BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
SINOPSIS
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana.
Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya.
Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya.
Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu.
Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa.
Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara.
Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.
PERSOALAN
1.KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
l Tauke Ong begitu mesra bergelak ketawa dengan pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min.
2.AMANAH DALAM PERSAHABATAN
l Tauke Ong menjaga rumah pusaka arwah Cikgu Abdullah dengan kemas dan bersih sehingga Haikal tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong menyerahkan rumah tersebut untuk Haikal tinggal.
3.PERJUANGAN ANAK SENI YANG TERSISIH DARIPADA KELUARGA SENDIRI
l Setelah Haikal menatap sijil-sijil penghargaan atas kejayaan ayahnya dalam dunia sastera , dia berasa sedih dan sebak mengenangkan sikap uminya yang langsung tidak merestui aktiviti ayahnya sehingga ayahnya tidak lagi meneruskan minatnya.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK
1.TAUKE ONG
l Ayah Ong Swee Hwa
l Berjiran dengan arwah Cikgu Abdullah/ayah Haikal
2.MUDAH MESRA
l Berbual dengan pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min sambil bergelak ketawa.
3.AMANAH
l Tauke Ong menjaga rumah peninggalan Cikgu Abdullah dengan baik bersih dan kemas sehingga Haikal tiba ke Kampung Seri Purnama.
4.ONG SWEE HWA
l Anak perempuan Tauke Ong
5. AMANAH
l Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdulah dengan baik dan mengirimkannya kepada Haikal apabila Haikal dewasa seperti permintaan Cikgu Abdullah dua hari sebelum dia meninggal dunia.
6.PAK CIK SALLEH
l Pemandu teksi di bandar Batu Pahat
l Tukang rumah
l Ada 5 orang anak
PERAMAH
l Berbual mesra dengan Haikal . Bercerita tentang lima orang anaknya, sambil bertanya pula tentang Haikal.
BAIK HATI
l Membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama.
RAJIN
l Pak cik Salleh melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga. Pemandu teksi dan tukang rumah.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KERAJINAN
l Pakcik Salleh rajin melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga.iaitu sebagai pemandu teksi dan tukang rumah
2.KEJUJURAN
l Tauke Ong menjaga rumah pusaka Cikgu Abdullah dengan baik, bersih dan kemas sebelum diserahkan kepada Haikal.
l Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdullah dengan baik sebelum diserahkan kepada Haikal.
3.KEIKHLASAN
l Pak Cik Salleh dengan rela hati dan ikhlas membantu Haikal mencari rumah ayahnya di Kampung Seri Purnama.
NILAI KEMASYARAKATAN
1. KEHARMONIAN
l Penduduk Kampung Seri Purnama hidup harmoni. Tauke Ong amat mesra dengan pelanggan-pelanggan di warung Wak Min. Mereka berbuakl sambil bergelak ketawa.
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
l Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau stesen bas Batu Pahat sebelum ke Kampung Seri Purnama.
PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH JUJUR DAN AMANAH APABILA DIBERI KEPERCAYAAN
l Tauke Lim menjaga rumah arwah Cikgu Abdullah dengan baik, kemas dan bersih seperti yang diminta oleh arwah dan segera menyerahkannya kepada Haikal sebaik dia tiba di Kampung Seri Purnama.
l Ong Swee Hwa, menyimpan manuskrip Cikgu Bdullah dengan baik dan menyerahkannya kepada Haikal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu.
2.KITA HENDAKLAH MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN
l Pak Cik Salleh membawa Haikal ke Kampung Seri Purnama dan membantunya mencari rumah arwah ayahnya.
3. KITA JANGAN MENGABAIKAN SURUHAN AGAMA DI MANA-MANA SAHAJA
l Haikal tetap bersolat subuh berjemaah sebaik tiba di Batu Pahat sebelum bergerak mencari rumah arwah ayahnya.
4. KITA HENDAKLAH RAJIN BERUSAHA UNTUK KESELESAAN KELUARGA
l Pak Cik Salleh melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan anak-anaknya yang masih belajar. Dia memandu teksi dan menukang rumah.
LATAR
LATAR TEMPAT
1. STESEN BAS BATU PAHAT
l Haikal tiba di sstesen Batu Pahat
l Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau di tingkat atas stesen bas.
l Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi yang dipandu Pak Cik Salleh.
2. DI DALAM TEKSI PAK CIK BAKAR
l Pak Cik Bakar berbual-bual dengan Haikal tentang diri dan keluarganya. Dia seorang tukang rumah juga. Ada lima orang anak.
l Haikal memberitahu Pak Cik Salleh dia sedang menunggu keputusan STPM
l Haikal memberitahu Pak Cik Bakar dia mahu ke Kampung Seri Purnama tetapi tidak tahu untuk ke sana kerana tidak pernah sampai ke situ.
l Pak Cik Bakar menerangkan beberapa pembangunan yang berlaku di Batu Pahat seperti kawasan perindustrian.
l Pak Cik Salleh dengan ikhlas membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya
3.WARUNG WAK MIN
l Haikal bertanya penebar roti canai tentang rumah Cikgu Abdullah Kayan.
l Haikal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min
l Wak Min meminta Haikal makan roti cnai dahulu sementara menunggu Tauke Ong datang untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya.
l Beberapa orang pelanggan yang masuk ke Warung Wak Min memandang Haikal dan berbisik-bisik sesama sendiri.
l Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haikal dan berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya.
3. RUMAH ABDULLAH KAYAN / ARWAH AYAH HAIKAL
Gambaran fizikal
² Rumah papan separuh batu
² Ada tujuh jendela
² Bertangga darpada papan yang tebal
² Halaman yang bersih
² Ada sebuah meja kayu dan empat buah kerusi
l Tauke Ong bertanya sama ada Haikal kenal akan Swee Hwa anaknya.
l Haikal memberitahu Tauke Ong dia tidak mengenali Swee Hwa tetapi memberitahu Tauke Ong, Swee Hwalah yang menghantar manuskrip kepadanya.
l Tauke Ong memberitahu Haikal manuskrip itu diserahkan kepada Swee Hwa oleh arwah ayahnya dua hari sebelum dia meninggal dunia.
l Tauke Ong memberitahu Haikal Swe Hwa amat sayang akan menuskrip itu dan terlalu berat hati untuk melepaskannya.
l Haikal melihat beberapa keping sijil yang dibingkaikan, Haikal mendapati arwah ayahnya telah mencipta nama yang besar dalam dunia sastera dan kebudayaan.
l Haikal sebak apabila terkenang sikap uminya yang sanggup mematahkan perjuangan ayah dan cita-cita arwah ayahnya.
l Haikal memandang ke arah rumah batu sederhana besar berbumbng biru milik Tauke Ong, matanya melilau mencari sesuatu.
LATAR MASA
1. WAKTU PAGI
l Haikal sampai di stesen bas Batu Pahat
l Haikal bersolat subuh berjemaah di tingkat atas stesen bas.
l Haikal mengambil teksi untuk ke Kampung Seri Purnama
l Haikal masuk ke warung Wak Min untuk bertanya arah ke rumah arwah ayahnya
l Haikal memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Abdullah Kayan
l Haikal diperkenalkan kepada Tauke Ong
l Tauke Ong membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya
l Haikal melihat-lihat sijil-sijil penghargaan yang diterima oleh ayahnya
l Haikal mendapati ayahnya seorang yang hebat dalam dunia sastera dan kebudayaan
l Haikal sebak mengenangkan sikap ibunya yang tidak menghargai cita-cita dan perjuangan ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1. GOLONGAN PENIAGA
l Wak Min dan isterinya Menah mengusahakan warung makanan di Kampung Seri Purnama
2. GOLONGAN PETANI
l Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berpakaian untuk berkebun.
3.MASYARAKAT YANG RAJIN BERKERJA
l Pak Cik Salleh menjalankan dua kerja bagi menambah perbelanjaan keluarga tanggungannya. Dia berkerja membawa teksi dan menukang rumah.
3. MASYARAKAT BERBILANG KAUM YANG AKRAB/HARMONI/MESRA
l Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berjabat tangan sebelum memesan makanan
l Tauke Ong sampai di warng Wak Min kelihatan amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Tauke Ong ketawa terbaha-bahak apabila diusik oleh seorang rakannya.
4. MASYARAKAT YANG AMANAH
l Tauke Ong sangat amanah menjaga rumah arwah ayah Haikal sehingga Haikal datang ke Kampung seri Purnama.
l Dua hari sekali Swee Hwa mengemas rumah arwah ayah Haikal dengan kakaknya.
l Swee Hwa memegang amanah arwah ayah Haikal untuk menjaga manuskripnya dan menyerahkannya kepada Haikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan