BAB 9: PERTEMUAN
SINOPSIS
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.
Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu.
Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa.
Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.
PERSOALAN
1.PENGORBANAN SEORANG ANAK DEMI MENCARI KEBENARAN TENTANG ORANG YANG DISAYANGI
l Haikal berkorban meninggalkan adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarganya dan kembali ke Kampung Seri Purnama untuk mengesan kisah hidup ayahnya, Cikgu Abdullah.
2. PERSOLAN TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN
l Tauke Ong menjaga baruh, kelapa sawit kebun getah dan akaun buku bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah malah telah bersedia menyerahkannya kepada Haikal sebaik sahaja Haikal sampai di Kampung Seri Purnama.
3.ASIMILASI BUDAYA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM
l Swee Hwa gemar makan kari kepala ikan yang pedas, yang dijual di kedai mamak di pekan
l Swee Hwa gemar ikan haruan masak cili api yang dimasak Cikgu Abdullah
l Swee Hwa fasih berbahasa Melayu
l Swee Hwa meminati penulisan sasterawan negara seperti Shahnon Ahmad.
l Swee Hwa berbual dengan Rahman pembantu restoran dengan ramah seperti sahabat yang baik.
l Tauke Ong membahasakan dirinya pak cik semasa berbual-bual dengan Haikal
4.PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KEAKRABAN SESAMA SAUDARA
Haikal kembali merindui adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarga yang ditinggalkan di Kuala Terengganu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.TAUKE ONG
l Ayah Swee Hwa
l Penjaga tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah, rumah dan buku bank arwah Cikgu Abdullah.
JUJUR DAN AMANAH
Sejak Cikgu Abdullah meninggal dunia, Tauke Ong menjaga tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah, rumah dan buku akaun bank dengan amanah dan segera mahu menyerahkannya kepada Haikal sebaik Haikal sampai ke Kampung Seri Purnama
2.SWEE HWA
l Anak perempuan Tauke Ong
l Fasih berbahasa Melayu
l Minat novel Melayu dan Shakespeare
l Gemar masakan Melayu dan mamak
l Berlesung pipit
1.PERAMAH
l Swee Hwa perbualan dengan Haikal tanpa rasa kekok walaupun baru kenal akan Haikal. Dia rancak bercerita tentang keenakan kari kepala ikan dan kepandaian Cikgu Abdullah memasak ikan haruan masak cili api.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEJUJURAN/AMANAH
l Tauke Ong dengan amanah dan jujur menjaga harta peninggalan arwah Cikgu Abdullah selepas kematian Cikgu Abdullah.
l Tauke Ong memberitahu Haikal ,Cikgu Abdullah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengurus menjaga dan mengurus harta pusakanya selepas dia meninggal dunia
2.KASIH SAYANG
l Haikal amat mengasihi adiknya Nurul Aisyah. Dia amat nerindui Nurul Aisyah dan terkenang-kenang akan kemanjaan keletah adiknya.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SEMANGAT KEMASYARAKATAN/ KEJIRANAN YANG ERAT
l Haikal melihat Seee Hwa begitu akrab dengan Rahman , pelayan di restoran mamak itu. Swee Hwa ketawa apabila diusik olrh Rahman sambil tersenyum
2.BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
l Rahman mengalu-alu kedatangan Haikal ke negeri Darul Takzim.
l Rahman berharap Haikal sentiasa gembira di negeri darul takzim
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
l Haikal turun ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan solat asar pada petang itu..
2.KESYUKURAN/MENGENANG BUDI
l Haikal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga harta pusaka ayahnya dengan baik.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN SAHABAT AGAR TIDAK PUTUS
l Nurul Aisyah menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada abangnya Haikal untuk bertanya khabar Haikal di Johor. Haikal membalas pesanan adiknya dan dia mulai rasa rindu akan keluarganya di Terengganu.
2.KITA HENDKLAH MEMIKUL AMANAH DENGAN JUJUR APABILA DIBERI KEPERCAYAAN
l Tauke Ong mengurus kelapa sawit, kebun getah, tanah, di baruh, rumah dan akaun bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah demi kepercayaan yang dberi oleh arwah Cikgu Abdullah sebelum dia meninggal dunia
3. KITA HENDAKLAH MENERIMA KEDATANGAN TETAMU DENGAN BAIK DAN MESRA
l Rahman mengucapkan selamat datang kepada Haikal sebaik sahaja Swee Hwa mengenalkan diri Haikal kepadanya.
l Swee Hwa membawa Haikal makan kari kepala ikan di restoraan mamak di pekan dan membawanya membeli novel di sebuah kedai buku.
LATAR
LATAR MASA
1.11.30 PAGI
Tauke Ong menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan bersama-sama Swee Hwa.
2. 5.00 PETANG
l Haikal membacaSMSyang dihantar Nurul Aisyah adiknya, lantas terbayang kesedihan adiknya.
l Haikal terkenang kemanjaan adiknya, Nurul Aisyah akan mengadu kepadanya jika ada masalah. Haikal merindui adiknya
l Haikal ke bilik air untuk berwuduk dan mendirikan solat asar.
LATAR TEMPAT
1. DI DALAM KERETA TAUKE ONG
l Tauke Ong memberitahu Haikal mereka akan makan nasi daun pisang di pekan.
l Haikal memberitahu Tauke Ong yang dia akan berada di Kampung Seri Purnama sehingga keputusan STPM diumumkan.
l Tauke Ong memberitahu Haikal dia akan menyerahkan harta arwah ayahnya kepada Haikal setelah diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga kebun kelapa sawit, kebun getah ,rumah dan akaun bank
l Tauke Ong memberitahu Haikal ayahnya telah mengamanahkan harta-harta itu untuk dijaga selepas kematiannya.
2. RESTORAN MAMAK
l Swee Hwa memesan kari kepala ikan merah untuk makan tengah hari mereka berdua
l Swee Hwa memperkenal Haikal kepada Rahman, pelayan restoran mamakitu.
l Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak ikan haruan masak cili api
l Haikal berasa Swee Hwa beruntung dapat mengisi kekosongan jiwa ayahnya.
l Haikal ingin terus merapati Swee Hwa kerana yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup arwah ayahnya.
3. KEDAI BUKU
l Haikal mebeli beberapa buah majalah sastera dan bahasa.
l Haikal memberitahu Swee Hwa mereka meminati penulis yang sama iaitu Abdullah Hussain, Sahnon Ahmad dan A.Samad Said.
l Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa Haikal mewarisi bakat arwah ayahnya.
l Haikal berasa seolah-olah dia mengenali Swee Hwa mungkin kerana manuskrip yang dibacanya.
4. RUMAH HAIKAL
l Haikal membaca SMS kiriman adiknya Nurul Aisyah yang menyatakan kerinduan kepadanya.
l Haikal teringat kemanjaan adiknya.
LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT YANG AMANAH
l Tauke Ong seorang yang amanah kerana menjaga harta pusaka arwah ayah Haikal sehingga Haikal pulang ke kampung itu
2.MASYARAKAT PELBAGAI KAUM YANG PRIHATIN
l Tauke Ong amat mengambil berat tentang keselesaan Haikal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong memastikan makan minum Haikal terurus sebaik sahaja Haikal tinggal di rumah arwah ayahnya. Dia membawa Haikal makan di restoran mamak di pekan
3. GOLONGAN MUDA YANG MEMINATI SASTERA TANAH AIR.
l Swee Hwa dan Haikal meminati karya karyawan sastera negara seperti Abdullah Hussain, A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.
tq
BalasPadam