DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Sabtu, 9 Oktober 2010

SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN EMPAT 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN EMPAT 2010



_____________________________________________________



PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2010


Bahasa Melayu
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan
Oktober 2010


UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬___________________________________________________________________________
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 9 halaman bercetak



Markah penuh : 110 markah


Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanda-tanda penyakit kemurungan dalam kalangan remaja dan cara-cara mengatasi kemurungan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Menurut Coyne dalam makalahnya, Towards an Interactional Description of Depression, kecelaruan emosi merupakan kecelaruan psikologi yang menghasilkan gangguan emosi sehingga menjejaskan aktiviti harian. Penyakit kemurungan atau depresi merupakan penyakit lumrah yang menyerang penduduk di negara-negara maju dan membangun. Belakangan ini, penghidap depresi di Malaysia meningkat dengan drastik, khususnya dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat pengajian tinggi. Biasanya mereka yang kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku mereka yang gemar termenung hampir setiap hari. Jika keadaan ini tidak diberikan perhatian yang serius, penyakit ini akan bertambah parah, termasuklah peningkatan kes bunuh diri.


Sesetengah ibu bapa terlalu menekan anak mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi mereka, pencapaian “A+” anak-anak dalam peperiksaan akan menimbulkan rasa megah di hati. Oleh itu, anak-anak dipaksa berlumba-lumba mengejar impian, sibuk dengan tuisyen dan kerja rumah yang bertimbun-timbun sehinggalah tiada masa untuk melayan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan anak-anak akan tertekan dan berubah menjadi murung. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memantau fizikal anak-anak mereka jika mendapati berat badan mereka semakin merosot. Ibu bapa yang prihatin akan dapat mengenal pasti setiap perubahan diri anak-anak mereka, sama ada dari segi fizikal atau mental. Kadang kala fizikal anak-anak juga kelihatan tidak bermaya.


Segelintir ahli bijak pandai sering merungut bahawa tanggapan ibu bapa yang terlalu mengutamakan pencapaian akademik hanya akan melahirkan generasi yang tidak seimbang. Ibu bapa berkenaan tidak menyedari bahawa harapan tinggi yang akan diletakkan terhadap anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung dan seterusnya menghidap kemurungan. Zaman kanak-kanak yang sepatutnya ceria telah dipenuhi oleh aktiviti yang berat sehingga menimbulkan masalah gangguan dalam gerakan badan dan psikomotor. Mereka mula menghadapi masalah berfikir sehingga sukar untuk menumpukan perhatian. Emosi mereka terganggu dan akhirnya mereka akan menghidap depresi. Selain itu, mereka juga turut menghadapi kekeliruan dalam membuat keputusan. Terdapat juga mereka yang terlibat dengan masalah ini menjadi terlalu pasif dan tidak memberikan sebarang tindak balas kerana berasa diri tidak bernilai serta bersalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kadangkala mereka yang sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri juga dapat dianggap sebagai pesakit depresi. Selain itu, minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti juga semakin merosot.



Sesungguhnya kemurungan akan mempengaruhi sistem imun seseorang terhadap penyakit. Justeru, kebarangkalian orang yang menghidap kemurungan terkena penyakit jantung ialah dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang normal. Menurut penyelidik psikologi, seseorang yang pernah menghidap penyakit depresi major mungkin mengalami kesukaran untuk kembali pulih sepenuhnya.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bahaya Tekanan yang Melampau’
oleh Tam Chai Lian,
Dewan Masyarakat, Mac 2009)



Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i) Berikan maksud rangkai kata meningkat dengan drastik. [2 markah]


(ii) Nyatakan kesan penyakit kemurungan. [3 markah]


iii. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa bagi menghasilkan anak-anak yang
cemerlang dalam pelajaran ?
[4 markah )

Soalan 1



Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota :
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
- Nama khas
- Perkataan berulang
- Penggunaan kata depan di dan ke
- Tarikh
- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- Gelaran


(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.


Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12
(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/kesimpulan 2
Jumlah markah 20


Soalan 1 : Petikan rumusan

Pendahuluan. Markah
Petikan merumuskan/membincangkan/menerangkan/menyatakan/menjelaskan 2
petanda/tanda-tanda/petunjuk/penyakit depresi dalam kalangan remaja.

Isi tersurat (tanda-tanda penyakit kemurungan)

1. Sikap yang kelihatan termenung hampir setiap hari. 2
2. Berat badan yang semakin merosot. 2
3. Keadaan fizikal anak yang kelihatan tidak bermaya. 2
4. Mengalami masalah sukar untuk tidur atau tidak dapat tidur langsung. 2
5. Gangguan dalam gerakan badan atau psikomotor. 2
6. Masalah untuk berfikir dan menumpukan perhatian. 2
7. Kekeliruan dalam membuat keputusan. 2
8. Terlalu pasif dan tidak memberi sebarang tindak balas. 2
9. Sentiasa membayangkan kematian dan ingin membunuh diri. 2
10. Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti yang semakin merosot. 2


Isi tersirat (langkah-langkah mengatasi kemurungan)

1. Mendapatkan khidmat kaunseling daripada pakar psikiatrik 2
2. Bergaul dengan kawan-kawan / orang lain/Tidak duduk bersendirian 2
3. Melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/bersenam/beriadah 2
4. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan 2
5. beribadat / membaca al Quran/ bersembahyang 2


Kesimpulan
Kesimpulannya, anggota masyarakat harus peka terhadap bahaya penyakit depresi dalam kalangan remaja agar masa depan generasi muda terbela / terjamin 2


Perhatian Soalan 2

1. Bagi jawapan
2 markah
Tiada kesalahan bahasa = 2 markah
Ada keslahan bahasa = 1 markah
Terlalu banyak keslaahan bahasa = 0 markah

2. Bagi jawapan3 markah

3 isi tanpa kesalahan bahasa = 3 markah
2 isi tanpa keslahan bahasa = 2 markah
1 isi tanpa kesalahan bahasa = 1 markah

3 isi dengan kesalahan bahasa = 2 markah
2 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah
1 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah

3. Bagi jawapan 4 markah

4 isi tanpa kesalahan bahasa = 4 markah
3 isi tanpa kesalahan bahasa = 3 markah
2 isi tanpa keslahan bahasa = 2 markah
1 isi tanpa kesalahan bahasa = 1 markah

4 isi dengan kesalahan bahasa = 3 markah
3 isi dengan kesalahan bahasa = 2 markah
2 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah
1 isi dengan kesalahan bahasa = 1 markah


Kesalahan bahasa amat ketara = 0 markah



Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

(i) Maksud rangkai meningkat dengan drastik:
- Bertambah dengan cepat 2
[maksimum : 2 markah]

(ii) Kesan-kesan:
- Peningkatan kes bunuh diri 1
- Murung hampir setiap hari 1
- Minat atau kesukaan terhadap sesuatu aktiviti semakin merosot 1
- Berat semakin merosot 1
[maksimum : 3 markah]

iii. Peranan ibu bapa untuk menghasilkan anak-anak yang cemerlang ialah…
- menyediakan rumahtangga yang ceria dan harmoni
- menjadi pembimbing dan penasihat kepada anak-anak
- menjadi rakan karib yang dapat berbincang isu-isu remaja/pelajaran
- menjadi pemantau dan penasihat tentang haja tuju anak-anak
- menjadi pendidik/teladan yang baik dalami bidang agama bagi membentuk
sahsiah anak yang terpuji
- menyediakan keperluan asas anak-anak


[maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) Drama
Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MU I: Tidakkah saudara membaca, mendengar radio atau menonton televisyen?
Tiap-tiap hari tersiar berita keruntuhan moral generasi muda.

MU II : Generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati
lagi. Tidak menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak
menghormati sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri.

CHONG: ( Nada perli ) Lagi?

MU I : Dan lagi, atas segala-galanya ialah kepercayaan , keagamaan dan
ketuhanan. Generasi muda masa kini amat longgar kepercayaan
keagamaannya. Inilah punca utama yang menyebabkan berlakunya
kemerosotan moral dalam kalangan belia.

MU I : Apabila sudah tidak takut kepada tuhan, maka dengan sendirinya
mereka tidak takut pada apa-apa saja. Tidak menghormati apa-apa
dan sesiapa saja. Akhirnya setiap yang dicipta atas nama
tamadun menjadi sia-sia belaka kerana tidak ada sesiapa yang
mahu menghormati.

SALMAH: Segala-galanya?

MU I : Ya. Termasuklah apa-apa yang saudara sebutkan pada awal tadi,
iaitu mengenai prestasi yang negara saudara capai itu. Pada
ketika itu, segala rukun tidak akan bermakna lagi. Segala
dasar dan segala institusi tidak akan beroperasi lagi.

CHANDRAN: Saya rasa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa yang
berlaku kepada generasi kami pada hari ini. Ini disebabkan segala
suatu yang negatif yang berlaku atas kami ialah hasil daripada
asuhan golongan dewasa. Merekalah harus diperslahkan.

MU I : Menyalahkan mereka sepenuhnya juga tidak adil.

( Drama “FORUM REMAJA”Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Nyatakan kesan-kesan apabila kepercayaan agama menjadi longgar ?

Kesan-kesan apabila kepercayaan agama menjadi longgar ialah
P1 generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi.
P2 generasi muda tidak menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak
menghormati sesama manusia dan tidak menghormati diri sendiri.
P3 kemerosotan moral dalam kalangan belia
P4 tidak takut kepada tuhan
P5 maka dengan sendirinya mereka tidak takut pada apa-apa saja.
P6 setiap yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia belaka

( 1 isi = 1 markah )
[maksimum : 3 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah sikap salah-menyalahkan
antara satu sama lain tidak wajar diamalkan dalam masyarakat.

Sikap salah- menyalah tidak wajar diamalkan dalam masyarakat kerana
P1 mewujudkan permusuhan/persengketaan/ketegangan dalam masyarakat
P2 mewujudkan sikap prejudis antara satu sama lain/ hidup berpuak-puak
P3 keamanan dalam masyarakat terjejas
P4 merencatkan usaha kerajaan membangunkan negara/melambatkan
perlaksanaan pembangunan negara

( 1 isi=1 markah )
[maksimum : 3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan dan dua persoalan
dari keseluruhan drama.
( 3 markah )

Dalam petikan

P1 kepentingan agama dan moral dalam hidup generasi muda
MU mengatakan generasi muda negara ini amat longgar kepercayaan mereka
terhadap agaman sehingga berlaku keruntuhan moral yang dahsyat.

P2 generasi muda yang ego dan tidak mahu mengaku kesalahan diri
Chandran tidak mahu generasi muda dipersalahkan kerana keruntuhan moral
sebaliknya menuduh golongan dewasa yang mneyebabkan generasi muda
menjadi begitu.

Keseluruhan cerpen

P3 Persoalan tentang patriotisme yang perlu ada dalam diri remaja pelbagai
bangsa di negara kita
Chandaran , Chong dan Salmah amat sayang akan negara sehingga berasa
tercabar apabila dikritik oleh MU

P4 Persoalan tentang perpaduan kaum di negara ini yang dipupuk dalamm
diri generasi muda
Chandran, Chong dan Salamah ialah tiga orang pelajar yang berbeza kaum dan
budaya tetapi dapat berkerjasama dalam pelajaran

P5 Persoalan tentang jati diri generasi muda demi ketahaanan bangsa dan
negara
Chandran, Chong dan Salamah sangat tebal jati diri mereka sehingga berasa
marah apabila isu negara dikritik oleh MU

P6 Persoalan tentang keberanian/ berfikiran terbuka apabila menerima
kritikan membina.
Salmah, Chong dan Chandran dapat menerima kritikan MU tentang sikap
generasi muda negara ini dan menanam azam untuk mengubah sikap negatif
masyarakat demi kejayaan negara yang lebih cemerlang.

P7 Persoalan tentang tanggungjawab rakyat terhadap pembinaan negara
Salamah, Chandran dan Chong sedar bahawa semua lapisan rakyat perlu
bertanggungjawab membina negara bangsa seperti yang dihasratkan oleh
negara.

( 1 isi = 1 markah )
[maksimum : 3 markah]



Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjang bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan, “Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu. Maka kata perempuan itu, “ Ya Tuanku, hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata Bayan itu, “Bahawa pekerjaanmu membuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka hendaklah hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu, “Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku akan memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oleh perempuan itu seperti kata Bayan itu.

( Hikayat KHOJA MAIMUN,
Antologi Harga Remaja, DBP )


i. Berikan maksud rangkai kata sangat hambamu dahaga berdasarkan penggunaannya dalam petikan.

Maksud sangat hambamu dahaga ialah
i. hambaMu terlalu rindu
ii. hambaMu sangat rindu
[ maksimum 2 markah ]

ii. Apakah yang dilakukan oleh Bayan apabila mendengar doa isteri
saudagar?

Apabila mendengar doa isteri saudagar, Bayan .
P1 menyuruh isteri saudagar segera bertaubat kerana perbuatan
khianatnya terhadap suaminy
P2 menyuruh isteri saudagar mencukur rambut
P3 menyuruh isteri saudagar mencukur bulu keningnya
P4 berjanji akan menautkan semula hubungan isteri saudagar dengan
suaminya jika semua suruhannya dituruti.
( mana-mana 3 isi )
( 1 isi=1 markah )
[maksimum : 3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memohon keampunan
daripada tuhan apabila melakukan dosa?

Kita perlu memohon keampunan daripada tuhan apabila melakukan dosa kerana...
P1 perlu berasa takut akan siksaan tuhan/ dibenci oleh tuhan
P2 kehidupan menjadi lebih tenang
P3 sentiasa mendapat petunjuk daripada tuhan
P4 dapat menghindarkan diri daripada terus melakukan kemungkaran
P5 sentiasa patuh akan ajaran agama
( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]





Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu
meninggalkan kesan mendalam
terlalu indah apabila dipandang
terlalu mulia apabila diselidik
santun si dara menjadi idaman
warak si teruna jadi ikatan
si tua tersenyum mesra
memandang teruna dara
sama cantik sama padan
berganding bersama
di singgahsana ...
Masa itu telah jauh
zaman sudah berlalu
santun sang dara
dan warak sang teruna telah lenyap
si tua berduka lara
memandang teruna dara
berganding tanpa silu
tanpa hormat
tanpa batasan
adat sezaman ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning jadi ikutan

Wan Nazihah Wan Abdullah
Annyss Sophillea 1997
Dewan Bahasa dan Pustaka

( Antologi Harga Remaja, DBP )

i. Apakah punca-punca si tua berduka lara?
Punca-punca si tua berduka lara ialah...
a. Memandang teruna dan dara bergandingan tanpa rasa silu
b. Teruna dan dara hilang bergandingan tanpa rasa hormat kepada orang tua
c. Teruna dan dara bergandingan tanpa ada batasan
d. Adat sezaman ditinggal jauh
e. Adat kuning menjadi ikutan.
( mana-mana 3 isi )
( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]


ii. Pada pendapat anda, mengapakah ajaran agama semakin dipinggirkan oleh anak muda?

Ajaran agama makin dipinggirkan oleh anak muda kerana....
P1 terpengaruh dengan budaya barat yang memisahkan ajaran agama dalam hidup
P2 terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak menjadikan agama sebagai
pegangan hidup.
P3 terlalu mementingkan keseronokan dan berfoya-foya /ingin melakukan apa-apa
sahaja tanpa ada sekatan agama.
P4 menganggap agama sebagai halangan untuk mencapai kemajuan material
P5 pegangan agama tidak menjadi asas dalam pembentukan keluarga oleh
golongan dewasa.

( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

iii. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak.

Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ialah kita...
P1 jangan terikut-ikut dengan budaya hidup barat yang bersalahan dengan ajaran
agama dan budaya Timur kita.
P2 sebagai generasi muda wajar mempertahankan adat resam asal kita agar tidak
hilang ditelan arus globalisasi.
P3 mesti menjadikan semua tuntutan agama sebagai panduan dalam menjalani
kehidupan agar dapat membentengi diri daripada keruntuhan moral.
P4 sebagai remaja perlu berusaha mengekalkan jati diri bangsa dan negara
P5 sebagai remaja perlu mejalani cara hidup yang sihat bersandarkan budaya
bangsa sendiri.
( mana-mana 3 isi )

( 1 isi = 1 markah )

[maksimum : 3 markah]

Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan satu markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1 markah.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah.



SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan

(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


i. Mudarat
a.Sesuatu yang merugikan/membahayakan:kerugian: bahaya
Selain Allah, tiadalah kuasa yang dapat mendatangkan mudarat
kepada manusia

b. tidak berhasil/gagal
Usaha kami semuanya mudarat.

c. berbahaya/rugi
Huraikan satu kaedah untuk membunuh kuman yang mudarat yang
ada dalam susu.

d. melarat (penyalit dan lain-lain)/bertambah payah-
contoh: makalah mudarat penyakit itu

ii. Muhibah
a. Percintaan,kasih mesra
Mereka melahirkan muhibah dan kasih mesra

b. Perasaan persahabatan dan kemesraan
Bersedekah ialah satu daripada amal kebajikan yang membawa kepada teguh rasa muhibah antara satu sama lain

iii. Mujarab
Terbukti keberkesanannya seperti dapat menyembuhkan penyakit
- Ubat yang dimakan bapa amat mujarab kerana sakit kepalanya sembuh dengan segera.

- Perbincangan pihak sekolah dengan ibu bapa merupakan langkah paling mujarab untuk menangani masalah ponteng sekolah pelajar


iv. Mujarad
Tidak nampak,tidak dapat dirasa, abstrak
Unsur-unsur abstrak amat jelas dalam sajak-sajak ciptaan penyajak terkenal itu.

v. Musibah
a.Bencana,celaka, malapetaka,bala
-Janganlah kamu mencari musibah dengan melanggar perintah Allah SWT.

b. Kata makian
Ah, musibah betul mereka !

-
vi. Mustajab
a. Berjawab atau dimakbulkan doa /memakbulkan ,memperkenankan
-Ibu bapa dilarang berdoa yang tidak baik kerana doa mereka makbul

b. Mujarab
-Tindakan yang paling mustajab untuk menangani masalah jerebu ialah tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim panas.

( 1 ayat = 1 markah )
( 6 markah )

(b) Teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti jenis-jenis ayat-ayat tersebut.


i. Siapakah nama kamu?
AYAT TANYA

ii. Mereka menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas.
AYAT PENYATA

iii. Siapkan latihan yang diberi sekarang juga!
AYAR SERU

iv. Anda sudah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru?
AYAT TANYA

v. Kami mendukung sepenuhnya misi 1Malaysia.
AYAT PENYATA

vi. Semua peserta seminar dipersilakan masuk ke dalam dewan sekarang.
AYAT PERINTAH/AYAT SILAAN

( 1 jawapan= 1 markah )
( 6 markah )

Pertahian Soalan 3b dan 3 d
Tidak senaraikan kesalahan hanya beri jawapan = ½ markah setiap satu
jawapan yang betul
Senaraikan kesalahan tetapi tidak beri jawapan = 0 markah
Salin semula ayat = ditolak 50% daripada keseluruhan jawapan



(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.


i. Semua ahli keluarga menyetujui untuk mengadakan acara sendiwara pada Hari Ibu Bapa nanti .

ii. Semua penompang diminta oleh pihak pengurusan lapangan terbang agar berkumpul di balai perlepasan sejam sebelum waktu berlepas.

iii. Sudah menjadi rasmi ayam jantan akan berkokok menjelangi waktu pagi dan tengah hari.

Jawapan
Bil Kesalahan imbuhan Pembetulan Kesalahan ejaan Pembetulan
1 menyetujui bersetuju sendiwara sandiwara
2 perlepasan pelepasan penompang penumpang
3 menjelangi menjelang rasmi resmi



( 6 markah )

(d) d) Dalam perenggan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa daripada petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

Kecerlangan budi bahasa amat dititikberatkan oleh golongan dewasa sehingga tercipta pelbagai bahasa kiasan yang menggambarkan keperluan budi bahasa. Namun begitu, sikap luhur ini dilihat semakin terhakis dalam kalangan masyarakat terutama dalam golongan remaja. Para remaja lebih gemar menggunakan bahasa yang keras apabila berbual-bual malah terbawa-bawa apabila bercakap dengan orang dewasa. Oleh sebab itu, menteri perdana telah melaksanakan kempen tentang budi bahasa bagi menyedarkan masyarakat mengenai amalan yang semakin tersisih ini.

Jawapan
Kesalahan penggunaan kata atau istilah
i. keperluan - kepentingan
ii. sikap - sifat
iii. keras - kasar

Kesalahan tatabahasa

i. Para remaja - Remaja/ Golongan remaja
ii. Menteri eprdana - perdana menteri
iii. bagi - untuk



Perhatian bagi soalan 3(e)

1. Peribahasa mesti lengkap
2. Jika calon mengemukakan lebih daripada satu peribahasa, pilih
peribahasa yang paling tepat.
3. Tambah perkataan pada peribahasa, maksud masih betul – diterima.
4. Peribahasa tidak lengkap / terbalik – 0 markah.
5. Salah ejaan/tatabahasa, tolak ½ markah bagi markah keseluruhan.

(e) Baca dan isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa-peribahasa yang sesuai dan betul. Anda tidak perlu menyallin semula petikan tersebut.

Konsep 1MALAYSIA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia demi perpaduan rakyat Malaysia. Beliau mahu rakyat Malaysia hidup bersatu padu dalam segala hal umpama kata peribahasa Melayu ......................... (i) .................................................. . Rakyat Malaysia perlu faham bahawa para pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keharmonian negara ; tanggungjawab tersebut bagai ......................... (ii) ................................................. . Oleh sebab itu rakyat Malaysia perlu hidup bermuafakat seperti ........................... (iii) ...................................... agar negara terus aman.
( 6 markah )

i. Seikat bagai sireh, serumpun bagai serai.
Seliang bagai serai, sejunjung bagai sireh

ii. Beban berat senggulung batu

iii. aur dengan tebing

( 1 peribahasa= 2 markah )



Soalan 4 : Novel
15 markah

Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Markah isi maksimum 4 markah.
(iv) Markah bahasa maksimum 3 markah.
(v) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.


(b) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Markah isi maksimum 6 markah.
(iv) Markah bahasa maksimum 2 markah
(v) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(vi) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(vii) Calon yang tidak menjawab langsung, berikan 0 markah.

(a) Persoalan yang terdapat dalam novel ialah:

(i) Persoalan kegigihan mencari ibu
• Fuad berusaha mencari kubur ibu kandungnya Mariana sehingga dia sanggup pergi ke Sungai Ruan untuk menyelidiki di mana kubur ibunya.

(ii) Persoalan bertanggungjawab
• Fuad bertangung jawab menziarahi keluarganya Peter Lim dan Swee Lan yang membelanya sejak kecil.
• Fuad membawa buah tangan seperti baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau.

(iii) Persoalan pengorbanan
• Pengorbanan Fuad menjalani kehidupan bersama-sama keluarga angkat setelah mendapati dirinya muslim.

(iv) Persoalan kepentingan pendidikan
• Farhana merangka program pendidikan untuk pelajar Sekolah Menengah Seri Setia.
• Cikgu Abas, Penolong Kanan 1 berusaha mencari guru bahasa Inggeris kerana pelajar di sekolahnya lemah dalam bahasa Inggeris.
Terima mana-mana dua persoalan dan huraian – 4 markah

(b) Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni dan boleh dicontohi

• Peristiwa Fuad mencari siapa ibu kandungnya. Fuad berusaha menjejaki ibu kandungnya sehingga pergi ke Sungai Ruan bagi menyelidiki di mana kubur ibunya. Peristiwa ini menunjukkan nilai kegigihan seorang anak yang berusaha mencari ibunya.

• Peristiwa Fuad menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia Fuad menerima tawaran Cikgu Abas untuk menjadi guru bahasa Inggeris kerana memikirkan kepentingan pelajar apabila mendapati pelajar di situ lemah bahasa Ingeris. Peristiwa ini menunjukkan nilai bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat.

• Peristiwa Fuad melawat keluarga angkatnya di Raub, Pahang. Setelah lama merajuk akhirnya Fuad pergi ke rumah Peter Lim dan Swee Lan. Fuad membawa balik buah tangan seperti baju untuk bapanya baju lengan panjang berwarna kelabu bercorak harimau. Peristiwa ini menun jukkan nilai kasih sayang terhadap keluarga

Terima mana-mana tiga peristiwa dan huraian – 6 markah





PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 2009 SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU
SOALAN 1: RUMUSAN
[ 30 MARKAH ]

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.
Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang.
Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.

(Diubah suai daripada rencana Pendatang,
oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,
Oktober 2004)
_____________________________________________

SOALAN 2: PEMAHAMAN
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.



(i) Berikan maksud rangkai kata
melebarkan tumpuan.
(2 markah)

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke
Malaysia untuk bekerja?
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan rakyat
Malaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing?
(4 markah)

Soalan 2 (b) Drama

Baca petikan drama di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“ Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya,sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
“Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membantu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

(Cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi ,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009 )

i. Apakah luahan hati Adam semasa menikmati buah durian?
( 3 markah )


ii. Sekiranya anda Mikraj, apakah yang akan anda lakukan setelah melihat Israk
menepis tangan Wah?

( 3 markah )

iii. Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari
keseluruhan cerpen.
( 3 markah )




Soalan 2(c) Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Merah Silu pun bermohon pada Megat Iskandar, lalu dia pergilah membawa segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l -Nasar di Rimba Jerlun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.

(Merah Silu,
dipetik daripada Hikayat Raja-raja Pasai
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 )

i. Berikan maksud rangkai kata kerana ia sedia raja berdasarkan penggunaannya
dalam petikan.
( 2 markah )


ii. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu ketika berada di Buluh Telang?
( 3 markah )


iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara lain yang lebih wajar dilakukan oleh
Merah Silu untuk berbaik-baik dengan masyarakat tempatan selain menyabung
ayam?

( 3 markah )


Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkaulah adalah pusaka nenek moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai


( Shafie Abu Bakar,
Alam yang Hijau, 2007
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahsa dan Pustaka 2009)



i. Berikan maksud bait ketiga sajak di atas.

( 3 markah )

i. Pada pendapat anda, mengapakah perpustakaan masih tetap dikunjungi oleh
orang ramai walaupun penggunaan internet semakin popular?
( 3 markah )

ii. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

( 3 markah )



SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]


Jawab semua soalan

(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

i. mahaguru
ii. maharaja
iii. mahakarya
iv. tatatertib
v. tatatingkat
vi. tataurusan
( 6 markah )

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti , kenal pasti kerja transitif aktif transitif dan objek yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

Setiap pelajar yang akan menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia wajib menjalani ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu. Para pelajar dikira gagal dalam subjek Bahasa Melayu walaupun telah melaksanakan peperiksaan bertulis bagi subjek ini sekiranya gagal menghadiri ujian lisan ini. Kesan yang lebih buruk ialah, pelajar-pelajar dikira gagal Sijil Pelajaran Malaysia walaupun mendapat keputusan cemerlang bagi subjek-subjek lain. Oleh itu setiap pelajar perlu memandang serius akan kepentingan ujian lisan ini . Mereka tidak perlu berdolak-dalih untuk mengelakkan diri kerana perkara ini melibatkan masa depan para pelajar sendiri. Malahan kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan menghancurkan harapan tinggi keluarga.
( 6 markah )

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan imbuhan dan tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-keslahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan bagi imbuhan dan tiga kesalahan bagi ejaan.



Alam sekitar semula jadi dan bio diversiti tidak dapat berpisah-pisah. . Tanpa alam sekitar kehidupan flora dan founa tidak akan sempurna malah mengalami ancaman kepupusan. Oleh itu sebagai insan yang perihatin akan keindahan dan kepentingannya kepada semua kehidupan di muka bumi ini, kita perlu ambil tindakan-tindakan yang proaktif. Salah satu tindakan yang bijak ialah melestari keadaan semula jadi bumi ini. Segala bentuk pencemaran perlu dikurangkan malah jika mampu dihapuskan agar bumi ini kekal segar dan hijau.

( 6 markah )

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

i. Rakyat-rakyat di negara kita perlu menghayati peraturan Rukun Negara untuk merealisasikan wawasan 1Malaysia.

ii. Bila diminta oleh ibunya untuk membeli lima biji sabun, tanpa berlengah-lengah lagi Marina terus ke kedai Pak Raju.

iii. Pokok buah-buahan yang Ah Wee tanam sedang berbuah dengan lebatnya kerana telah dipercikkan baja pada setiap bulan.

( 6 markah )

(e) Baca dan teliti makna peribahasa di bawah dan berikan peribahasa yang sesuai dengan makna peribahasa itu.

i. Bilangan yang sangat sedikit.
ii. Mengambil kesempatan atau keuntungan daripada kesusahan orang lain.
iii. Susah senang bersama-sama.

( 6 markah )




SOALAN 4: NOVEL
[ 15 MARKAH ]

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah sahaja.

(a) Berdasarkan novel yang dikaji, jelaskan
kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh watak-watak sampingan dan cara-cara watak utama membantu watak-watak sampingan tersebut menyelesaikan kesulitan-kesulitan mereka.

(7 markah )

(a) Berdasarkan novel yang dikaji, huraikan dua
peristiwa penting di bahagian perleraian cerita.

( 8 markah )
____________Kertas soalan tamat______________

CADANGAN JAWAPAN

SOALAN 1: RUMUSAN
[ 30 MARKAH ]
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan kemasukan buruh asing di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengurangkan bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang luar biasa. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian sejumlah besar guna tenaga dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.
Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama-sama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak S1. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya S2. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis S3, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut S4 dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini S5. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.
Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan S6. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang S7.
Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi S8 berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras S9. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan S10 serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan S11.
Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini S12.

(Diubah suai daripada rencana Pendatang,
oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,
Oktober 2004)
_____________________________________________
PENGENALAN: ( 2 markah )

1. Petikan membincangkan implikasi negatif kemasukan buruh asing ke negara kita
( 2 m )

2. Petikan membicarakan akibat buruk kemasukan buruh asinng ke
Malaysia ( 2 m )
3. Petikan membincangkan impak kemasukan buruh asing terhadap rakyat
dan negara ini. ( 2 m )

4. Petikan membincangkan kesan kemasukan buruh asing di Malaysia
(1 m )


ISI TERSURAT ( kesan )( 2 – 12 MARKAH )

ISI JAWAPAN MARKAH
S1 berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit dan wabak
S2 kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya
S3 kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis
.
S4 kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan
untuk mengatasi masalah tersebut
S5 Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini
S6 kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan
kemudahan persekolahan
S7 Guru guru melebarkan tumpuan mencakupi anak-anak pendatang
S8 Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi
S9 kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah
tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras.
S10 Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang
besar daripada kerajaan
S11 meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada
rakyat tempatan
S12 mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini S11.


ISI TERSIRAT ( LANGKAH-LANGKAH MENGATASI)
( 2- 12 MARKAH )

ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Menggunakan lebih banyak teknologi robotik dalam sektor
perindustrian/pertanian
Menggantikan tenaga kerja manusia kepada tenaga kerja robotik berteknologi
tinggi
T2 Mewajibkan setiap majikan mengaplikasikan sistem berkerja dari rumah bagi
pekerja wanita
T3 Menyekat /mengenakan undang-undang yang tegas dan ketat kepada rakyat
Malaysia yang mahu bekerja di luar negara
T4 Mengenakan bayaran yuran/levi/deposit yang tinggi kepada majikan atau
pekerja asing yang mahu bekerja di Malaysia.
T5 Mengadakan perjanjian yang lebih tegas dengan negara asal pekerja asing
T6 Mengenakan hukuman penjara mandatori kepada majikan yang membawa masuk
pekerja asing secara haram.
T7 Menempatkan lebih banyak pos kawalan di sempadan darat dan perairan negara.

TU BAGI ISI YANG DIANGGAP HANYA ULANGAN ISI T1-T7


KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu berpadu tenaga mengawal kemasukan buruh
asing ( 1 markah )
agar/supaya
kehidupan rakyat Malaysia lebih harmoni dan selesa . ( 1 markah )
rakyat Malaysia dapat menikmati sepenuhnya keharmonian negara
( 1 markah )


SOALAN 2: PEMAHAMAN
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

- meluaskan perhatian
-memfokuskan perhatian
- memberikan perhatian
(2 markah)

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pendatang asing datang ke Malaysia untuk
bekerja?

- Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur
- faktor-faktor kedaifan hidup di negara asal
- kekurangan peluang kerja di negara asal mereka
( maksimum 3 isi =3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakkan rakyat Malaysia bekerja di sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing?

- Memberi upah yang lebih tinggi berbanding upah yang diberi kepada pekerja
asing
- Kerajaan menyediakan insentif yang menarik seperti perlindungan insurans,
perubatan setaraf kakitangan kerajaan dan kemudahan pinjaman perumahan yang
longgar.
- Menyediakan peluang melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kemahiran kepada
pekerja rakyat tempatan.
- Memudahkan pinjaman kewangan bagi belia-belia yang mahu menjadi usahawan
tani/ industri kecil.
- Mengecilkan cukai pendapatan tahunan pekerja tempatan tetapi mengenakan
cukai pendapatan yang tinggi kepada pekerja asing.
-
( maksimum =4 isi )


(4 markah)

Soalan 2 (b) Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah,dan jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
.

“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
“Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
“Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
“ Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya,sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”
Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
“Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membantu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

(Cerpen Israk oleh Erda Roslan Khairi ,
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009 )

i. Apakah luahan hati Adam semasa menikmati buah durian?

-P1 Wah membela /membesarkannya dengan hasil/penat lelah/pendapatan dari
kebun Wah sehingga dia menjadi orang yang sangat berpengaruh
sekarang.
-P2 Adam bersyukur dengan rezeki yang diperoleh dari kebun Wah.
-P3 Jika tidak dengan usaha gigih Wah, Adam mungkin hanya pekerja biasa
tapak binaan atau di ladang kelapa sawit
-P4 kita tidak akan hidup tanpa sejarah
-P5 jika tidak mengambil iktibar dari pada sejarah kemerdekaan kita akan
sentiasa melakukan kesilapan yang stereotaip

( maksumim 3 isi )


ii. Sekiranya anda Mikraj, apakah yang akan anda lakukan setelah melihat Israk menepis tangan Wah?- P1 Terus menegur perbuatan Israk secara lembut
- P2 Meminta maaf daripada Wah
- P3 Meminta Wah bersabar dengan kelakuan Israk
- P4 Mengadu tindakan Israk kepada ibu dan ayah
- P5 Berdoa agar Israk berlembut hati terhadap Wah
( maksimum 3 isi)

iii. Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan cerpen.

Pengajaran daripada petikan ( 1 pengajaran)
- P1 Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan tuhan
-P2 kita hendaklah menghormati otang tua
-P3 kita hendaklah menghargai asal usul keluarga kita

Pengajaran daripada cerpen ( 2 pengajaran )
- P1 Jangan menyombong diri/berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri.
- P2 Jangan terlalu mengagungkan budaya barat sehingga hilang jati diri sendiri
- P3 Jangan bersengketa sesama adik-beradik
- P4 Hendaklah menangani sikapagresif orang muda bijak
( maksimum= 3 isi )



Soalan 2(c) Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Merah Silu pun bermohon pada Megat Iskandar, lalu dia pergilah membawa segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung itu juga diberi seekor kerbau.
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kekanda kepada Sultan Maliku’l -Nasar di Rimba Jerlun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.
(Merah Silu, dipetik daripada Hikayat Raja-raja Pasai
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 )



i. Berikan maksud rangkai kata kerana ia sedia raja berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
- Merah Silu memang keturunan raja
- Merah Silu memang anak raja
( 2 markah )

ii. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu ketika berada di Buluh Telang?- P1 Merah Silu menyabung ayam dengan ramai juara.
- P2 Orang yang kalah bersabung ayam dipulangkan semula taruhannya
- P3 menghadiahkan seekor kerbau kepada yang datang bertaruh
- P4 Menghadiahkan seekor lembu kepada orang yang datang menonton
- ( maksimum 3 isi )
( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, apakah cara-cara lain yang lebih wajar dilakukan oleh Merah Silu untuk berbaik-baik dengan masyarakat tempatan selain menyabung ayam? - P1 Mengadakan kenduri /jamuan makan kesyukuran kerana dibenarkan
- tinggal di Buluh Telang
-P2 Menyedekahkan /mendermakan harta untuk kegunaan orang-orang
kampung yang susah.
-P3 Menziarahi penduduk-penduduk Buluh Telang untuk berkenalan
-P4 Membuka ladang ternakan kerbau dan mengambil penduduk kampung
sebagai pekerja
-P5 Membeli beberapa bidang tanah dan disumbangkan kepada penduduk
untuk diusahakan dengan tanam-tanaman bernilai komersial
-P6 Membina rumah ibadat/tempat beribadat bagi kegunaan penduduk Buluh
Telang
-P7 Menyediakan bantuan kewangan kepada penduduk yang kurang
berkemampuan.
( maksimum 3 isi )


Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkaulah adalah pusaka nenek moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai


( Shafie Abu Bakar,
Alam yang Hijau, 2007
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahsa dan Pustaka 2009)


i. Berikan maksud bait ketiga sajak di atas.-ketika berada di perpustakaan, penyajak berasa seperti orang yang terlalu sedikit ilmu yang dimilikinya. Semakin ditelaah ilmu yang ada/buku-buku yang ada di perpustakaan , penyajak semakin terasa ilmu yang dicari tidak perlu mencukupi
( 3 markah )

i. Pada pendapat anda, mengapakah perpustakaan masih tetap dikunjungi oleh orang ramai walaupun penggunaan internet semakin popular?
-P1 Bahan-bahan yang ada merupakan bahan yang lestari/ buku –buku lama
masih boleh didapati sedangkan bahan-bahan yang lama tidak terdapat di
dalam internet.
-P2 Boleh berbincang dengan rakan-rakan secara bersemuka yang
memantapkan lagi tugasan yang dibuat berbanding dengan internet yang
dibuat secara maya.
-P3 Suasana persekitaran yang menaikkan lagi keinginan untuk belajar
berbanding dengan internet yang terkurung di rumah atau terdedah
dengan persekitaran sosial yang tidak selesa di kafe siber.
-P4 Semua ahli keluarga boleh menggunakan perpustakaan bersama-sama
sebagai aktiviti keluarga berbanding internet yang hanya digunakan secara
individu sahaja.
-P5 Kesemua maklumat boleh diperoleh dari banyak bahan bertulis yang
lengkap sedangkan di dalam internet bahan-bahan hanya ditulis secara
ringkas sahaja

( maksimum 3 markah )
( 3 markah )

ii. Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak di atas.P1 Kerajinan; rajin mengunjungi perpustakan untuk memperoleh ilmu
P2 Ketekunan : tekun ke perpustakaan untuk mencari ilmu
P3 Kegigihan : Gigih berusaha agar proses menuntut ilmu berakhir dengan
kejayaan
P4 Menghargai ilmu: kita mesti menhargai peranan perpustakaan sebagai
pusat kecemerlangan ilmu
P5 Kesungguhan: bersungguh-sungguh mengerja ilmu

( maksimum 3 isi )



SOALAN 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan


(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. mahaguru
-guru yang tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti
-profesor
-ketua sesuatu kumpulan silat

ii. maharaja
-raja besar
-gelaran atau sebutan bagi orang besar

iii. mahakarya
-karya agung yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dan lain-lain)
pada sesuatu zaman
-karya terbaik yang gemilang atau karya yang dicipta darpada daya
intelek dan daya kreativiti yang tinggi

iv. tatatertib
-peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
-disiplin

v. tatatingkat
-hieraki
( salah satu peraturan ialah wujudnya tatatingkat dalam hubungan antara individu dalam sesebuah keluarga )

vi. tataurusan
-urusan pentadbiran negara

( -2 MARKAH = I AYAT YANG BETUL, TEPAT DAN GRAMATIS )
-TOLAK ½ MARKAH BAGI CALON YANG ADA MEMBUAT KESALAHAN BAHASA)
( 6 markah )

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti , kenal pasti kerja kerja aktif transitif dan objek yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

Setiap pelajar yang akan menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia wajib menjalani ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu. Para pelajar dikira gagal dalam subjek Bahasa Melayu walaupun telah melaksanakan peperiksaan bertulis bagi subjek ini sekiranya gagal menghadiri ujian lisan ini. Kesan yang lebih buruk ialah, pelajar-pelajar dikira gagal Sijil Pelajaran Malaysia walaupun mendapat keputusan cemerlang bagi subjek-subjek lain. Oleh itu setiap pelajar perlu memandang serius akan kepentingan ujian lisan ini . Mereka tidak perlu berdolak-dalih untuk mengelakkan diri kerana perkara ini melibatkan masa depan para pelajar sendiri. Malahan, kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan menghancurkan harapan tinggi keluarga.

bil kkat objek
1 menduduki peperiksaan
2 melaksanakan peperiksaan bertulis
3 menghadiri ujian lisan
4 mengelakkan diri
5 melibatkan masa depan
6 Menghancurkan harapan tinggi keluarga

2 markah bagi setiap jawapan
kkat sahaja tanpa objek = 0 markah
objek sahaja tanpa kkat = 0 markah
( 6 markah )

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan imbuhan dan tiga kesalahan ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-keslahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan bagi imbuhan dan tiga kesalahan bagi ejaan.

Alam sekitar semula jadi dan bio diversiti tidak dapat berpisah-pisah. Tanpa alam sekitar kehidupan flora dan founa tidak akan sempurna malah mengalami ancaman kepupusan. Oleh itu sebagai insan yang perihatin akan keindahan dan kepentingannya kepada semua kehidupan di muka bumi ini, kita perlu ambil tindakan-tindakan yang proaktif. Salah satu tindakan yang bijak ialah melestari keadaan semula jadi bumi ini. Segala bentuk pencemaran perlu dikurangkan malah jika mampu dihapuskan agar bumi ini kekal segar dan hijau.

BIL SALAH BETUL
1 bio diversiti biodiversiti
2 founa fauna
3 perihatin prihatin

BIL SALAH BETUL
1 ambil mengambil
2 melestari melestarikan
3 berpisah-pisah dipisahkan/berpisah

1 MARKAH BAGI SETIAP JAWAPAN BETUL
- ½ MARKAH BAGI KESALAHAN BAHASA DAN EJAAN YANG DIBUAT CALON


( 6 markah )

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.
i. Rakyat-rakyat di negara kita perlu menghayati peraturan Rukun Negara untuk merealisasikan wawasan 1Malaysia.

ii. Bila diminta oleh ibunya untuk membeli lima biji sabun, tanpa berlengah-lengah lagi Marina terus ke kedai Pak Raju.

iii. Pokok buah-buahan yang Ah Wee tanam sedang berbuah dengan lebatnya kerana telah dipercikkan baja pada setiap bulan.

SALAH BETUL

i Rakyat-rakyat Rakyat
peraturan prinsip
ii. Bila Apabila
biji ketul/buku
iii. Ah Wee tanam ditanam oleh Ah Wee
dipercikkan disiramkan

1 MARKAH BAGI SETIAP JAWAPAN BETUL
- ½ MARKAH BAGI KESALAHAN BAHASA DAN EJAAN YANG DIBUAT CALON
-


( 6 markah )

(e) Baca dan teliti makna peribahasa di bawah dan berikan peribahasa yang sesuai dengan makna peribahasa itu.

i. Bilangan yang sangat sedikit.
- Boleh dihitung dengan jariii.

ii,Mengambil kesempatan atau keuntungan daripada kesusahan orang lain.

- Menangguk di air keruh
- Menahan lukah di pergentingan


iii. Susah senang bersama-sama.
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

( 6 markah )

SOALAN 4: NOVEL
[ 15 MARKAH ]

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah sahaja.

(a) Berdasarkan novel yang dikaji, jelaskan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh watak-watak sampingan dan cara-cara watak utama membantu watak-watak sampingan tersebut menyelesaikan kesulitan-kesulitan mereka.
2 ISI = 4 MARKAH
3 MARKAH BAHASA

BIL KESULITAN WATAK SAMPINGAN
( 1 MARKAH ) WATAK UTAMA (FUAD)
( 1 MARKAH )

1 Borhan – anaknya mengalami demam panas yang kuat Menyewa kereta dan membawa borhan , isteri dan anaknya ke klinik dan membayar kos rawatan.


2 Pakcik Lim – kesempitan belanja kerana tidak lagi dibantu oleh Robert Lim yang menghadapi masalah perniagaan/ tidak dapat membayar yuran peperiksaan anak-anaknya Fuad menanggung semua perbelanjaan persekolahannya dan yuran peperiksaan anak-anak Peter Lim

3 Farhana menghadapi kesukaran mendapatkan bas untuk pulang ke Kuantan Fuad menghantar Farhana pulang ke Kuantan dengan keretanya

4 Farhana terpaksa menjaga ibunya yang berpenyakit lelah di Hospital Tuanku Ampuan Afzan Fuad segara datang ke Kuantan untuk membantu Farhana menjaga ibunya yang sakit dan menjenguk adik-adik Farhana di rumah .

5 Cikgu Abbas , GPK Sekolah Menengah Seri Setia menghadapi masalah pelajar-pelkajar tingkatan lima yang lemah dalam subjek bahasa Inggeris/ kekurangan guru bahasa Inggeris Fuad menjadi guru sandaran bahasa Inggeris untuk membantu Cikgu Alias mengatasi maslah pelajar-pelajar tersebut.

6 Mak Salmah sangat berkecil hati dan marah akan Fuad sehingga tidak mahu bercakap-cakap dengannya kerana Fuad telah melarikan Sofea ( anak angkatnya ) untuk dipulangkan kepada kelaurga asalnya/

Fuad sentiasa cuba mengambil hati Mak Salmah dengan membantu nya mencari kayu di hutan untuk dibuat kayu api bagi memasak air.
Fuad sentiasa berusaha memenangi semula hati Mak Salmah dengan memberi bantuan seperti membelikan sebidang tanah/ sebuah motosikal
.
7 Mak Salamah tidak dapat menerima takdir tuhan tentang kematian Sofea kerana mak Salamah menganggap Sofea mati kerana perbuatan Fuad
Fuad membawa pulang Farhana untuk diperkenal kepada Mak Salmah dengan harapan Mak Salmah akan dapat melupakan kesedihannya

1 masalah = 1 markah
1 penyelesaian = 1 markah

Perhatian
i.Calon hanya memberi jawapan tentang masalah watak sampingan berikan 1 markah

ii.Calon hanya memberi jawapan tentang cara watak utama menyelesaikan masalah watak sampingan tanpa memberi contoh kesulitan watak sampingan berikan 0 markah
- Contoh ; Fuad menghantar Farhana pulang ke Kuantan dengan keretanya = 0
markah

(7 markah )

(b) Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam novel yang dikaji.
3 isi = 6 markah ; 1 isi = 2 markah
2 markah bahasa
1 isi ;mesti mengandungi 1 persoalan dan 1 contoh/huraian
Calon tidak boleh memasukkan nama-nama watak dan latar dalam persoalan = 0 markah
Contoh: Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu iaitu Mariana terhadap anaknya Fuad = 0 markah

Jawapan yang tepat
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sepanjang hayat. ( 1 markah )
Mariana tetap kasih dan sayang akan Abdul Halim( Fuad ) anaknya yang berpisah dengannya sejak 27 tahun yang lalu. ( 1 markah )
1 isi = 2 markah

Persoalan tanpa contoh/huraian = 1 markah
Contoh/huraian tanpa persoalan = 0 markah

Contoh: Mariana tetap kasih dan sayang akan Abdul Halim( Fuad ) anaknya yang
berpisah dengannya sejak 27 tahun yang lalu. = 0 markah


1 Kasih sayang ibu sepanjang hayat; Mariana sentiasa terkenang dan amat sayang akan Fuad walaupun sudah 27 tahun berpisah

2 Kasih anak terhadap ibu; Farhana amat menyayangi ibunya Mariana dan sanggup bercuti untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital

3. Tanggungjawab terhadap profesion ; Cikgu Abas amat komited dan bertanggungjawab dengan tuganya sebagai GPK SMK Seri Setia. Dia sanggup berjumpa Fuad untuk memintanya menjadi guru sandaran bahasa Inggeris bagi mengatasi kelemahan pelajar-pelajar tingkatan Lima dalam subjek bahasa Inggeris.

4. Kasih sayang guru terhadap pelajar; Fuad sanggup mengadakan kelas bimbingan di kantin sekolah untuk pelajar-pelajar tingkatan Lima demi melihat mereka Berjaya dalam bahasa Inggeris

5. Amanah dalam melaksanakan tugas' Farhana amat komited menjalankan tugasnya sebagai ketua panitia Bahasa Inggeris,
Cikgu Zamani seorang guru yang tidak amanah dan sering mengabaikan tugas mengajar/ponteng kelas mengajar.

6 Ketaatan terhadap perintah agama; Pak Mail sangat taat mengerjakan solat di surau kampung bersama-sama penduduk yang lain

7 Tanggungjawab ketua keluarga; Fakhrudin amat bertanggungjawab terhadap isterinya Mariana dan anak-anak mereka. Dia membelikan sebuah rumah untuk Mariana dan anak-anak di Taman Tas Kuantan

---------------------------------------------------------------------------------------

PEPERIKSAAN DAN UJIAN 2011

1. UJIAN 1 TINGKATAN 4 (MAC 2011)

SOALAN UJIAN


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan.
a)  Tulis dua ayat daripada setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda   faham  
     akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
     menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
     khas.

        i.            ikembali
      ii.           ii. sendi
    iii.           iii. rusuh

[ 6 markah ]


 b )  Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

          Fuad mendapat tawaran kerja daripada Cikgu Abas. Cikgu Abas menawarkan pekerjaan sebagai guru sandaran kepada Fuad. Fuad mengajarkan subjek Bahasa Inggeris. Fuad membantu Farhana merancangkan  program-program peningkatan  penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan lima dan tiga. Akan tetapi Cikgu Zamani berasa tidak perlu diadakan program-program seperti itu. Sikap Cikgu Zamani menyebabkan Cikgu Abas amat marah. Sikap negatif itu tidak sepatut ada dalam diri seorang pendidik.

 [6 markah]

c.) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan  imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan imbuhan  bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.
                                i.            Para petani menggunakan jentetuai yang diimport dari negara Jepun untuk mentuai padi.

                              ii.            Hamoglobin ialah sejenis protein yang terkandung zat besi , terdapat dalam sel darah merah manusia.

                            iii.            Susu yang baharu dibeli oleh ibu pagi tadi mulai masam kerana tidak disimpan di dalam peti   sejuk.
[ 6 markah ]
d) Dalam perenggan  di bawah terdapat SATU  kesalahan penggunaan kata atau istilah dan SATU kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada SATU  kesalahan penggunaan kata atau istilah dan SATU  kesalahan tatabahasa daripada petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

                         i.            Daun semalu yang banyak tumbuh di kawasan padang rumput akan mengecil ketika  disentuh atau bila tiba waktu malam.

                       ii.            Semua permohonan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pelajaran tinggi boleh dibuat secara atas talian mulai bulan Mac ini.

                     iii.            Cheng Huat Kopitiam yang amat terkenal itu telah melebarkan cawangan pertamanya di sini.
[ 6 markah]

e) Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa-peribahasa di bawah

                         i.            senyum kambing
                       ii.            kata periuk belanga hitam
                     iii.            yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang
[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel
15 markah

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang anda kaji jawab soalan-soalan berikut.
a. Huraikan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak-watak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
[7 markah]
b. Jelaskan nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah ]

SKEMA JAWAPAN

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan.
a)  Tulis dua ayat daripada setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda   faham  
     akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
     menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
     khas.

        i.            Kembali
-pergi ke tempat asal:
Encik Ali sudah kembali ke rumah.

-semula   ( buat kali kedua dan seterusnya): 
Kita akan bersekolah kembali pada akhir bulan Mac nanti.
Kini saya berada kembali di kampung

      ii.            Sendi
-tempat ruas tulang
Akibat terlampau takut, menggeletar segala sendi anggotanya.

-          Tempat bersambung dua benda yang boleh dilipat-lipat ( pintu dan lain-lain )
Besi tebal yang baharu dijadikan sendi untuk pintu yang hampir tertanggal daripada dinding kerana besi yang lama telah berkarat dan reput.

-          Dasar,asas, lunas, pegangan
Pegangan agama yang teguh merupakan sendi kepada kekuatan jiwa seseorang.

    iii.            Rusuh
-khuatir, sedih, susah
-tidak tenang hati
Semalam-malaman hatinya rusuh.....

-terganggung ketenteraman (kerana perbuatan jenayah seperti pencurian)
Keadaan ekonomi yang begitu buruk menyebabkan negara kami rusuh sekali

-          huru-hara, kacau, rebut
Negara itu menjadi rusuh selepas pemberontakan oleh rakyatnya.

-          Tidak sopan ( kelakuan, perkataan )
Bahasa  pemuda itu rusuh benar kerana dia sedang marah

-          Kasar ( permainan bola sepak dll)
Sikap rusuh pemain bola baling itu mendapat teguran daripada pengadil pertandingan

-          Tidak berperaturan, ceroboh
 Rusuh benar makanannya, apa-apa saja dimakannya.

-          Tidak tenteram fikiran, gelisah
Hati Fuad tidak lagi rusuh setelah bertemu dengan ibunya.
.


[ 6 markah ]


 b )  Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

          Fuad mendapat tawaran kerja daripada Cikgu Abas. Cikgu Abas menawarkan pekerjaan sebagai guru sandaran kepada Fuad. Fuad mengajarkan subjek Bahasa Inggeris. Fuad membantu Farhana merancangkan  program-program peningkatan  penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan lima dan tiga. Akan tetapi Cikgu Zamani berasa tidak perlu diadakan program-program seperti itu. Sikap Cikgu Zamani menyebabkan Cikgu Abas amat marah. Sikap negatif itu tidak sepatut ada dalam diri seorang pendidik.


         
BIL
KATA  KERJA TRANSITIF
KATA KERJA TAK TRANSITIF
1
menawarkan
mendapat
2
membantu
mengajar
3
merancangkan
berasa
4
menyebabkan
ada

Mana-mana tiga
Mana-mana tiga


 [6 markah]

c.) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan  imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan  dan satu kesalahan imbuhan  bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.
                                i.            Para petani menggunakan jentetuai yang diimport dari negara Jepun untuk mentuai padi.
jentetuai  - jentuai
mentuai   - menuai

                              ii.            Hamoglobin ialah sejenis protein yang terkandung zat besi , terdapat dalam sel darah merah manusia.
hamoglobin  -hemoglobin
terkandung – mengandungi

                            iii.            Susu yang baharu dibeli oleh ibu pagi tadi mulai masam kerana tidak disimpan di dalam peti   sejuk.
baharu  - baru
masam  - memasam
[ 6 markah ]
d) Dalam perenggan  di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa daripada ayat-ayat  di bawah. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

                         i.            Daun semalu yang banyak tumbuh di kawasan padang rumput akan mengecil apabila disentuh atau bila tiba waktu malam.
mengecil  - menguncup
bila          - apabila

                       ii.            Semua pemohonan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pelajaran tinggi boleh dibuat secara atas talian mulai bulan Mac ini.
pelajaran – pengajian
atas talian – dalam talian

                     iii.            Cheng Huat Kopitiam yang amat terkenal itu telah melebarkan cawangan pertamanya di sini.
Cheng Huat Kopitiam  - KopitiamCheng Huat
melebarkan                  - membuka
[ 6 markah]

e) Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa-peribahasa di bawah

                         i.            senyum kambing
senyum yang dibuat-buat untuk mengejek

                       ii.            kata periuk belanga hitam
orang yang memburukkan orang lain sedangkan diri sendiri buruk juga

                     iii.            yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang
keuntungan/kemewahan dll. datang daripada pelbagai punca
[ 6 markah ]

Soalan 4 : Novel
15 markah

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang anda kaji jawab soalan-soalan berikut.
a. Huraikan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak-watak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
bil
Masalah
Cara penyelesaian/kebijaksanaan watak-watak
1
Cikgu Zamani tidak masuk mengajar di kelas Tingkatan 3 masa Geografi
Cikgu Abas memberi teguran dan amaran kepada guru yang tidak masuk ke kelas lanjutan  dalam mesyuarat guru. Dia berjanji akan memberi hanya 25 waktu mengajar sahaja kepada guru tersebut. Guru itu juga tidak akan memegang jawatan khas dan  guru kelas.
Pengetua, Tuan Haji Samad mengingatkan guru-gurunya bahawa program yang dilaksanakan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi. Dia bertanya sama ada gaji guru dipotong kerana tidak masuk ke kelas. Dia meminta guru-guru meneruskan kelas lanjutan dan jangan membuat sebarang spekulasi.
2
Mak Salmah tidak bertegur sapa dengan Fuad kerana kematian Sofia
Fuad terus bersabar walaupun sudah lima bulan Mak Salmah tidak bercakap dengannya. Fuad mengambil hati Mak Salmah dengan membelikan sebidang tanah kepada suaminya.   Akhirnya Mak Salmah dapat menerima keikhlasan  Fuad dan menerimanya sebagai anak angkatnya.
3
Penduduk Kampung Danau Seberang marah akan tindakan Fuad melarikan Sofia kemudian menyebabkan kematian Sofia
Fuad menziarahi semua penduduk kampung Danau Seberang semasa hari raya Aidilfitri pertamanya untuk mengambil hati mereka.
4
Cubaan Cikgu Zamani menarik Fuad untuk menyertai jemaahnya
Fuad bertanya sebab keperluan berada dalam pelbagai jemaah sedangkan semuanya memperjuangkan Islam untuk mengelakkan dirinya daripada menyertai jemaah yang dianjurkan oleh Cikgu zamani
5.
Fuad mahu mendapatkan bahan bukti seperti cincin perkahwinan bapanya Robert Lim dengan Mariana sedang dia masih tidak mahu bertemu Robert Lim
Fuad meminta Peter Lim, bapa saudaranya menghubungi Robert Lim untuk menyampaikan hajatnya itu.
6.
Robert Lim tidak dapat bertemu dengan Fuad di rumah Pak Ismail untuk menyerahkan cincin perkahwinannya dengan Mariana
Robert Lim, Chin dan Pak Ismail terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan untuk bertemu Fuad pada malam itu juga bagi menyerahkan cincin perkahwinannya kepada Fuad
7
Anak Borhan mengalami demam panas yang kuat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ibu bapanya  berada di Kelantan
Fuad menyewa sebuah kereta dan membawa Borhan, Masnah dan anak mereka Muhammad Alif ke Klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu untuk menerima rawatan
8.
Fuad tidak pasti sama ada ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman ialah ibunya juga
Fuad menceritakan kisah ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman kepada Robert Lim ketika Robert Lim sampai di wad dan meminta Robert Lim mengenal pasti identiti Mariana. Robert Lim mengesahkan ibu Farhana ialah ibu Fuad sebaik sahaja keluar dari wad tersebut.
9.
Farhana bertengkar dengan Cikgu Zamani kerana Farhana menegur Cikgu Zamani yang tidak masuk ke kelas lanjutan malah menghasut guru penasihat PBSM agar tidak hadir pada hari kokurikulum.
Fuad yang baru masuk ke bilik guru, terus meminta Farhana memberhentikan pertengkaran dan mengajak Farhana ke kantin bagi menenangkan Farhana. Semasa di kantin Fuad mengusik Farhana dengan memintanya senyum. Hal ini menyebabkan Farhana ketawa dan gembira semula.









[7 markah]
b. Jelaskan nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel Melunas Rindu yang dikaji, nilai kemasyarakatan yang pertama ialah tanggungjawab. Cikgu Abas menjalankan tugasnya sebagai Guru Penolong kanan dengan penuh tanggungjawab iaitu meminta Fuad menjadi guru sandaran bahasa Inggeris di sekolahnya bagi para pelajar tingkatan tiga dan lima yang lemah penguasaan bahasa Inggeris sedangkan mereka akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Nilai kemasyarakatan yang kedua ialah setia kawan. Fuad amat mengambil berat tentang Farhana. Dia segera ke Kuantan untuk melihat keadaan ibu Farhana yang dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah malah bersama-sama Farhana menjaga ibu Farhana di hospital pada malam itu.
Nilai kemasyarakatan yang ketiga ialah kerjasama. Fuad dan Farhana bekerjasama merancang program bagi panitia Bahasa Inggeris di SM Seri Setia iaitu bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan tiga dan lima. Fuad mencadangkan program ”English Personel Guidance” kepada Farhana.


ilmu Allah SWT sebar-sebarkan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan