DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Ahad, 13 Mei 2012

PELANCONGAN DI NEGARA-NEGARA ASEAN: USAHA-USAHA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SPM 2012
SETARA NEGERI JOHOR

Soalan 4: Industri pelancongan mampu menjana kemajuan ekonomi  sesebuah negara di dunia
                 Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ASEAN untuk menjadikan negara serantau kawasan pelancongan bertaraf dunia.


1.Pengenalan

Industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan sesebuah negara.

a.       Menurut statistik Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO)
b.      Pada tahun 2010 seramai 940 juta  orang pelancong bertebaran di seluruh dunia.
c.       Hasil pendapatan pada tahun 2010 ialah  US919 bilion.
d.      Prancis menjadi destinasi pertama tumpuan pelancong

ASEAN mampu muncul sebagai kawasan pelancongan bertaraf dunia
    Faktor
         i.            Kebudayaan yang unik
       ii.            Alam semula jadi yang eksotik
      iii.            Bangunan bersejarah
     iv.            Pendidikan bertaraf dunia
       v.            Perkhidmatan perubatan  bertaraf dunia
     vi.            Agropelancongan
    vii.            ASEAN  mempunyai fiil dan budaya hidup yang hamper sama



3. USAHA-USAHA  NEGARA  ASEAN
Kerjasama bertumpu pada aspek penggalakan pelancongan, pemasaran produk pelancongan dan peyelidikan .

ANTARA USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

A.      PROGRAM USAHA SAMA  MENGGALAKAN PELANCONGAN -TAHUN MELAWAT ASEAN  
·         Melancarkan TAHUN melawat ASEAN pada tahun  1992 bagi menarik pelancong dari luar ASEAN dan antara negara ASEAN  (intra-ASEAN). 
·         Rentetan daripada TAHUN MELAWAT THAILAND pada tahun 1987, TAHUN MELAWAT MALAYSIA  PADA TAHUN 1990, TAHU MELAWAT SINGAPURA DAN INDONESIA PADA TAHUN 1991
·         TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1994 berbentuk kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain yang sama-sama memperomosikan Malaysia sama ada di dalam lingkungan ASEAN atau di luar ASEAN.
·         Saling bekerjasama mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan  negara masing-masing di negara-negara anggota.
·         Contoh: negara Thailand mempromosikan destinasi pelancongan ke negaranya di sepanjang lebuh raya di negara  Malaysia. 

b. PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN ASEAN
1.       memberi penerangan kepada semua pelancong atau penduduk ASEAN tentang kelebihan lokasi-lokasi pelancongan di negara-negara ASEAN.
a.       Semua anggota ASEAN menyediakan maklumat kepada pelancong di luar ASEAN dan antara anggota ASEAN.
b.      Mempromosikan lokasi-lokasi unit di negara-negara ASEAN untuk dilawati oleh pelancong
c.       Pusat 
2.       Melalui laman sesawang “ASEAN TOURIST”
a.       maklumat tentang keunikan produk pelancongan Sembilan buah negara ASEAN diiklankan kepada penduduk dunia.
b.      Pakej pelancongan oleh syarikat-syarikat pelancongan negara-negara ASEAN disiarkan

C.KERJASAMA  PROMOSI “MENJUAL”  MELALUI PENUBUHAN “ASEAN TRAVEL EXCHANCE”
a.       ASEAN TRAVEL EXCHANGE   merupakan satu operasi  penjualan destinasi pelancongan negara-negera ASEAN kepada negara-negara lain
b.      Perlaksanaan  sempena Forum Pelancongan ASEAN yang dilaksanakan sejak tahun 1981.
c.       Fokus promosi : menarik lebih ramai pelancong dari luar ASEAN seperti New, Zealand, Amerika dan Eropah serta negara-negara Timur Tengah.
d.      Negara-negara  ASEAN akan mempromosikan keunikan negara masing-masing kepada wakil-wakli dari luar ASEAN bagi mendapatkan pasaran dari negara-negara berkenaan.  



ANTARA USAHA DAN KERJASAMA YANG BOLEH DILAKSANAKAN

d.JALINAN KERJASAMA ANTARA SYARIKAT PENERBANGAN DAN PELANCONGAN ASEAN
a.       Mewujudkan perjanjian persefahaman
b.      Syarikat penerbangan antara negara ASEAN  mewujudkan laluan  bersambung tanpa perlu pelancong dari luar ASEAN menempah sendiri penerbangan mereka jika mahu melancong dari sebuah negara ASEAN ke negara ASEAN yang lain.
c.       Syarikat pelancongan mewujudkan kerjasama secara “joint-venture”.  

e.MEMPROMOSIKAN HASIL PRODUK PELANCONGAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA DI NEGARA MASING-MASING

a.       Malaysia membantu negara-negara ASEAN yang lain menjual produk pelancongan seperti batik dari Indonesia .
b.      Menyediakan maklumat tentang produk tersebut
c.       Menggalakkan pelancong berkunjung sendiri ke negara Indonesia bagi mendapatkan pilihan yang lebih baik.


f.MEMANSUHKAN VISA LAWATAN ANTARA  ASEAN

a.       Rakyat di negara-negara ASEAN tidak perlu mendapatkan visa lawatan apabila berkunjung ke negara-negara ahli
b.      Hanya menggunakan passport antarabangsa
c.       Contoh: tiada pengunaan visa dan tempoh masa bagi rakyat negara-negara ASEAN untuk melawat Singapura dan rakyat Singapura pula tidak dikenakan  cukai perjalanan apabila mahu ke luar dari negara mereka.

g.PENYERAGAMAN PENGGUNAAN PASPORT ANTARABANGSA DI NEGARA-NEGARA ASEAN
a.       Kemasukan pelancong dari luar ASEAN hanya menggunakan passport dan visa di negara pertama mereka masuk ke wilayah ASEAN. 
b.      Pelancong yang memasuki Malaysia sebagai destinasi pertama, tidak perlu mendapatkan kebenaran masuk daripada pihak imigresen negara-negara ASEAN yang lain. Para pelancong bebas bergerak dan hanya melalui pemeriksaan bagasi dan diri sahaja oleh pihak imigresen dan kastam setiap negara.


h.MEWARTAKAN  TAPAK-TAPAK WARISAN DUNIA DI NEGARA-NEGARA ASEAN SEBAGAI TAPAK WARISAN ASEAN YANG DIKONGSI BERSAMA-SAMA

a.       Lokasi-lokasi dan bangunan-bangunan serta tapak geografi yang telah diisytuharkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia digazetkan sebagai Tapak Warisan ASEAN

b.      ANGKOR WAT di Viet Nam,  Bandaraya Melaka Bersejarah di Malaysia dan Candi Borobudur  dijadikan aset milik bersama-sama negara ASEAN… 
c.       Para pelancong dari luar ASEAN akan lebih mengenali ASEAN berbanding mengenali negara-negara ASEAN secara berasingan.

i.PUSAT PENDIDIKAN DAN PERUBATAN BERTARAF DUNIA
a.       Negara-negara ASEAN menaiktarafkan sistem pendidikan dan perubatan ke standard dunia  agar menjadi pilihan rakyat antara negara ASEAN dan dari luar ASEAN untuk belajar atau mendapat rawatan perubatan di sini.
b.      Setiap negara ASEAN menetapkan tarif bayaran yang kompetitif dan mampu dibayar  , dengan cara ini, pelancong dari luar ASEAN akan  memilih  untuk mendapatkan perkhidmatan di sini terutama dari negara-negara dunia ketiga.
c.       Tenaga kerja yang bertaraf dunia boleh berkhidmat di mana-mana negara ASEAN yang menjadi pilihan mereka tanpa sekatan. 
d.      Kesannya, di semua negara ASEAN ada pakar-pakar pendidikan dan perubatan yang berkualiti.
e.      Hal ini, menarik lebih ramai pengunjung dari luar ASEAN untuk mendapatkan perkhidmatan di negara-negara ASEAN kerana kos perkhidmatan yang lebih murah berbanding di negara-negara Eropah.



KESIMPULAN
a.       ASEAN mampu menjana pendapatan lumayan dari sektor pelancongan
b.      Yang penting ialah kerjasama dan usaha gigih dan promosi pemasaran yang berterusan diperlukan.         

Ahad, 18 Mac 2012

UJIAN 1 (MAC) BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Makluman:
PETIKAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM DIAMBIL DARI SET SOALAN “LEARNING TO SCORE NEGERI PERAK 2006
SOALAN PENGETAHUN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA DAN NOVEL IALAH HASIL GUBALAN PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU.

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR
UJIAN BULANAN 1: MAC 2012
TINGKATAN 4:
SUBJEK: BAHASA MELAYU
ARAHAN SOALAN: JAWAB SEMUA SOALAN (4 SOALAN )
SOALAN 1: RUMUSAN
                                                                       [30 markah]      
[ masa cadangan: 30 minit ]


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip
dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikan keuntungan tetapi penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatu perniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dan kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati dan mengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan pengguna dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan ini juga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan.
Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang dengan harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan harian untuk kestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna.
Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada sesuatu produk semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sesetengah peniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan harga. Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga yang berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda.
Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh para peniaga. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannya dan ingin menukarkan produk tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk lain atau mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan menyanggupinya. Peniaga juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan manfaat dan mengutamakan kepentingan pengguna.
Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan yang diasaskan berdasar kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakat majmuk di negara ini. Dalam apa juga keadaan peniaga yang ingin berjaya harus berpegang kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika tersebut demi kepentingan pengguna dan pemantapan ekonomi negara.

(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,
Dewan Masyarakat, Februari 2005)
Sumber: Learning To Score Negeri Perak 2006



SOALAN 2 : PEMAHAMAN
(9 MARKAH )
[ masa cadangan: 15 minit]

Soalan 2: Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]

(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
(30 MARKAH )
[ masa cadangan: 30 minit]

a)Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan    makna frasa tersebut.  Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan , menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.
i.                    alat kawalan jauh                             ii.kepelbagaian biologi
iii.                mengaku tidak bersalah                    iv.menjunjung  titah perintah
v.                  papan kekunci                                 vi. servis bertukar tangan
( 6 markah )
b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif dalam ayat-ayat tersebut.
                                            i.            Amir menangis kerana sakit perut.
                                          ii.            Pada setiap hujung bulan, Salleh akan  menziarahi ibunya.
                                        iii.            Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
                                        iv.            Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
                                          v.            Semua pelajar perlu berusaha gigih  demi masa depan masing-masing.
                                        vi.            Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                                i.            Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.

                              ii.            Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan membuka selera.


                            iii.            Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan busjeket pada setiap hari Isnin .
( 6 markah )

 d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah   dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                    i.            Mariam tidak boleh  memasuki  Pasukan Polis Diraja Malaysia  kerana tidak diizinkan oleh kedua ibu bapanya.

                  ii.            Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana mereka  bukan  kembar serupa.


                iii.            Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di bandar ini.
( 6 markah )


e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
                                            i.                        bersumpah
                                          ii.                        melarikan diri
                                        iii.                        khabar yang belum pasti
( 6 markah )


SOALAN 4: NOVEL
(15 MARKAH )
[masa cadangan: 15 minit]

Berdasarkan novel “MELUNAS RINDU”  karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan berikut;

a)      Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.
( 7 markah)

b)      Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
( 8 markah )

***********************  kertas soalan tamat************************

SKEMA JAWAPAN UJIAN 1: BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Pendahuluan [2 markah]
Petikan membincangkan amalan asas dalam bidang urus niaga dalam kalangan peniaga Malaysia

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]
1. Perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang tingkah laku. (2 m)
2. Harus bersifat amanah dengan mematuhi arahan kerajaan. 2
3. Sentiasa jujur ketika berurusan dengan pengguna. 2
4. Tidak harus lupa daratan/harus memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. 2
5. Berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga dengan pihak lain. 2
6. Harus menghayati sikap berperikemanusiaan. 2
7. Boleh membuat keputusan dengan rasional. 2
8. Berpegang kepada kod etika perniagaan. 2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]
1. Mengadakan jualan murah/jualan menghabiskan stok/jualan potongan harga. 2
2. Membuat promosi/menjalankan pengiklanan secara intensif. 2
3. Mengadakan cabutan bertuah. 2
4. Mewujudkan perkhidmatan yang mesra pelanggan. 2
5. Memberikan perhatian dan keutamaan kepada kehendak pelanggan. 2
6. Menggunakan kaedah penyusunan barangan yang dapat menarik pelanggan.
7. Menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan tahan lama. 2
8. Kemudahan pembelian dengan menggunakan kad kredit. 2
9. Pemesanan barangan secara  dalam talian’. 2

(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan/Penutup [2 markah]
Dunia perniagaan hendaklah dilaksanakan dengan prinsip tertentu supaya kebajikan
pengguna terjamin dan ekonomi negara dapat berkembang dengan lancar.

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum

(i)           Maksudnya tidak menjalankan usaha perniagaan yang melampau batas-batas yang            
                                                                                                                  dibenarkan/
tidak menjalankan usaha perniagaan yang terlampau mementingkan keuntungan semata-
                                                                                                                 mata. [2 markah]

(ii) Kepentingannya
-Untuk menjamin kepentingan pengguna. [1 markah]
-Untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. [1 markah]
-Untuk mengekalkan kepercayaan pengguna. [1 markah]

 (iii) Kebaikan pengiklanan
-Memberi panduan cara menggunakan sesuatu produk. [1 markah]
-Mengelakkan pengguna daripada tertipu. [1 markah]
-Memberi panduan akan halal atau haram kandungannya. [1 markah]
-Memberi panduan tentang kesesuaian dengan keperluan diri pengguna. [1 markah]
-Panduan lokasi produk itu boleh diperoleh. [1 markah]
-Memberi panduan harga. [1 markah]
-membolehkan pengguna memilih barangan yang terbaik untuk diri sendiri
-melariskan jualan peniaga
-peniaga  perlu menjaga kualiti produk kerana terdapat banyak pesaing yang mengiklankan produk yang sama
-

[4 markah]


SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

A)BINA AYAT dari Laras Bahasa
Bina satu ayat bagi setiap frasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaan dan    makna frasa tersebut.  Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan , menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa.
ii.             alat kawalan jauh
(laras sains dan teknologi)
Alat kawalan jauh televisyen sudah rosak kerana terhempas ke lantai.

iv.          kepelbagaian biologi
(laras sains ekologi)
Kepelbagaian biologi negara ini semakin terancam akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia.

v.              mengaku tidak bersalah
(laras undang-undang)
Perompak itu  mengaku tidak bersalah setelah tuduhan itu dibaca oleh pendakwa raya.

             iv.menjunjung  titah perintah
(laras  bahasa diraja)
 Misi kemanusiaan ke Somalia  dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana  menjunjung titah perintah Duli Yang Maha  Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

vi.          papan kekunci
(laras sains komputer)
Makmal komputer sekolah telah membeli sepuluh buah papan kekunci yang baharu bagi menggantikan papan kekunci komputer yang telah rosak.

vii.      servis bertukar tangan
(laras sukan )
Servis bertukar tangan daripada Lin Dan kepada Lim Chong Wei setelah   bola tangkis yang dipukul Lin Dan terkeluar dari gelanggang.

( 6 markah )
b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif dalam ayat-ayat tersebut.

                              vii.            Amir menangis kerana sakit perut.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

                          viii.            Pada setiap hujung bulan, Salleh akan  menziarahi ibunya.
AYAT AKTIF TRANSITIF
(Ayat Pasif: Pada setiap hujung bulan, ibunya
                     diziarahi oleh Salleh)

                                  ix.            Pembantu perpustakaan menyusun buku-buku di rak pada setiap petang.
AYAT AKTIF TRANSITIF

                                      x.            Puan Zila membasuh kain pada setiap pagi.
AYAT AKTIF TRANSITIF

                                  xi.            Semua pelajar perlu berusaha gigih  demi masa depan masing-masing.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF

                              xii.            Syarikat pembuat komputer tumbuh dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
( 6 markah )
c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                      iv.            Puan Swee Lan sering berjogging di taman rekreasi yang letak di hadapan rumahnya.
berjogging – berjoging
letak            - terletak

                          v.            Sandwic telur yang dicampur mayoneis itu sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan membuka selera.
membuka - pembuka
mayoneis - mayones


                      vi.            Semua kakitangan syarikat itu mesti pakai baju kebangsaan pada setiap hari Jumaat dan busjeket pada setiap hari Isnin .
pakai    -   memakai
busjeket  - busjaket
( 6 markah )

 d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah   dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

          iv.            Mariam tidak boleh  memasuki  Pasukan Polis Diraja Malaysia  kerana tidak diizinkan oleh kedua ibu bapanya.
memasuki   - menyertai
kedua         - kedua-dua

              v.            Alisa lebih tinggi dari Alina walaupun mereka ialah adik-beradik kembar kerana mereka  bukan kembar serupa.
dari   -  daripada
serupa    - seiras


          vi.            Puan Silva meminta suaminya membeli setangkai pisang yang dijual di pasaraya yang tersohor di bandar ini.
setangkai  - sesisir/sesikat
pasaraya   - pasar raya
( 6 markah )


e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
                                  iv.                        Bersumpah
angkat sumpah

                                      v.                        melarikan diri
angkat kaki/cabut lari

                                  vi.                        khabar yang belum pasti
khabar angin/desas-desus
( 6 markah )


SOALAN 4: NOVEL
(15 MARKAH )
[masa cadangan: 15 minit]

Berdasarkan novel “MELUNAS RINDU”  karya Hartini Hamzah jawab soalan-soalan berikut;

c)  Huraikan dua peristiwa penting yang terdapat pada permulaan novel.
( Bab 1-Bab 3)
Berdasarkan novel “Melunas Rindu” karya Hartini Hamzah yang dikaji terdapat dua peristiwa penting pada permulaan novel.


Peristiwa penting yang pertama ialah peristiwa Fuad bersiar-siar di Pantai Batu Buruk, di situ Fuad terkenang akan Sofia yang dilarikannya daripada Pak Ismail dan Mak Salmah untuk dipertemukan dengan ibi bapa Sofia,  Tindakannya menyebabkan Sofia mati dalam kemalangan dan Fuad dibenci oleh Mak Salmah.

Peristiwa penting kedua, ialah peristiwa Mak Salmah terkenang Sofia yang meninggal dunia dan Mak Salmah amat membenci Fuad kerana dikatakan punca kematian Sofia. Akhirnya kemarahannya hilang apabila dia mendapati Fuad sangat ikhlas untuk menolong  sabagai tanda keinsafan dan sesungguhannya setelah memeluk Islam.

Peristiwa penting ke tiga, ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang tanah dan sebuah motosikal untuk Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad dan Pak Ismail bersama-sama mengusahakan kebun jagung setelah Fuad berhasrat menjadi usahawan tani.

Peristiwa penting yang ke empat  ialah kedatangan Cikgu Abas ke kebun jagung Pak Ismail untuk bertemu Fuad. Semasa pertemuan , Fuad ditawarkan dengan jawatan guru sandaran Bahasa Inggeris bagai mengatasi masalah kekurangan guru tersebut di Sekolah Menengah Seri Setia.



( 7 markah)

d)     Jelaskan tiga persoalan tanggungjawab dalam novel ini.

bil
isi
huraian
1
Persoalan tanggungjawab terhadap agama
Fuad tetap mengerjakan solat walupun sedang bermusafir. Dia menunaikan solat Zuhur di sebuaah surau dalaam perjalanan dari Kuala Terngganu ke Sungai Ruan
2
Persoalan tanggungjawab ayah terhadap anak
Robert Lim memasukkan wang sejumlah RM200,000.00 ke dalaam akaun Fuad walaupun Fuad telah berkrisis dengannya dan sudah setahun tidak pulang ke rumah,
3
Persoalan tanggungjawab sesama saudara seagama
Pak Ismail mengajarkan bacaan Al-Quran kepada Fuad seorang mualaf yang tinggal bersama-samanya sejak setahun.
4
Persoalan tanggungjawab guru terhadap para pelajarnya
Fuad mengadakan kelas tambahan selepas waktu persekolahn di kantin sekolah bagi membimbing pelajr-pelajar yang kurang baik penguasaan subjek Bahasa Inggeris
5
Persoalan tanggungjawab seorang ketua organisasi terhadap organisasi yang dipimpinnya
1.      Cikgu Abas melakukan rondaan semasa kelas bimbingan diadakan bagi memastikan kelas berjalan lancar. Beliau menegur pelajar Tingkatan Tiga yang tidak memanggil guru untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran

2.      Cikgu Abas berjumpa dengan  Fuad dan menawarkan jawatan guru sandaran Bahasa Inggeris bagi mengatasi masalah kekurangan guru subjek tersebut di Sekolah Menengah Seri Setia

6
Persoalan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Farhana mengambil cuti untuk menjaga ibunya , Mariana yang dimasukkan ke hospital kerana sakit.
 ( 8 markah )

***********************  kertas soalan tamat************************