SMK
SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR
_______________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
2012
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OKTOBER
2 ½ jam
Dua
jam tiga puluh minit
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi soalan 2 (b),
soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4
4.
Jawapan boleh ditulis dalam
tulisan Rumi atau Jawi.
______________________________________________________________________
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah ]
Baca
petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha
meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120
patah kata.
Disipin merupakan satu latihan untuk
mengawal diri sendiri. Secara lebih
terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan.
Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin,
walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu
meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.
Mengapakah disiplin perlu
dititikberatkan? Hal ini demikian
kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya
sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan
itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang
memberi implikasi buruk kepada diri sendiri.
Pelajar yang berdisiplin akan dapat
mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam
segala masalah disiplin dan gejala negatif
yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan
yang cemerlang pada masa depan. Malahan,
pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan
terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain.
Peraturan sekolah yang
menetapkan para pelajar supaya datang ke
sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan
masa. Pelajar yang berjaya menepati masa
akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah
yang menetapkan supaya berpakaian kemas.
Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah
menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.
Aspek utama dalam mengamalan
disiplin yang baik ialah menghormati guru.
Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan
tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar
mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih
memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh
berinteraksi dengan pelajar. Seandainya
pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu
daripada guru? Maka,hubungan harmonis
antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan yang diutarakan di atas
menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan
cemerlang seseorang pelajar dalam
pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam
pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa
kejayaan yang cemerlang. Jelaslah,
disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan
nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan
diubah suai daripada
Rencana Umum:
Disiplin Perisai Kawalan Diri,
Oleh Izani Hj.
Daud,
Muka surat
30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA
SOALAN 2
( 35 Markah )
Soalan 2(a)
- Petikan Umum
Berdasarkan petikan
Soalan 1, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan
berdasarkan penggunaannya dalam
petikan.
( 2 markah )
ii.
Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
( 3 markah )
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah pelajar
yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?
( 4 markah )
Soalan 2(b) – Petikan
Drama
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
RIPIN:
Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat
longgokan akar kayu di hujung beranda )
TUK
WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada
siapa pulak yang menanam semula.
TUK
WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang
larang, sampai anak cucu pun insya-Allah
ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada
orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang
sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat
mereka pada alam!
RIPIN:
Petua yang mana, wak ?
TUK
WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu,
jangan disentuh. Kalau hati belum pasti
, jangan cemas. Kalau belum mengenal,
kenal dulu.
RIPIN
: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK
WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu!
Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!
Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang
tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk
biawak!
( dipetik daripada Drama Gelanggang Tuk Wali,
Antologi Harga Remaja,
DBP)
i.
Apakah pantang larang yang diberitahu
oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?
(
2 markah )
ii.
Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali
amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di
hutan?
( 3 markah )
iii.
Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali
berdasarkan petikan di atas dan satu
perwatakannya dalam drama tersebut.
( 4 markah )
Soalan 2(c)- Prosa
Klasik
Baca petikan
prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula maka
tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun
memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum
baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun
keluar hendak berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan
suaminya itu. Maka lalu ia pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya, ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku
sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada
malam ini? ” Maka diceterakannya
perihalnya ia berahi itu. Setelah
Tiung itu mendengar kata Bibi Zainab maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya
katanya, ” Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa, pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan
ini? Tiadakah takut akan Allah dan malu akan Nabi SAW. Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat
lagi larangan Allah Taala, ditegah Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya
itu, tiada wajib atas segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang
demikian itu. Tiadakah tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan menduakan suaminya bahawa sesungguhnya dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam
seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam
dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insya-Allah Taala tuan yang
laki-laki pun bangat cepat juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak
tiadakah tuan malu dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada
sekalian alam ini.”
(Dipetik daripada
’Hikayat Khoja
Maimun’
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan
Pustaka 2009)
(i)
Berikan maksud bangat
cepat juga akan datang.
[2 markah]
(ii)
Apakah yang
dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda,
bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?
[3 markah]
Soalan
2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya
perempuan terlalu janggalnya,
Roma
di muka pula dicukurnya,
Seperti
taji berandam di keningnya,
Kemudian
memakai dengan selengkapnya.
Mengagak
mengilai terlalu suka,
Melihat
laki-laki ditampakkan muka,
Supaya
laki-laki boleh menyangka,
Ianya
elok tiada terhingga.
Setengah
perempuan sangat persolek,
Berhias
berdandan berpakai molek,
Di
dalam cermin muka ditelek,
Kanan
dan kiri dibelek-belek.
Meskipun
tiada berapa eloknya,
Ada
yang setengah kembang hidungnya,
Serta
pula kepik batangnya,
Seperti
buaya besar mulutnya.
Setengah
perempuan perangainya cela,
Habis
dipenuhi rambut kepala,
Rambut
yang sikit disiputnya pula,
Memakai
cemara berjela-jela.
Terkadang
muka dibubuh pupuri,
Kaki
dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah
rupanya putih berseri
Pekerjaan
tipu sangat digemari.
Setengah
perempuan yang makan angkat,
Memakai
gelang bertingkat-tingkat,
Memandang
laki-laki matanya lekat,
Dengan
jantan suka berdekat.
Kaki
dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura
dikatakan ubat segala,
Hakikatnya
diketahui Allah Taala,
Supaya
laki-laki berhati gila.
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.
Setengahnya
suka bermain judi,
Inilah
perangai banyak terjadi,
Habislah
tergadai intan serudi,
Kerana
perangai sudah membadi,
Laki-laki
perempuan bertindih lutut,
Banyaklah
kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang
ibadat sudahlah bantut,
Kerana
syaitan duduk di buntut.
Abu
Hassan Sham(Penyelenggara)
(Antologi
Harga Remaja,
Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2009
(i)
Berikan
maksud rangkap,
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah
[3markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang
berperibadi mulia ?
[3
markah]
(iii)
Jelaskan TIGA
pengajaran yang terdapat dalam syair
ini?
[4
markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a.
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya dalam ayat.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
negara
bangsa
ii.
runding
cara
iii.
alam
semula jadi
iv.
paparan
cecair kristal
v.
segi
empat tepat
vi.
warisan
budaya bangsa
( 6 markah )
b.
Baca dengan teliti
ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam
ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi
setiap ayat.
i.
Gadis-gadis
dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
ii.
Kapal
tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
iii.
Pantai
di kampung saya mengalami hakisan yang
teruk sejak sepuluh tahun lalu.
iv.
Pembinaan sekolah
terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu
mahal.
v.
Peragut
yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati, semalam.
vi.
Rakyat Kampung
Limau kehujanan ketika menanti
keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
( 6 markah )
c. Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini
sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta
perasaan mereka.
ii.
Sifat
remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi
aktiviti hiburan mereka.
iii.
Janganlah
disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta
menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.
[6 markah]
d. Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Pengguna
jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk
mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
(ii)
Wang
tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan
pelajaran.
(iii)
Sudah
bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya
telah meninggal dunia.
[6
markah]
(e)
Baca petikan di
bawah dengan teliti
dan kemudian senaraikan
peribahasa yang
sesuai
untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan.
Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana
........................................................... Namun, remaja perlu
berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal
pada kemudian hari. Hal ini
besesuaian
dengan peribahasa
..................................................................................
Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan
pujukan mereka seperti ............................................................................................................
[6 markah]
Soalan 4- Novel
( 15 markah )
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab
semua soalan-soalan berikutnya
a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan
cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.
( 7 markah )
b. Huraikan tiga latar masa dan 3peristiwa
penting yang berlaku pada setiap latar masa tersebut.
( 8 markah )
---------------------- kertas soalan tamat
-------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan