antara negara ASEAN dan dari luar ASEAN untuk belajar atau mendapat rawatan perubatan di sini.
b. Setiap negara ASEAN menetapkan tarif bayaran yang kompetitif dan mampu dibayar , dengan cara ini, pelancong dari luar ASEAN akan memilih untuk mendapatkan perkhidmatan di sini terutama dari negara-negara dunia ketiga.
c. Tenaga kerja yang bertaraf dunia boleh berkhidmat di mana-mana negara ASEAN yang menjadi pilihan mereka tanpa sekatan.
d. Kesannya, di semua negara ASEAN ada pakar-pakar pendidikan dan perubatan yang berkualiti.
e. Hal ini, menarik lebih ramai pengunjung dari luar ASEAN untuk mendapatkan perkhidmatan di negara-negara ASEAN kerana kos perkhidmatan yang lebih murah berbanding di negara-negara Eropah.
KESIMPULAN
a. ASEAN mampu menjana pendapatan lumayan dari sektor pelancongan
b. Yang penting ialah kerjasama dan usaha gigih dan promosi pemasaran yang berterusan diperlukan.
Selamat sejahtera Cikgu!
BalasPadamSaya, Chan Li Yu, pelajar dari 5 Bijak SMK Sultan Ismail. Saya hendak meminta maaf daripada cikgu kerana saya telah menyalin terlebih dahulu esei tersebut di rumah pada hari sabtu.
Saya meminta maaf daripada cikgu kerana tidak mendapatkan kebenaran daripada cikgu terlebih dahulu sebelum menyalin sendiri di rumah.Saya berharap cikgu agar memaafkan saya.
Dengan ikhlasnya, Saya amat berharap cikgu tidak akan marah tentang hal ini.
Daripada,
Chan Li Yu
5 Bijak.