DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Selasa, 16 November 2010

KABUS DI PERBUKITAN-NOVEL TINGKATAN 5





PENGARANG: MOHD. KHOLID HAMZAH







NOVEL YANG AKAN DIKAJI OLEH PARA PELAJAR TINGKATAN LIMA DI NEGERI JOHOR

SECARA DASARNYA NOVEL INI MEMPERLIHATKAN.....
Kisah kecekalan hidup Faridah sejak
kecil sehingga membawanya berhijrah ke New Zealand.

Kisah perpisahan dengan ayah yang merenggangkan hubungan namun perasaan sayang terhadap kembarnya Rahayu yang lama terpisah tetap utuh.


Kematian Rahayu, ibu dan suami (Ghazali) membawa penghijrahannya ke bumi New Zealand.


Namun begitu, Faridah tidak pernah membuang akar umbi dirinya walaupun sudah 25 tahun menetap di bumi KIWI .


Penghijrahan ke bumi asing masih mampu mengekalkan dirinya sebagai seorang Islam dan bangsa Melayu, malah berupaya membentuk suami dan anak-anak menjadi muslim yang taat dan amat prihatin tentang cara hidup seorang Muslim.


Seorang wanita yang bersuamikan seorang lelaki yang amat komited dengan dunia pertanian.... sehingga mampu membina empayar pertanian di New Zealand dan di Malaysia berlandaskan prinsip dan batasan yang dikehendaki oleh agama Islam.


Jati diri sebagai anak Melayu, anak Malaysia dan wanita Islam tetap menguasai dirinya sehingga akhirnya Faridah pulang ke tanah tumpah darahnya Malaysia bersama-sama suami membina satu kehidupan di Cameron Highlands malah berharap anak cucunya meneruskan jati diri agama dan bangsa seperti apabila kabus melitupi kawasan perbukitan
hilang, yang terserlah ialah keindahan alam……begitu juga …..semua perjalanan hidup Faridah umpama kabus yang akhirnya hilang di kawasan perbukitan dan yang ada kini sebuah kebahagiaan di tanah tumpah air matanya….Malaysia