BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
SINOPSIS
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.
PERSOALAN
1.TEKAD DAN KESUNGGUHAN
l Haikal tekad bermusafir seorang diri ke Johor demi mencari kebenaran tentang kisah hidup ayahnya
WATAK DAN PERWATAKAN
1.UMI
l Ibu kandung Haikal
PERWATAKAN
KERAS HATI
l Tidak mahu melihat pemergian Haikal ke Johor. Haikal menmandang ke arah tingkap rumah tetapi kelibat ibunya tidak kelihatan
2.WALID
l Bapa tiri Hikal
PERWATAKAN
BERTANGGUNGJAWAB/BAIK HATI
l Mahu menghantar Haikal ke stesen bas untuk ke Johor tetapi ditolak oleh Haikal.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEBERANIAN
l Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.
2.KECEKALAN
l Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SETIAKAWAN
l Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai tugasnya di Johor.
2.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA
l Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.
PENGAJARAN
1.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA
l Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat ayahnya.
l Kita mesti setia dalam persahabatan
l Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor.
l Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri
l Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum berangkat ke stesen bas
LATAR
LATAR MASA
1.MALAM
l Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor
LATAR TEMPAT
1.DI DALAM BAS EKSPRES
Haikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan ayahnya entah sampai bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan