DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 16 September 2011

2011- TAJUK ESEI DAN CADANGAN ISI


1. PELANCONGAN


 

1. PELANCONGAN
Menurut laporan BusinesTravel.com jumlah kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun 2010 ialah 24.57 juta orang. Malah kenyataan Menteri Pelancongan , Dr. Ng Yen Yen tentang kedudukan Malaysia yang berada di tangga kesebelas dalam senarai destinasi popular dunia menunjukkan kepentingan sektor ini kepada kemajuan sosioekonomi negara Malaysia.   Hal ini juga  bermakna sektor pelancongan sama penting peranannya dengan  sektor perindustrian yang dikatakan sebagai tonggak kekuatan ekonomi negara pada era ini.  Oleh sebab itu, sektor ini perlu ditambahmajukan demi kesejahteraan negara.

Jenis-jenis pelancongan di Malaysia
·         Ekopelancongan:
 kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna.
Contoh: Taman Negara Kinabalu, Sabah- Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika dan
               lokasi Gunung Kinabalu ; tertinggi di Malaysia
               Pusat Reseversi Kuala Gula- pusat migrasi 48 jenis burung dari negara
               Siberia, Mongolia, Jepun  dan China
Kuala Gula, Kerian, Perak

·         Agropelancongan:
Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan
Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan; pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti menangkap dan memancing
Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands,
              Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah
              Pertandingan memancing- Rompin Billfish


·         Inap Desa
Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep  inap desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional .
Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara
Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.
Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang dilawati mereka
Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama-sama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui dan mengenali adat budaya, cara hidup yang sebenar dan lebih realistik dan kesenian masyarakat tempatan dengan lebih jelas dan tepat.
Malaysia menyasarkan seramai 13 juta pelancong melawati negara ini pada tahun 2007 dan pelbagai program disusun bagi mencapai sasaran itu.
Tahun 2001, lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia dengan hasil pendapatan sebanyak RM200 bilion.
Dipetik dan diubah suai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Inap_desa)

PELANCONGAN INAP DESA
(contoh)
 1.Desa Homestay Kg. Tok Sangkut (Bp3), PASIR MAS KELANTAN

 
Aktiviti - kebun getah, bendang padi, aktiviti tinjau burung, dusun (salak, limau chokun, manggis, ulam) menganyam tikar, mengayuh basikal, ternakan ikan air tawar (haruan, talapia, puyu, sepat).




·         Pelancongan perubatan

Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan.

Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan ialah  sebanyak RM 203.66 juta  (USD 59 million)

Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal).

Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh
i. kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta
ii. kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden.
Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000.00 ke RM 21000.00 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000.

Menurut satu kajian oleh firma industri Frost & Sullivan dalam International Medical Travel Journal , pelancong perubatan memberikan perhatian terhadap tiga perkara yang penting apabila memilih destinasi untuk mendapatkan rawatan iaitu,
i. doktor dan jururawat yang diakreditasi,
ii. kemudahan untuk sampai  ke hospital tersebut dan
iii. kemudahan penginapan.

selain kestabilan politik yang merupakan satu lagi kelebihan kepada Malaysia.

Antara pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf lima bintang ialah
i. Prince Court , Kuala Lumpur                                                                                                                                           
ii. Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
iii. Hospital Pakar Johor.


·         Pelancongan pendidikan
Pelancong dari negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Contoh: Cuti musim panas di negara Timur Tengah
              Semasa cuti mereka akan datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa
              bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek bagi memanafaatkan masa
              mereka di sini.
             
              Pelancong ini akan mempromosikan kursus-kursus pendidikan yang
              ditawarkan oleh pusat pendidikan tinggi negara ini apabila pulang ke negara
              asal.

              Lebih ramai warga asing akan belajar di negara kita.
             

1. Faktor-faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di Malaysia

A.  Alam Semula Jadi
-Hutan Khatulistiwa yang terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna
·         Bunga Pakma atau Rafflesia menjadi tarikan kerana hanya terdapat di Malaysia
-Kawasan laut yang bersih dengan hidupan akuatik yang unik
·         Pulau Redang dengan batu karang yang sangat cantik

B. Budaya Rakyat Malaysia
- cara hidup yang tidak terdapat di negara lain
- cara hidup tradisional Melayu, Cina , India , Kadazan, Iban dan etnik-etnik lain
- kepelbagaian makanan tempatan

C. Tinggalan Sejarah
- bangunan bersejarah:
·         33 lokasi diiktiraf sebagai bangunan bersejarah di Malaysia
   Contoh: Bangunan Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

- lokasi bersejarah:  Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown sebagai tapak warisan
                                 dunia yang diiktiraf oleh UNESCO/Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


D. Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa
- penginapan jenis hotel, resort dan inap desa yang lengkap dengan kemudahan seperti      elektrik  dan  bekalan air yang bersih. 
- sistem perhubungan: pengangkutan darat dan udara yang berkualiti
                                    Sistem telefon, internet, wifi untuk berhubung  .
-makanan masyarakat pelbagai bangsa dan negara mudah diperoleh.Makanan merupakan faktor utama yang menarik minat pelancong asing ke sini. Kemudahan mereka mendapatkan makanan dari negara asal menjadikan Malaysia destinasi yang sering dikunjungi. Contohnya; Pelancong Timur Tengah sudah pasti mahu menikmati makanan yang sesuai dengan selera dan cara hidup mereka. Maka kemampuan Malaysia menyediakan restoran-restoran makanan Arab dan Timur Tengah akan memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong ini.

E. Kestabilan Politik
-kestabilan politik menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat di negara ini
-kestabilan politik menggambarkan sistem pemerintahan yang stabil dan tiada kekacauan seperti pemberontakan yang mengganggu aktiviti harian rakyat.
- Situasi ini menjadi faktor utama yang sering difikirkan oleh pelancong apabila bercadang untuk melancong ke negara ini.

FAEDAH KEPADA MALAYSIA DAN RAKYAT
       i.            Meningkatkan pendapatan negara
Kesannya- banyak program pembangunan dapat dilaksanakan kerana
mempunyai sumber kewangan yang banyak.

     ii.            Mempopularkan Malaysia di luar negara
Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal

  iii.            Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan
Selaras dengan usaha kerajaan mahu menjadikan sistem pendidikan Malaysia sebagai sistem bertaraf dunia.

Pelancong yang mengikuti kursus jangka pendek semasa cuti mereka di sini akan mempromosikan kebaikan kursus yang ditawarkan oleh Institut pengajian Tinggi di Malaysia.

Lebih ramai warga asing memilih Malaysia sebagai destinasi pendidikan dan hal ini mampu menjadi pemangkin bagi mencepatkan usaha Malaysia menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf antarabangsa

iv. Lebih banyak lokasi semula jadi dan tradisional mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia
      -lebih banyak penyelidikan ilmiah dilaksanakan di peringkat antarabangsa
       Imej Malaysia meningkat dan dihormati oleh masyarakat antarbangsa
       Mampu menjadi salah satu pusat pendidikan tentang sejarah dunia

v. banyak lokasi pelancongan dibuka
     - menyediak banyak peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong, pekerja di bidang perhotelan dan pengusaha-pengusaha pelancongan
    - penduduk desa dapat meningkatkan pendapatan selain  bekerja di bidang pertanian melalui pelncongan inap desa.