BAB 14: MENCARI KESERASIAN
SINOPSIS
yang hadir menonton latihan zapin. Golongan veteran, Pak Cik Bakar, Haji Salim Wak Arif Pak Cik Tasrif dan Haji Leman semuanya telah dimamah usia tetapi masih bertenaga bermain alat muzik
zapin. Tauke Ong juga turut bergoyang-goyang kakinya mengikut alunan muzik zapin. Akhirnya Haikal akur dengan desakan Pak Cik Bakar danTauke Ong untuk sama-sama menari tarian zapin. Namun begitu Wak Arif sedih kerana anak-anak muda kampung itu masih tidak menunjukkan minat kecuali Lazim yang pandai menari Zapin.
Akan tetapi, Lazim tidak dapat hadir kerana berkerja syif malam. Haji Salim memberi jaminan
Lazim akan ikut serta pada minggu hadapan kerana pada minggu itu dia berkerja syif malam.
Haikal cuba menolak ajakan Pak Cik Bakar kerana tidak tahu menari zapin tapi akhirnya akur apabila Pak Cik Bakar, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Semasa latihan Tauke Ong tekun memerhati Haikal menari lalu
tersenyum seperti ada menyimpan sesuatu rahsia. Selesai latihan, Haikal diajar secara teori tarian
zapin ketika berehat di warung Wak Min. Tarian yang memenatkan bagi Haikal. Haikal mula berasa
seronok berada di tengah-tengah kumpulan zapin itu dan menunggu Lazim untuk turut serta. Namun jiwa Haikal tersentuh
kerana anak-anak muda kampung tidak menunjukkan minat terhadap seni ini. Haikal berasa jika hal ini berterusan, seni zapin jincat akan pupus. Haikal meluahkan kebimbangan kepada Pak Cik Bakar. Bagi Pak Cik Bakar, semuanya kerana tiada minat sedangkan zapin dan kompang ialah warisan budaya. Anak-anak muda kampung patut berasa bertanggungjawab mewarisinya turun-temurun.
Bagi Haikal, dia amat suka tinggal di Kampung Seri Purnama yang kaya dengan kebudayaan. Mungkin itulah sebabnya arwah ayahnya sanggup pulang dan tinggal di kampung itu. Bagi Pak Cik Bakar
pula, arwah ayah Haikal seorang yang kuat keinginan dan luar biasa orangnya. Arwah ayahnya sanggup berpisah dengan uminya hanya kerana kecintaan yang terlalu dalam terhadap kebudayaan yang
ada di Kampung Seri Purnama. Dia tidak mahu tarian zapin jincat lenyap begitu sahaja. Haikal
berasa jiwa orang seni sememangnya halus.
Pak Cik Bakar cuba menangkap punca sebenar Haikal kembali ke Kampung Seri Purnama ialah
kerana manuskrip yang diterimanya. Maka, isi manuskrip terakhir karangan arwah ayahnya yang
belum selesai diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Watak-watak dalam manuskrip seperti Ai Ling, Tauke Lim, Abang Bakir, Pak Haji Salam, Roslan, Ramli
diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Ai Ling digambarkan pandai menari zapin. Haikal berasa sangsi
sama ada Ai Ling ialah Swee Hwa anak Tauke Ong yang menari zapin. Lalu Pak Cik Bakar menasihati Haikal berusaha mengenali Swe Hwa bagi mencari rahsia di sebalik manuskrip itu. Namun, Haikal kurang pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan
kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan hanya kerana dia anak Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati. Kepercayaan penduduk kampung perlu dijaga.
Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat mengejutkan Haikal. Haikal
berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim yang masih boleh menangkap gerak zapin
walaupun sudah lama tidak menari. Terasa malu apabila menjadi tumpuan semasa latihan tarian zapin.
Haikal mula melihat sambutan anak-anak muda dengan aktiviti yang dirancang. Beberapa orang anak muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah cukup sebagai sokongan kepada kumpulan Zapin D’Purnama. Termasuklah
Swee Hwa, Puan Khei dan Tauke Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati dirinya semasa
dia berlatih menari.
Haikal sentiasa sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin jincat. Lazim
memang penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa anak muda kampung perlu dilatih
bermain muzik untuk digandingkan dengan Lazim agar zapin jincat tidak terkubur.
Haikal sering tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah subuh matanya
masih segar. Ingatannya merewang-rewang mengingati kata-kata Lazim dan Pak Cik Bakar. Ingatannya merewang-rewang pada jalan cerita manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi dengan realiti yang
dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh
menyia-siakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah Swee Hwa pandai menari
zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip? Tetapi mengapa Swee Hwa tidak mahu
menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.
Dalam keadaan masih berteka-teki, Swee Hwa mempelawanya bersiar-siar di pantai. Pantai yang tidak terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa. Swee Hwa
menceritakan keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal pantai itu
penuh dengan kenangan. Kenangan dia bersama-sam arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah Haikal membeitahu Swee Hwa betapa dia terlalu
menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita tentang Haikal sehinggakan Swee Hwa berasa jika haikal
tidak kembali ke kampung Seri Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Terengganu mencari
Haikal. Haikal melepaskan pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada manuskrip itu satu
kenyataan hidup ayahnya bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi Haikal keliru kerana manuskrip itu tidak disudahkanoleh ayahnya. Bagi Swee Hwa, anya Haikal dan arwah
ayahnya yang tahu sebabnya. Swee Hwa hanya bertugas menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal. Sedarlah Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutupnya.
Tiba-tiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari zapin yang sama seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa dia memang pandai menari dan mesti
berganding dengan Lazim pada majlis persembahan pada minggu hadapan. Sebaliknya Haikal
menguja Swee Hwa yang Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis di dalam manuskrip
ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haikal menari zapin. Swee Hwa hanya mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa memberikan jawapannya.
PERSOALAN
1. KESUNGGUHAN GENERASI TUA MAHU MEWARISKAN SENI BUDAYA BANGSA
KEPADA GENERASI MUDA
l Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim bersungguh-sungguh mengajar Haikal zapin jincat semasa latihan zapin di balai raya sehingga Haikal berasa
suka akan tarian itu.
l Pak Cik Bakar menunjuk ajar tarian itu secara teori pula kepada Haikal di warung Wak Min .
l Tauke Ong yang hadir menyaksikan latihan zapin bersungguh-sungguh memberi galakan kepada Haikal untuk cuba menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik
Bakar.
2. USAHA MERUNGKAI RAHSIA KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG TOKOH
KEBUDAYAAN
l Haikal menggunakan kesempatan bersiar-siar di tepi pantai untuk mendapat kepastian tentang watak Ai Ling di dalam manuskrip arwah
ayahnya. Swee Hwa mengaku Ai Ling ialah dirinya. Usahanya berjaya apabila segalanya terjawab
setelah Swee Hwa mengakui bahawa jalan cerita di dalam manuskrip itu ialah satu realiti dan Haikal perlu menyudahkannya.
3. GOLONGAN MUDA YANG MASIH MENGHORMATI DAN MENGAMALKAN ADAT
SOPAN DALAM MASYARAKAT
l Haikal tidak mahu menggunakan kesempatan sebagai anak Abdullah Kayan untuk melanggar adat dan budaya yang masih kuat dalam masyarakat Kampung Seri Purnama. Walaupun dia perlu
merapati Swee Hwa untuk mendapat rahsia hidup arwah ayahnya. Dia bimbang jika terlalu rapat
dengan Swee Hwa akan mengundang rasa kurang senang penduduk kampung itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. HAIKAL
l Meminati tarian zapin
MATANG FIKIRANNYA
l Haikal tidak mahu melanggar adat dan budaya Kampung Seri Purnama hanya semata-mata mahu mendekati Swee Hwa. Haikal tidak mahu merosakkan kepercayaan orang kampung
kepadanya.
TEKUN
l Haikal tekun mempelajari rentak tarian zapin jincat dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar.
2. SWEE HWA
l Pandai menari zapin
l Menyimpan rahsia hidup Cikgu Abdullah Kayan
PERAHSIA
l Swee Hwa masih tidak mahu mengaku bahawa dia pandai menari zapin setelah diuja oleh Haikal. Dia beseloroh mengatakan dia hanya pandai menari tarian Singa.
l Swee Hwa hanya mengangkat bahu apabila Haikal mengatakan Swee Hwa pandai menari zapin
berdasarkan manuskrip ayahnya.
3. PAK CIK BAKAR
l Penari zapin
l Banyak menyimpan kisah hidup Abdullah Kayan
TEKUN
l Tekun berlatih tarian zapin sehingga tengah malam
l Tekun mengajar Haikal tarian zapin jincat secara praktikal dan teori tarian itu.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. KETEKUNAN
l Haikal tekun mempelajari tarian zapin jincat daripada Pak Cik Bakar
l Pak Cik Bakar bersungguh-sungguh mengajar Haikal teknik menari zapin jincat dan teorinya.
NILAI KEMASYARAKATAN
2. KETINGGIAN BUDI
l Haikal amat menghormati kepercayaan penduduk Kampung Seri Purnama dan tidak mahu
melanggar adat kampung itu semata-mata mahu merapati Swee Hwa. Haikal amat menjaga nama baik arwah ayahnya.
PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA MENGHIDUPKAN SEMULA SENI BANGSA DEMI JATI DIRI BANGSA
l Haikal bersungguh-sungguh mengikuti latihan tarian jincat yang tidak pernah dikenalinya semata-mata mahu melihat tarian itu hidup dan menjadi kebanggaan penduduk Kampung Seri Purnama
l Haikal terfikir untuk mencari anak-anak muda pemain muzik untuk digandingkan dengan Lazim yang pandai menari zapin agar
tarian itu tidak terkubur.
2. GOLONGAN VETERAN HENDAKLAH MEWARISKAN SENI WARISAN BANGSA KEPADA GENERASI MUDA DEMI KESINAMBUNGAN WARISAN BANGSA
l Pak Cik Bakar menurunkan ilmu tentang tarian zapin kepada Haikal semasa latihan zapin di balai
raya. Antara perkara penting ialah penari mesti peka dengan paluan marwas untuk melajukan atau
melambatkan gerakan tarian,
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
l Penduduk Kmapung Seri Purnama membuat pesiapan di balai raya. Pentas dibina dan dialas
dengan ambal
l Penari zapin giat berlatih
l Haji Sulaiman, Haji Salim, Wak Arif, PAk Cik Bakar, Haji Leman dan Pak Cik Tasrif giat berlatih memainkan alat-alat muzik.
l Haikal mencuba bermain tamborin apabila diajak oleh Pak Cik Bakar berkali-kali.
l Haji Salim memberitahu Pak Cik Bakar Lazim tidak dapat menghadiri latihan tarian zapin kerana berkerja syif malam dan akan hadir pada minggu hadapan
l Haikal berasa gelisah kerana tidak tahu menari zapin menolak ajakan Pak Cik Bakar
l Haikal belajar tarian zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar
l Beberapa anak muda kampung hadir menyaksikan latihan tarian zapin.
l Tauke Ong, Puan Khei dan Swee Hwa datang menyaksikan latihan tarian zapin. Swee Hwa
sentiasa fokus pada langkah tarian Haikal.
2. MALAM DI WARUNG WAK MIN
l Haikal diberi tunjuk ajar tentang tarian zapin secara teori oleh Pak Cik Bakar
3. PETANG DI RUMAH PAK CIK BAKAR
l Haikal bertanya tentang penglibatan anak-anak muda dengan aktiviti tarian zapin kepada Pak Cik Bakar.
l Haikal diberitahu oleh Pak Cik Bakar, anak-anak muda kampung itu tidak meminati tarian zapin dan kompang juga.
l Pak Cik Bakar meluahkan kekhuatirannya kerana baginya mati budaya bermakna bangsa itu
seakan-akan sudah mati.
l Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya sangat luar biasa dan kuat kezamannya. Dia
sanggup berpisah dengan umi Haikal semata-mata mahu kembali ke kampung Seri Purnama untuk menghidupkan semula kebudayaan yang
ada di kampung itu.
l Pak Cik Bakar diberitahu bahwa manuskrip arwah ayahnya belum selesai.
l Haikal menceritakan semua watak-watak yang ada dalam manuskrip kepada Pak Cik Bakar.
l Pak Cik Bakar menasihati Haikal untuk mendekati Swee Hwa apabila Haikal meluahkan
kesangsiannya tentang watak Ai Ling dalam manuskrip itu.
4. BEBERAPA MALAM KEBELAKANGAN
l Haikal tidak dapat tidur lena ketika kokokan ayam telah sayup-sayup kedengaran.
l Haikal terkenang-kenang kata-kata Pak Cik Bakar tentang Swee Hwa.
l Haikal teringat manuskrip yang ditulis arwah ayahnya dan berasa ada sinkronasasi antara Swee
Hwa dengan Ai Ling.
l Haikal terikir-fikir cara untuk mendekati Swee Hwa kerana tidak mahu menggangu emosi Swee Hwa.
5. PETANG DI PANTAI
l Haikal teringat akan Ratna yang lama menyepikan diri dan Pantai Batu Buruk
l Swee Hwa berjalan beriringan dengan Haikal di tepi pantai
l Beberapa orang kanak-kanak mengutip kulit-kulit siput ditemani ibu bapa mengingatkan Swe Hwa pada zaman kecilnya.
l Sambil jalan beriringan, Haikal bertanya kepada Swee Hwa tentang realiti sebenar di sebalik
manuskrip dan sebab manuskrip itu tidak ada penutupnya.
l Swee Hwa mengaku semua yang tertulis ddalam manuskrip itu ialah kisah benar dan Haikal dan arwah ayahnya sahaja yang tahu jawapan tentang kisah di dalam manuskrip itu
l Haikal buntu memikirkan cara untuk menyudahkan manuskrip itu.
l Ketika duduk di sebuah bongkah batu besar di pantai Haikal diberitahu Swee Hwa yang cara dia
menari sama seperti arwah ayahnya menari.
l Haikal meminta Swee Hwa menari zapin dengan Lazim kerana dia yakin Swee Hwa pandai menari zapin.
LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT DESA YANG CINTA AKAN WARISAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
l Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Pak Tasrif antara golongan veteran yang terlalu mencintai
seni tarian zapin. Mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menghidupkan semula tarian zapin
jincat. Mereka berlatih bersungguh-sungguh dan Haikal mendapati mereka masih mahir memainkan alat muzik zapin walupun
dimamah usia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan