DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 29 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 5:RINDU

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 5: RINDU
SINOPSIS

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.

Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

PERSOALAN

1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG
Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya

2. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA
Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya
Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak diminatinya.





WATAK DAN PERWATAKAN
1. Haikal


PERWATAKAN

1. MATANG
Haikal memikirkan sama ada tindakannya bertanya tentang perpisahan umi dan ayahnya dianggap biadap oleh uminya.

2. TAAT
Haikal taat akan uminya.Haikal hanya menurut sahaja keputusan uminya apabila berkait dengan ayahnya. Uminya tidak membenarkan Haikal menziarahi jenazah ayahnya walaupun dirayu Haikal.

NILAI

1. NILAI KEMANUSIAAN

KASIH SAYANG
Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya.
Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.

KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahnya tujuh tahun yang lalu


2. NILAI KEMASYARAKATAN
SIMPATI
Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH
Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.


2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI
Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecil 

3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA 
Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.


LATAR

LATAR MASA

1.MALAM
Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya
Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa terpanggil untuk ke sana
Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin

2.TUJUH TAHUN LALU
Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.


LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA 
Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang

2.GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU
Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti digambarkan dalam manuskripnya.


LATAR TEMPAT

1. DI RUMAH HAIKAL
Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.
2. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan