SESUNGGUHNYA
YANG KURANG ITU DARIPADA SAYA
YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
SINOPSIS
Haikal berasa silir daksina mendakap erat tubuhnya. Silir irtu terus meniup kenangan-kenangan silam. Haikal berasa silir itu mengajaknya kembali ke Kampung Seri Purnama. Haikal kini berada di sebuah universiti di bumi Kenyalang. Haikal damai di sana.
Haikal yakin dendam umi terhadap ayahnya sudah terpadam. Apabila melihat umi menangis di
pusara ayah. Umi akhirnya sedar dan akur, darah yang mengalir dalam diri Haikal ialah
darah Abdullah
. Satu ketentuan Allah yang tidak boleh disangkal. Haikal berharap
agar cukuplah umi menghukum ayah.
[RATNA]
Setelah pulang ke Kuala Terengganu, Haikal mendapat tahu Ratna telah bertunang dengan seorang
usahawan muda. Mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan. Mereka akan mendirikan
rumahtangga pada hujung tahun itu. Patutlah Ratna hanya menyepi diri apabila dihubungi oleh
Haikal.
[SWEE HWA]
Ketika Haikal melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama, Haikal melihat gadis ini menangis. Gadis itu di mata Haikal tetap menawan walau pun waktu menangis, ketawa atau waktu tersenyum. Tauke Ong meminta Haikal kembali lagi ke Kampung Seri Purnama kerana percaya ada seseorang
sentiasa merindui Haikal. Haikal tidak mampu berjanji tetapi sering teringat kata-kata Pak Cik Bakar yang mahu dia merebut peluang untuk mendekati Swee Hwa. Pak Cik Bakar
yakin ada sesuatu di sebalik manuskrip itu. Bagi Haikal dia akan berusaha mendekati Swee Hwa
walau di mana-manapun dia berada. Selebihnya Haikal menyerahkannya kepada takdir.
[AKSARA]
Haikal berazam untuk menjadi seperti arwah ayahnya demi merealisasikan Aksara walaupun berasa
ia sesuatu yang masih jauh dari jangkauan. Haikal berasa masih kerdil dan kecil untuk memimpin
Aksara. Tiada ada apa-apa kehebatan dalam dirinya untuk menerajui Aksara buat masa ini.
]MANUSKRIP LAMA]
Kekal dalam bentuk asal tanpa tambahan muka surat. Tiada ada yang berubah. Bgai Haikal,
manuskrip yang mewakili suatu perjalanan masa
Ketika malam yang sunyi dan damai, Haikal meenjawab pesanan ringkas SMS kepada Swee Hwa.
Haikal menberitahu Swee Hwa yang dia akan tetap mencari jejak ayahnya walaupun ayahnya bukan suatu nama yan besar. Malahan ,jika benar Ai Ling itu Swee Hwa, Haikal tetap akan menjejaki Swee Hwa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan jiwa Haikal.
PERSOALAN
1. KEDAMAIAN YANG DIKECAPI SETELAH BERJAYA MENCAPAI MISI
l Haikal berasa amat tenang dan damai setelah berupaya menunaikan amanah ayahnya untuk menghidupkan kebudayaan bangsa yang menjadi kebanggaan Kampung Seri Purnama;zapin jincat.
l Haikal damai di Bumi Kenyalang apabila yakin uminya tidak lagi mendendami ayahnya.
Uminya akur darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah Abdullah Kayan.
2. PERASAAN CINTA YANG TERPENDAM
l Haikal berjanji akan terus menjejaki Swee Hwa walau pun di mana-mana dia berada. Titipan Haikal untuk Swee Hwa ketika membalas SMS Swee Hwa.
3. AZAM UNTUK TERUS MENERUSKAN VISI DEMI ORANG TERSAYANG
l Haikal berazam untuk membina nama besar dalam dunia sastera dan kebudayaan sehebat
arwah ayahnya demi melihat kejayaan Aksara seperti yang diimpikan oleh arwah ayahnya.
4. PENGHARGAAN TERHADAP USAHA GIGIH SEORANG TOKOH BESAR
l Haikal terus menyimpan manuskrip lama tanpa judul karya ayahnya tanpa suatu pun perubahan.
Baginya, manuskrip itu mewakili suatu perjalanan masa kehidupan arwah ayahnya.
WATAK
1.HAIKAL
BERCITA-CITA TINGGI
l Haikal memasang cita -cita untuk mencipta nama dan menjadi seperti arwah ayahnya sebelum
berusaha mewujudkan Aksara impian arwah ayahnya.
UMI
l Ibu kandung Haikal
l NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEPASRAHAN
l Umi Haikal akhirnya pasrah bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haikal ialah darah bekas
suaminya Abdullah Kayan, suautu ketentutan tuhan yang tidak boleh uminya engkar.
PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH MELUPAKAN PERISTIWA YANG MELUKAKAN HATI AGAR TIDAK BERPANJANGAN MENYIMPAN DENDAM
l Umi Haikal menagis di pusara bekal suaminya Abdullah Kayan, ayah Haikal dan Haikal yakin
dendam uminya telah padam.
2.KITA HENDAKLAH AKUR AKAN KETENTUAN TUHAN AGAR TIADA DENDAM DI HATI
l Haikal percaya uminya sudah akur akan ketentuan Allah yang darah yang mengalir dalam dirinya
ialah darah Abdullah Kayan.
3. KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF AGAR TERUS MENGECAPI KEJAYAAN
l Haikal menanam azam untuk mencipta nama sehebat arwah ayahnya agar Aksara impian arwah
ayahnya menjadi kenyataan.
l Haikal terus berazam untuk mengenali Swee Hwa atau Ai Ling dalam manuskrip lama ayahnya.
LATAR
LATAR TEMPAT
1.BUMI KENYALANG
TEMPAT HAIKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEBUAH UNIVERSITI
l Haikal teringat akan Ratna
l Haikal berasa gembira uminya telah dapat merestui hasratnya mengikut jejak seni arwah ayahnya
l Haikal melihat Swee Hwa menangis ketika Haikal melangkah meninggalkan
Kampung Seri Purnama.
l Tauke Ong meminta Haikal pulang semula ke kampung Seri Purnama sambil meyakinkan Haikal
ada orang yang akan merinduinya.
lHaikal teringat kata-kata
PakCik Bakar agar merebut peluang mengenali Swee Hwa sementara masih ada di Kampung Seri Purnama.
l Haikal berazam menghidupkan semula Aksara
l Haikal menyimpan kemas manuskrip lama tanpa judul milik arwah ayahnya
LATAR MASA
1. MALAM
l Haikal menerima pesanan ringkas SMS daripada Swee Hwa
l Haikal memberitahu Swee Hwa dia akan terus menjejaki Swee Hwa jika benar Swee Hwa ialah
Ai Ling seperti dalam manuskrip lama ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
PELAJAR UNIVERSITI
l Haikal menuntut di sebuah universiti di Bumi Kenyalang.
banyak typo..nama watak salah....hope dapat betulkan
BalasPadamNak Tanye , Mana Bab 15 ? Tajuk Tetamu Istimewa Tapi Cerita Lain
BalasPadamNak Tanye , Mana Bab 15 ? Tajuk Tetamu Istimewa Tapi Cerita Lain
BalasPadam