DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Ahad, 21 November 2010

NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN- WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK DAN PERWATAKAN

1. WATAK UTAMA


FARIDAH

· Berusia 50 tahun

· Wanita Melayu yamng dibesarkan di kampung

· Anak kepada pasangan Salmah dan Kamarudin

· Pasangan kembar kepada Rahayu

· Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

· Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnsons

· Berasal dari Sungai Besar , Selangor dan bermaustatin di Rosewood, New Zealand

· Mempunyai dua anak kembar iaitu Melina dan Anne


PERWATAKAN FARIDAH


-Bertanggungjawab

· Menjaga ibu yang sakit /sentiasa bersama-sama ibu walaupun sudah bersuami


-Penyayang

· Menyayangi ibunya dan suami (Ghazali) , terlalu sedih apabila ibu dan suami meninggal dunia

· Amat menyayangi kanak-kanak, sayang akan Iqbal anak istimewa JKM


-Cekal/tabah/kuat semangat

· Faridah seorang wanita yang tabah dan cekal.

· Cekal menjalani hidup di bumi Kiwi setelah kematian ibu dan suami (Ghazali)di Sungai Besar , Selangor.

· Tidak pernah pulang ke Malaysia selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons .


-Tebal jati diri

· Masih mengekalkan panggilan nama Melayu iaitu Idah walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun

· Masih mengekalkan makanan tradisi Melayu iaitu kari. Anne meminta Faridah memasakkan kari kerana sudah lama tidak makan kari.

· Masih mengikuti irama lagu-lagu Melayu melalui internet

· Sentiasa rindu akan Sungai Besar.

· sering bercerita tentang Sungai Besar kepada anak-anaknya


-kuat pegangan agama

· Bersolat/bersembahyang tahajud pada pukul 4.00 pagi setelah berminpikan arwah Rahayu

· Menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah rendah agama yang terletak 30km dari rumahnya di Rosewood kerana mahu anak-anaknya mendapat pendidikan agama yang baik


-berfikiran terbuka

· Menyetujui perkahwinan Melina dengan Benny seorang warga Dubai berketurunan Arab


-setia

· Isteri yang sangat setia kepada suami. Faridah tidak pernah berenggang dengan Soleh Johnsons yang menetap di New Zealand selama 25 tahun berkahwin walaupun dia sentiasa merindui kampung halamannya , Sungai Besar.


SOLEH JOHNSONS( SAMEUL JOHNSONS )

Suami Faridah

Ayah kepada Melina dan Anne

Pengusaha ladang biri-biri yang terkenal di Rosewood ( Pusat Penyembelihan Hijrah )


PERWATAKAN SOLEH JOHNSONS

-penyayang

· Sayang akan keluarganya. Membenarkan Melina berkahwin demi melihat anaknya bahagia

-bertanggungjawab

· Seorang ayah yang bertanggungjawab. Memberi didikan agama sejak anak-anak berusia 6 tahun di sekolah rendah agama di Christchurch.

· Mengusahakan Pusat Penyembelihan Hijrah bagi memastikan umat Islam di New Zealand mendapat bekalan daging yang halal.

-Dermawan/pemurah

· Sering menderma bagi aktiviti di Wellington Islamic Center

-Pencinta alam semula jadi/prihatin akan alam semula jadi

· Mengekalkan pokok-pokok merbau dan tualang daripada ditebang semasa projek mendirikan pusat peranginan bersama-sama Datuk Azrul di Tanah Tinggi Loging.

-Bertolak ansur

· Sanggup meninggalkan bumi New Zealand untuk berhijrah ke Cameron Highlands demi memenuhi hasrat Faridah untuk pulang ke Malaysia.


RAHAYU

· Kembar Faridah

· Berpisah dengan Faridah dan ibunya Salmah ketika berusia 7 tahun

· Pelajar tahun dua dalam bidang pembangunan manusia (Fakulti Ekologi Manusia)

· Teman sekuliah Azrul

· Penghidap penyakit kanser

· Kakak kepada tiga orang adik lelaki berlainan ibu, Syuqri,Abdul Rafiq dan Abdul Rashid.

· Dibela oleh Hamidah ibu tirinya setelah berpisah dengan ibunya ,Salmah


PERWATAKAN RAHAYU

-Penyayang

· Amat menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah.

· Sentiasa mengharapkan Faridah selamat kerana hilang semasa kemalangan

-Cekal

· Rahayu cekal melawan penyakit kanser yang dihidapinya.


SALMAH

Ibu kandung Faridah dan Rahayu

Gadis keturunan Banjar

Berlesung pipit dan bermata sepet, berkulit kemerah-merahan

Isteri kepada Kamarudin kemudian berpisah ketika anak-anaknya berusia 7 tahun

Menetap di Sungai Besar Selangor

Petani/pesawah/bekerja kampung

Penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pengkalan Balak


PERWATAKAN SALMAH

-Penyayang

· Terlalu sayang akan anak-anaknya Faridah dan Rahayu

· Sentiasa bersedih sejak dua tahun kematian Rahayu yang hanya ditemui semula selepas 17 tahun berpisah.

- Cekal/tabah

· Membesarkan Faridah bersendirian di kampung dengan membuat kerja-kerja kampung iaitu bersawah.

-rajin

· Masih rajin bersawah walaupun Faridah sudah bekerja dan mampu menanggung perbelanjaan mereka.


MEJAR (B) KAMARUDIN

Suami Hamidah dan Salmah

Pesara tentera

Ayah kepada Rahayu, Faridah, Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid



PERWATAKAN KAMARUDIN

- Penyayang

· Menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah. Sanggup meredah hutan Bukit Kutu mencari Faridah yang hilang semasa kemalangan di Bukit Fraser.

- Berani

· Berani meredah hutan bersama-sama Buyung untuk mencari Faridah yang hilang

-Suka berfoya-foya

· Ketika masih di dalam perkhidmatan tentera Kamarudin seorang lelaki yang suka menghabiskan masa di kelab malam.

- Berpandangan jauh/berwawasan

· Menabung wang untuk Rahayu melanjutkan pelajaran di bidang perubatan


ANNE

Anak Faridah dan Soleh Johnsons

Saudara kembar Melina

Dilahir dan dibesarkan di New Zealand

Pelajar tahun dua Bachelor of Science Sosial

Isteri kepada Zain

Bermata galak dan wajah putih bersih

Berambut hitam keperangan

Berwajah Melayu-Inggeris


PERWATAKAN ANNE

- Sayang akan asal usul

Anne terasa sayang dan amat teruja untuk melihat rumah pusaka neneknya di kampung ibunya di Sungai Besar, Selangor setelah dibawa pulang oleh ibunya ke sana.

- Berbudi bahasa

· Mengucapkan terima kasih kepada Zain yang membantunya membaiki kereta yang rosak.


ZAIN

Penuntut jurusan pertanian di New Zealand

Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar, Selangor.

Suami Anne

Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New Zealand.

Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor


PERWATAKAN ZAIN

- Berwawasan jauh

· Zain meneruskan perusahaan tani ayahnya dengan mengambil jurusan pertanian di New Zealand.

- Berbudi bahasa

· Menjemput Faridah ke tinggal di kampungnya di Sungai Besar semasa berkunjung ke rumah Faridah.

- Kuat pegangan agama

· Zain tetap bersolat jemaah di masjid di kampungnya ketika pulang bercuti bersama-sama ayahnya dan pendudukm kampung.

- Tinggi jati diri bangsa

· Masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan Melayu walaupun menuntut di luar negara - Pulang ke Sungai Besar, Selangor untuk mengurus perkahwinannya dengan Anne.

· Meminta pandangan ayah dan ibu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan

Anne gadis New Zealand berketurunan Melayu..

· Suka akan keindahan bendang/sawah di kampung


MELINA

Kembar Anne

Anak Faridah dan Soleh Johnsons

Isteri Benny ( Jabbar al-Anbia )

Pembantu pelukis pelan di syarikat pembinaan Redwood Building, Auckland.

Gagal dalam pengajian tahun pertama di Universiti Canterbury

Berhijrah ke Marang Terengganu, mengikut suami Benny yang bekerja di Malaysia

Pandai melukis


PERWATAKAN MELINA

- Peramah

· Mudah berkawan . Melina mudah menjalinkan persahabatn dengan Benny walaupun baru berkenalan di Gloria Coffee Bean.

- Setia

· Isteri yang setia dan taat akan suami. Mengikut Benny berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin.

· Berhijrah ke Dubai untuk bersama-sama Benny yang telah pulang ke tanah airnya Dubai setelah terperangkap dengan kegiatan militan Mohd. Attar.

- Berani

· Berani memandu seorang diri ke Camerons Highlands untuk bertemu dengan ibu dan ayah setelah ditinggalkan Benny tanpa khabar berita

· Berani membuat keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan.

- Bijak

Melina melaporkan kehilangan Benny kepada Inspektor Radzi dan memberi maklumat-maklumat penting bagi mengesan kehilangan suaminya.

- Berpegang teguh pada agama

Mengerjakan sembahyang di Pekan Batang Kali ketika dalam perjalanan ke Camerons Highlands

Mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan.


BENNY ( JABBAR AL-ANBIA)

Suami Melina

Bangsa Arab Dubai

Belajar di London

Pewaris empayar minyak An Anbia Family Limited

Gemar belayar dengan kapal layar

Disyaki terlibat dengan kumpulan militan

Berhijrah ke Terengganu , Malaysia untuk menerajui bahagian operasi syarikat Teguh

Emas Berhad


PERWATAKAN BENNY

- Penyayang

· Benny amat menyayangi Melina isterinya , menyediakan sebuah rumah yang cantik di hadapan pantai Marang, Terengganu.

- Berterus terang

· Amat berterus terang tentang hal peribadi semasa bertemu Melina di Gloria Coffee Bean- memberitahu Melina kegemarannya dengan aktiviti belayar dengan kapal layar dan ntelah menempah sebuah kapal layar di Terengganu

- Mudah mempercayai orang lain

· Benny amat mempercayai pendapat Mohamed Attar walaupun diingatkan oleh Melina tentang sifat radikal Mohamed Attar. Akhirnya dia terperangkap apabila disyaki terlibat dalam kumpulan militant dan terpaksa melarikan diri dari Terengganu.

- Bertanggungjawab

Melina dibawa pulang ke Dubai bagi memastikan keselamatannya kerana Benny tidak lagi boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenarai sebagai ahli kumpulan militan yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat

12 ulasan:

  1. Salam cikgu. saya salin nota komsas ini, terima kasih :)

    BalasPadam
  2. watak dan perwatakan hamidah tak ade ke?

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana menyediakan nota yang berguna ni cikgu... Izinkan saya copy...

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana maklumat yang diberi.senang sikit saya nak buat folio bm.

    BalasPadam
  5. terima kasih , tp bole tak tulis peristiwa yang di anggap klimaks ? mohon kerjasama ya !

    BalasPadam
  6. uik watak azrul mane?? tak de ke cikgu hhhe

    BalasPadam
  7. tq cikgu...sediakn mklumt ne
    slm dri sabah...

    BalasPadam
  8. tapi cikgu.. kenapatakde watak azrul ..

    BalasPadam
  9. apa berbeazaan melina dan anne dlm novel kabus d perbukitan ??

    BalasPadam