DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 28 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI



BAB 14: MENCARI KESERASIAN
SINOPSIS
Sejak kebelakangan ni, Haikal semakin sibuk dan sentiasa menghabiskan masa di balai raya. Haikal meninjau persiapan di balai raya selepas solat isyak. Pentas telah dibina. Ada penduduk kampung 
yang hadir menonton latihan zapin. Golongan veteran, Pak Cik Bakar, Haji Salim Wak Arif Pak Cik Tasrif dan Haji Leman semuanya telah dimamah usia tetapi masih bertenaga bermain alat muzik 
zapin. Tauke Ong juga turut bergoyanggoyang kakinya mengikut alunan muzik zapin. Akhirnya 
Haikal akur dengan desakan Pak Cik Bakar danTauke Ong untuk sama-sama menari tarian zapin. Namun begitu Wak Arif sedih kerana anak-anak muda kampung itu masih tidak menunjukkan minat kecuali Lazim yang pandai menari zapin. 
Akan tetapi, Lazim tidak dapat hadir kerana berkerja syif malam. Haji Salim memberi jaminan Lazim akan ikut serta pada minggu hadapan kerana pada minggu itu dia berkerja syif malam.

Haikal cuba menolak ajakan Pak Cik Bakar kerana tidak tahu menari zapin tapi akhirnya akur apabila Pak Cik Bakar, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Semasa latihan Tauke Ong tekun memerhati Haikal menari lalu 
tersenyum seperti ada menyimpan sesuatu rahsia. Selesai latihan, Haikal diajar secara teori tarian 
zapin ketika berehat di warung Wak Min. Tarian yang memenatkan bagi Haikal. Haikal mula berasa 
seronok berada di tengahtengah kumpulan zapin itu dan menunggu Lazim untuk turut serta. Namun
 jiwa Haikal tersentuh kerana anakanak muda kampung tidak menunjukkan minat terhadap seni ini. 
Haikal berasa jika hal ini berterusan, seni zapin jincat akan pupus. Haikal meluahkan kebimbangan 
kepada Pak Cik Bakar. Bagi Pak Cik Bakar, semuanya kerana tiada minat sedangkan zapin dan
 kompang ialah warisan budaya. Anakanak muda kampung patut berasa bertanggungjawab 
mewarisinya turun-temurun.

Bagi Haikal, dia amat suka tinggal di Kampung Seri Purnama yang kaya dengan kebudayaan. Mungkin itulah sebabnya arwah ayahnya sanggup pulang dan tinggal di kampung itu. Bagi Pak Cik Bakar ,  arwah ayah Haikal seorang yang kuat keinginan dan luar biasa orangnya. Arwah ayahnya sanggpulaup berpisah dengan uminya hanya kerana kecintaan yang terlalu dalam terhadap kebudayaan yang ada di Kampung Seri Purnama. Dia tidak mahu tarian zapin jincat lenyap begitu sahaja. Haikal berasa jiwa orang seni sememangnya halus.

Pak Cik Bakar cuba menangkap punca sebenar Haikal kembali ke Kampung Seri Purnama ialah 
kerana manuskrip yang diterimanya. Maka, isi manuskrip terakhir karangan arwah ayahnya yang 
belum selesai diceritakan kepada Pak Cik Bakar. 
Watakwatak dalam manuskrip seperti Ai Ling, Tauke Lim, Abang Bakir, Pak Haji Salam, Roslan, 
Ramli diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Ai Ling digambarkan pandai menari zapin. Haikal berasa 
sangsi sama ada Ai Ling ialah Swee Hwa anak Tauke Ong yang menari zapin. Lalu Pak Cik Bakar 
menasihati Haikal berusaha mengenali Swe Hwa bagi mencari rahsia di sebalik manuskrip itu. 
Namun, Haikal kurang pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan 
kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan hanya kerana dia anak Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati. Kepercayaan penduduk kampung perlu dijaga. 

Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat mengejutkan Haikal. Haikal 
berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim yang masih boleh menangkap gerak zapin 
walaupun sudah lama tidak menari. Terasa malu apabila menjadi tumpuan semasa latihan tarian zapin.Haikal mula melihat sambutan anakanak muda dengan aktiviti yang dirancang. Beberapa orang anak muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah cukup sebagai sokongan kepada 
kumpulan Zapin D’Purnama. Termasuklah Swee Hwa, Puan Khei dan Tauke Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati dirinya semasa dia berlatih menari.

Haikal sentiasa sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin jincat. Lazim
 memang penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa anak muda kampung perlu dilatih
 bermain muzik untuk digandingkan dengan Lazim agar zapin jincat tidak terkubur. 

Haikal sering tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah subuh matanya 
masih segar. Ingatannya merewangrewang mengingati katakata Lazim dan Pak Cik Bakar. 
Ingatannya merewangrewang pada jalan cerita manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi dengan realiti yang dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh 
menyiasiakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah Swee Hwa pandai
menari zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip? Tetapi mengapa Swee Hwa tidak mahu menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.

Dalam keadaan masih bertekateki, Swee Hwa mempelawanya bersiarsiar di pantai. Pantai yang tidak terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa. Swee Hwa menceritakan keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal pantai itu penuh dengan kenangan. Kenangan dia 
bersama-sama arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah Haikal membeitahu Swee Hwa betapa dia terlalu
 menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita tentang Haikal sehinggakan Swee Hwa berasa jika Haikal tidak kembali ke kampung Seri Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Terengganu 
mencari Haikal. Haikal melepaskan pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada manuskrip itu
 satu kenyataan hidup ayahnya bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi 
Haikal keliru kerana manuskrip itu tidak disudahkanoleh ayahnya. Bagi Swee Hwa,hanya Haikal dan arwah ayahnya yang tahu sebabnya. Swee Hwa hanya bertugas menyerahkan manuskrip itu kepada
 Haikal. Sedarlah Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutupnya.

Tiba-tiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari zapin yang sama seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa dia memang pandai menari dan mesti 
berganding dengan Lazim pada majlis persembahan pada minggu hadapan. Sebaliknya Haikal 
menguja Swee Hwa yang Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis di dalam manuskrip 
ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haikal menari zapin. Swee Hwa hanya mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa memberikan jawapannya. 

PERSOALAN
1. KESUNGGUHAN GENERASI TUA MAHU MEWARISKAN SENI BUDAYA BANGSA 
KEPADA GENERASI MUDA
Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim bersungguhsungguh mengajar Haikal zapin jincat semasa latihan zapin di balai raya sehingga Haikal berasa 
suka akan tarian itu.
Pak Cik Bakar menunjuk ajar tarian itu secara teori pula kepada Haikal di warung Wak Min . 
Tauke Ong yang hadir menyaksikan latihan zapin bersungguhsungguh memberi galakan kepada Haikal untuk cuba menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar.

2. USAHA MERUNGKAI RAHSIA KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG TOKOH 
KEBUDAYAAN
Haikal menggunakan kesempatan bersiarsiar di tepi pantai untuk mendapat kepastian tentang 
watak Ai Ling di dalam manuskrip arwah ayahnya. Swee Hwa mengaku Ai Ling ialah dirinya. Usahanya berjaya apabila segalanya terjawabsetelah Swee Hwa mengakui bahawa jalan cerita di dalam manuskrip itu ialah satu realiti dan Haikal perlu menyudahkannya.

3. GOLONGAN MUDA YANG MASIH MENGHORMATI DAN MENGAMALKAN ADAT 
SOPAN DALAM MASYARAKAT
Haikal tidak mahu menggunakan kesempatan sebagai anak Abdullah Kayan untuk melanggar adat dan budaya yang masih kuat  dalam masyarakat Kampung Seri Purnama. Walaupun dia perlu 
merapati Swee Hwa untuk mendapat rahsia hidup arwah ayahnya.  Dia bimbang jika terlalu rapat 
dengan Swee Hwa akan mengundang rasa kurang senang penduduk kampung itu.

WATAK DAN PERWATAKAN
1. HAIKAL
Meminati tarian zapin

MATANG FIKIRANNYA
Haikal tidak mahu melanggar adat dan budaya Kampung Seri Purnama hanya semata-mata mahu mendekati Swee Hwa. Haikal tidak mahu merosakkan kepercayaan orang kampung 
kepadanya.

TEKUN
Haikal tekun mempelajari rentak tarian zapin jincat dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar.

2. SWEE HWA
Pandai menari zapin
Menyimpan rahsia hidup Cikgu Abdullah Kayan

PERAHSIA
Swee Hwa masih tidak mahu mengaku bahawa dia pandai menari zapin setelah diuja oleh Haikal. Dia beseloroh mengatakan dia hanya pandai menari tarian Singa.
Swee Hwa hanya mengangkat bahu apabila Haikal mengatakan Swee Hwa pandai menari zapin
 berdasarkan manuskrip ayahnya.

3. PAK CIK BAKAR
Penari zapin
Banyak menyimpan kisah hidup Abdullah Kayan

TEKUN
Tekun berlatih tarian zapin sehingga tengah malam
Tekun mengajar Haikal tarian zapin jincat secara praktikal dan teori tarian itu.


NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. KETEKUNAN
Haikal tekun mempelajari tarian zapin jincat daripada Pak Cik Bakar
Pak Cik Bakar bersungguh-sungguh mengajar Haikal teknik menari zapin jincat dan teorinya.

NILAI KEMASYARAKATAN

2. KETINGGIAN BUDI
Haikal amat menghormati kepercayaan penduduk Kampung Seri Purnama dan tidak mahu melanggar adat kampung itu sematamata mahu merapati Swee Hwa. Haikal amat menjaga nama baik 
arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH BERSUNGGUHSUNGGUH BERUSAHA MENGHIDUPKAN 
SEMULA SENI BANGSA DEMI JATI DIRI BANGSA
Haikal bersungguh-sungguh mengikuti latihan tarian jincat yang tidak pernah dikenalinya semata-mata mahu melihat tarian itu hidup dan menjadi kebanggaan penduduk Kampung Seri Purnama
Haikal terfikir untuk mencari anakanak muda pemain muzik untuk digandingkan dengan Lazim 
yang pandai menari zapin agaritu tidak terkubur.

2. GOLONGAN VETERAN HENDAKLAH MEWARISKAN SENI WARISAN BANGSA
 KEPADA GENERASI MUDA DEMI KESINAMBUNGAN WARISAN BANGSA
Pak Cik Bakar menurunkan ilmu tentang tarian zapin kepada Haikal semasa latihan zapin di balai 
raya. Antara perkara penting ialah penari mesti peka dengan paluan marwas untuk melajukan atau
 melambatkan gerakan tarian,


LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
Penduduk Kmapung Seri Purnama membuat pesiapan di balai raya. Pentas dibina dan dialas 
dengan ambal
Penari zapin giat berlatih
Haji Sulaiman, Haji Salim, Wak Arif, PAk Cik Bakar, Haji Leman dan Pak Cik Tasrif giat berlatih memainkan alat-alat muzik.
Haikal mencuba bermain tamborin apabila diajak oleh Pak Cik Bakar berkali-kali. 
Haji Salim memberitahu Pak Cik Bakar Lazim tidak dapat menghadiri latihan tarian zapin kerana berkerja syif malam dan akan hadir pada minggu hadapan
Haikal berasa gelisah kerana tidak tahu menari zapin menolak ajakan Pak Cik Bakar
Haikal belajar tarian zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar
Beberapa anak muda kampung hadir menyaksikan latihan tarian zapin.
Tauke Ong, Puan Khei dan Swee Hwa datang menyaksikan latihan tarian zapin. Swee Hwa 
sentiasa fokus pada langkah tarian Haikal.

2. MALAM DI WARUNG WAK MIN
Haikal diberi tunjuk ajar tentang tarian zapin secara teori oleh Pak Cik Bakar

3. PETANG DI RUMAH PAK CIK BAKAR
Haikal bertanya tentang penglibatan anakanak muda dengan aktiviti tarian zapin kepada Pak Cik Bakar.
Haikal diberitahu oleh Pak Cik Bakar, anakanak muda kampung itu tidak meminati tarian zapin 
dan kompang juga.
Pak Cik Bakar meluahkan kekhuatirannya kerana baginya mati budaya bermakna bangsa itu 
seakan-akan sudah mati.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya sangat luar biasa dan kuat kezamannya. 
Dia sanggup berpisah dengan umi Haikal 
sematamata mahu kembali ke kampung Seri Purnama untuk menghidupkan semula kebudayaan yang ada di kampung itu.
Pak Cik Bakar diberitahu bahwa manuskrip arwah ayahnya belum selesai.
Haikal menceritakan semua watak-watak yang ada dalam manuskrip kepada Pak Cik Bakar.
Pak Cik Bakar menasihati Haikal untuk mendekati Swee Hwa apabila Haikal meluahkan
 kesangsiannya tentang watak Ai Ling dalam manuskrip itu.

4. BEBERAPA MALAM KEBELAKANGAN
Haikal tidak dapat tidur lena ketika kokokan ayam telah sayup-sayup kedengaran.
Haikal terkenang-kenang kata-kata Pak Cik Bakar  tentang Swee Hwa.
Haikal teringat manuskrip yang ditulis arwah ayahnya dan berasa ada sinkronasasi antara
 Swe Hwa dan Ai Ling.
lHaikal terfikir-fikir cara untuk mendekati Swee Hwa kerana tidak mahu menggangu emosi Swee Hwa. 

5. PETANG DI PANTAI
Haikal teringat akan Ratna yang lama menyepikan diri dan Pantai Batu Buruk
Swee Hwa berjalan beriringan dengan Haikal di tepi pantai
Beberapa orang kanak-kanak mengutip kulit
kulit siput ditemani ibu bapa mengingatkan Swe Hwa pada zaman kecilnya.
Sambil jalan beriringan, Haikal bertanya kepada Swee Hwa tentang realiti sebenar di sebalik 
manuskrip dan sebab manuskrip itu tidak ada penutupnya.
Swee Hwa mengaku semua yang tertulis ddalam manuskrip itu ialah kisah benar dan Haikal dan
 arwah ayahnya sahaja yang tahu jawapan tentang kisah di dalam manuskrip itu
Haikal buntu memikirkan cara untuk menyudahkan manuskrip itu.
Ketika duduk di sebuah bongkah batu besar di pantai Haikal diberitahu Swee Hwa yang cara dia
 menari sama seperti arwah ayahnya menari.
Haikal meminta Swee Hwa menari zapin dengan Lazim kerana dia yakin Swee Hwa pandai menari zapin.

LATAR MASYARAKAT

1. MASYARAKAT DESA YANG CINTA AKAN WARISAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Pak Tasrif antara golongan veteran yang terlalu mencintai 
seni tarian zapin. Mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menghidupkan semula tarian zapin
jincat. Mereka berlatih bersungguhsungguh dan Haikal mendapati mereka masih mahir memainkan 
alat muzik zapin walaupun dimamah usia.






7 ulasan: