BAB 11: SUASANA BAHARU
SINPOSIS
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti.
Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal.
Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual-bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya .
Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya.
Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh.
Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.
PERSOALAN
1. GOLONGAN MUDA YANG BIJAK MERANCANG WAKTU DAN MASA DEPAN
l Lazim menghabiskan masa lapangnya semasa menunggu keputusan peperiksaan STPM dengan mengail ikan di parit dan menjualnya untuk menambah duit poket
l Lazim menghabiskan waktu malam dengan berbual-bual dengan Haikal di rumah Haikal tentang arwah ayah Haikal daripada melepak di beteng.
2. TANGGUNGJAWAB ANAK MENUNAIKAN AMANAH IBU DAN BAPA
l Haikal terus berjumpa Abang Bidin dan Abang Salleh bagi mempelajari cara-cara mengurus kebun kelapa sawit setelah Tauke Ong menyerahkan kebun tersebut kepadanya kerana itulah pesanan arwah ayahnya kepada Tauke Ong.
3. PENYESUAIAN DIRI DALAM SUASANA DAN BUDAYA KEHIDUPAN DI TEMPAT BARU
l Dalam masa seminggu Haikal sudah dapat berkenalan dengan beberapa orang remaja kampung dan paling rapat dengan Lazim.
l Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu di tepi parit.
l Haikal terpukau dengan suasana pagi kampung yang riuh dengan kicauan beburung murai yang riang dan nyaring.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.HAIKAL
l Mudah mesra
l Dalam masa seminggu di Kampung Seri Purnama, Haikal diajak memancing oleh bererapa orang remaja kampung. Mereka bersedia meminjamkan pancing kepada Haikal
l Haikal berkawan rapat dengan Lazim dan mereka bermalam bersama-sama di rumah Haikal.
BERHEMAH TINGGI
l Mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana sanggup membahagiakan arwah ayahnya dengan membenarkan ayahnya mencurahkan kasih sayang kepada Swee Hwa kerana perpisahannya dengan Haikal.
BERTANGGUNGJAWAB
l Haikal seorang anak yang bertanggungjawab. Sebaik sahaja Tauke Ong menyerahkan kebun kelapa sawit kepadanya, Haikal terus berjumpa dengan dua orang pekerja kebun itu , Abang Salleh dan Abang Bidin untuk meninjau dan belajar cara mengurus kebun kelapa sawit.
2.LAZIM
l Anak Haji Salim
l Sebaya dengan Haikal
l Sedang menunggu keputusan STPM
l Hobi mengail ikan puyu
l Pandai menari zapin
l Anak murid kepada arwah ayah Haikal
l Berkawan rapat dengan Haikal
RAJIN
l Lazim rajin mengail ikan puyu pada masa lapang untuk menambah duit poketnya.
SUKA MEMBANTU
l Lazim berjanji untuk membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi mencari lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.
3.ABANG SALLEH DAN ABANG BIDIN
l Pekerja yang mengambil upah menjaga kebun kelapa sawit Haikal
l Askar pencen
BERDISPLIN
l Menurut Tauke Ong, kedua-duanya sangat sistematik semasa menjaga kebun kelapa sawit. Mereka menjaga kebun dengan baik sekali. Kebun di baruh sangat bersih dan kemas. Pelepah-pelepah dipotong dan disusun dengan kemas dan elok.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KERAJINAN
l Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit kampung itu.
2.KETANGGUNGJAWABAN
l Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut mereka menyabit buah kelapa sawit.
l Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haikal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN AGAR SEGALA TUGAS MENJADI MUDAH
l Haikal menerima nasihat Tauke Ong agar belajar mengurus sendiri kebun kelapa sawit ayahnya lalu terus sahaja berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin untuk mendapat ilmu cara-cara mengurus kebun kelapa sawit.
2. KITA HENDAKLAH PANDAI MENGGUNAKAN MASA LAPANG AGAR TIDAK MENYUSAHKAN IBU BAPA
l Lazim menggunakan masa lapangnya menunggu keputusan STPM dengan mengail ikan puyu dan dijual dengan harga RM10.00 sekilogram bagi mengisi duit poket kerana tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapanya.
3. SEBAGAI ORANG BARU KITA MESTILAH PANDAI MENYESUAIKAN DIRI AGAR DISENANGI OLEH MASYARAKAT SEKELILING
l Dalam masa seminggu Haikal sudah boleh bergaul rapat dengan beberapa orang remaja kampung dan dia paling rapat dengan Lazim yang sebaya dengannya. Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu pada waktu petang.
4. KITA MESTI BIJAK MEREBUT PELUANG AGAR MUDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
l Haikal dengan senang hati menerima permintaan Lazim untuk bermalam di rumahnya kerana dia yakin ada sesuatu yang Lazim mahu diceritakan oleh Lazim kepadanya.
Ø Pada malam itu Lazim bercerita rahsia balai raya kampung yang perlu Haikal tahu jika mahu tahu tentang arwah ayahnya.
Ø Lazim juga menasihati Haikal agar berkawan rapat dengan Swee Hwa kerana Swee Hwa amat rapat dengan arwah ayahnya. Lazim yakin Swee Hwa banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal.
Ø Haikal menggunakan peluang masa bersarapan dengan Swee Hwa di pekan untuk bertanya tentang hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui bahawa dialah tempat arwah ayah Haikal mencurahkan kasih sayang seorang ayah.
LATAR
LATAR MASA
1. SEMINGGU
l Haikal telah mewarisi semua harta arwah ayahnya iaitu kebun kelapa sawit, kebun getah, rumah dan akaun bank.
l Haikal mahu Tauke Ong terus mengurus harta pusaka arwah ayahnya tapi ditolak oleh Tauke Ong
l Tauke Ong meminta Haikal belajar mengurus sendiri dan mengekalkan perkhidmatan Abang Salleh dan Abang Bidin
l Haikal sudah berkenalan dengan beberapa orang remaja dan paling rapat dengan Lazim
2. MALAM MINGGU
l Lazim bemalam di rumah Haikal
l Haikal menyediakan mi goreng yang dibeli di warung Wak Min untuk Lazim
l Lazim memberitahu Haikal arwah ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa.
l Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi mendapat lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.
l Haikal memberitahu Lazim, Swee Hwa yang mengirim manuskrip arwah ayahnya kepadaya.
3. PAGI
l Swee Hwa muncul di depan tangga rumah Haikal/arwah ayah Haikal untuk mempelawanya bersarapan di pekan bersama-sama Tauke Ong
l Mereka bersarapan lontong Haji Halim yang paling sedap di daerah Batu Pahat, yang terletak di tengah-tengah kompleks perniagaan.
l Tauke Lim meninggalkan Haikal dan Swee Hwa untuk bertemu Tauke Leong bagi mengambil wang.
l Haikal bertanya Swee Hwa tentang keakrabannya denngan arwah ayah Haikal.
l Swee Hwa memberitahu Haikal dia menjadi tempat arwah ayahnya mencurahkan kasih sayang
l Haikal mengucapkan terima kasih kerana membahagiakan ayahnya.
LATAR TEMPAT
1. WARUNG WAK MIN
l Haikal bertemu abang Salleh dan Abang Bidin bersama-sama Tauke Ong bagi berbincang tentang urusan kebun kelapa sawit
2. KEBUN KELAPA SAWIT
l Haikal bertanya Abang Salleh dan Abang Bidin tentang kerja-kerja di kebun kelapa sawit. Mereka berdua memaklumkan kepada Haikal tentang masa tanaman semula, upah dan jumlah yang dipungut mengikut musim.
l Haikal mahu mengikut mereka memotong kelapa sawit
3. TEBING /TEPI PARIT
l Haikal menemani Lazim memancing ikan puyu
l Lazim bercerita tentang arwah ayah Haikal iaitu arwah ayahnya ialah guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani
l Lazim memancing ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket.
l Haikal mendapat tahu Lazim berkerja sambilan di kilang tekstil di pekan.
l Haikal gembira melihat keriangan kanak-kanak berbasikal namun hatinya sayu kerana tidak dapat merasai detik-detik itu
4.RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL
l Lazim bermalam di rumah Haikal
l Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampng Seri Purnama bagi mencari maklumat tentang arwah ayah Haikal
l Lazim meminta Haikal mendekati Swee Hwa jika mahu pencarian kisah hidup ayahnya berjaya
5. TANGGA RUMAH HAIKAL
l Usai solat subuh Haikal duduk di tangga rumah memerhati dan mendengar kicauan burung.
l Swee Hwa muncul untuk memberitahu Haikal bahawa ayahnya Tauke Ong mengajak mereka bersarapan di bandar.
6. GERAI HAJI HALIM
l Haikal, Tauke Ong dan Swee Hwa bersarapan lontong Haji Halim yang paling sedap di daerah Batu Pahat
l Haikal bertanya tentang keakraban Swee Hwa dengan arwah ayahnya
l Haikal mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana dapat membahagiakan arwah ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT PETANI/USAHAWAN TANI
l Haikal segera mengurus kebun kelapa sawit yang diwarisi daripada arwah ayahnya.
l Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja mengambil upah menyabit kelapa sawit, menanam semula dan membersihkan kebun kelapa sawi arwah ayah Haikal
2. MASYARAKAT YANG JUJUR DAN AMANAH
l Tauke Ong menyerahkan semua harta pusaka kepada Haikal seminggu selepas Haikal pulang ke Kampung Seri Purnama.
3. MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN SUKA MEMBANTU
l Lazim prihatin akan konflik antara Haikal dan uminya kerana minat ayahnya di bidang sastera dan budaya lalu memberi semangat agar Haikal meneruskan hasratnya
l Lazim membantu Haikal untuk mencari maklumat tentang ayahnya di balai raya Kampung Seri Purnama.
4. MASYARAKAT YANG TELAH MENGALAMI ASIMILASI BUDAYA
l Tauke Ong sangat gemar makan lontong Haji Salim yang paling sedap di daerah Batu Pahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan