DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 29 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 6: SATU KETENTUAN

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI




BAB 6: SATU KETENTUAN

SINOPSIS

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, 

Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. 

Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

PERSOALAN

1. KETIDAKSESUAIAN HIDUP AKIBAT CITA-CITA YANG TIDAK SEHALUAN
Abdullah Kayan berpisah hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat menerima sikap Abdullah Kayan yang terlalu meminati dunia sastera yang dianggapnya hidup dalam khayalan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. HAIKAL

TEGAS
Haikal bertegas untuk pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai rahsia di sebalik manuskrip ayahnya walaupun uminya keras membantah

BERANI
Haikal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haikal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya.
2. UMI
Ibu kandung Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
Isteri kepada walid

TEGAS
Umi seorang ibu yang tegas. Dia tidak membenarkan langsung Haikal pulang ke kampung ayahnya.

KERAS HATI
Umi seorang ibu yang keras hati. Umi tidak mahu memberi perbelanjaan kepada Haikal jika Haikal tetap mahu pulang ke kampung ayahnya
.
PERAHSIA
Umi tidak pernah bercerita kepada Haikal tentang kisah hidupnya dengan ayah Haikal. Umi terkejut apabila Haikal mengungkit tentang tindakan umi yang menentang keputusan ayahnya untuk pulang ke kampungnya kerana tanggungjawabnya sebagai anak. 

3. WALID
Suami umi
Ayah tiri Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang

BERFIKIRAN TERBUKA
Walid memahami hasrat Haikal untuk mencari kisah hidup ayah kandungnya. Walid merestui pemergian Haikal ke Johor

BERTANGGUNGJAWAB
Berjanji membekalkan wang perbelanjaan Haikal di Johor nanti.


NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. KETEGASAN
Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mencari memori hidup ayahnya.
Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya

2. KEBERANIAN
Haikal berani mempersoalkan alasan  uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
NILAI KEMASYARAKATAN

1. KETANGGUNGJAWABAN
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya


NILAI KEAGAMAAN

1. KETAATAN
Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna 


PENGAJARAN

1. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.

2. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN
Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu pulang ke kampung ayahnya.

3. KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN DENGAN PERKARA YANG KITA BENCI
Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang mengalir dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .

4. . KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI KEBENARAN
Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.

LATAR
1.LATAR MASA

WAKTU PETANG
Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya. 
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk pulang ke kampung ayahnya di Johor

LATAR TEMPAT

1.GERAI RATNA
Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam esok .
Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor nanti.
Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.

2.RUMAH UMI/HAIKAL
Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup ayah kandungnya.
Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.

LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA
Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan