DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 7 Januari 2011

NOVEL TINGKATAN 4-MELUNAS RINDU- perwatakan dan latar tempat


WATAK  DAN PERWATAKAN

1.WATAK UTAMA

     FUAD

Perwatakan Fizikal

1.      Seorang pemuda berusia 27 tahun. Berbangsa Cina Melayu.
2.      Nama asalnya Abdul Halim  dan Joshua
3.      Lulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti terkenal di Amerika Syarikat
4.      Anak kepada Robert Lim dengan Mariana
5.      Guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
6.      Anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah
7.      Anbang seibu dengan Farhana dan abang sebapa dengan Sofea

Sifat

1.      Penyabar
·         Fuad amat sabar apabila berhadapan dengan sikap Mak Salmah yang tidak menegurnya kerana masih marah akan tindakannya melarikan Sofea (anak angkat Mak Salmah). Fuad terus sahaja tinggal di rumah Mak Salmah   walaupun Mak Salmah tidak bertegur sapa dengannya.

2.      Bertanggungjawab
·         Fuad melaksanakan tugasnya sebagai guru dengan penuh tanggungjawab. Fuad mengadakan kelas bimbingan selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima walaupun terpaksa pulang lewat.

3.      Tabah
·         Fuad tabah menjalani hidupnya yang penuh cubaan. Dia berpisah dengan ibu sejak kecil dan tidak pernah mengenali ibunya.  Fuad mengalami dugaan yang hebat mengetahui farhana yang dicintainya ialah adiknya sendiri tetapi dengan tabah menerima kenyataan malah memujuk Farhana agar banyak bersabar.

4.      Penyayang
·         Fuad amat menyayangi Peter Lim , bapa saudaranya yang telah membelanya sehingga dewasa. Fuad pulang ke Sungai Ruan untuk menziarahi Peter Lim dan adik-adik sepupunya.

5.      Amanah
·         Fuad melaksanakan tugas sebagai guru dengan amanah . Fuad tidak pernah ponteng tugas mengajar malah sentiasa bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya.

6.      Kuat /taat beribadat : taat perintah agama
·         Fuad tidak pernah meninggalkan solat .Fuad berhenti si sebuah masjid di Kemaman untuk menunaikan solat zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan.

7.      Pemurah/suka membantu
·         Fuad menanggung semua perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masinah.
·         Fuad membelikan sebuah motosikal untuk memudahkan Pak Ismail ke kedai dan menghadiri kenduri bersama-sama Mak Salmah.

8.      Prihatin/mengambil berat
Fuad amat mengambil berat tentang diri Farhana terutama semasa Farhana menghadapi masalah menjaga ibunya yang sakit. Fuad sanggup menemani Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital.


FARHANA

Perwatakan Fizikal

Seorang gadis berusia 25 tahun.
Guru dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di SMK Seri Setia.
Lulusan jurusan Pendidikan dari United Kingdom
Anak sulung daripada 5 orang adik beradik ;Muhammad Fikri, Muhammad Fadil, Muhammad Syukri dan Muhammad Faisal.
Anak kepada pasangan Fakrudin dan Mariana

Sifat/Perwatakan

1.      Bertanggungjawab
Farhana seorang anak yang bertanggungjawab. Dia sanggup bercuti semata-mata mahu menjaga ibunya yang sering sakit.

2.      Penyayang
Farhana seorang anak dan kakak yang penyayang. Waktu cuti sekolah dihabiskan bersama-sama keluarganya di Taman Tas , Kuantan, Pahang.

3.      Tegas
Farhana amat tegas semasa berkerja. Dia tidak menyukai sikap Cikgu Zamani yang sering ponteng kelas dan sering menegur sikap Cikgu Zamani sehingga berlaku pertengkaran di dalam bilik guru.

4.      Periang
·         Farhana seorang gadis yang periang, mudah bergurau dengan sesiapa sahaja dan sering ketawa.
·         Farhana secara bergurau meminta Fuad duduk di kerusi ketika berbincang kerana Fuad yang tinggi menyebabkannya terpaksa mendongak untuk melihat Fuad.



PAK ISMAIL

Perwatakan Fizikal

Suami Mak Salmah
Bapa angkat Fuad dan Sofea
Pembimbing Fuad dalam hal agama
Bekas pekerja Robert Lim
Bapa angkat kepada anak Robert Lim dan Susan iaitu Sofea

Sifat /perwatakan

1.      Penyayang
Seorang suami yang penyayang. Pak Ismail menjaga Mak Salmah yang sakit akibat kematian anak mereka Sofea

2.      Taat perintah agama
Tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di surau.


3.      Bertanggungjawab
·         Seorang bapa angkat yang amat bertanggungjawab. Dia membimbing Fuad mendalami bacaan Al-Quran dan amalan hidup Islam.
·         Mengajar Fuad membaca Al quran selepas solat Maghrib di surau.

4.      Tidak berdendam/baik hati
·         Pak Ismail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik setelah Robert Lim menerangkan tujuan kedatangannya pada suatu malam. Robert Lim dipelawa naik ke rumahnya dan Pak Ismail bersama-sama Robert Lim dan Chin ke Kuantan untuk mengesahkan cerita Fuad tentang Mariana


MAK SALMAH

Perwatakan Fizikal

1.      Isteri Pak Ismail
2.      Ibu angkat kepada Sofia


1.      Baik hati
Menjaga makan minum Fuad dengan baik walaupun masih marah akan tindakan Fuad melarikan Sofia dari jagaannya.

2.      Penyayang
Mak Salmah amat menyayangi Sofia sehingga jatuh sakit selama sebulan selepas kematian Sofia

3.      Taat akan suami
Mak Salmah tidak membantah tindakan Pak Ismail membenarkan Fuad tinggal bersama-sama mereka waaupun dia amat marah akan perbuatan Fuad melarikan Sofia.

4.      Taat perintah agama
Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketiaka Fuad sampai ke rumah pada waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat Maghrib.
Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail, Mariana dan Fuad di Mekah.

MARIANA

1.      Ibu kepada Farhana dan Fuad
2.      Berkahwin dengan Robert Lim dan Fakrudin
3.      Anak kepada Osman
4.      Tinggal di Lembah Klau
5.      Ditinggalkan oelh Robert Lim setelah 3 bulan berkahwin
6.      Berpenyakit semput
7.      Mengalami depresi selepas melahirkan Abdul Halim (gila meroyan)


Sifat /perwatakan

1.      Penyayang
·         Sayang akan anak-anaknya iaitu Farhana dan 4 orang adik Farhana
·         Amat merindui dan mengingati Abdul Halim walupun sudah 27 tahun berpisah.

2.      Amat mengambil berat tentang anak-anaknya
o   Sentiasa bertanya Farhana tentang kesediaannya untuk berkahwin
o   Sentiasa mengharapkan Farhana mendapat suami yang bertanggungjawab
o   Berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya dengan baik semasa dia ke Mekah mengerjakan umrah bersam-sama Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah.

3.      Perahsia
·         Mariana amat berahsia tentang masa silamnya dengan Robert Lim daripada pengetahuan Farhana dan adik-adik Farhana.


CIKGU ABAS

PERWATAKAN Fizikal

1.      Guru Penolong Kanan 1 SM Seri Setia.



Sifat/perwatakan

1.      Prihatin
·         Amat prihatin akan masalah pelajar Tingkatan Lima yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris lalu mengambil langah memujuk Fuad menjadi guru sandaran di SM Seri Setia.

2.      Tegas
·         Seorang yang tegas ketika melaksanakan tugas. Beliau menluahkan rasa tidak puas hati tentang sikap guru yang tidak bertanggungjawab ketika melaksanakan tugas dan dengan tegas memberitahu guru-guru tentang tindakan yang akan diambil jika guru-guru di SM Seri Setia masih tidak menjalankan tugas dengan betul.

3.      Pandai memujuk
·         Cikgu Abas berupaya memberi keyakinan kepada Fuad untuk memberi khidmat sebagai guru sandaran walaupun Fuad tidak ada langsung pengalaman mengajar sebelum ini.

4.      Bertanggungjawab
·         Cikgu Abas amat bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas. Dia sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru dengan baik.
·         Semasa berada di kantin, dia memerhati kelas Fuad dan amat berpuas hati dengan kesungguhan Fuad membantu pihak sekolah

5.      Robert Lim

PERWATAKAN
Bapa Fuad
Suami pertama Mariana
Berkahwin dengan Susan setelah meninggalkan Mariana
Mempunyai tiga orang anak dengan Susan
Bekas majikan Pak Ismail
Mengalami masalah dalam perniagaan
Mengalami krisis dengan Fuad kerana sikapnya yang tidak serius berpegang pada agama.
Adik beradik dengan Peter Lim
Menanggung perbelanjaan Peter Lim sekeluarga

Sifat
1.      Penyayang
·         Walaupun mengalami krisis dengan Fuad, dia masih memasukkan wang senyak RM200,000 ke dalam akaun Fuad kerana tahu Fuad tidak mempunyai pekerjaan.
·         Menghantar Chin untuk berjumpa Fuad bagi mengetahui perkembangan hidup Fuad.


FAKRUDIN

Bapa Farhana
Suami kedua farhana
Anggota tentera
Mengalami sakit usus sehingga menyebabkan kematian

1.      Bertanggungjawab
·         Membelikan sebuah rumah untuk Mariana dan anak-anak semasa sedang berkhidmat sebagai polis


2.      Penyayang
·         Amat menyayangi Mariana dan tidak pernah bertanya tentang masa silam Mariana sebaliknya menjaga Mariana dengan baik.


LATIHAN

Bandingkan perwatakan Fuad dengan Farhana.

Bandingkan perwatakan Fuad dengan Cikgu Zamani.

Jelaskan sifat Fuad yang boleh dijadikan contoh yang positif kepada pembaca.

Jelaskan peristiwa-peristwa yang menujukkan kelebihan Fuad berbanding watk-watak lain.

MELUNAS RINDU
LATAR

1. LATAR TEMPAT
2. LATAR  MASA
3. LATAR MASYARAKAT

Latar ialah aspek penting dalam novel; melatari binaan plot dalam cerita
Aspek penting berkaitan dengan latar ialah  peristiwa-peristiwa penting yang berlaku berdasarkan latar tempat, latar masa dan latar masyarakat

LATAR DAN PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

Arahan tugasan: rujuk teks novel untuk mendapatkan bab dan muka surat bagi setiap peristiwa yang dinyatakan di bawah

A. KAMPUNG DANAU SEBERANG

Berlatarkan sebuah kampung Melayu: masyarakatnya merupakan masyarakat petani yang bekerja di sektor pertanian  . Masyarakat di kampung ini juga   kuat pegangan agama kerana sering mengadakan sembahyang jemaah di surau.

PERISTIWA- PERISTIWA PENTING DI KAMPUNG DANAU SEBERANG
  1. Cikgu Abas menawarkan tugas sebagai guru sandaran kepada Fuad
        Lokasi- di kebun jagung   (Bab 3- muka surat 27-31)

  1. Robert Lim dan Chin datang ke rumah Pak Ismail untuk bertemu Fuad
       menyerahkan cincin perkahwinannya dengan Mariana.
       ( Bab 14 – muka surat 154-160)

  1. Fuad membawa Farhana pulang ke rumah Pak Ismail untuk diperkenalkan
       kepada Mak Salmah (Bab  12- muka surat 132-134)

4. Fuad menyatakan hasratnya untuk mencari pusara ibunya kepada Pak Ismail dan dia juga ingin pulang ke Sungai Ruan untuk menziarahi apaknya.
( bab 6: muka surat 66)
5. Fuad resah memikirkan tentang Farhana yang bertengkar dengan Cikgu Zamani.
    Fuad ke Kuantan setelah diberitahu oleh Cikgu Zalifah bahawa Farhana pulang ke
    Kuantan kerana ibunya di masukkan ke hospital
( bab 15: muka surat170-171)


B. SEKOLAH MENENGAH SERI SETIA


Berlatarkan  Sekolah Menengah Seri Setia.  Masyarakat pendidik dan pelajar melatari peristiwa-peristiwa dalam novel ini.

Latar masa : pagi dan petang

Golongan pendidik yang komited dengan tugas dan amanah yang diberi
Golongan pendidik yang tidak komited dengan tugas
Golongan pelajar yang sekolah menengah yang megalami masalah untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris

PERISTIWA- PERISTIWA PENTING DI SMK SERI SETIA

1. Fuad melapor diri di pejabat sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.
( bab 4: muka surat 34 )

2. Fuad diperkenalkan oleh Cikgu Abas kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Farhana.
( bab 4:muka surat 36 )

3. Pada hari Rabu pagi.... Fuad dikunjungi oleh Chin yang datang membawa pesanan ayahnya....Chin meminta Fuad pulang ke Kuala Lumpur kerana ayahnya Robert Lim menghadapi masalah dalam perniagaan.
( bab 6: muka surat 53-64)

4.  Cikgu Abas memantau perlaksanaan kelas-kelas lanjutan..... Cikgu Zamani didapati tidak hadir ke kelas lanjutan Geografi Tingkatan Tiga.
( bab 11: muka surat 118)

6. Cikgu Abas menegur sikap guru-guru yang tidak komited semasa melaksanakan tugas.....Cikgu Abas menekankan kepentingan amanah dan jujur serta keberkatan rezeki  ketika melaksanakan tugas. Cikgu Abas bertegas untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mana-mana guru yang engkar akan arahan tugas.
( bab 11:muka surat114- 123)


7. Bilik guru SMK SERI SETIA


·         Pertengkaran antara Cikgu zamani dengan Farhana kerana Cikgu Zamani yang tidak masuk ke kelas lanjutan malah mempengaruhi guru lain agar tidak hadir perjumpaan PBSM .
                                      ( bab 15: 162-166)

·         Fuad dan Farhana berbincang tentang program untuk pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris- Fuad mencadangkan program English Personal Guidance.
                                    ( bab 5: 45-49 )

8. BILIK CIKGU ABAS
Latar masa: pagi 



1.      Fuad dan Farhana menceritakan kisah sebenar yang berlaku :
2.      Farhana ialah adiknya.

3.      Keluar dari bilik Cikgu Abas : Fuad mebdapat surat tawaran dari Bahagian Pendidikan Guru

4.      Cikgu Zalifah memaklumkan pertukaran Cikgu Zamani  ke negeri asalnya.
                                                        ( bab 17: muka surat191-196)


9. RUMAH CIKGU ZAMANI
Latar masa : malam
Latar masyarakat: Masyarakat yang taksub akan  agama


1.      Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat

2.      Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.

3.      Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu

4.      Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam.
5.      Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana
                                                 ( bab 13: muka surat 142-146)

3. SUNGAI RUAN(RUMAH PETER LIM)



Berlatarkan rumah Peter Lim, di sebuah perkampungan:
Masyarakat  Cina yang terlibat dalam sektor pertanian- penoreh getah. 
Mayarakat yang mementingkan pendidikan
Masyarakat yang prihatin
Masyarakat yang saling tolong-menolong

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI SUNGAI RUAN


1.      Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang .
( bab 8)

2.      Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup
Fuad berjanji menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya
(bab 8: muka surat 88-89)

3.      Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya.
(bab 8: muka surat 91)

4.      Peter Lim  meminta Fuad mencari AhSok dan Pak Ngah Lias bagi mengetahui kisah sebenar ibunya di Felda Lembah Klau .
( bab 8: muka surat 91-94)

5.      Fuad bertemu Pak Said di surau yang sanggup membantunya  mencari keluarga ibunya di Lembah Klau
( bab 8: muka surat 94 )

   6. Robert Lim memberitahu Peter Lim bahawa dia masih menyimpan gambar-gambar dan sebentuk
       cincin perkahwinannya dengan Mariana dan meminta Fuad datang ke Kuala Lumpur untuk
        mengambilnya.
( bab 10: muka surat113 )


D. RUMAH PAK NGAH LIAS DI LEMBAH 
    KLAU



Berlatarkan FELDA Lembah Klau: di rumah Pak 
Ngah Lias
Fuad dan Pak Said memulakan perjalanan pada waktu pagi ke Lembah Klau
Masyarakatnya ialah masyarakat petani /masyarakat Melayu kampung
1.Pak Said menceritakan kisah Fuad kepada Pak Ngah Lias

2.Fuad mengetahui nama asalnya ialah Abdul Halim

3.Pak Ngah Lias  menyebut nama Roslan,

4. Fuad memberitahu Pak Ngah Lias dia seorang Islam.
5. Pak Ngah Lias memberitahu Fuad fizikal ibunya Mariana ada persamaan dengannya- berbadan besar dan tinggi

6. Pak Ngah Lias memaklumkan Mariana tidak meninggal dunia di Lembah Klau tetapi di Kuala Lipis di rumah kakak angkatnya.


E. RUMAH PAK SHAMSUDIN DI KAMPUNG SEDILI KUALA LIPIS


Latar masa : selepas asar mereka bertolak ke Kuala Lipis

1.Pak Shamsudin memberitahu Mariah (kakak angkat Mariana ) gtelah berpindah seminggu selepas Mariana melahirkan anaknya.
( bab 10: muka surat109)

2. Pak Shamsudin memberitahu Fuad, Pak Ngah Lias dan Pak Said bahawa dia percaya
Mariana tidak mati
( bab 10: muka surat109)
            3. Selepas seminggu bersalin Mariana dibawa berpindah oleh Mariah tapi tidak tahu tempat mereka
                berpindah,
( bab 10: muka surat 109 )

           
F. KUALA LUMPUR: RUMAH ROBERT LIM





1.      Robert Lim terkenang kepada Mariana yang ditinggalkan selepas 3 bulan berkahwin
2.      Robert Lim mengeluarkan sebentuk cincin perkahwinannya dengan Mariana
3.      Robert Lim mengajak Chin ke Kuala Terengganu untuk bertemu Fuad dan menyerahkan cincin tersebut kepada Fuad
( bab 14: muka surat149-151)


G. HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
     

Latar masa : petang(pukul enam petang
                       Malam


1.      Fuad tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan
                                        ( bab 16: muka surat172-173)
2.      Fuad berhasrat untuk mengambil Farhana menjadi isteri setelah pulang ke Kuala Terengganu nanti.\
                                                 (bab 16: muka surat179)

3.      Fuad terpandang fail rawatan pesakit di kaki katil Mariana – tercatat nama MARIANA binti OSMAN  Fuad memerhati hidung Mariana- saling tidak tumpah menyerupai hidungnya.
                                                    ( bab 16: muka surat 181)

4.      Fuad memberitahu Farhana tentang firasatnya berkaitan ibunya, dia memberitahu Farhana agar tabah menghadapi segala kemungkinan kerana yakin Mariana ialah ibunya juga.
                                                                  (bab 16: muka surat  183-184 )

5.      Farhana memberitahu Fuad, ibunya mungkin menyimpan rahsia tentang sebentuk cincin yang disimpan di dalam sebuah kotak
                                               ( bab 16:  muka surat 184-185)

6.      Robert Lim, Chin dan Pak Ismail muncul di hadapan wad.
7.      Robert Lim menyerahkan cincin perkahwinannya kepada Fuad
8.      Robert Lim bertanya tentang Mariah ibu saudara Farhana.
9.      Robert Lim masuk ke wad menghampiri katil Mariana
10.  Fuad menenagkan Farhana yang menangis .
11.  Robert Lim masuk ke wad dan menghampiri katil Mariana-tubuhnya menggeletar-
12.  Robert Lim memberi isyarat (menundukkan kepala ) bahawa wanita itu ialah Mariana ialah ibu Fuad.
13.  Fuad menangis sambil meanggil Mak di sisi katil Mariana
                                    ( bab 16: muka surat 186-109)


H. LAPANGAN TERBANG KLIA



1.      Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
2.      Robert Lim muncul untuk mengucapkan selamat jalan.
3.      Robert Lim mengucapkan selamat berangkat kepada semua
4.      Robert Lim berpesan kepada Fuad agar menjaga Mariana baik-baik.
5.      Robert Lim memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka kemudian.
6.      Robert Lim memeluk Fuad
                                                                ( bab  19: muka surat 209)




 I. BANDAR KUALA TERENGGANU
STESEN BAS KUALA TRENGGANU


1.      Fuad bertemu Farhana sedang bergerak dari sebuah kaunter tiket ke sebuah kaunter tiket
2.      Fuad mempelawa Farhana menaiki keretanya kerana mereka menghala ke arah yang sama

       ( bab 7: muka surat 71-72)

3.      Dalam perjalanan Fuad menceritakan kisah hidupnya yang sebenar: Ayah dan ibunya di Sungai Ruan bukan ibu bapa kandungnya; Sofia ialah adik sebapanya; ibunya seorang wanita Melayu dan mati sewaktu melahirkannya.
                                                                             ( bab 7: muka surat 72-74)



J. TAMAN TAS KUANTAN
Latar masa: petang


1.      Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana
2.      Fuad memerhati raut wajah Farahana-tidak sama dengan Mariana
                                                                ( bab7: muka surat 80)
    
   3. Sepanjang hari Farhana diburu keresahan kerana tidak dapat menghubungi Fuad
                                                                               (bab 9: muka surat 93)

H. RESTORAN TERAPUNG TAMAN SYAHBANDAR
Latar masa petang : 


1.      Fuad meraikan hari lahir Farhana
2.      Fuad mempelawa Farhana makan malam di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah
3.      Farhana berasa kasihan akan Mak Salmah sebaik sahaja Mak Salmah memintanya selalu datnag menziarahinya.
                                                                                                  ( bab 12: 134-135)

I. PANTAI BATU BURUK
Latar masa: petang dan hampir senja 

1. Fuad terkenang akan Sofia yang telah meninggal dunia
2.Fuad terkenang peristiwa yang membawa kematian Sofia dan tindakan orang kampung memulaunya keran peristiwa tersebut

3. Fuad terkenang sikap Mak Salmah yang amat tidak menyukainya ; hanya Pak Ismail tempatnya bergantung
4.Fuad berangan-angan tentang masa depan Sofia; dia mengurus kemasukan Sofia ke universiti
( bab 2: muka surat 10-14)








LATIHAN KENDIRI

GABUNGAN ANTARA LATAR TEMPAT  DAN BINAAN PLOT

Latar tempat memainkan peranan penting bagi binaan plot. Huraikan tiga peristiwa penting beserta latar tempat yang terdapat dalam

1.  permulaan
2.  perkembangan
3.  perumitan
4 . puncak
PUNCAK
5.  peleraian