DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 29 Januari 2016

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA KLASIK: BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI


















ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK SEJADAH RINDU: (MOHD. HAIKAL AMINUDDIN)

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI














NOVEL SILIR DAKSINA BAB 1:: TERSINGKAP RAHSIA

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

NOVEL  SILIR DAKSINA
OLEH NIZAR PARMAN

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
SINOPSIS
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya.
Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid
Haiqal bertanya tentang ayahnya.
Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

PERSOALAN

1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI SEORANG ANAK
Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama: 
WATAK YANG MENDOKONG TEMA DAN PESOALAN-PERSOALAN  DALAM  PLOT

Watak Sampinagn
watak yang membantu watak utama bergerak dalam plot

PERWATAKAN
SIFAT DAN SIKAP WATAK

HAIKAL HAKIMI 
watak utama
Abdullah Kayan dan Rafiqah
penyayang

2.Umi..
ibu kandung Haikal
Penyayang


LATAR
LATAR TEMPAT

1.RUMAH  HAIKAL 
Di dalam biliknya Haikal membaca manuskrip yang diterima
Haikal teringat sewaktu dia berusia enam tahaun ibunya memberitahunya bahawa Abdul Fatah bukan ayah kandungnya.
Uminya memberitahu ayah kandungnya berada jauh daripada mereka.


LATAR MASA

1. LEWAT MALAM , 3.00 PAGI
Haikal masih tidak dapat melelapkan mata 
Haikal membaca manuskirp yang diterimanya.

LATAR MASYARAKAT

1. REMAJA
Haikal seorang remaja 

NILAI
NILAI KEMANUSIAAN

1.KASIH SAYANG
Haikal amat menyayangi ibunya

NILAI KEMASYARAKATAN

1.HORMAT- menghormati
Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya sehingga dia tamat pengajian STPMnya




NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN

1.KETAATAN
Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.


PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH HATI.
Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya kepadanya pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.

2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA .
Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya berbuat demikian sehingga dia dewasa.

3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA
Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang ayahnya.


NOVEL SILIR DAKSINA BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI


BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
SINOPSIS

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah. 
Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. 
Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik.
Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. 
Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. 
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.  
Haikal tidak tahu. 
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. 
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

PERSOALAN
1.  CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN ANAK MUADA/REMAJA
Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya. Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu

2. PERSAHABATAN IKHLAS 
Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. RATNA
   Rakan baik Haikal
   Membantu ibu mengurus gerai keropok lekor
   Rakan sekelas di Tingkatan Lima

PERWATAKAN
1. Prihatin
Prihatin akan masalah yang mengganggu Haikal.

2.Bercita-cita tinggi
Ingin memiliki sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu

3.Rajin
Rajin membantu mengurus gerai ibunya di tepi pantai.

ONG SWEE HWA
Gadis Cina yang mengirim manuskrip milik Abdullah Kayan kepada Haikal

LATAR

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG , HUJAN RENYAI
2.DI TEPI PANTAI BATU BURUK DAN GERAI PERNIAGAAN IBU RATNA       
Ratna sibuk melayan pelangan ketika Haikal tiba di gerainya.
Haikal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai
Haikal memberitahu Ratna bahawa dia teringat kepada ayahnya apabila berdiri di tepi pantai itu.
Haikal teringat akan perpisahan ibu bapanya kerana berlainan budaya dan latar hidup
Ratna bertanya Haikal punca perpisahan ibu dan bapanya,
Haikal memberitahu Ratna jawapannya hanya akan diketahui apabila dia selesai membaca manuskrip yang baru diterimanya.
Haikal teringat hasratnya bertanya umi tetapi dibatalkan kerana tidak mahu mengganggu emosi umi yang sudah bahagia dengan walid.
Haikal teringat yang dia telah menyimpan manuskrip itu dengan hati-hati di dalam laci berkunci khuatir dijumpai oleh umi atau Mak Lijah , orang gaji mereka.
Haikal memberitahu Ratna, pengirimnya bernama Ong Swee Hwa.


LATAR MASYARAKAT
Melayu dan Cina
Ratna dan Haikal berbangsa Melayu
Ong Swee Hwa berbangsa Cina

1.PENIAGA KECIL TEMPATAN
Ibu Ratna mengusaha gerai jualan makanan di tepi Pantai Batu Buruk

2.REMAJA
Haikal dan Ratna



NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.PRIHATIN
Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia hidup ibu dan ayahnya yang terpisah

2.KASIH SAYANG
Ibu Haikal , ayah tirinya  dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh kasih sayang 

NILAI KEMASYARAKATAN

1.AMANAH
Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan kepada Haikal

PENGAJARAN

1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI KEGAGALAN.
Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.

2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM PERSAHABATAN
Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPMnya yang tidak begitu baik.

3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN KELUARGA
Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama-sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.

4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB.
Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 3: SEBUAH MANUSKRIP LAMA

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 3 ; SENASHKAH MANUSKRIP LAMA
SINOPSIS

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.

Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.

Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim.

Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi.

Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya.

Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung  Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu.

Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.

Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri..

Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah  Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin.
Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-bayang Aiman  di dalam pakaian sekolahnya.

Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. 

Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.


ii

Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.

Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. 

Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. 

Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. 
iii

Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. 

Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu.  Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.


iv

Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah  memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu.

Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.

Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,


V

Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali

Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.

Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan.

Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya.

Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling


vi

Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung.

Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii

Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.

Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii

Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. 

Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh-sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya .

Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-sama bersama-sama Ai Ling. 

Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.


ix

Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .


PERSOALAN

1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI
Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil menyeru nama Aiman pada suatu malam.
Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.

2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA
Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri   
Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung 
nanti.

3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT
Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan 
    sambutan program Malam Sekampung Puisi. 

4.KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku 
menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha    
mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya 
    demi kejayaan program itu.

5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS
Akibat perpecahan Kumpulan Zapin  D’Purmana , tarian zapin jincat yang   
    menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.

6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA
YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri 
menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya 
kepada Menteri Besar nanti.

7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT PELAJAR
Aku bertanggungjawab  melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu. 

8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP ANAK MURID
Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan 
Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.


9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA
Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.

10. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan     membina sebuah rumah separuh papan.

11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK
Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.

12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT
 Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, 
     Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula   
     Kumpulan Zapin D’Purnama sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama 
     yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.  

13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT
Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung berlatih menari zapin. 

14. PERASAAN BANGGA AKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.
    
WATAK DAN PERWATAKAN

1. AKU/CIKGU AMIRULNIZAM
Guru Bahasa Melayu di Sekolah Sri Purnama
Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman
Berpisah dengan isteri dan Aiman sejak Aiman berusia setahun
Banyak memendam perasaan/perahsia
Meminati bidang sastera Melayu

PERWATAKAN
PENYAYANG
Terlalu menyayangi Aiman dan sering menyebut-nyebut nama Aiman
BERTANGGUNGJAWAB
Membimbing Ai Ling belajar mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling berjaya  
menjuarai pertandingan deklamasi pusi Tahap Satu di Sekolah Seri Purnama

SUKA MENOLONG
Aku membantu Tauke Lim membeli bateri keretanya yang rosak di pekan.

PERAHSIA
Tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang sakit yang dihidapi. Sebaliknya hanya memakan ubat untuk sakit kepala yang menyucuk-nyucuk yang dibekalkan oleh hospital.

TABAH
Menjalani hidup keseorangan tanpa anaknya Aiman selepas berpisah dengan isterinya
Dia juga hidup sendiri selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia di rumah pusaka ayahnya bersebelahan rumah Tauke Lim
Dia tidak pernah menceritakan kepedihan hatinya menanggung rindu terhadap anaknya.

2.AI LING
Anak bongsu Tauke Lim
Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Meminati tarian zapin 
Berbakat mendeklamasi sajak Melayu
Sangat rapat dengan arwah ayah aku
Sangat rapat dengan aku

PERWATAKAN

Prihatin
Prihatin akan wajah aku yang pucat dan risau aku mungkin sedang sakit lalu menyarankannya ke hospital

Gigih
Ai Ling gigih berlatih mendeklamsi sajak dengan aku. Waktu petang dia ke rumah aku untuk menjalani latihan.
Semasa program Malam Sekampung Puisi ,Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak ciptaan aku

Pandai mengambil hati
Memuji teh tarik yang aku sediakan 


Jujur
Bertanya kepada aku tentang Aiman dengan berterus terang tanpa ada rasa prejudis. Secara jujur Ai Ling menyatakan hasrat untuk berkawan dengan Aiman

Sabar
Sabar menunggu aku yang berbincang lama dengan Cikgu Zanariah tentang program deklamasi puisi Tahap Satu selepas sesi persekolahan

Bijak mengurus masa
Ai Ling membaca buku semasa menunggu aku berbincang dengan Cikgu Zanariah selepas sesi persekolahan

Taat akan ibu bapa
Tidak membuat sendiri keputusan untuk menaiki kereta aku ke sekolah sebaliknya kebenaran daripada mama dan papanya terlebih dahulu.

3.TAUKE LIM

Bapa kepada Ai Ling Ai Ching dan Ah Chong
Suami kepada Puan Kim
Jiran aku
Penoreh getah ketika mula berhijrah ke kampung itu
Peraih hasil tanaman penduduk kampung

PERWATAKAN
i.Rajin
Rajin berkerja menoreh getah di waktu pagi dan meraih hasil tanaman penduduk kampung pada waktu petang

ii.Bertanggungjawab
Sangat menjaga tanggungjawab perbelanjaan persekolahan anaknya sehingga tidak mahu menukar kereta baharu sedang kereta lamanya rosak

iii.Jimat 
Membeli pakaian baharu hanya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Balik menziarahi ibu di Kuala Kangsar dengan menaiki bas sahaja.

iv.Peramah/gemar bergurau
Amat peramah dan mesra dengan orang-orang kampung walaupun berlainan bangsa. Berbual tanpa segan silu dengan kawan-kawan Melayu di Warung Abang Dolah.
Aku ketawa apabila Tauke Lim mengatakan orang boleh pengsan jika melihat dia menari zapin kerana perutnya yang buncit. 

v.Pemurah
Membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah bagi meraikan kemenangan Ai Ling dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak sekolahnya
Menaja jamuan makan tetamu sempena lawatan YB Samsuri pada malam persembahan zapin jincat.

vi.Sentiasa mengenang jasa
Tauke Lim sentiasa ingat akan kebaikan arwah ayah aku. Arwah ayah aku sering membantu Tauke Lim sesama dia mula-mula sampai ke kampung dahulu. Arwah ayah aku kadang kala tidak mengambil wang bahagiannya daripada kerja menoreh getah yang dibuat oleh Tauke Lim.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1. Kasih Sayang
Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.

2. Kegigihan
Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua orang pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi

3. Belas kasihan
Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.

4. Keikhlasan
Aku  dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak 

5. Kesungguhan
Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh-sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan YB Samsuri .

6. Ketabahan
Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.
Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.



NILAI KEMASYARAKATAN
1. Kerjasama
Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi. 
Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan.
Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku
Tauke Lim menaja makanan tetamu
Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.

2.  Keprihatinan
Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat malam
Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku

3. Kesopanan
Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di hadapan rumah aku sebelum naik ke rumah aku.

4. Tanggungjawab
Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek matematik.


NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN

i.  Ketaatan
Pada waktu malam aku sering melakukan solatt sunat sebelum tidur untuk mendapatkan ketenangan daripada Allah.
Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit (AJKKK)

PENGAJARAN

1. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA DENGAN PENUH DEDIKASI
Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek Matematik.

2.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI
Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri.. 
YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar untuk diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.

3. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS
Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya
Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu Zanariah selepas waktu sekolah
Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang


4. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA-CITA DAN HASRAT/IMPIAN
Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat untuk ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular dengan zapin jincat suatu masa dahulu.
Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada anaknya Aiman.
Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.

5. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA
Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di  
Kampung Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis        
persembahan zapin di hadapan YB Samsuri.
Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.

6.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL BERAT AKAN 
  KEHENDAK RAKYAT
YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan.
YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin

7.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN
Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang ditulisnya kepada Haikal
8. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN APABILA MENGHADAPI MASALAH
Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku berasa Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.


LATAR

LATAR MASA
1. MALAM   
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama
Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku
Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri
Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya itu

2. PETANG
Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk minum petang bersama-sama aku
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur
Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman


3. BULAN OGOS
Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan peringkat mukim
Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos


LATAR TEMPAT

1. BALAI  RAYA  KAMPUNG SERI PURNAMA
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama
Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku
Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri
YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan zapin.
YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin. 


2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA
Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling

3. RUMAH AKU
Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di Sekolah Seri Purnama
Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat
Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki keretanya kerana keretanya rosak

4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN
Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya ke sekolah dengan kereta aku
Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu menolongnya ketika dia susah
Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah

5.WARUNG PAK DOLAH
Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling dalam pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama
Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis cerpen
Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri Purnama dan disertai oleh anak-anak muda
Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat


6. PANTAI PUNGGUR
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur
Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman
Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat sayang akan aku.
Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku yang hidup sebatang kara
Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan
Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang berbeza antara aku dan bekas isterinya.



LATAR MASYARAKAT

1. Pelajar
Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM

2. Golongan Pendidik
Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu
Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam

3. Penduduk Pelbagai Kaum
Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di Kampung Sri Purnama
Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama
Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan

4. Golongan Petani/Usahawan Tani 
Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit
Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan

5. Golongan Peniaga
Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama