DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 6 Januari 2011

NOVEL TINGKATAN 4-MELUNAS RINDU

MELUNAS RINDU
KARYA: HARTINI HAMZAH
KISAH ANAK MUDA YANG GIGIH DAN TABAH MENJALANI HIDUPNYA YANG DIPENUHI DUGAAN
} BERLATARKAN TEMPAT –TEMPAT YANG TERDAPAT DI NEGERI PAHANG DAN TERENGGANU.
} 1. TERENGGANU- PANTAI BATU BURUK
- KEMAMAN
} 2. PAHANG –
-LEMBAH KLAU
- SUNGAI RUAN
- KUALA LIPIS
- BENTONG
- KUANTAN
-
SINOPSIS KESELURUHAN
} Fuad ( Joshua) yang kehilangan ibu sejak kecil telah membawa diri ke Danau Seberang setelah berkrisis dengan ayahnya Robert Lim.
} Di kampung Danau Seberang dia tinggal bersama-sama keluarga angkatnya iaitu Makm Salamah dan Pak Ismail yang telah dikenalinya semasa datang ke kampung tersebut sebelum ini.
} Kehadiran Fuad tidak disukai oleh Mak Salmah kerana Fuad telah melarikan Sofea, anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah ke Kuala Lumpur.
} Sofea dipulangkan kepada kedua-dua orang tuanya yang sebenar iaitu Robert Lim dan Susan. Fuad dan Sofea ialah adik-beradik sebapa.
} Di Kampung Danau Seberang, Fuad ditawarkan oleh Cikgu Abas untuk menjadi guru sandaran Bahsa Inggeris.
} Fuad menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia .
} Dia dan Farhana ,Ketua Panitia Bahsa Inggeris berusaha keras membantu pihak sekolah meningkatkan penguasaan subjek Bahasa Inggeris pelajar Tingkatan 5.
} Dalam masa yang sama, Fuad semakin merindui ibu kandungnya yang tidak pernah dikenali.
} Dia hanya mengetahui ibunya seorang wanita Melayu setelah diberitahu oleh ayahnya Robert Lim.
} Selama ini, Fuad menganggap Robert Lim ialah bapa saudaranya sementara Peter Lim yang membesarkannya ialah bapa kandungnya.
} Fuad berusaha menjejaki ibunya.
} Khabar yang didengar ialah ibunya telah meninggal dunia.
} Namun dia berusaha mencari pusara ibunya.
} Melalui maklumat daripada Peter Lim, Fuad ke Lembah Klau untuk mencari ahli keluarga ibunya.
} Di sana dia bertemu Pak Ngah Lias dan maklumat tentang ibunya diperoleh- ibunya telah berpindah ke tempat lain setelah mengalami gangguan jiwa kerana ditinggalkan oleh Robert Lim setelah tiga bulan berkahwin.
} Dalam masa yang sama hubungan Fuad dengan Farhana semakin rapat dan mereka saling jatuh hati.
} Fuad banyak membantu Farhana yang terpaksa berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Kuantan menjaga ibunya yang sedang sakit.
} Di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang , Fuad seolah-olah berasa Mariana , iaitu ibu Farhana ialah ibu kandung yang dicarinya.
} Pada ketika itu, Robert Lim sampai bersama-sama Pak Ismail dan Chin.
} Segala rahsia terungkap, Fuad dan Farhana ialah adik-beradik seibu.
} Kekecewaan menyelubungi Fuad dan Farhana.
} Namun kedua-duanya dapat menerima takdir tuhan dengan reda dan rela hati
} Fuad berazam untuk menjaga ibu dan adik-adiknya.
} Fuad membawa Mariana, Mak Salmah dan Pak Ismail mengerjakan umrah di Mekah.
} Robert Lim bertemu semula Mariana di KLIA.
} Robert Lim berpesan agar Fuad menjaga ibunya dan berkemungkinan dia akan menyusul mereka di Mekah.
Kesimpulannya:
} Segala persoalan yang terbuku dalam hati Fuad terungkai setelah bertemu ibunya yang sangat dirinduinya sejak 27 tahun dilahirkan.
} Kerinduan yang ditanggung setelah mengetahui kisah dirinya yang sebenar terlunas setelah berjaya bertemu ibunya, malah hubungan dengan ayah kandungnya kembali baik .
TEMA
KASIH SAYANG
  1. Kasih sayang Fuad terhadap ibu kandungnya.  Fuad berusaha mencari ibunya yang tidak pernah ditemui sejak 25 tahun lalu kerana terlalu menyayanginya.
  2. Kasih sayang terhadap keluarga angkat. Fuad amat menyayangi Pak Ismail dsan Mak Salmah, ibu bapa angkatnya di Kampung danau seberang. Fuad membawa mereka mengerjakan umrah di Mekah.
  3. Kasih sayang terhadap sahabat. Fuad amat mengambil berat tebtang kesihatan ibu Farhana kerana persahabatannya dengan Farhana.
  4. Kasih sayang terhadap profesion. Cikgu Abas amat mengagumi kesungguhan Fuad mengajar anak-anak muridnya walaupun dia seorang guru sandaran.  Fuad bersungguh-sungguh mengajar pelajar selepas waktu persekolahan di kantin sekolah.
  5. kasih sayang terhadap anak-anak murid. Cikgu Abas amat menyayangi para pelajarnya yang lemah penguasaan subjek bahasa Inggeris lalu memujuk Fuad menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Setia bagi mengatasi masalah tersebut.
  6. Kaish sayang terhadap saudara. Fuad menyayangi bapa saudara dan ibu saudaranya serta adik-adik sepupunya. Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin.  Fuad menyuap makanan kepada Peter Lim yan sedang sakit.
  7. Kasih sayang terhadap anak angkat; Pak Ismail sayang akan Fuad . dia berasa bimbang apabila Fuad tidak pulang ke rumah lagi sejak masuk ke hutan sedangkan waktu sudah senja.
  8. Kasih sayang terhadap saudara seagama. Pak Ismail bersungguh-sungguh mengajar Fuad yang baru menganut agama Islam mengaji Al Quran .
( tema berdasarkan Bengkel Penyelarasan Penandaan kertas 2 Bahasa Melayu, Peperiksaan Percubaan SPM 2011 Negeri Johor)

PERSOALAN
1. PERSOALAN TENTANG KETABAHAN DAN KEGIGIHAN
¢ Fuad tabah berhadapan dengan cemuhan orang-orang kampung Danau Seberang kerana peristiwa melarikan Sofea anak angkat Mak Salmah dan Pak Ismail
¢ Fuad tabah dan memujuk Farhana agar menerima kenyataan bahawa mereka ialah adik beradik berlainan bapa.
¢ Fuad sanggup ke Lembah Klau bersama-sama pak Said semata-mata mahu mencari Pak Ngah Lias bagi mengesan ibu dan saudara sebelah ibunya agar segala persoalan tentang dirinya dan ibunya yang terbuku dalam hati terlerai.
¢
2. PERSOALAN TENTANG KASIH SAYANG
KASIH SAYANG IBU SEPANJANG HAYAT
¢ Mariana sentiasa mengingati Abdul Halim (Fuad) anaknya yang dilarikan oleh ahli keluarga Robert Lim.
¢ Dia membuat laporan polis tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketegangan kaum sedang memuncak pada ketika itu.
KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK
¢ Fuad sayang akan adik-adiknya terutama Farhana dan berjanji akan memastikan Farhana berkahwin terlebih dahulu bagi menjaga hati Farhana .
3.PERSOALAN: TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab terhadap anak bangsa
¢ Cikgu Abas amat bertanggungjawab dngan tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan SMK Seri Setia.
¢ Dia berusaha memujuk Fuad agar menerima tawaran sebagai guru sandaran Bahsa Inggeris demi para pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki SPM tetapi masih lemah penguasaan Bahsa Inggerisnya
Tanggungjawab terhadap keluarga
¢ Fakrudin seorang suami yang sangat bertanggungjawab
¢ Dia membeli sebuah rumah untuk isterinya Mariana dan anak-anaknya .
4.PERSOALAN KAHWIN CAMPUR YANG MASIH TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH MASYARAKAT
¢ Perkahwinan Mariana dan Robert Lim mendapat tentangan hebat keluarga Robert Lim
¢ Mereka hanya bersama-sama selama tiga bulan sebelum Robert Lim menghilangkan diri
5.PERSOALAN : KETAATAN PADA AJARAN AGAMA
Kuat berpegang pada ajaran agama
¢ Fuad sangat taat mengerjakan ibadat.
¢ Soalat berjemaah Maghrib dan isyak di surau
¢ Rajin belajar megaji Al-Quran dengan pak Ismail
¢ Sembahyang zohor di Kemaman dalam perjalanan pulang ke Lembah Klau
6.PERSOALAN : AMANAH TERHADAP TUGAS
Pendidik memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komitmen
¢ Fuad amat komited dengan tugasnya walaupun hanya seorang guru sandaran. Dia sanggup pulang lewat untuk membimbing pelajar selepas waktu persekolahan semata-mata mahu melihat para pelajarnya berjaya dalam subjek Bahasa Inggeris.
¢ Cikgu Zamani seorang guru lama di SMK Seri Setia tidak menunaikan amanahnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Dia tidak masuk ke kelas tambahan bagi Geografi sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Abas (GPK 1)
a.LATIHAN
1. Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
2. Jelaskan persoalan tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel Melunas Rindu.
3. Huraikan persoalan tentang tanggungjawab ketua dalam novel yang anda kaji.