_______________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
2012
SKEMA JAWAPAN
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OKTOBER
2 ½ jam
Dua
jam tiga puluh minit
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi soalan 2 (b),
soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4
4.
Jawapan boleh ditulis dalam
tulisan Rumi atau Jawi.
_______________________________________________________________________.
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah ]
Baca
petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha
meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120
patah kata.
Disipin merupakan satu latihan untuk
mengawal diri sendiri. Secara lebih
terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan.
Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin,
walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu
meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.
Mengapakah disiplin perlu
dititikberatkan? Hal ini demikian
kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya
sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan
itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang
memberi implikasi buruk kepada diri sendiri.
Pelajar yang berdisiplin akan dapat
mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam
segala masalah disiplin dan gejala negatif
yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang
mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan
yang cemerlang pada masa depan. Malahan,
pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan
terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain.
Peraturan sekolah yang
menetapkan para pelajar supaya datang ke
sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan
masa. Pelajar yang berjaya menepati masa
akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah
yang menetapkan supaya berpakaian kemas.
Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah
menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.
Aspek utama dalam mengamalan
disiplin yang baik ialah menghormati guru.
Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan
tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai
buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan
guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi
dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak
menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada
guru? Maka,hubungan harmonis antara
guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
Pandangan yang diutarakan di atas
menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan
cemerlang seseorang pelajar dalam
pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam
pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa
kejayaan yang cemerlang. Jelaslah,
disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan
nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan
diubah suai daripada
Rencana Umum:
Disiplin Perisai Kawalan Diri,
Oleh Izani Hj.
Daud,
Muka surat
30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA
JAWAPAN:
Pengenalan
1.
Petikan
membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m)
2.
Petikan
membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam
kalangan pelajar. ( 2 m)
3.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan
mempunyai disiplin yang baik ( 1 m)
4.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna
mempunyai disiplin yang baik di
Malaysia/ di negara ini
( 1 m)
5,
Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik ( 1 m)
6.Petikan
membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan
usaha-usaha meningkatkan
disiplin ( 0 m)
ISI TERSURAT:
( 2 -12 MARKAH )
S1 Seseorang pelajar mampu
meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya. ( 2M)
S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya
tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan
peraturan (
2M)
S3
menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi
implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas (2M)
S4
memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.
(2M)
S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah
disiplin / gejala negatif yang
menjejaskan
fokus
tumpuan terhadap pembelajaran. (
2M)
S6
mengadakan jadual belajar sendiri. (
2 M)
S7
sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. (
2 M)
S8
sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan
oleh
orang lain. (
2M)
S9 melatih
pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa ( 2M)
S10 pelajar
kelihatan berpersonaliti dan
berketerampilan (
2M)
S11
mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding
yang tidak berpesonaliti. (
2M)
S12
hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin
keberkesanan pembelajaran. (
2 M)
ISI
TERSIRAT : (2-12 MARKAH )
T1
ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak
mereka
di sekolah (
2M)
T2
pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk mengawal
tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah (
2 M)
T3
guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati
pelajar-pelajar bermasalah (
2M)
T4
pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di
sekolah
( 2M)
T6
ibu bapa memberikan didikan agama yang serius
kepada anak-anak ( 2 M)
T7
pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M )
KESIMPULAN: 2
MARKAH
1.
Para
pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu
pelajar
menghayati
kepentingan disiplin agar generasi muda
berkualiti dapat dihasilkan
untuk kemajuan negara
(
2M)
2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan
kualiti diri dengan menjaga disiplin agar
menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat
dan negara ( 2 M)
SOALAN 2
( 35 Markah )
JAWAPAN
2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM
Soalan 2(a)
- Petikan Umum
Berdasarkan petikan
Soalan 1, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.
Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan
berdasarkan penggunaannya dalam
petikan.
P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
P2 ada watak dan berupaya
menjalankan tugas dengan cekap:
( rujukan : pusat rujukan persuratan
melayu DBP – prpm.dbp.gov.my )
( 1 ISI=2 markah )
ii.
Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
P1
Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.
P2
kemahuan untuk mentaati peraturan
P3 kemahuan untuk menghormati peraturan.
P4 peraturan
untuk membentuk tingkah laku baik
P5 pengamalan nilai-nilai murni
bertujuan menjamin kejayaan seseorang
pelajar.
(3 ISI= 3 markah )
iii.
Pada pendapat anda, mengapakah pelajar
yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?
P1
sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk sekolah
P2
tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakan-
rakan/menghormati guru-guru dan rakan
P3
sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-aktiviti
yang
dirancang
P4
sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguh-
tangguh
P5
sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan
P6
sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur
P7
serius belajar
(
2 isi=4 markah )
Soalan 2(b) – Petikan
Drama
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
RIPIN:
Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat
longgokan akar kayu di hujung beranda )
TUK
WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada
siapa pulak yang menanam semula.
TUK
WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang
larang, sampai anak cucu pun insya-Allah
ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada
orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang
sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat
mereka pada alam!
RIPIN:
Petua yang mana, wak ?
TUK
WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu,
jangan disentuh. Kalau hati belum pasti
, jangan cemas. Kalau belum mengenal,
kenal dulu.
RIPIN
: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK
WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu!
Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!
Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang
tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya
tengkuk biawak!
i.
Apakah pantang larang yang diberitahu oleh
Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?
P1
Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.
P2
Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.
P3
Kalau hati belum pasti , jangan cantas
P4
Kalau belum mengenal, kenal dulu.
(
2 isi =2markah )
ii.
Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali
amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di
hutan?
P1
Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang kerana boleh
memupuskan pokok-pokok ubat di hutan dalam jangka
panjang
P2
bekalan ubat-ubat herba tradisional tidak putus sampai bila-bila
P3
ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum
dapat digunakan
P4
pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liar
P5
pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan
pokok-pokok baru bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang
teklah tua dan
tidak produktif
P6
generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali khazanah alam dan ilmu
perubatan tradisional
( 3 isi= 3 markah )
iii.
Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali
berdasarkan petikan di atas dan satu
perwatakannya dalam drama tersebut.
Dalam
petikan
P1
Sayang akan alam semula jadi
Tuk Wali mengamalkan petua apabila mencari
ubat-ubat tradisional di hutan agar
pokok-pokok
tidak pupus.
P2
Kuat berpegang pada pantang larang
Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang
ketika masuk ke hutan agar pokok-
pokok hutan
dapat kekal sehingga ke anak cucu
(
1 isi = 2 markah
1
m- isi
1m
–huraian
(Huraian
tanpa isi= 0 markah )
Dalam Keseluruhan Cerpen
P1 Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
P2 Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
P3 Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat
sunat.
P4 Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah , menggali kubur
tanpa
meminta upah.
(
1 isi = 2 markah)
1
m- isi
1m
–huraian
(Huraian
tanpa isi= 0 markah )
Soalan 2(c)- Prosa
Klasik
Baca petikan prosa
klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula maka
tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun
memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum
baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun
keluar hendak berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan
suaminya itu. Maka lalu ia pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya, ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku
sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam
ini? ” Maka diceterakannya perihalnya ia berahi itu. Setelah Tiung itu mendengar
kata Bibi Zainab maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, ” Ayuhai
Tuan Siti yang baik rupa, pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah
takut akan Allah dan malu akan Nabi SAW.
Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala,
ditegah Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas
segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah
tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan
menduakan suaminya bahawa sesungguhnya
dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan
lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam dunia ini? Sabarlah tuan hamba
dahulu, insya-Allah Taala tuan yang laki-laki pun bangat
cepat juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak tiadakah tuan malu
dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini.”
(Dipetik daripada
’Hikayat Khoja
Maimun’
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i)
Berikan maksud bangat
cepat juga akan datang.
P1 lambat laun akan pulang juga
P2 lambat laun akan kembali juga
P3 lambat laun akan balik juga
[1 isi
=2 markah]
(ii)
Apakah yang
dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?
Setelah tiba waktu malam,
P1 memakai pakaian yang amat indah-indah
P2 memakai bau-bauan yang amat harum baunya,
P3 mahu bertemu anak raja itu.
P4 berjumpa
burung Tiung bagi mendapatkan pandangan burung Tiung.
[2 isi= 3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda,
bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?
P1 saling mempercayai
P2 saling membantu tugas-tugas rumah tangga
P3 menjalinkan hubungan baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak
P4 saling menjaga hati
pasangan masing-masing
P5 saling menghormati
P6 bertolak annsur
P7saling mendoakan pasangan /berpegang pada ajaran agama
[3isi=3 markah]
Soalan
2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SYAIR SITI SIANAH
Setengahnya
perempuan terlalu janggalnya,
Roma
di muka pula dicukurnya,
Seperti
taji berandam di keningnya,
Kemudian
memakai dengan selengkapnya.
Mengagak
mengilai terlalu suka,
Melihat
laki-laki ditampakkan muka,
Supaya
laki-laki boleh menyangka,
Ianya
elok tiada terhingga.
Setengah
perempuan sangat persolek,
Berhias
berdandan berpakai molek,
Di
dalam cermin muka ditelek,
Kanan
dan kiri dibelek-belek.
Meskipun
tiada berapa eloknya,
Ada
yang setengah kembang hidungnya,
Serta
pula kepik batangnya,
Seperti
buaya besar mulutnya.
Setengah
perempuan perangainya cela,
Habis
dipenuhi rambut kepala,
Rambut
yang sikit disiputnya pula,
Memakai
cemara berjela-jela.
Terkadang
muka dibubuh pupuri,
Kaki
dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah
rupanya putih berseri
Pekerjaan
tipu sangat digemari.
Setengah
perempuan yang makan angkat,
Memakai
gelang bertingkat-tingkat,
Memandang
laki-laki matanya lekat,
Dengan
jantan suka berdekat.
Kaki
dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura
dikatakan ubat segala,
Hakikatnya
diketahui Allah Taala,
Supaya
laki-laki berhati gila.
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.
Setengahnya
suka bermain judi,
Inilah
perangai banyak terjadi,
Habislah
tergadai intan serudi,
Kerana
perangai sudah membadi,
Laki-laki
perempuan bertindih lutut,
Banyaklah
kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang
ibadat sudahlah bantut,
Kerana
syaitan duduk di buntut.
Abu
Hassan Sham(Penyelenggara)
(Antologi
Harga Remaja,
Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2009
(i)
Berikan
maksud rangkap,
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah
maksud
P1 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada
Allah ( 1 m)
P2 agar kita akan terselamat daripada segala
kemungkaran, ( 1m)
P3 malahan dijauhi daripada berperangai seperti
perempuan
yang
tidak berakhlak.
( 1m)
1
isi=2 markah
2
isi=2 markah
3
isi=2 markah
[3 isi = 3markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang
berperibadi mulia ?
P1 taat perintah agama
P2 berkawan dengan rakan-rakan yang baik
akhlak/tidak berkawan dengan
rakan- rakan
yang buruk tingkah laku
P3 sentiasa mendapat nasihat /ilmu agama daripada
orang yang
berkelayakan/guru
agama
P4 patuh akan
pantang larang dalam adab budaya bangsa
P5 membaca buku-buku agama
P6 taat akan ibu bapa /suami dalam perkara-perkara
kebaikan
[3
isi =3 markah]
(iii)
Jelaskan TIGA
pengajaran yang terdapat dalam syair
ini?
P1 Seseorang
wanita haruslah menjaga adab dan
perilaku agar dihormati
oleh
orang lain..
P2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun
tidaklah
secara berlebih-lebihan agar tidak
menimbulkan fitnah.
P3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang
aktiviti perjudian agar tidak
berlakunya
pembaziran.
P4 Seseorang
wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan
lelaki
agar terpelihara daripada maksiat.
P5 sentiasa berdoa kepada tuhan agar terpelihara
daripada terlibat dengan
Maksiat/
menjadi wanita yang jahat peribadinya
[3
isi=3 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a.
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya dalam ayat.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
negara bangsa
a.
negara yang berdaulat dan didiami oleh satu bangsa
b.
Rukun Negara digubal bertujuan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara bangsa yang
harmoni.
ii.
runding
cara
a.
khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi
perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya
b.
Pelbagai teknik runding cara digunakan oleh kaunselor itu
bagi mengatasi masalah pelanggan yang datang meminta khidmat nasihatnya.
iii.
alam
semula jadi
a.
alam / bumi yang masih kekal sifat-sifat asalnya
b.
Hari Habitat Sedunia diraikan pada 1 Oktober 2012 untuk
memberi kesedaran kepada warga dunia tentang kepentingan memulihara alam semula
jadi
iv.
paparan
kristal cecair
a.
LCD ( bidang
teknologi maklumat )
b.
Semua nota tentang sajak Arkitek Kota di dalam komputer dipancarkan ke skrin
paparan kristal cecair bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara guru
dengan para pelajar
v.
segi
empat tepat
a.
bentuk segi empat yang memanjang ( rectangle)
b.
Kotak tisu yang cantik itu berbentuk segi empat tepat.
vi.
warisan
budaya bangsa
a. peninggalan
peradaban/tamadun bangsa
b.
Semua rakyat Malaysia perlu mengekalkan warisan budaya
bangsa yang ada jika mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
( 6 markah )
b.
Baca dengan teliti
ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata
nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh
menyenaraikan satu kata nama terbitan
bagi setiap ayat.
i.
Gadis-gadis
dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
tertawa ( kata
akar- tawa)
ii.
Kapal tangki minyak
itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
lautan ( kata
dasar- laut)
iii.
Pantai di kampung
saya mengalami hakisan yang teruk sejak
sepuluh tahun lalu.
hakisan ( kata dasar-
hakis )
iv.
Pembinaan sekolah
terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu
mahal.
pembinaan ( kata dasar – bina )
v.
Peragut yang licik
itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati, semalam.
peragut ( kata dasar – ragut )
vi.
Rakyat Kampung
Limau kehujanan ketika menanti
keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
keberangkatan ( kata terbitan – berangkat )
( 6 markah )
c. Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini
sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta
perasaan mereka.
mekanisma –mekanisme
diekspresikan -
mengekspresikan
ii.
Sifat
remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi
aktiviti hiburan mereka.
agresif - agresif
merancakan -
merancakkan
iii.
Janganlah
disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta
menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.
mengkiblatkan –
berkiblat
aqidah -akidah
[6 markah]
d. Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Pengguna jalan raya diingatkan supaya
berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada
terlibat di dalam kemalangan.
menyeberang
– melintas
di
dalam - dalam
(ii)
Wang tabungan dapat digunakan oleh kita
semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
digunakan
oleh kita – kita gunakan
kesuntukan -kesempitan/kekurangan
(iii)
Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi
ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.
bertahun-
bertahun-tahun
pergi
–pulang/balik
[6 markah]
(e)
Baca petikan di
bawah dengan teliti
dan kemudian senaraikan
peribahasa yang
sesuai
untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan.
Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ...........................................................
Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan
agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini
besesuaian dengan peribahasa
..................................................................................
Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan
pujukan mereka seperti ............................................................................................................
i.
lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa
hujan
ii.
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
iii.
lembu/kerbau dicucuk hidung
[6 markah]
Soalan 4- Novel
( 15 markah )
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab
semua soalan-soalan berikutnya
a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan
cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.
Cabaran
watak utama:
i.
Cabaran sebagai saudara baru
Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu
agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa
menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad
bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun
terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.
ii.
Cabaran mencari ibu
kandungnya
Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah
ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah
Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana
pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu
kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.
iii.
Cabaran menghadapi kebencian
ibu angkat.
Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang
membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak
Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad
walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah
sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.
iv.
Cabaran berpisah dengan orang
tersayang
Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima
hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.
v.
Cabaran dalam kerjaya
Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi
pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad
dan Farhana telah merancang ‘Program
mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya
agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
( 2 isi= 4 markah )
Huraian tanpa isi
= 0 markah )
Isi tanpa huraian = 1 m)
( 7 markah )
b. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa
penting yang berlaku pada setiap latar masa tersebut.
( 8 markah )
Pada tahun 1969.
Ø
Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana
mencari anaknya yang dilarikan
Pada waktu pagi.
Ø
Sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan
untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia.
Ø
Fuad keluar pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di
Sekolah Menengah Seri Setia.
Ø
Pada waktu pagi, semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan Fuad mengambil
kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.
Ø Fuad
dan Farhana menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Cikgu Abas di pejabat
Cikgu
Abas iaitu mereka ialah adik-beradik dan meminta Cikgu Abas menyebarkan
berita itu kepada
semua warga SMK Seri Setia
Pada waktu petang.
Ø
Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga
jam selepas tamat sesi persekolahan.
Ø
Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
Ø Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan
perjalanan ke Sungai Ruan
Ø Fuad teringat semula peristiwa kematian adiknya Sofia dan berangan-angan
jika Sofea masih hidup ,
dia yang mengurus kemasukan Sofea ke universiti
Pada waktu malam.
Ø
Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik.
Ø Semasa jemaah
surau sedang menunaikan solat Isyak.
Ø Fuad ke rumah
Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri.
Rupa-rupanya Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad
menyertai parti politik.
Ø Robert Lim
dan Pak Ismail serta Chin sampai ke Hospital Tengku Afzan dan mengesahkan
Mariana ialah ibu Fuad
- Ø Fuad terbaca maklumat diri Mariana di katil Mariana dan memerhati raut wajah Mariana lalu
- menyedari hidungnya sama dengan hidung Mariana
- Farhana terkejut dengan penjelasan Fuad tentang Mariana lalu menangis dengan kuat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan