DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 28 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 16: BERMULALAH EPISOD

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

SESUNGGUHNYA
YANG KURANG ITU DARIPADA SAYA
YANG TERBAIK DARIPADA ALLAH





BAB 16: BERMULALAH EPISOD
SINOPSIS
Haikal berasa silir daksina mendakap erat tubuhnya. Silir irtu terus meniup kenangan-kenangan silam. Haikal berasa silir itu mengajaknya kembali ke Kampung Seri Purnama. Haikal kini berada di sebuah universiti di bumi Kenyalang. Haikal damai di sana.

Haikal yakin dendam umi terhadap ayahnya sudah terpadam. Apabila melihat umi menangis di 
pusara ayah. Umi akhirnya sedar dan akur, darah yang mengalir dalam diri Haikal ialah
 darah Abdullah 
.  Satu ketentuan Allah yang tidak boleh disangkal. Haikal berharap 
agar cukuplah umi menghukum ayah.

[RATNA]
Setelah pulang ke Kuala Terengganu, Haikal mendapat tahu Ratna telah bertunang dengan seorang 
usahawan muda. Mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan. Mereka akan mendirikan 
rumahtangga pada hujung tahun itu. Patutlah Ratna hanya menyepi diri apabila dihubungi oleh 
Haikal.

[SWEE HWA]
Ketika Haikal melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama, Haikal melihat gadis ini menangis. Gadis itu di mata Haikal tetap menawan walau pun waktu menangis, ketawa atau waktu tersenyum. Tauke Ong meminta Haikal kembali lagi ke Kampung Seri Purnama kerana percaya ada seseorang 
sentiasa merindui Haikal. Haikal tidak mampu berjanji tetapi sering teringat kata-kata Pak Cik Bakar yang mahu dia merebut peluang untuk mendekati Swee Hwa. Pak Cik Bakar 
yakin ada sesuatu di sebalik manuskrip itu. Bagi Haikal dia akan berusaha mendekati Swee Hwa
 walau di mana-manapun dia berada. Selebihnya Haikal menyerahkannya kepada takdir.

[AKSARA]
Haikal berazam untuk menjadi seperti arwah ayahnya demi merealisasikan Aksara walaupun berasa 
ia sesuatu yang masih jauh dari jangkauan. Haikal berasa masih kerdil dan kecil untuk memimpin 
Aksara. Tiada ada apa-apa kehebatan dalam dirinya untuk menerajui Aksara buat masa ini.

]MANUSKRIP LAMA]
Kekal dalam bentuk asal tanpa tambahan muka surat. Tiada ada yang berubah. Bgai Haikal,
 manuskrip yang mewakili suatu perjalanan masa 

Ketika malam yang sunyi dan damai, Haikal meenjawab pesanan ringkas SMS kepada Swee Hwa.
 Haikal menberitahu Swee Hwa yang dia akan tetap mencari jejak ayahnya walaupun ayahnya bukan suatu nama yan besar. Malahan ,jika benar Ai Ling itu Swee Hwa, Haikal tetap akan menjejaki Swee Hwa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan jiwa Haikal.


PERSOALAN

1. KEDAMAIAN YANG DIKECAPI SETELAH BERJAYA MENCAPAI MISI
Haikal berasa amat tenang dan damai setelah berupaya menunaikan amanah ayahnya untuk menghidupkan  kebudayaan bangsa yang menjadi kebanggaan Kampung Seri Purnama;zapin jincat.
Haikal damai di Bumi Kenyalang apabila yakin uminya tidak lagi mendendami ayahnya.
 Uminya akur darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah Abdullah Kayan.

2. PERASAAN CINTA YANG TERPENDAM
Haikal berjanji akan terus menjejaki Swee Hwa walau pun di mana-mana dia berada. Titipan Haikal untuk Swee Hwa ketika membalas SMS Swee Hwa.


3. AZAM UNTUK TERUS MENERUSKAN VISI DEMI ORANG TERSAYANG
Haikal berazam untuk membina nama besar dalam dunia sastera dan kebudayaan sehebat 
arwah ayahnya demi melihat kejayaan Aksara seperti yang diimpikan oleh arwah ayahnya.


4. PENGHARGAAN TERHADAP USAHA GIGIH SEORANG TOKOH BESAR
Haikal terus menyimpan manuskrip lama tanpa judul karya ayahnya tanpa suatu pun perubahan.
 Baginya,  manuskrip itu mewakili suatu perjalanan masa kehidupan arwah ayahnya.


WATAK

1.HAIKAL

BERCITA-CITA TINGGI
Haikal memasang  cita -cita untuk mencipta nama dan menjadi seperti arwah ayahnya sebelum
    berusaha mewujudkan  Aksara impian arwah ayahnya.

UMI
Ibu kandung Haikal
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN

1.KEPASRAHAN
Umi Haikal akhirnya pasrah bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haikal ialah darah bekas
 suaminya Abdullah Kayan, suautu ketentutan tuhan yang tidak boleh uminya engkar.


PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH MELUPAKAN PERISTIWA YANG MELUKAKAN HATI AGAR TIDAK BERPANJANGAN MENYIMPAN DENDAM
Umi Haikal menagis di pusara bekal suaminya Abdullah Kayan, ayah Haikal dan Haikal yakin 
 dendam uminya telah padam.

2.KITA HENDAKLAH AKUR AKAN KETENTUAN TUHAN AGAR TIADA DENDAM DI HATI
Haikal percaya uminya sudah akur akan ketentuan Allah yang darah yang mengalir dalam dirinya
 ialah darah Abdullah Kayan.

3. KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF AGAR TERUS MENGECAPI KEJAYAAN
Haikal menanam azam untuk mencipta nama sehebat arwah ayahnya agar Aksara impian arwah 
    ayahnya menjadi kenyataan.
Haikal terus berazam untuk mengenali Swee Hwa atau Ai Ling dalam manuskrip lama ayahnya.


LATAR

LATAR TEMPAT

1.BUMI KENYALANG
TEMPAT HAIKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEBUAH UNIVERSITI

Haikal teringat akan Ratna
Haikal berasa gembira uminya telah dapat merestui hasratnya mengikut jejak seni arwah ayahnya
Haikal melihat Swee Hwa menangis ketika Haikal melangkah meninggalkan
    Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong meminta Haikal pulang semula ke kampung Seri Purnama sambil meyakinkan Haikal 
     ada orang yang akan merinduinya.
lHaikal teringat  kata-kata 
      PakCik Bakar agar merebut peluang mengenali Swee Hwa sementara masih ada di Kampung Seri Purnama.
Haikal berazam menghidupkan semula Aksara
Haikal menyimpan kemas manuskrip lama tanpa judul milik arwah ayahnya


LATAR MASA
1. MALAM

Haikal menerima pesanan ringkas SMS daripada Swee Hwa
Haikal memberitahu Swee Hwa dia akan terus menjejaki Swee Hwa jika benar Swee Hwa ialah 
Ai Ling seperti dalam manuskrip lama ayahnya.

LATAR MASYARAKAT

PELAJAR UNIVERSITI
Haikal menuntut di sebuah universiti di Bumi Kenyalang.












3 ulasan:

  1. banyak typo..nama watak salah....hope dapat betulkan

    BalasPadam
  2. Nak Tanye , Mana Bab 15 ? Tajuk Tetamu Istimewa Tapi Cerita Lain

    BalasPadam
  3. Nak Tanye , Mana Bab 15 ? Tajuk Tetamu Istimewa Tapi Cerita Lain

    BalasPadam