DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Selasa, 23 November 2010

NOVEL TINGKATAN 5-KABUS DI PERBUKITAN-LATAR




LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT
LATAR MASA


1. 1. LATAR TEMPAT
Bagi memudahkan pemahaman tentang lokasi , penggunaan peta amat digalakkan
Peta lokasi boleh dicari melalui Googles MAP

CARANYA
Klik pada Gets Destinations

PETA 1: UNTUK MENGESAN LALUAN Faridah ke Bukit Fraser dan Raub
TAIP
A. SUNGAI BESAR SELANGOR MALAYSIA
B. BUKIT FRASER, PAHANG MALAYSIA
C. RAUB , PAHANG , MALAYSIA

PETA 2: UNTUK MENGESAN KEDUDUKAN FARIDAH SELEPAS
HILANG DI
DALAM HUTAN SEHINGGA DIBAWA KE HOSPITAL
HUKM

TAIP
A. SUNGAI BESAR, SELANGOR
B. KUALA KUBU BARU, SELANGOR
C. BUKIT FRASER, PAHANG
D. BUKIT KUTU, SELANGOR
E. KAMPUNG SUNGAI DUA, KARAK,BENTONG, PAHANG , MALAYSIA
F. HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KU
ALA LUMPUR

PETA 3: UNTUK MENGESAN NAMA-NAMA TEMPAT YAN
G DISEBUT DALAM DIALOG ANTARA AMAH SITI DAN FARIDAH
TAIP
A. A. BUKIT KUTU
B. B. BUKIT BUJANG
C. C..KUALA SELANGOR
D. D.TELUK ANSON


TANDAKAN LOKASI YANG DITEMUI DALAM PETA DI BAWAH
DI MALAYSIA

1.SUNGAI BESAR SELANGOR- KAMPUNG PARIT TIGA
- KAMPUNG SUNGAI HAJI DORANI PARIT SATU
SUASANA – SEBUAH PERKAMPUNGAN MELAYU
-KAWASAN PERTANIAN; SAWAH, KEBUN KELAPA, PERUSAHAAN
HASIL LAUT


LOKASI SUNGAI BESAR
PEMANDANGAN KAWASAN KAMPUNG DI SUNGAI BESAR

DI RUMAH SALMAH
- Rahayu dibawa pulang oleh Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.
- Jenazah Rahayu disemadikan di Sungai Besar


2. BUKIT KUTU







TINGGALAN BANGLO DI BUKIT KUTU
- Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
-kawasan hutan yang sangat tebal
-kawasan rizab hidupan liar sejak zaman British
-Kamarudin dan Buyung memulakan tugas mencari Faridah di sini
PAPAN NOTIS: BUKIT KUTU SEBAGI RIZAB HIDUPAN LIAR


Bukit Fraser ke Bukit Kutu

PEKAN SUNGAI KUBU
- Berdekatan Bukit Kutu
- Tempat perniagaan


SUNGAI DUA

HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM, CHERAS)

- Tempat Rahayu dirawat di wad merah jambu kerana menghidap kanser paru-paru.

DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
- Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
- Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi ( bawah sedar )
- Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma.
- Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma.

MARANG TERENGGANU

-
Tempat tinggal Melina dan Benny
- Benny bekerja di Trengganu
- Banglo Melina di hadapan pantai Marang


CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
- Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
- Kawasan peranginan tanah tinggi kegemaran pelancong
- Berdekatan dengan tanah Tinggi Lojing , Gua Musang, Kelantan
- Tempat pertemuan semula Faridah dengan Azrul (teman sekuliah Rahayu)
- Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons.
- Banyak bangunan kolonial British


TANAH TINGGI LOJING
-
500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat
agropelancongan tanah tinggi.
- Usahasama Soleh Johnsons.

SUNGAI DUA

-Perkampungan orang asli
-Faridah dan Iqbal ditemui merayau-rayau di Sungai Dua oleh penduduk
Orang Asli
-Kamarudin dan Buyung bertemu Faridah yang tidak sedar diri di rumah Tok
Batin Senik.
BANGLO MILIK MELINA DI MARANG
-Tempat tinggal Melina di Malaysia
-terletak di hadapan Pantai Marang Terengganu
-tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia



DI NEW ZEALAND

1. ROSEWOOD , CHRISTCHURCH
- Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun
- Berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons )
- Pusat penternakan kambing biri-biri
2. AUCKLAND
- Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan
- Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean


DUBAI


-tempat kelahiran Benny
-tempat Melina melahirkan anak pewaris empayar minyak An Anbia
Family Limited Company ( Said An Anbia )
-tempat tinggal Melina dan Benny
LATIHAN : LAKARKAN LALUAN YANG DITEMPUHI OLEH FARIDAH
DARI SUNGAI BESAR HINGGA KE HOSPITAL UKM


2.LATAR MASYARAKAT
a. Masyarakat Melayu di perkampungan Melayu
-Faridah dan Salmah tinggal di Kampung Parit Tiga , Sungai
Besar Selangor
-Salmah seorang pesawah di Sungai Besar

b. Masyarakat Petani/Penternak
- Soleh Johnsons seorang penternak berjaya di Christchurch, New Zealand. Memiliki Pusat Penyembelihan Hijrah untuk orang Islam di New Zealand
- Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar

c. Masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan
- Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut
- Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di temapat tinggalnya semasa hari Raya

d. Masyarakat Melayu di bawah penjajahan British
- Masyarakat Melayu semasa penjajahan British ditadbir oleh Tuan Cecil Renking
- Menjalankan aktiviti perlombongan di Hulu Sungai Selangor

e. Masyarakat Islam yang radikal dan agresif
- Mohd. Attar seorang lelaki keturunan Arab yang berpandangan radikal dan terlibat dalam gerakan militant Islam

f. Masyarakat berbilang bangsa dan budaya
- Muslim berbangsa Eropah di Cameron Highlands seperti
Yusuf Jensen (Belanda),Musa Surray (Scotland), Ahmad Raffles (Australia) dan Ariff Carlsons (Britain)
- Muslim Arab di Malaysia seperti Benny dan Mohd. Attar
- Melayu-Inggeris iaitu Melina dan Anne

g. Masyarakat yang prihatin
- Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah (anaknya) menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri.
- Seorang wanita di masjid di Pekan Batang Kali bertanya Melina tentang perjalanannya ketika melihat Melina seorang diri di situ.

h. Masyarakat yang bertanggungjawab
- Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun sudah hampir 14 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya itu.
- Pasukan Perhilitan, orang asli Senoi Praak, Ketua Inspektor Aznil dari Polis Diraja Malaysia , Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan RELA menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu dalam Ops PDK.

i. Masyarakat berpendidikan tinggi
-Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia.
-Anne penuntut tahun dua universiti di Christchurch
-Benny mendapat pendidikan di London.

j. Masyarakat Penyayang
-Faridah dan Mastura berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat mendidik anak-anak istimewa.
-Faridah menyayangi anak-anak istimewa Iqbal.

k. Masyarakat yang menyayangi alam sekitar
§ Soleh Johnsons tidak mahu menebang pokok-pokok balak yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing semata-mata untuk memajukan kawasan peranginannya.
§ Pokok merbau dan tualang dikekalkan walaupun kos pembinaan kpusat peranginannya meningkat.
§ Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu menjalankan pertanian di Tanah Tinggi Lojing kerana aktiviti tersebut akan merosakkan alam semula jadi.
§ Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan pusat peranginan
§ berkonsepkan agropelancongan.

l. Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu
- Datuk Azrul tinggal di kampung dan mengusahakan sektor pertanian walaupun bergelar siswazah
- Datu Azrul sentiasa berpesan kepada Zain agar pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di New Zealand.
- Faridah masih makan masakan Melayu daan menyediakan masakan kari untuk akeluarganya di New Zealand.
- Faridah sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya.
- Faridah masih mengekalkan panggilan nama Idah walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand
- Faridah pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun merantau di New Zealand.

m. Masyarakat yang longgar pegangan agama
- Melina minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya
- Benny mengaku bahawa dia meminum arak walaupun dilarang oleh agama Islam.
- Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak

n. Masyarakat yang taat akan agama
- Faridah taat mengerjakan solat Subuh dan tahajud

3. LATAR MASA

Waktu Pagi
- Rahayu bangun pada pukul 6.00 pagi dan terasa sakit di leher
- Rahayu tiba di perpustakaan pukul 8.00 pagi
- Rahayu pengsen di perpustaakaan
- Faridah dan Iqbal mendapat kemalangan pad masa yang sama rahayu pengsan
- Salmah meninggal dunia pada subuh pagi selepsa faridah selesai menunaikan solat Subuh
- Faridah mengelamun di rumahnya di Rosewood, Christchurch ,New Zealand- merindui Senmenanjung Malaysia.
- Kamarudin dan Buyung meneruskan perjalanan ke Sungai Dua dari Bukit Kutu untuk menjejaki Faridah dan Iqbal
- Benny tergesa-gesa meninggalkan rumahnya di Marang setelah mendapat berita tentang penangkapan Mohd. Attar.
- Zain berbual dengan ayahnya Datuk Azrul tentang kemajuan sektor pertanian, masalah tenaga buruh di sektor pertanian dan hasratnya berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu.

Waktu malam
- Salmah mengadakan bacaan yasin diketuai Pak Imam Sohod setelah mendengar berita kehilangan Faridah.
- Khadijah meyakinkan Melina bahawa dia tetap orang Melayu walaupun tidak dilahirkan di Malaysia.

Sebulan
- Faridah dan Iqbal hilang selama sebulan di hutan sebelum ditemui di Sungai Dua oleh orang Asli .

Masa penjajahan British
- Faridah dan Iqbal berada di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Baru semasa zaman penjajahan Inggeris. Bertemu dengan Tuan Cecil Renking, magistret dan pemungut cukai bagi pihak Sultan Selangor.

25 tahun selepas berhijrah ke New Zealand
- Faridah bersuamikan Soleh Johnsons dan mempunyai dua orang anak kembar Anne dan Melina
- Anak-anaknya bertemu jodoh dengan orang Arab dan Melayu
- Faridah pulang dan menetap di Malaysia

25 tahun sebelum berhijrah ke New Zealand
- Faridah tinggal di Sungai Besar bersama-sama ibu
- Berkahwin dengan Ghazali
- Suaminya Ghazali meninggal setahun selepas ibunya Salmah meninggal.

9 ulasan:

  1. cikgu, saya copy ini juga ya? terima kasih :)

    BalasPadam
  2. cikgu terima kasih..:) dgn adanya blog cikgu ni saya boleh buat kerja sekolah saya,..
    terima kasih sekali lagi cikgu.:)

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana membantu kami...

    BalasPadam
  4. terima kasih cikgu..sangat2 membantu! :)

    BalasPadam
  5. kedai buku di kwsan tempat tinggal saya sudah khabisan stok utk ulasan novel kabus di perbukitan..saya perlu bentangkan esok hari kat skola..bila sy search d blog sini,,memang sgt2 membantu..trima kasih cgu..:)

    BalasPadam
  6. minta izin ckgu untuk copy yer....

    Terima kasih... moga ckgu panjang umur dan dimurahkan rezeki ... :)

    BalasPadam
  7. minta izin ckgu untuk copy yer..

    terima kasih.. moga2 Allah S.W.T panjangkan umur dan murahkan rezeki ckgu .. :)

    BalasPadam