BAB 13; SINAR HARAPAN
SINOPSIS
Haikal menarik nafas lega apabila Pak Cik Bakar memberitahunya kesediaan Ketua Kampung iaitu
Haji Jamil mengadakan pertemuan dengan JKKK dalam masa terdekat. Haikal segera memaklumkannya kepada Swee Hwa ketika bertemu Swee Hwa di rumah Tauke Ong pada petang itu. Haikal
mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana meminjamkan buku-buku koleksi ayahnya kepadanya. Bagi Swee Hwa itu merupakan amanah daripada arwah ayah
Haikal. Namum Haikal berasa ada sebab tertentu arwah ayahnya menjadi sangat percaya akan Swee Hwa.
Bagi Swee Hwa arwah ayah Haikal terlalu baik sehingga ayah dan ibu Swee Hwa berasa amat sedih
dengan kematiannya. Mereka tidak tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh arwah ayah Haikal. Dia terlalu perahsia orangnya. Prinsip hidupnya ialah biar dia bersusah untuk orang lain tetapi dia tidak
mahu menyusahkan orang lain. Swee Hwa sekeluarga amat terhutang budi dengan arwah datuk dan
arwah ayah Haikal. Swee Hwa meyakinkan Haikal bahawa arwah ayahnya benar-benar sayang akan Haikal. Swee Hwa yakin doa arwah ayahnya sudah termakbul dengan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama. Swee Hwa berjanji untuk membantu Haikal merealisasikan cita-cita arwah ayahnya sebagai memenuhi pesanan arwah ayah Haikal kepadanya.
Tauke Ong juga memuji usaha Haikal mahu menghidupkan tarian zapin di kampung itu semula. Dia yakin Kampung Seri Purnama akan meriah kembali. Namun begitu bagi Haikal dia hanya
mencadangkan sahaja dan selebihnya akan diusahakan oleh Pak Cik Bakar dan kawan-kawannya kerana Haikal tahu bukan kerja yang mudah untuk menghidupkan kumpulan Zapin
D’Purnama semula. Akan tetapi Tauke Ong yakin penduduk kampung akan memberi kerjasama.
Haikal bimbang kerana penari zapin tidak mencukupi namun Tauke Ong memberi jaminan ada
beberapa orang muda di kampung itu yang pandai menari zapin. Tauke Ong memeberi keyakinan
kepada Haikal dia akan boleh menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar nanti.
Suasana mesra keluarga Tauke Ong menjadikan Haikal tidak kekok untuk berada di tengah-tengah keluarga itu. Haikal tidak berasa dirinya orang asing kerana layanan mesra daripada keluarga
itu. Haikal dengan senang meluahkan konfliknya dengan uminya kepada Swee Hwa. Swee Hwa
menasihatinya agar sabar dan tabah menghadapinya. Swee Hwa mengingatkan Haikal, hubungannya dengan uminya tidak mungkin akan putus. Suatu hari hati uminya akan lembut. Begitu juga harapan Haikal. Hanya Haikal berasa mungkin uminya terkejut dengan tindakan nekadnya sedangkan
tindakan arwah ayahnya dulu masih berbekas dalam diri umi. Bagi Haikal hanya penulis yang faham diri mereka sendiri.
Swee Hwa meminta Haikal tidak menyia-siakan bakat menulis yang ada dalam dirinya. Sambil
mengingatkan Haikal pesanan arwah ayahnya yang menganggap bakat yang ada jika disia-siakan seumpama mengkhianati anugerah tuhan.. Swee Hwa berjanji akan menjadi orang pertama
yang membaca hasil karya Haikal nanti. Lantas Swee teringat setiap kali membaca manuskrip cerpen dan novel kanak-kanak,
Swee Hwa akan diminta memberi pendapat . Haikal mulai merasa bibit kemesraan dan berharap ia
hanyalah kemesraan antara sahabat.
Haikal akan menghabiskan masanya membaca novel karangan ayahnya jika tidak ke baruh melihat
Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja di kebun sawitnya. Adakala Tauke Ong mengajaknya ke
kampung-kampung sebelah unruk meraih hasil tani. Ternyata Tauke Ong amat disenangi penduduk kampung. Tauke Ong membayar tunai hasil tani yang diraih. Tauke Ong berpesan kepada Haikal dalam
perniagaan mereka mesti ada kejujuran dan jangan suka berhutang.
Dalam masa beberapa hari kesemua antologi cerpen karya arwah ayahnya habis dibaca Haikal.
Hanya beberapa buah novel yang menunggu untuk diusaikan. Melalui cerpen Haikal dapat mengenali arwah ayahnya. Dunia keguruan , kehidupannya dalam masyarakat setempat dan kebudayaan
masyarakat. Haikal terasa kagum dengan bakat kepengarangan arwah ayahnya.
Ketika sedang membaca novel sulung arwah ayahnya Pak Cik Bakar muncul di hadapan rumahnya. Haikal diminta hadir ke mesyuarat di balai raya selepas waktu isyak bagi membincangkan tentang
tarian zapin yang dicadangkan oleh Haikal. Haikal mencongak-congak masanya hanya tinggal sebulan untuk merealisasikan hasratnya sebelum pengumuman
keputusan STPM.Tauke Ong dan Swee Hwa juga dijemput menghadiri mesyuarat itu. Mesyuarat
JKKK yang dipengerusikan oleh Haji Jamil memberi persetujuan sebulat suara dengan cadangan
Haikal untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di kampung itu. Dengan persetujuan sebulat suara Haji Jamil berharap semua penduduk memberi kerjasama
dari awal hingga akhir sebagai cara menghargai jasa-jasa arwah ayah Haikal yang berjaya mengharumkan nama kampung itu. Haji Jamil juga
memaklumkan bahawa dia telah mengundang Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri
bagi kawasan kampung Seri Purnama. Malam itu juga disusun pembahagian tugas bagi majlis itu.
Tauke Ong bersetuju untuk menaja makanan bagi jamuan pada malam itu nanti. Pada akhir mesyuarat Haji Jamil berharap majils itu berjalan dengan lancar dan baik.
Haikal tidak terus pulang. Sebaliknya dia
berbual-bual dengan Pak Cik Bakar , beberapa penari zapin dan dua orang JKKK. Daripada Pak Cik Bakar,
Haikal mendapat tahu tentang kumpulan zapin D’Purnama, Aksara dan ayahnya dengan balai raya
kampung itu. Semasa arwah ayahnya masih hidup, balai raya itu tidak pernah sunyi. Balai raya itu
bagai pusat kegiatan sastera dan kebudayaan kampung itu. Walaupun ada usaha untuk
menghidupkan semula tetapi gagal kerana beberapa orang penarinya yang telah tua telah meninggal dunia . Aksara juga menerima nasib yang sama. Selepas arwah ayahnya meninggal dunia, Aksara
seperti bahtera kehilangan nakhoda, turut terbiar dan mati. Arwah ayah Haikal digambarkan mempunyai pengaruh yang kuat. Ketokohannya diiktiraf oleh kerajaan negeri. Arwah ayah digambarkan
sebagai seorang yang cekal, kuat keazaman dan sentiasa berkobar-kobar semangatnya. Pak Cik Bakar membayangkan andai kata arwah ayah masih ada. Keluhannya
ditenangkan oleh Haji Salim. Pak Cik Bakar terus mengeluh. Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya
ditingkahi dengan suara katak menyeru hujan dan cengkerik kemudian kembali sunyi.
PERSOALAN
1. KERJASAMA DALAM MASYARAKAT UNTUK MEMARTABATKAN KEBUDAYAAN BANGSA
l JKKK memberi persetujuan sebulat suara dengan cadangan Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di Kampung Seri Purnama
l JKKK dipengerusi oleh ketua kampung, Haji Jamil membentuk jawatankuasa bagi majlis
persembahan zapin yang akan dihadiri oleh Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri
kawasan Kampung Seri Purnama.
2. SEMANGAT KEMASYARAKATAN PELBAGAI KAUM YANG TINGGI DALAM
MASYARAKAT DESA
l Tauke Ong memberi sokongan kepada program menghidupkan semula tarian zapin di kampung
Seri Purnama. Dia menghadiri mesyuarat bersama-sama Swee Hwa di balai raya pada malam itu.
l Tauke Ong memberi persetujuan kepada Haji Jamil untuk menaja makanan untuk majlis
persembahan zapin nanti.
3. DILEMA ANAK : ANTARA HARAPAN AYAH DENGAN HARAPAN IBU YANG
TIDAK SEALIRAN.
l Haikal tersepit antara kemahuannya iaitu menjadi guru seperti ayahnya dengan hasrat uminya yang mahu mengambil jurusan pengajian perniagaan di luar negara bagi mewarisi perniagaanya.
4. PENGORBANAN DEMI KECINTAAN YANG MENDALAM TERHADAP SASTERA
DAN KEBUDAYAAN BANGSA
l Haikal terpaksa membelakangkan perasaan uminya apabila mengambil keputusan untuk pulang
ke kampung ayahnya bagi mencari rahsia hidup arwah ayahnya.
5. HARAPAN YANG TINGGI KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MENGHIDUPKAN
KEBUDAYAAN BANGSA DALAM MASYARAKAT
l Swee Hwa memberitahu Haikal, hasrat ayahnya yang tidak tercapai perlu direalisasikan.
Berdasarkan manuskrip yang tidak siap itu bermakna arwah ayahnya mahu Haikal meneruskan cita-citanya memartabatkan sastera dan kebudayaan di kampung Seri Purnama. Haikal perlu
menghidupkan tarian zapin jincat kembali. Haikal perlu meneruskan Aksara impian ayahnya.
l Tauke Ong memuji tindakan Haikal mahu menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula.
Tauke Ong juga memberitahu Haikal bahawa dia sudah lama tidak berhibur di balai raya dan
berharap Kampung Seri Purnama akan kembali meriah dengan aktiviti itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.ARWAH AYAH HAIKAL
l Abdullah Kayan atau Cikgu Abdullah
l Guru sekolah rendah
l Penerima Anugerah peringkat negeri
l Pengasas bilik bacaan di balai raya Kampung Seri Purnama
l Pengasas Aksara
l Penulis cerpen
l Sahabat yang sangat akrab dengan Pak Cik Bakar
l Sangat akrab dengan anak muridnya Swee Hwa
l Penggerak aktiviti kemasyarakatan di balai raya Kampung Seri Purnama
PERWATAKAN
1.PERAHSIA
l Cikgu Abdullah sangat perahsia. Tiada siapa yang tahu akan sakit yang dideritai sehingga
kematiannya termasuk Pak Cik Bakar dan Swee Hwa yang paling rapat dengannya.
2.SANGAT PEKA AKAN KEADAAN SEKELILING
l Melalui pembacaan cerpen-cerpen karya arwah ayahnya, Haikal mendapati arwah ayahnya seorang yang peka akan
persekitarannya. Kisah penulisannya sekitar dunia keguruan dan masyarakat sekelilingnya.
3.KUAT SEMANGAT , KEAZAMAN DAN CEKAL
l Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya seorang yang cekal, kuat semangat dan azamnya sehingga pengaruhnya begitu kuat di Kampung Seri Purnama. Kesungguhannya
memartabatkan sastera dan kebudayaan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri.
4.AMAT PENYAYANG
l Swee Hwa meyakinkan Haikal, arwah ayahnya terlalu sayang akan Haikal. Swee Hwa meyakinkan Haikal, kepulangannya ke Kampung Seri Purnama kerana doa arwah ayahnya yang telah makbul.
2. SWEE HWA
l Orang yang menyimpan koleksi buku arwah ayah Haikal
l Murid yang rapat dengan Cikgu Abdullah , arwah ayah Haikal
l Banyak menyimpan rahsia hidup arwah ayah Haikal
l Anak Tauke Ong dan Puan Khei
PERWATAKAN
MUDAH MESRA/PERAMAH
l Baru sebulan berada di Kampung Seri Purnama , Swee Hwa berkawan baik dengan Haikal tanpa
rasa kekok. Haikal amat senang berbual-bual dengan Swee Hwa pada suatu petang di rumah Tauke Ong. Haikal tanpa segan silu
meluahkan masalahnya tentang hubungannya yangan uminya yang tegang kerana tindakannya pulang ke Kampung Seri Purnama.
BERKEYAKINAN TINGGI
l Swee Hwa amat yakin umi Haikal akan lembut hatinya kerana hubungan anak dengan ibu tidak
akan putus. Swee Hwa yakin umi Haikal akan faham akan perkara yang sedang dilakukan oleh
Haikal.
BERBUDI BAHASA/ LEMAH LEMBUT
l Haikal menganggap Swee Hwa seorang gadis yang berbudi bahasa. Apabila Haikal mengucapkan
terima kasih kerana meminjamkan koleksi buku karya arwah ayahnya sendiri kepadanya, Swee Hwa membertahu Haikal itu adalah tanggungjawabnya mengotakan amanah arwah ayah Haikal dan
akan berdosa jika mmengengkarinya.
3. PUAN KHEI
l Isteri Tauke Ong
l Ibu Swee Hwa
l Suri rumahtangga
PERAMAH
l Puan Khei ramah melayan Haikal yang bertamu ke rumahnya petang itu. Dia menyediakan Pisang Tanduk goreng untuk Haikal dan Swee Hwa.
PERIANG DAN CERIA
l Puan Khei senang bergurau senda dengan Tauke Ong. Dia amat ceria dan ketawa apabila Tauke
Ong mengusiknya untuk menari zapin sambil memberitau bahawa mereka sudah tua.
l Puan Khei sekeluarga ketawa apabila mengetahui Haikal tidak tahu menari zapin.
4.TAUKE ONG
l Ayah Swee Hwa
l Suami Puan Khei
l Akrab dengan penduduk Kampung Seri Purnama
PERIANG
l Tauke Ong seorang bapa dan suami yang yang periang.
l Bergurau senda sambil ketawa dengan Swee Hwa dan Puan Khei apabila berbual-bual tentang tarian zapin, ketika Haikal bertamu di rumah mereka.
PEMURAH
l Tauke Ong nenaja jamuan makan untuk majils persembahan zapin di Kampung Seri Purnama.
SEMANGAT BERMASYARAKAT YANG TINGGI
l Tauke Ong bersama-sama Swee Hwa hadir mendengar mesyuarat JKKK tentang cadangan Haikal menghidupkan
semula kumpulan zapin D’Purnama, selepas waktu isyak di balai raya.
SETIAKAWAN
l Swee Hwa berjanji akan membantu Haikal menjayakan hasratnya mahu mengikuti jejak arwah
ayahnya dalam bidang penulisan dan kebudayaan.
5. HAJI JAMIL
l Ketua kampung bagi Kampung Seri Purnama
l Pengerusi mesyuarat JKKK kampung Seri Purnama
BERTANGGUNGJAWAB
l Haji Jamil terus mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama bagi mendapatkan mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama.
6. PAK CIK BAKAR
l Ahli kumpulan zapin D’Purnama
l Ketua bagi latihan persembahan zapin
l Sumber maklumat Haikal
AMAT PENYAYANG
l Terlalu menyanjung jasa dan menyayangi arwah ayah Haikal. Pak Cik Bakar amat terasa akan
kematian arwah ayah Haikal. Dia mengeluh dan masih berharap arwah ayah Haikal masih hidup
sehingga ditenangkan oleh Hji Salim agar meredai kematian arwah ayah Haikal.
7. HAIKAL
l Pencadang kepada penubuhan semula kumpulan zapin D’Purnama
l Berkawan baik dengan Swee Hwa
PERWATAKAN
SENTIMENTAL
l Haikal seorang anak muda yang sentimental. Jiwanya amat terkesan dengan kisah hidup ayahnya
yang penuh penderitaan.
l Jiwanya amat sayu kerana berasa Swee Hwa lebih beruntung kerana dapat merasai kasih sayang
arwah ayahnya sedangkan dia hanya mampu mngutip kenangan hidup arwah ayahnya.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.RASIONAL
l Swee Hwa bertindak rasional apabila memujuk Haikal bersabar dengan uminya. Swee Hwa
berpendapat hubungan anak dan ibu tidak akan putus. Suatu hari ibunya akan menerima tindakan
Haikal mahu meneruskan perjuangan ayahnya dalam dunia sastera dan kebudayaan.
2.KASIH SAYANG
l Pak Cik Bakar terlalu mengingati arwah ayah Haikal kerana terlalu mengasihinya. Dia mengeluh
dan masih berharap ayah Haikal masih hidup.
NILAI KEMASYARAKATAN
3.SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGI
Tauke Ong bersama-sama Swee Hwa menghadiri mesyuarat JKKK bagi mendapat mandat untuk menghidupkan semula
kumpulan zapin D’Purnama,di balai raya apabila diberitahu oleh Haikal.
4.KETANGGUNGJAWABAN
l Haji Jamil seorang ketua kampung yang bertanggungjawab.
l Haji Jamil bersetuju mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama dan mempengerusikannya bagi mendapat mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama.
KERJASAMA YANG ERAT
l Penduduk kampung Seri Purnama berkerjasama membentuk pembahagian tugas bagi majlis
persembahan zapin nanti.
l Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin
l AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar suara dan persiapan
tempat
l AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan
l Haji Jamil member kerjasama dengan terlebih awal menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan itu , Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
KETAATAN PADA AJARAN AGAMA
l Mesyuarat JKKK diadakan setelah usai solat isyak .
KEPATUHAN PADA NILAI MORAL DALAM MASYARAKAT
l Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa dia akan berdosa jika tidak menunaikan amanah arwah
ayah Haikal yang mahu dia menyerahkan koleksi buku karya arwah ayahnya kepada Haikal untuk
dibacanya.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI KEAZAMAN YANG TINGGI UNTUK
MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA AGAR TIDAK DITELAN ZAMAN
l Arwah ayah Haikal mempunyai keazaman yang tinggi untuk memartabatkan sastera dan kebudayaan bangsa seperti diakui oleh Pak Cik Bakar. Dia menghasil banyak cerpen. Dia berusaha gigih menghidupkan tarian zapin jincat hingga Kampung Seri Purnama mejadi terkenal.
2. KITA MESTI MENGAMALKAN SIKAP BEKERJASAMA DAN SEMANGAT
KEMASYARAKATAN YANG TINGGI AGAR MUDAH MENCAPAI SASARAN YANG DIRANCANG
l Penduduk Kampung Seri Purnama berkerjasama dengan menjadi ahli jawatan kuasa bagi majlis
persembahan zapin nanti.
l Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin
l AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar suara dan persiapan
tempat
l AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan
l Haji Jamil memberi kerjasama dengan terlebih dulu menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan itu, Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu sebelum mengadakan mesyuarat .
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.PETANG DI RUMAH TAUKE ONG
l Haikal ke rumah Tauke Ong untuk memberitahu Swee Hwa tentang mesyuarat di balai raya pada malam nanti
l Swee Hwa meminjamkan koleksi buku arwah ayah Haikal yang disimpannya kepada Haikal.
l Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayahnya seorang yang baik. Ibu dan ayahnya terlalu sedih
apabila arwah ayahnya meninggal dunia.
l Swee Hwa meberitahu Haikal yang arwah ayahnya terlalu sayang akan Haikal.
l Tauke Ong menyatakan kegembiraannya dengan usaha Haikal mahu menubuhkan semula kumpulan Zapin D’Purnama.
l Tauke Ong menberi jaminan usaha Haikal akan berjaya.
l Haikal meluahkan konfliknya dengan umi dan Swee Hwa meyakinkannya hubungan ibu dan anak
tidak akan putus.
l Swee Hwa meminta Haikal terus menulis supaya bakatnya tidak sia-sia. Swee Hwa berjanji akan menjadi orang pertama membacanya.
2.PAGI DI RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL
l Pakcik Bakar datang mengundang Haikal untuk menghadiri mesyuarat JKKK untuk mendapat
persetujuan menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama
l Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Swee Hwa dan Tauke Ong.
3.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
l Haji Jamil mempengerusi mesyuarat JKKK bagi mendapat persetujuan penubuhan kumpulan zapin D’Purnama
l Semua ahli JKKK bersetuju dengan cadangan Haikal menghidupkan semula kumpulan D’Purnama
l Pembahagian tugas dilakukan, Pak Cik Bakar menjadi ketua latihan tarian, AJKK mengendalikan persiapan pentas,seranta ,perseiapan tempat dan pentas serta jamuan.
4.MALAM DI PERKARANGAN BALAI RAYA
l Pak Cik Bakar bercerita tentang balai raya itu kepada Haikal
l Balai raya yang menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnam, Aksara dan
arwah ayah Haikal. Balai raya itu tidak pernah mati dan menjadi paksi kegiatan kebudayaan dan
sastera di kawasan itu. Pak Cik Bakar bercerita tentang usaha-usaha menghidupkan semula aktiviti-aktiviti itu tetapi gagal kerana ramai ahlinya tyang tua telah meninggal dunia. Aksara juga
mengalami nasib yang sama.
l Haikal diberitahu arwah ayahnya seorang yang berpengaruh dan ketokohannya diiktiraf oleh
kerajaan negeri.
l Haji Salim menenangkan Pak Cik Bakar yang mengeluh mengenangkan kematian arwah ayahnya yang terlalu awal.
4. TENGAH HARI DI RUMAH HAIKAL
l Haikal mengira-ngira hari keputusan peperiksaan STPM diumumkan dan perlu pulang ke Kuala Terenganu.
l Haikal mengira masa dia di Kampung Seri Purnama hanya sebulan sahaja lagi.
l Haikal menjangka akan berlaku pertentangan dengan uminya lagi.
LATAR MASYARAKAT
1. MAYARAKAT YANG ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAANNYA
l Tauke Ong , Puan Khei dan Swee Hwa ketawa bergurau senda usik-mengusik ketika Haikal bertamu ke rumah mereka. Mereka bertiga ketawa apabila Tauke Ong
mengatakan mereka sudah tua untuk menari zapin tetapi Puan Khei mengatakan hatinya masih muda.
2. GOLONGAN PEMIMPIN YANG KOMITED DENGAN TANGGUNGJAWAB
l Haji Jamil sebagai ketua kampung yang komited telah mengetuai mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama dengan lancar. JKKK bersetuju menghidupkan semula Kumpulan D’Purnama. Haji
Jamil seterusnya mengagih pembahagian tugasan.
l Haji Jamil terlebih dahulu menjemput Ahli Dewan Undangan negeri, Datuk Syaiful Azizi untuk
menyaksikan persembahan tarian zapin kampung Seri Purnama sebelum mesyuarat diadakan.
l Ahli JKKK lelaki memberi kerjasama sebagai ketua petugas bahagian pemasangan balai, seranta,
pembesar suara dan persiapan tempat manakala ahli JKKK wanita mengetuai pengurusan persiapan
pentas dan jamuan.
3. MASYARAKAT YANG TINGGI SEMANGAT KEJIRANANNYA
l Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Tauke Ong dan Swee Hwa untuk hadir bersama-sama dalam mesyuarat tentang cadangan Haikal menghidupkan semula Kumpulan Zapin Seri
Purnama.
Tauke Ong dan Swee Hwa hadir pada malam mesyuarat dan Tauke Ong dengan senang hati menaja
jamuan makan pada malam persemba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan