DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 22 Ogos 2013

Suara Azan - Fitri Haris



ILMU DICARI TAPI PASTIKAN SOLAT TAK TERABAI
KERANA
ILMU ITU HAK ALLAH
KITA CUMA MEMINJAMKANNYA

Rabu, 21 Ogos 2013

Selasa, 23 Oktober 2012

The Life of Prophet Muhammad - Full Episode



YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

Rabu, 3 Oktober 2012

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI


SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR       
_______________________________________________
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
                                  2012

SKEMA  JAWAPAN
1103/2  
BAHASA MELAYU
Kertas 2
OKTOBER
2  ½ jam                                                                                                 Dua jam tiga puluh minit
  
   
                                                                                                                                                                                         
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.                  Kertas soalan  ini mengandungi empat soalan

2.                  Jawab semua soalan.

3.                  Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4

4.                  Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


_______________________________________________________________________.

Soalan 1 : Rumusan
 [30 markah ]
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan  disiplin.  Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.
            Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.  Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri.  Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.
            Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan?  Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan.  Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. .  Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri.
            Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.   Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif  yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri.  Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan.  Malahan, pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain.
            Peraturan sekolah yang menetapkan  para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa.  Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas.  Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan  berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.
            Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru.  Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru.  Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar.  Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru?   Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.
            Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang  seseorang pelajar dalam pelajarannya.  Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang.  Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri,
Oleh Izani Hj. Daud,
Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA

JAWAPAN: 

Pengenalan
1.      Petikan membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m)
2.      Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan  mempunyai disiplin yang baik dalam
kalangan pelajar.                                                                                                     ( 2 m)   
3.      Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik          ( 1 m)
4.      Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di
Malaysia/ di negara ini                                                                                             ( 1 m)
      5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik                    ( 1 m)
       6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan
usaha-usaha meningkatkan disiplin                                                                            ( 0 m)

ISI TERSURAT:  ( 2 -12 MARKAH )

S1  Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya.   ( 2M)

S2  kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan
      dengan  peraturan                                                                                                 ( 2M)
                                                                       
S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi
     implikasi buruk kepada diri sendiri/  mengawal perilaku dalam kelas                   (2M)

S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru.                                                        (2M)

S5  tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif  yang menjejaskan  
      fokus  tumpuan terhadap pembelajaran.                                                               ( 2M)

S6 mengadakan jadual belajar sendiri.                                                                        ( 2 M)

S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan.          ( 2 M)

S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh
     orang lain.                                                                                                              ( 2M)

S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa                      ( 2M)
S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan  berketerampilan                                        ( 2M)
S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding
      yang tidak berpesonaliti.                                                                                       ( 2M)

S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin
      keberkesanan pembelajaran.                                                                                  ( 2 M)


ISI TERSIRAT  : (2-12 MARKAH )

T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka
     di sekolah                                                                                                               ( 2M)
                                                           
T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat  untuk mengawal
     tindak laku pelajar  di dalam dan di luar sekolah                                                  ( 2 M)

T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati
     pelajar-pelajar bermasalah                                                                                      ( 2M)

T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di sekolah            
( 2M)

T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius  kepada anak-anak                  ( 2 M)

T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral  ( 2M  )


KESIMPULAN: 2 MARKAH

1.      Para pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu pelajar 
menghayati kepentingan disiplin  agar generasi muda berkualiti dapat dihasilkan
untuk kemajuan negara                                                                                   ( 2M)

     2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan kualiti diri dengan menjaga disiplin agar
         menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat dan negara     ( 2 M)


SOALAN 2
( 35 Markah )

JAWAPAN 2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

        i.            Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan  berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan  cekap:
P2 ada watak dan  berupaya menjalankan tugas dengan cekap:
      ( rujukan : pusat rujukan persuratan melayu DBP – prpm.dbp.gov.my )
( 1 ISI=2 markah )

      ii.            Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?
P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. 
P2 kemahuan untuk mentaati peraturan
           P3 kemahuan untuk  menghormati peraturan.
           P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik
          P5  pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang
                pelajar.

(3 ISI=  3 markah )

    iii.            Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?
P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk sekolah
P2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakan-
     rakan/menghormati guru-guru dan rakan
P3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-aktiviti   
     yang  dirancang
P4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguh-
     tangguh
P5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan
P6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur
P7 serius belajar
                                                                                                ( 2 isi=4 markah )

Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda )

TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

RIPIN:  Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

TUK WALI:  Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa.  Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan.  Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN: Petua yang mana, wak ?

TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.  Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.  Kalau hati belum pasti , jangan cemas.  Kalau belum mengenal, kenal dulu.

RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak.  Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!  Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!


        i.            Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?
P1 Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. 
P2 Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.
P3 Kalau hati belum pasti , jangan cantas
P4 Kalau belum mengenal, kenal dulu.

( 2 isi =2markah )

      ii.            Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?
P1 Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang kerana boleh   
     memupuskan   pokok-pokok ubat di hutan dalam jangka panjang
P2 bekalan ubat-ubat herba tradisional tidak putus sampai bila-bila
P3 ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum   
      dapat  digunakan
P4 pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liar
P5 pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan     
     pokok-pokok baru  bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang teklah tua dan
    tidak produktif
P6 generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali khazanah alam dan ilmu 
     perubatan tradisional

 ( 3 isi= 3 markah )

    iii.            Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan di atas  dan satu perwatakannya dalam drama tersebut.



Dalam petikan
P1 Sayang akan alam semula jadi
    Tuk Wali mengamalkan petua apabila mencari ubat-ubat tradisional di hutan agar
    pokok-pokok  tidak pupus.


P2 Kuat berpegang pada pantang larang
    Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok- 
    pokok hutan   dapat kekal sehingga ke anak cucu
( 1 isi = 2 markah
1 m- isi
1m –huraian
(Huraian tanpa isi= 0 markah )


Dalam Keseluruhan Cerpen
P1 Dia seorang yang berani.
     Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

P2 Dia seorang yang pantas bertindak
     Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.

 P3 Dia seorang yang taat akan perintah agama.
     Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat  
     sunat.

P4 Dia seorang yang suka membantu orang lain

Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah , menggali kubur 
tanpa meminta upah.
( 1 isi = 2 markah)
1 m- isi
1m –huraian
(Huraian tanpa isi= 0 markah )



Soalan 2(c)- Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan suaminya itu. Maka lalu ia pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya,  ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam ini? ” Maka diceterakannya perihalnya  ia berahi itu. Setelah Tiung itu mendengar kata Bibi Zainab maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, ” Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa, pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah takut akan Allah dan malu akan Nabi SAW.  Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala, ditegah Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan  menduakan suaminya bahawa sesungguhnya  dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insya-Allah Taala tuan yang laki-laki pun bangat cepat juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak tiadakah tuan malu dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini.”
(Dipetik daripada
’Hikayat Khoja Maimun’
 dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)                 Berikan maksud bangat cepat juga akan datang.
P1 lambat laun akan pulang juga
P2 lambat laun akan kembali juga
P3 lambat laun akan balik juga
            [1 isi =2 markah]
(ii)               Apakah yang dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?
Setelah tiba waktu malam,
P1 memakai pakaian yang amat indah-indah
P2 memakai bau-bauan yang amat harum baunya,
 P3 mahu bertemu anak raja itu.
                   P4  berjumpa  burung Tiung bagi mendapatkan pandangan burung Tiung.
[2 isi= 3 markah]
(iii)             Pada pendapat anda, bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?
P1 saling mempercayai
P2 saling membantu tugas-tugas rumah tangga
P3 menjalinkan hubungan baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak
                  P4 saling menjaga hati pasangan masing-masing
                  P5 saling menghormati
                  P6 bertolak annsur
                  P7saling mendoakan  pasangan /berpegang pada ajaran agama

[3isi=3 markah]

    
Soalan 2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR SITI SIANAH

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat persolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.


Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi,


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham(Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009


(i)                 Berikan maksud rangkap,
Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah

maksud

P1 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah         ( 1 m)
P2 agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran,      ( 1m)
P3 malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan
     yang tidak berakhlak.                                                                  ( 1m)
1 isi=2 markah
2 isi=2 markah
3 isi=2 markah

[3 isi = 3markah]

(ii)               Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang berperibadi mulia ? 
P1 taat perintah agama
P2 berkawan dengan rakan-rakan yang baik akhlak/tidak berkawan dengan
     rakan-   rakan yang buruk tingkah laku
P3 sentiasa mendapat nasihat /ilmu agama daripada orang yang
         berkelayakan/guru agama
P4 patuh akan pantang larang dalam adab budaya bangsa
P5 membaca buku-buku agama
P6 taat akan ibu bapa /suami dalam perkara-perkara kebaikan
                                                     
[3 isi =3 markah]

(iii)             Jelaskan TIGA  pengajaran yang terdapat dalam syair ini?        
P1 Seseorang wanita  haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati
     oleh orang  lain..
P2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam  penampilan diri, namun
      tidaklah  secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
P3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak
      berlakunya pembaziran.
P4  Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan
      lelaki agar terpelihara daripada maksiat.
P5 sentiasa berdoa kepada tuhan agar terpelihara daripada terlibat dengan 
     Maksiat/ menjadi wanita yang jahat peribadinya
                 
[3 isi=3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

a.      Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata  di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan  maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                                            i.            negara bangsa
a.      negara yang berdaulat dan didiami oleh satu bangsa
b.      Rukun Negara digubal bertujuan untuk menjadikan Malaysia  sebuah negara bangsa yang harmoni.

                                          ii.            runding cara
a.      khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya
b.      Pelbagai teknik runding cara digunakan oleh kaunselor itu bagi mengatasi masalah pelanggan yang datang meminta khidmat nasihatnya.

                                        iii.            alam semula jadi
a.      alam / bumi yang masih kekal sifat-sifat asalnya
b.      Hari Habitat Sedunia diraikan pada 1 Oktober 2012 untuk memberi kesedaran kepada warga dunia tentang kepentingan memulihara alam semula jadi

                                        iv.            paparan  kristal cecair
a.      LCD  ( bidang teknologi maklumat )
b.      Semua nota tentang sajak Arkitek Kota  di dalam komputer dipancarkan ke skrin paparan kristal cecair bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan para pelajar

                                          v.            segi empat tepat
a.      bentuk segi empat yang memanjang ( rectangle)
b.      Kotak tisu yang cantik itu berbentuk segi empat tepat.

                                        vi.            warisan budaya bangsa
a.      peninggalan peradaban/tamadun bangsa
b.      Semua rakyat Malaysia perlu mengekalkan warisan budaya bangsa yang ada jika mahu dihormati dan disanjung tinggi  oleh masyarakat antarabangsa.
( 6 markah )

b.      Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

                                i.            Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.
tertawa ( kata akar- tawa)

                              ii.            Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.
lautan  ( kata dasar- laut)

                            iii.            Pantai di kampung saya  mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu.
hakisan ( kata dasar-  hakis )

                            iv.            Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.
pembinaan ( kata dasar – bina )

                              v.            Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis  di Taman Melati, semalam.
peragut ( kata dasar – ragut )

                            vi.            Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika  menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.
keberangkatan ( kata terbitan – berangkat )
( 6 markah )



c.             Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                                i.            Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.
mekanisma –mekanisme
diekspresikan - mengekspresikan

                              ii.            Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.
     agresif  - agresif
merancakan - merancakkan


                            iii.            Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.
mengkiblatkan – berkiblat
aqidah -akidah

[6 markah]
     
 
d.      Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                 Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di dalam kemalangan.
menyeberang – melintas
di dalam - dalam

(ii)               Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang untuk melanjutkan pelajaran.
digunakan oleh kita – kita gunakan
kesuntukan   -kesempitan/kekurangan

(iii)             Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.
bertahun- bertahun-tahun
pergi –pulang/balik
[6 markah]





(e)    Baca  petikan di bawah  dengan  teliti  dan  kemudian  senaraikan  peribahasa  yang
     sesuai  untuk diisikan pada tempat kosong.
Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini

besesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................

                                            i.            lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan
                                          ii.            sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
                                        iii.            lembu/kerbau dicucuk hidung
 [6 markah]
       
Soalan 4- Novel
( 15 markah )

Berdasarkan novel  Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab semua soalan-soalan berikutnya

a.       Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.
Cabaran watak utama:
i.                    Cabaran sebagai saudara baru
Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.


ii.                  Cabaran mencari ibu kandungnya
Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

iii.                Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.
Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv.                Cabaran berpisah dengan orang tersayang
Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

v.                  Cabaran dalam kerjaya
Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana  telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
( 2 isi= 4 markah )
Huraian tanpa isi  = 0 markah )
Isi tanpa huraian = 1 m)

 ( 7 markah )

b.      Huraikan tiga latar masa dan peristiwa penting yang berlaku pada setiap latar masa  tersebut.
 ( 8 markah )
Pada tahun 1969.
Ø  Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan

Pada waktu pagi.
Ø  Sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia.
Ø  Fuad keluar pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.
Ø  Pada waktu pagi, semasa Fuad memandu ke sekolah.  Hari cuti persekolahan Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.
Ø                          Fuad dan Farhana menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Cikgu Abas di pejabat Cikgu   
                Abas  iaitu mereka ialah adik-beradik dan meminta Cikgu Abas menyebarkan berita itu kepada  
                semua warga SMK Seri Setia

Pada waktu petang.
Ø  Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam selepas tamat sesi persekolahan.
Ø  Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
Ø                           Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan
           perjalanan ke Sungai Ruan
Ø     Fuad teringat  semula peristiwa kematian adiknya Sofia dan berangan-angan jika Sofea masih hidup ,  
                dia yang mengurus kemasukan Sofea  ke universiti

Pada waktu malam.
Ø  Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik.
Ø  Semasa jemaah surau sedang menunaikan solat Isyak.
Ø  Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri.  Rupa-rupanya Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.
Ø  Robert Lim dan Pak Ismail serta Chin sampai ke Hospital Tengku Afzan dan mengesahkan Mariana ialah  ibu Fuad
  • Ø                             Fuad terbaca maklumat diri Mariana di katil Mariana dan memerhati raut wajah Mariana lalu  
  •                   menyedari hidungnya sama dengan hidung Mariana
  •                    Farhana terkejut dengan penjelasan Fuad tentang Mariana lalu menangis dengan kuat