CERPEN
HIPERTENSI
(Illias Zaidi )
KISAH AIMAN SEORANG KANAK-KANAK GENIUS YANG GAGAP BERILUSI MENJADI SEORANG ANGKASAWAN.
Aiman melihat di celah-celah jarinya yang kurus runcing tidak berisi lereng bukit yang runtuh menimpai banglo di lereng bukit.. Pandangannya dialih ke lain tapi ingatannya masih pada lereng bukit yanag runtuh itu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tiba-tiba sebiji mempelam gugur di hadapannya.
Spontan Aiman teringat kepada Isaac Newton yang takjub melihat sebiji epal gugur melahirkan Teori Graviti. Ingatannya menerawang pula ke dalam kelas.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cikgu Farridah meminta Aiman mengaitkan Teori Graviti dengan alam sejagat setelah melihatnya kegelisahan dan kebosanan dengan topik yang diajar.
Secara berseloroh Aiman memberi jawapan yang meriuh-rendahkan kelas sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Faridah yng menggelarkan Aiman
professor kerana IQnya yang tinggi.. Menyedari kemarahan Cikgu Faridah Aiman memberi jawapan yang di luar dugaan sehingga kelas menjadi sunyi sepi. Dalam situasi ni Aiman teringat kepada dua
adik perempuannya.yang sering diganggunya ketika menyiapkan kerja sekolah. Dua orang adiknya
Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah amat mudah dibentuk berbanding dirinya yang suka memberontak dan marah-marah kepada suasana persekitaran.
Aiman ketika di sekolah rendah selalu ponteng sekolah kerana bosan dan jelak. Aiman memberitahu
ibunya bahawa dia seorang budak yang genius . Dalam usia lapan tahun Aiman sudah berupaya
mencipta formula sendiri dan menyelesaikan matetamik Tingkatan Lima.Aiman sering mengganggu rakannya menbuat kerja sekolah sehingga diberi amaran oleh guru kelas.
Sikap Aiman menimbulkan kemarahan dan seolah-olah menyimpan dendam akan kenakalannya, Aiman dirotan babah. Akibatnya , seminggu Aiman
ponteng sekolah. Ketika inilah AIman membina halusinasi futuristik yang penuh cabaran dan
persaingan.
AIMAN DI ALAM HALUSINASI
Aiman membayangkan dirinya sudah lulus ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Usianya diaanjak 10 tahun ke hadapan. Aiman pokok kelapa dara di penjuru banglonya di panjat hingga ke puncak. Aiman menganjak uisanya laagi 2 tahun ke hadapan. Dia membayangkan dirinya sedang mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama-sama pihak Rusia. Pokok kelapa yang dipanjatnya hilang daripada pandangan berganti dengan Stesen Angkasa Antarabangsa.
HALUSINASI AIMAN DI STESEN ANGKASA ANTARABANGSA
Detik pelepasan kapal angkasa ke ruang angkasa akan berlansung . Aiman menbayangkan berjuta
khalayak sedang menyaksikan perlancaran melalui siaran langsung. Aiman khuatir sama ada dia
akan sampai ke bulan . Sama ada dia selamat berlepas dan mendarat semula di Stesen Angkasa
Antarabangsa. Terbayang olehnya , Neil Armstrong angkaswan Amerika Syarikat yang berjaya
mendarat di bulan.
Aiman berkhayal yang dia perlu membuat kajian sainstifik dahulu sebelum berlepas ke bulan. Tiba-tiba dia teringat akan kelajuan cahaya, matahari dan tenaga solar
HALUSINASI AIMAN DI PERMUKAAN BULAN
Alih-alih Aiman sudah membayangkan dirinya terlompat-lompat di permukaan bulan. Dalam pakaian serba putih dan berbekalkan oksigen Aiman melihat
padang pasir yang luas seperti Padang Sahara di permukaan bulan. Permukaan bumi seperti bumi
juga berkawah besar.
Aiman berfikir sama ada manusia mampu hidup di bulan yang tidak ada air dan udara. Aiman berasa cukup panas membahang.... Tiba-tiba suara halus yang pernah didengarnya datang lagi.
Pandangan Aiman sedikit demi sedikit melihat pokok kelapa yang kelihatan sudah tua. Aiman berasa seolah-olah dia sudah dewasa.
Alih-alih Aiman ternampak wajah geruh babah dan ibu sedang menghampakan tilam yang empuk dan
gebu untuk dia terjun.....
Aiman kembali berkhayal....istiadat kepulangannya ke bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa dan
bulan disambut penuh gemilang. Wajarkan dia terjun bersama-sama beberapa biji kelapa seperti Si Luncai.
Ketika menyusun sepuluh jarinya, Aiman melihat jari-jari tangannya masih montok dan gebu. Tanda amalan hidup sihat dalam keluarga yang bengis dan
kasar. Aiman teringat yang dia sentiasa ditampar di pipi sehingga menjadi gagap. Aiman tertanya-tanya dimanakah harmonis dan humanis dalam keluarganya.
Aiman mencari punca kegagapannya... Sama ada tenaganya yang belebihan atau kuasa takdir atau
kelebihan kalsium ketika ibunya mengandung atau ibunya mengambil bahan kimia berlebihan...
Jika dikatakan otaknya kurang berfungsi secara normal...Aiman menentangnya habis-habisan. Aiman mahu membuktikan pemulihan gagap yang ditemui oleh Paul Broca secara terapi dan khusus menggunakan pendekatan humanis melalui teknologi tingkah laku dan sahsiah rupa diri
berjaya memulihkan pesakit Paul Broca yang lebih teruk daripadanya. Aiman berasa dia lebih baik
pertuturanya berbanding pesakit Paul Broca,
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiba-tiba Aiman teringat suara halus yang didengarinya semasa halusinasinya di planet bulan. . Bisikan halus itu mengajaknya mendekatkan diri kepada Illahi.. Mengingatkan Aiman agar tidak membinasakan habitat semula jadi di bumi. Mungkin kerana dia menggunakan pucuk kelapa muda sebagai
halusinasi tempat latihan kapal Soyuznya. Lantas Aiman tidak lagi mahu menjalani latihan intensif
dan istimewa itu.. Begitu juga Aiman tidak mahu menjalani latihan terapi kegagapannya. Aiman
mahu mengusahakan semuanya sendiri.
Lalu Aiman mendongak ke langit melihat arakan awan dan suria yang terus bersinar. Terdengar
olehnya alunan muzik yang lembut
seolah-olah sedang mengubati hatinya.. Jauh di sudut hati Aiman memanjat doa kepada Illahi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>