DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 21 Oktober 2010

ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4- PUISI TRADISIONAL

A.PUISI TRADISIONAL

Pantun Empat Kerat (budi )

Tafsiran Maksud Pantun

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)

Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Makna kata

Punggur = dahan kayu yang mati
Resam = kebiasaan hidup

2. Maksud

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut

i.Seeorang yang tidak diingati,
biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain
walaupun telah menabur bakti


ii.keperluan mengingati budi seseorang
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Menjadi kebiasaan hidup manusia,
orang yang berjasa apabila telah meninggal dunia
sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Sedikit kebaikan yang dibuat,
akan tetap diingati sampai bila-bila

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila



3.TEMA

KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI DALAM MASYARAKAT

- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

4. PERSOALAN

i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan
ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia
iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang
iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas sampai bila-bila pun

5. NILAI

i. Berbudi bahasa – berbudi walaupun kecil
ii. Mengenang budi – orang berjasa sentiasa dihargai
iii. Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi

6. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat
ii. Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil
iii. Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita
iv. Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.

Soalan-soalan pemahaman

i. Berikan maksud rangkap keempat.
( 2 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai jasa ibu bapa?
( 3 markah )

iii. Huraikan empat pengajaran daripada pantun tersebut.
( 4 markah )


B.PANTUN EMPAT KERAT
( Jenaka dan Sindiran)


Tema:
Perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan biasa manusia sebagai panduan dan pedoman hidup

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tidak pandai menumbuk sambal

Dalam kehidupan berkeluarga,
seorang isteri/perempuan mesti pandai mengurus keluarga
bukan sekadar pandai berhias diri.


Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

i.Memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu
sedangkan diri sendiri penuh dengan kekurangan

ii.Orang yang tidak pandai apabila menunjukkan kepandaian
akan diketawakan oleh orang lain

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

i.Orang yang kehilangan kuasa dan kekuatan
tidak lagi digeruni oleh orang yang pernah dianiaya.

ii.Orang ramai tidak lagi gerun dan takut
akan seseorang yang telah kehilangan kuasa dan kekuatan.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

i.
Perbuatan yang di luar norma /kehidupan/
rutin hidup seeorang melahirkan kebimbangan kepada orang lain

ii.Melakukan sesuatu yang mustahil
akan menyebabkan perasaan bimbang kepada orang lain

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pengkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Kehebatan/keangkuhan/kelebihan seseorang
mampu ditewaskan oleh orang yang tidak disangka-sangka
seringkali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat

Persoalan
1. Kepentingan ilmu mengurus rumahtangga jika mahukan keluarga bahagia
2. Sikap masyarakat yang gemar memperlekeh usaha orang lain mencari ilmu
3. Sikap masyarakat yang tidak sedar akan kekurangan diri sendiri
4. Peraturan hidup alam, yang berkuasa akan jatuh
5. Sikap manusia yang sering melakukan perkara yang aneh dan pelik

PENGAJARAN
1. Ilmu pengurusan keluarga mesti dikuasai jika ingin keluarga yang bahagia bukan sekadar menjaga penampilan diri.
2. Jangan memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu.
3. Kita perlu cermin kekurangan diri sebelum melihat kekurangan orang lain
4. Jangan berlagak pandai.
5. Kita perlu sedar, kelebihan diri, kepandaian diri tidak akan kekal selama-lamanya, sampai masanya kita akan jatuh juga.
6. Jangan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan kerana akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
7. Jangan berasa diri sentiasa hebat kerana kita dapat ditewaskan pada bila-bila masa

SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN

i. Berikan maksud
Hairan sekali hati saya
Burung terbang disambar ikan
( rangkap ke lima pantun )
( 2 markah )

ii. Jelaskan kelebihan-kelebihan yang akan diperoleh remaja jika bersikap merendah diri dalam kalangan rakan-rakan.
( 3 markah )

iii. Huraikan 2 persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
( 4 markah )

a. Huraikan ciri-ciri pengurusan keluarga yang baik .
b. Jelaskan implikasi-imlipkasi negatif yang mungkin wujud dalam masyarakat jika sifat sombong dan lupa diri menjadi amalan.
c. Jelaskan sebab-sebab keluarga mesti diurus dengan baik oleh ibu bapa.


C.SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

TEMA


Kelebihan orang yang berakal
Orang berakal dapat membezakan perkara yang baik dan buruk kerana orang berakal sentiasa berfikir sebelum bertindak

MAKSUD RANGKAP

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Status orang yang berakal/berilmu amatlah mulia dalam masyarakat kerana itulah ciri para nabi dan orang alim.
Sesiapa yang mempubyai sifat ini akan beroleh kebahgiaan.


Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Orang berakal/berilmu mempunyai fikiran yang tajam dan bernas.
Orang yang berakal boleh menjadi pelindung /pemimpin dalam segala aspek
Orang berakal dapat menyekat diri dari terjerumus dengan



Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Orang berakal mampu mentafsir sesuatu perkara dengan baik dan tepat
Orang berakal amat dikasihi dan disenangi oleh semua orang
Orang berakal tidak akan bersetongkol dengan mereka yang berbuat kejahatan kerana dikhuatiri membawa kecelakaan/ keaiban kepada diri.


Sebagai lagi tanda orang berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal

Satu lagi tanda orang berilmu ialah;
tidak melanggar perintah agama,
tidak tamak sebaliknya banyak berserah kepada Allah SWT/tuhan
sentiasa bersedih kerana sedar dunia ini tidak kekal sebaliknya akan musnah


Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Satu lagi tanda orang berilmu ialah apabila ia disukai /dihargai oleh pemimpin
Tidak suka berpeleseran/melepak
Tidak meninggi diri apabila melakukan sesuatu perkara
Tidak membezakan status diri dengan rakan-rakan yang lain


Apabila raja kasih sangat,
Makin itu ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta khidmat.

Orang berilmu ; apabila disukai pemimpin akan sentiasa beringat-ingat/tidak lupa diri.
Semua rakan dan kenalan terpaut hati/ menyukai orang berakal
Orang berakal bersifat merendah diri semasa menabur khidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

Sifat orang berakal mesti diberi perhatian
Orang berakal amat sayang akan ilmu
Rajin belajar tanpa rasa jemu
Sentiasa mendalami ilmu agar tidak tertipu semasa menjalani hidup


Persoalan
1. Kemuliaan yang diperoleh oleh seseorang apabila memiliki ketinggian ilmu dan dikategorikan oleh orang berakal
2. Ketinggian ilmu dan akal dapat membawa kesan positif dalam hidup
3. Sifat-sifat terpuji yang terhasil kesan ketinggian akal dan ilmu seseorang
4. Ilmu yang sentiasa dicari apabila memiliki ketinggian akal


NILAI
1
KEBIJAKSANAAN
Orang berakal bijak menyelesaikan masalah
2
RENDAH DIRI
Orang berakal sentiasa merendah diri apabila bergaul/bekerja
3
KETAATAN
Orang berakal sangat taat akan perintah agama
4
KERAJINAN
Orang berakal amat rajin meningkatkan ilmu yang ada
5
BERHATI-HATI
Orang berakal sentiasa berhati-hati dalam tindakan
6
PENYAYANG
Orang berakal amat menyayangi sahabat handai

PENGAJARAN
1. Jangan menyombong diri apabila kita mempunyai kepandaian.
2. Jangan bersifat tamak dengan menggunakan ilmu untuk kepentingan diri
3. Jangan menggunakan ilmu untuk melakukan kejahatan
4. Kita hendaklah merendah diri jika memiliki kepandaian
5. Kita hendaklah menjaga hubungan yang baik dengan sahabat dan masyarakat walaupun kita memiliki kelebihan ilmu

SIFAT-SIFAT ORANG BERAKAL
1. MERENDAH DIRI
2. TIDAK TAMAK
3. TIDAK SOMBONG
4. JUJUR
5. BERFIKIR PANJANG
6. MENGHARGAI RAKAN-RAKAN
7. SUKA MENAMBAH PENGETAHUAN


SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud bait keenam dalam syair di atas.
( 3 markah )
ii. Sebagai remaja, jelaskan sifat-sifat yang baik semasa menuntut ilmu.
( 3 markah )

iii. Huraikan 4 pengajaran daripada syair di atas.
( 3 markah )

1. Berikan maksud rangkai kata
a. Telek pandangan dengan makrifat
b. Ibanya tahu dunia tak kekal
c. Dengan taulannya bersamaan sahaja
d. Mencari kupasan jangan tersemu


D. SYAIR SITI SIANAH

TEMA
Nasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa
Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsa.

Maksud syair
Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Wanita yang gemar mencukur bulu roma di muka, menbentuk kening seperti taji ayam dan keterlaluan berhias diri dianggap janggal dalam masyarakat

Mengagak mengilai terlaku suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Ketawa mengilai-ngilai
Suka mempamerkan diri di hadapan elaki
Muga-mua kaum lelaki tertarik akan dirinya


Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpaki molek,
Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri di belek-belek.

Sesetengah kaum wanita amat suka bersolek dan berpakaian cantik.
Asyik menelek muka dan bergaya di nhadapan cermin kerana terlalu taksub dengan penampilan diri


Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik hidungnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Walaupun sesetengah kaum wanita tidak memiliki wajah yang cantik tetapi masih tetap berhias diri secara keterlaluan

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut di kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Ada kaum wanita yang memakai rambut palsu untuk menutup kekurangan diri yang berambut sedikit ditegur oleh penyair

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Sesetengah kaum wanita dianggap menipu tentang ketrampilan diri kerana mengenakan mekap yang tebal

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka melekat.

Ada kaum wanita yang dikategorikan sebagai orang yang suka dipuji.
Mulalah menghias diri berlebih-lebihan
Berperangai suka memandang-mandang orang lelaki
Suka berfoya-foya dengan laki-laki jahat/tidak bermoral


Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya lelaki menjadi gila.

Perempuan yang meliuk lengguk di hadapan lelaki sebenarnya bertujuan menggoda laki-laki

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Kita diingatkan agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dari segala perbuatan yang keji.
Agar kita tidak menjadi sampah masyarakat.


Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Ada perempuan yang suka berjudi sehingga habis segala harta yang ada.
Segala barang kemas habis digadaikan kerana terlalu gemar berjudi dan tabiat
buruk ini tidak dapat dikikis lagi.


Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah perbuatan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.

Perempuan dan lelaki yang tidak menjaga kelakuan banyak terjebak dalam perbuatan yang dilarang agama.
Segala amalan sembahyang tidak dilaksanakan kerana telah terjebak dengan hasutan syaitan.


PERSOALAN
1. Kaum wanita yang tidak tahu menjaga maruah diri.
2. Kaum wanita yang terlalu bebas pergaulan
3. Perlanggaran terhadap larangan tuhan/ tidak mengambil berat tuntutan agama
4. Keperluan doa dalam hidup manusia agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral

NILAI
1
KETAATAN
Taat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri terpelihara dari perbuatan keji.
PENGAJARAN
1. Wanita perlu menjaga aurat dan fizikal agar terlindung dari kejahatan lelaki
2. Jangan berlebih-lebihan menghias diri
3. Hendaklah patuh akan ajaran agama
4. Hendaklah menerima keadaan semula jadi fizikal diri.
5. Jangan suka dipuji-puji kerana akhirnya memberi kemudaratan
6. Hendaklah menjaga maruah diri demi nama baik keluarga

SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan makna
a. Makan angkat
b. Sempolah
c. Cemara
d. Membadi
( 2 markah )

ii. Pada pendapat anda, mengapakah wanita perlu menjaga maruah diri mereka?
( 3 markah )

iii. Huraikan 4 pengajaran dari syair di atas.
( 4 markah )

a. Jelaskan cara-cara untuk menjadi wanita yang berakhlak mulia.
b. Jelaskan cara-cara yang akan anda lakukan untuk menyedarkan diri rakan anda yang terlalu bebas pergaulannya.
c. Huraikan cara-cara untuk mendapar sahabat yang berakhlak mulia.


E.GURINDAM 12 PASAL YANG KE ENAM

TEMA

Nasihat dan pengajaran kepada murid-murid /remaja tentang cirri-ciri orang yang boleh dijadikan teman dan sahabat dalam hidup.

MAKSUD GURINDAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat

Apabila mencari sahabat, pilihlah yang boleh membawa kebaikan kepada kita

Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan oleh seteru

Apabila mencari sahabat, carilah orang yang boleh menasihati kita agar sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk manusia di sekeliling

Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri

Apabila mencari teman hidup, pilihlah wanita yang taat dan patuh akan suami

Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang setiakawan
Apabila memilih kawan, pilihlah yang tahu nilai persahabatan dan setia dengan persahabatan yang terjalin

PERSOALAN
1. Sikap berhati-hati semasa memilih teman
2. Teman yang berakhlak mulia akan membawa keharmonian kepada kita
3. Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalan menjalin hubungan baik sesama manusia
4. Ciri-ciri wanita yang baik amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga

PENGAJARAN
1. Hendaklah berhati-hati dalam pergaulan
2. Hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti tinggi agar perilaku kita terpuji

SOALAN PEMAHAMAN
i. Berikan maksud rangkap 1 gurindam
( 2 markah )
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri orang berperangai baik.
( 3 markah )
iii. Huraikan 4 persoalan dari gurindam tersebut.
( 4 markah )

F.SELOKA EMAK SI RANDANG

TEMA

Sikap manusia yang sering menghargai orang lain berbanding keluarga sendiri
Berbudi tidak kena pad tempatnya.

MAKSUD
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan.
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi

Emak Si Randang terlalu baik ketika melayan tetamu.
Segala keperluaan disediakan sehingga sanggup menghabiskan harta demi keselesaan tetamu
Keluarga/anak-anak tidak dipedulikan
Akhirnya membawa kerugian kerana menanggung hutang sedangkan tetamu yang bertandang telah berangkat pergi.



Oleh sebab mahu menjaga hati tetamu, segala pekerjaan tidak dibuat. Akhirnya mendapat susah kerana tiada pendapatan sedangkan simpanan makanan telah kehabisan

PERSOALAN
1. Berbudi dan berjasa mengikut kemampuan diri.
2. Sikap terlalu mengagung-agungkan orang lain selain dari keluarga sendiri
3. Sikap manusia yang kurang beringat tentang kemampuan diri
4. Sikap manusia yang suka menunjuk-nunjuk akhirnya membawa kesusahan kepada diri sendiri

NILAI
1. MENGHORMATI TETAMU
Emak Si Randang amat menghormati tetamu dengan memberi layanan yang sangati istimewa

PENGAJARAN
1. Apabila berbudi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan diri
2. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang asing kerana belum tentu mereka membawa kebaikan kepada kita
3. Hendaklah mengutamakan kebajikan anak dan keluarga berbanding orang luar dari keluarga kita
4. Hendaklah membuat perancangan yang teliti agar tidak diperalatkan oleh orang yang tidak dikenali.
5. Hendaklah berhati-hati agar tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.

SOALAN PEMAHAMAN


1. Apakah kesusahan yang dialami oleh Emak Si Randang setelah dagang pergi ?
( 2 markah )
ii. Mengapakah kita perlu menabur jasa mengikut kemampuan diri?
( 3 markah )
iii.Jelaskan 4 persoalan daripada seloka tersebut.
( 4 markah )
a.Senaraikan perlakuan negatif Emak Si Randang.
b.Berikan maksud
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
Kera di hutan disusui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan