BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
SINOPSIS
l Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.
l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya.
l Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik.
l Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.
l Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
l Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.
l Haikal tidak tahu.
l Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
l Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
l Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
PERSOALAN
1. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN ANAK MUADA/REMAJA
l Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya. Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu
2. PERSAHABATAN IKHLAS
l Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan
WATAK DAN PERWATAKAN
1. RATNA
l Rakan baik Haikal
l Membantu ibu mengurus gerai keropok lekor
l Rakan sekelas di Tingkatan Lima
PERWATAKAN
1. Prihatin
l Prihatin akan masalah yang mengganggu Haikal.
2.Bercita-cita tinggi
l Ingin memiliki sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu
3.Rajin
l Rajin membantu mengurus gerai ibunya di tepi pantai.
ONG SWEE HWA
l Gadis Cina yang mengirim manuskrip milik Abdullah Kayan kepada Haikal
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.PETANG , HUJAN RENYAI
2.DI TEPI PANTAI BATU BURUK DAN GERAI PERNIAGAAN IBU RATNA
l Ratna sibuk melayan pelangan ketika Haikal tiba di gerainya.
l Haikal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai
l Haikal memberitahu Ratna bahawa dia teringat kepada ayahnya apabila berdiri di tepi pantai itu.
l Haikal teringat akan perpisahan ibu bapanya kerana berlainan budaya dan latar hidup
l Ratna bertanya Haikal punca perpisahan ibu dan bapanya,
l Haikal memberitahu Ratna jawapannya hanya akan diketahui apabila dia selesai membaca manuskrip yang baru diterimanya.
l Haikal teringat hasratnya bertanya umi tetapi dibatalkan kerana tidak mahu mengganggu emosi umi yang sudah bahagia dengan walid.
l Haikal teringat yang dia telah menyimpan manuskrip itu dengan hati-hati di dalam laci berkunci khuatir dijumpai oleh umi atau Mak Lijah , orang gaji mereka.
l Haikal memberitahu Ratna, pengirimnya bernama Ong Swee Hwa.
LATAR MASYARAKAT
l Melayu dan Cina
l Ratna dan Haikal berbangsa Melayu
l Ong Swee Hwa berbangsa Cina
1.PENIAGA KECIL TEMPATAN
l Ibu Ratna mengusaha gerai jualan makanan di tepi Pantai Batu Buruk
2.REMAJA
l Haikal dan Ratna
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.PRIHATIN
l Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia hidup ibu dan ayahnya yang terpisah
2.KASIH SAYANG
l Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh kasih sayang
NILAI KEMASYARAKATAN
1.AMANAH
l Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan kepada Haikal
PENGAJARAN
1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI KEGAGALAN.
l Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.
2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM PERSAHABATAN
l Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan SPMnya yang tidak begitu baik.
3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN KELUARGA
l Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama-sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.
4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB.
Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.
TERIMA KASIH BERKONGSI BAHAN.
BalasPadam