DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 28 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 10: PUSARA:

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI


BAB 10: PUSARA
SINOPSIS

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa.

Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong.  Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat  nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi.

Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia  sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. 

Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang wajah  arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar.

Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya.

Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya.  Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.

Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya.

Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi.

Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum.

Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin  Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. 


Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa.

Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.


PERSOALAN
1.KERINDUAN ANAK TERHADAP KASIH SAYANG SEORANG AYAH
Haikal terlalu sayu, rindu dan sebak apabila menziarahi pusara ayahnya. Air mata mengalir ketika membaca Yassin. Haikal berasa terlalu berat untuk meninggalkan pusara ayahnya yang tidak pernah ditemui.

2. BUDAYA BANGSA YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa tarian zapin jincat yang popular di Kampung Seri Purnama semakin dilupakan oleh generasi muda.  Apabila ramai ahli kumpulan zapin itu meninggal dunia enam atau tujuh tahun yang lalu kumpulan zapin itu mulai sepi.Yang tinggal hanya ahli kumpulan yang terlalu tua seperti Wak Arif dan Haji Salim.

3. SIKAP BERFOYA-FOYA GENERASI MUDA
Mak Menah risau melihat anak-anak muda Kampung Seri Purnama membazir masa berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang hingga larut malam tanpa matlamat.

4. TRADISI BUDAYA YANG MASIH UTUH .
SEMANGAT KEMASYARAKATAN  DALAM MASYARAKAT YANG SUDAH MEMBANGUN
Haikal mendapati Kampung Seri Purnama sudah mengalami pembangunan. Jalan raya sudah berturap, lampu jalan di sepanjang jalan. Lengkap dengan sekolah, sebuah klinik, balai raya dan pusat komoditi pertanian. Tetapi hubungan akrab dan mesra antara golongan muda dan tua masih kelihatan. Anak -anak muda yang masuk ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan semua orang di dalam warung itu. Mereka kelihatan mesra.



5. PENDERITAAN JIWA/KERINDUAN  SEORANG AYAH YANG KEHILANGAN KASIH ZURIAT SENDIRI
Pak Cik Bakar menceritakan penderitaan arwah ayah Haikal kerana tidak dapat hidup bersama-samanya. Arwah ayahnya membayangkan Haikal di dalam diri Swee Hwa bagi mengubat kedukaan yang ditanggung.

6. KASIH SAYANG YANG ABADI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN SEHINGGA AKHIR HAYAT
Pak Cik Bakar terlalu menyayangi arwah ayah Haikal. Dia menganggap ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri.. 
Pak Cik Haikal tidak dapat melupakan wajah arwah ayah Haikal walaupun sudah enam atau tujuh tahun meninggal dunia. 
Pak Cik Haikal berasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat Haikal di warung Wak Nin.


WATAK  DAN PERWATAKAN

WATAK

1.HAIKAL

BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
Memberi salam kepada Pak Cik Bakar ketika bertemu di tepi parit tempat Pak Cik Bakar memancing. 
Haikal membalas lambaian anak-anak muda yang sedang memancing ikan di tepi parit dengan senyuman.

BIJAK
Haikal bijak menyesuaikan diri di kampung. Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

GIGIH/BERSUNGGUH-SUNGGUH
Haikal bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang ayahnya daripada Pak Cik Bakar. Mereka berbual sehingga lewat 2.00 pagi di anjung rumah Pak Cik Bakar. Daripada Pak Cik Bakar, Haikal mengetahui tentang penderitaan ayahnya, sikap tenang , dan  sabar ayahnya dan  punca hubungan erat antara Swee Hwa dengan arwah ayahnya ada kaitan dengan kerinduannya terhadap Haikal.

2.PAK CIK BAKAR
Sahabat yang sangat akrab dengan arwah ayah Haikal
Banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal
Berusia dalam lingkungan 40-an
BERBUDI BAHASA
Menjemput Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual tentang arwah ayah Haikal.

MAK MENAH
Isteri Wak Nin
Berniaga makanan di warung suaminya Wak Nin

RINGAN TULANG/RAJIN
Mak Menah mengurus warung Wak Nin ketika Wak Nin bersolat jemaah di masjid.

PERAMAH
Mak Menah dengan ramah bercerita kepada Haikal tentang anak-anak muda yang lebih suka berfoya-foya menaiki motosikal di kampung .
Mak Menah sambil ketawa mengusik Pak Cik Bakar yang jarang-jarang makan pada waktu malam kerana menjaga perut.


NILAI
NILAI KEMASYARAKATAN
1.BERHEMAH TINGGI
Haikal membalas lambaian tangan anak-anak muda kampung yang sedang mengail ikan di tepi parit debngan senyuman.
Haikal terlebih dahulu menyapa dengan memberi salam kepada Pak Cik Bakar yang sedang mengail ikan di parit 

NILAI KEMANUSIAAN
 1.KEBIJAKSANAAN
Haikal bijak menyesuaikan diri apabila berada di Kampung Seri Purnama. Haikal menunaikan solat Maghrib berjemaah dan Isyak di masjid kampung..
Haikal menggunakan keakraban arwah ayahnya dengan Pak Cik Bakar untuk menggali kisah hidup arwah ayahnya dan Swee Hwa.

2.KERAJINAN
Mak Menah rajin membantu suaminya Wak Nin mengurus warung ketika Wak Min solat berjemaah di masjid

3. KEGIGIHAN/KESUNGGUHAN
Haikal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar sehingga 2.00 pagi bagi mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya.



4.KASIH SAYANG
Arwah ayah Haikal terlalu sayang akan Haikal sehingga menjadikan Swee Hwa sebagai bayangan Haikal untuk melepaskan kekecewaannya tidak dapat hidup bersama-sama Haikal.

PENGAJARAN

1. KITA PERLU MENGEKALKAN TRADISI BANGSA WALAUPUN SUDAH MAJU
Anak-anak muda kampung yang datang ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif , Hahi Salim , Haikal dan semua pelanggan yang ada di dalam warung Wak Min.

2. KITA HENDAKLAH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERADA DALAM PERSEKITARAN BARU
Haikal mengambil keputusan untuk bersolat jemaah di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

3.KITA BIJAK HENDAKLAH MEREBUT PELUANG YANG ADA UNTUK KEJAYAAN  MATLAMAT  YANG DIIMPIKAN
Haikal menggunakan hubungan akrab arwah ayahnya dengan Pak Cik Haikal untuk mengorek rahsia hidup ayahnya yang penuh rahsia, terutama hubungan ayahnya dengan Swee Hwa. 
Haikal berjaya mendapat tahu bahawa ayahnya meletakkan dirinya di dalam diri Swee Hwa untuk mengubat luka hatinya daripada Pak Cik Bakar.

4. GOLONGAN MUDA PERLU MENGHORMATI GOLONGAN TUA DEMI KEHARMONIAN MASYARAKAT.
Anak-anak muda kampung Seri Purnama amat menghormati golongan tua di kampung itu. Mereka bersalaman dengan Wak Arif, Pik Cik Bakar dan Haji Salim ketika masuk ke warung Wak Min. Mereka begitu mesra antara satu sama lain.


5. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI DARAH DAGING KITA SENDIRI WALAUPUN TTERPISAH JAUH
Haikal berasa amat menyayangi arwah ayahnya. Haikal menangis dan sebak ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haikal berdoa agar Tuhan meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.




LATAR 
LATAR MASA 
1.PETANG
Tauke Ong meminjamkan motosikal untuk kegunaan Haikal semasa di Kampung Seri Purnama.
Haikal menziarahi pusara ayahnya
Haikal bertemu Pak Cik Bakar sedang memancing ikan di tepi parit di sepanjang jalan
Pak Cik Bakar memberitahu Haikak arwah ayahnya seorang yang berjiwa besar,disukai masyarakat dan banyak jasanya.
Pak Cik Bakar mempelawa Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual.
Haikal meberitahu Pk Cik Bakar dia mahu bertanya banyak perkara tentang arwah ayahnya dan berjanji akan ke rumahnya.

2.MAGHRIB
Haikal bersolat maghrib di masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk Kampung Seri Purnama.

LATAR TEMPAT

1.WARUNG WAK MIN
Mak Menah menyatakan kerisauannya kepada Haikal kerana melihat anak-anak muda kampung berpoya-poya seperti tiada matlamat hidup.
Haikal mendapat tahu daripada Mak Menah, semasa arwah ayahnya masih hidup,sukar untuk melihat anak-anak muda berpeleseran kerana ayahnya sering mengadakan aktiviti kemasyarakatan, berkompang dan berzapin.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa dia tidak menyangka Haikal akan datang ke Kampung Seri Purnama
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal terasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat Haikal.
Pak Cik Bakar memperkenal Haji Salim kepada Haikal sebagai pemain gambus dan Wak Arif sebagai penari zapin bagi kumpulan zapin kampung itu dahulu.
Haji Salim meluahkan keluhannya tentang anak-anak muda yang tidak lagi menggemari tarian zapin.
Haji Salim memberitahu Haikal,Pak Cik Bakar dan Tauke Ong sangat tahu akan kisah hidup arwah ayahnya.
Anak-anak muda kampung mula memenuhi warung, mereka bersalam dengan semua pelanggan yang ada di situ

2.RUMAH PAKCIK BAKAR
Di anjung rumah Pak Cik Bakar , AHaikal berbual-bual dengan Haikal tentang arwah ayahnya
Haikal memberitahu punca dia ke kampung itu untuk mencari kisah hidup ayahnya
Pak Cik Bakar menggambarkan arwah ayahnya seorang yang sabar dan tabah
Pak Cik Bakar menasihati Haikal agar mendekati Swee Hwa agar jika mahu tahu tentang arwah ayahnya kerana mereka sangat akrab.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, dia tidak mengetahui penyakit arwah ayahnya kerana ayahnya seorang perahsia.
Pak Cik Bakar amat mengalu-alukan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama dan berasa arwah ayah Haikal menanti-nanti saat itu.

3.PUSARA ABDULLAH KAYAN
Haikal membaca yassin untuk arwah ayahnya
Haikal menangis sebak kerana terlalu merindui arwah ayahnya
Haikal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di atas pusara ayahnya
Haikal berdoa agar tuhan meletakkan roh arwah ayhnya di sisi orang beriman

4.TEPI PARIT SEPAJANG JALAN
Haikal berkenalan dengan Pak Cik Bakar yang sedang memancing ikan.
Haikal dan Pak Cik Bakar tentang arwah ayah Haikal

5.MASJID KAMPUNG SERI PURNAMA
Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.


LATAR MASYARAKAT

1.MASYARAKAT VETERAN YANG TERLIBAT DENGAN KEBUDAYAAN
Pak Cik Bakar , Haji Salim dan Wak Arif ialah ahli kumpulan zapin kampung itu.

2. MASYARAKAT PENIAGA
Mak Menah dan Wak Min berniaga di warung makanan di Kampung Seri Purnama

3.MASYARAKAT YANG KAYA DENGAN ADAT SUSILA
Anakanak muda bersalaman dengan semua pelanggan yang ada di warung Wak Min sebelum  duduk dan memesan makanan.

4. MASYARAKAT REMAJA YANG TIDAK BIJAK MENGURUS MASA
Mak Menah bimbang akan anak-anak muda yang tidak pandai mengurus masa dengan berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang-sembang hingga larut malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan