DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Ahad, 28 November 2010

SOALAN UJIAN TINGKATAN 4 2010


1. UJIAN 2

2. UJIAN 3




UJIAN 2

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

UJIAN 2

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

MASA : 1 JAM

Markah keseluruhan : 50 markah

SOALAN 1

( 9 MARKAH )


Baca syair di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Syair Definisi Orang Berakal

Orang berakal sangatlah mulia,

Pakaian anbia dan aulia,

Barang siapa mengikut dia,

Itulah tanda orang bahagia.


Kerana ia akalnya tajam,

Menjadi kepala bela bermacam,

Jikalau mata melihatkan kejam,

Disebutlah jalannya ia tersunjam.


Telek pandangan dengan makrifat,

Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,

Tiada mengasihi orang yang jahat,

Takut akhirnya menjadi fazihat.


Sebagai lagi tanda orang berakal,

Perintah syarak tidak menyangkal,

Menjauhkan tamak hendak tawakal,

Ibanya tahu dunia tak kekal.



Jika ia dikasihi raja,

Tiadalah ia melanja-lanja,

Tiadalah menyombong pada bekerja,

Dengan taulannya bersamaan sahaja.


Apabila raja kasih sangat,

Makin itu ia ingat,

Segala taulannya hatinya dihambat,

Merendahkan diri serta khidmat.



Demikian lagi dengar olehmu,

Tanda berakal kasihkan ilmu,

Suka mentelaah tiadalah jemu,

Mencari kupasan jangan tersemu.



Abu Hassan Sham (Penyelenggara ) Puisi-puisi Raja Ali Haji , 1993 Dewan Bahasa dan Pustaka



i. Berikan maksud

Kerana ia akalnya tajam,

Menjadi kepala bela bermacam,

Jikalau mata melihatkan kejam,

Disebutlah jalannya ia tersunjam

( 3 markah )


ii. Jelaskan sebab-sebab sikap suka menyembunyi ilmu ialah perbuatan yang tidak wajar diamalkan oleh seseorang pelajar.


( 3 markah )


iii. Nyatakan TIGA sifat murni orang yang berilmu.

( 3 markah )




2. Berdasarkan novel Melunas Rindu yang dikaji, terdapat tiga nilai kemanusiaan dalam novel tersebut.

( 8 markah )

=============== kertas soalan tamat ==============

____________________________________________

SOALAN 2

( 34 MARKAH )

Pengetahuan tatabahasa dan kemahiran bahasa

a. Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan tersebut sebagai peribahasa, kata nama khas dan menukar atau menambah imbuhan.

Bina ayat dari kata pinjam Bahasa Inggeris

i. autokrasi

ii. birokrasi

iii. klasifikasi

iv. konservasi

v. preskripsi

( 5 markah )



b. Teliti frasa-frasa yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah . Anda dikehendaki menulis semula frasa dan mengkategorikan jenis frasa-frasa tersebut.

i. Kain yang dibeli terlalu mahal.

ii. Anak-anak Ah Chong semuanya menjadi walaupun hidup Ah Chong serba kekurangan.

iii. Qaseh ke Kota Bharu pada malam ini.

( 6 markah )

c.Tukarkan AYAT-AYAT TERBITAN di bawah menjadi AYAT DASAR.

i. Ketika menziarahi nenek di kampung kami sekeluarga mendapat berita bahawa Pak Long akan berhijrah ke Jeddah pada bulan Ramadan nanti.

(Kami sekeluarga /mendapat berita bahawa Pak Long akan berhijrah ke Jeddah pada bulan Ramadan nanti ketika menziarahi nenek di kampung.

Kami mendapat berita

ii. Ke manakah kamu pergi pada petang semalam semasa saya sampai ke rumah kamu?

iii. Semua pelajar perlu jujur apabila merekod maklumat ke dalam buku rekod pembacaan NILAM.

( 6 markah )



d. Kenal pasti POLA AYAT INTI bagi ayat-ayat di bawah

i. Saya seorang pelajar.

ii. Ibu dan ayah /sedang berbual-bual di serambi rumah.

iii. Kain tudung yang baru dibeli oleh kakak /sangat cantik coraknya.

iv. Untuk Anizah sempena hari lahirnya buku berjudul “Nota Fikir Untuk Zikir” .

( 8 markah )



e. Berikan makna peribahasa yang sesuai dan tepat bagi peribahasa-peribahasa di bawah.

i. makan angkat

ii. ringan tulang

iii. duduk seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang

iv. duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak

( 8 markah )

___________________________________________________________



UJIAN 3

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

MASA : 1 JAM

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI HALAMAN BERCETAK

JAWAB SEMUA SOALAN

KERTAS INI MENGANDUNGI 2 SOALAN:

I. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

II. PEMAHAMAN

_____________________________________________________

SOALAN 1: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

( 42 MARKAH )

PANDUAN PENANDAAN

Kesalahan ejaan ditolak dan tanda baca½ markah bagi keseluruhan Soalan 1 a)

a) Bina dua ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menggunakannya sebagai peribahasa, kata nama khas dan menukar atau menambah imbuhan bagi kata-kata tersebut.

i. Kasar

ii. Ketam

iii. Karat

iv. Kena

( 8 markah )

b) Teliti ayat-ayat di bawah, kenal pasti dan senaraikan semula perkataan-perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat tersebut sama ada terdiri daripada frasa atau klausa.

i. Ibu sedang memasak di dapur semasa saya sampai ke rumah.

ii. Ayah menyuruh saya mengunci pintu sebelum masuk tidur.

iii. Lim telah menjadi terkenal kerana memenangi peraduan melukis semalam

iv. Saya akan bertolak ke Bandung dengan menaiki pesawat Air Asia.

v. Bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia.

vi. Memancing telah menjadi kegemaran keluarga Muthu .

vii. Nenek amat gembira apabila cucunya berjaya dalam pelajaran.

viii. Pada setiap tahun , kami sekeluarga berhari raya di kampung.

( 1 jawapan betul = 1 markah)

( 8 markah )

c). Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan imbuhan dan kesalahan ejaan.

Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan bagi imbuhan dan satu kesalahan bagi

ejaan bagi setiap ayat.

Panduan permarkahan

i. Montej yang digunakan oleh penerbit rancangan televisyen yang popular itu telah berjaya menarik ramai penonton yang berdiri daripada golongan remaja.

ii. Pemungut hasil tanah boleh melelong tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dalam tempuh tertentu kerana tidak mematuhi perjanjian yang telah dibuat

iii.

iv. Anis ditantang oleh kedua-dua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang seperti adik-beradiknya yang lain walaupun dia sentiasa meluka perasaan mereka.

v. Amelia mengefakskan surat kepada pengurus syarikat tersebut menggunakan mesin feksimili yang baru dibeli olehnya.

vi. Seorang penceramah mesti mempunyai ketrampilan dan keyakinan semasa menyampaikan pengucapan di hadapan khalayak ramai.

( 10 markah )

d. Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin semula ayat.

i. Oleh kerana kita sentiasa dikelilingi oleh udara yang tiada dapat dipandang, dirasa dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya udara itu.

ii. Encik Leong seorang pejabat ketua yang sangat tegas dan amat dihormati oleh semua para pekerjanya.

iii. Bagi melazatkan lagi ayam panggangnya , Mak Tom memerapkan ayam tersebut dengan satu kilogram buah badam yang telah dikisar halus-halus.

iv. Ekspedisi menaiki Gunung Kinabalu akan dilakukan oleh segerombolan pelajar dari sekolah ini pada pertengahan tahun hadapan.

v. Datang mereka tidak untuk bermusuh sebaliknya hendak berbaik-baik maka adalah tidak wajar kita bersifat acuh tidak acuh terhadap mereka.

( 10 markah )

e. Baca dan teliti makna peribahasa di bawah dan berikan makna yang tepat bagi peribahasa-peribahasa di bawah.

i. Sudah jatuh di timpa tangga

ii. Bagai aur dengan tebing

iii. Berjalan sampai ke batas belayar sampai ke pulau

iv. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

v. Ringan mulut

vi. Berat tulang

vii. Besar-besar hati

viii. Rendah diri

( 8 markah )

SOALAN 2

( 8 MARKAH )

Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.

Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruh lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata Seraya katanya, “Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu raksasa itu!”

Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”

Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”

Panduan permarkahan

Soalan i

2 markah bagi jawapan yang tepat dan tiada kesalahan bahasa

1 markah bagi jawapan yang tepat tapi terdapat kesalahan bahasa yang jelas

Kesalahan bahasa amat jelas beri 0 markah

i. Berikan maksud rangkai kata bercintakan dirinya.

ii. Apakah peristiwa yang berlaku apabila Indera Nata sampai di tepi laut ?

( 3 markah )

iii. Sekiranya Indera Nata berada pada zaman ini, apakah kelebihan-kelebihan yang mesti dimilikinya jika ingin berjaya?

( 3 markah )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan