DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 2 Disember 2010

NOVEL TINGKATAN 5 - KABUS DI PERBUKITAN-LATIHAN KENDIRI

LATIHAN KENDIRI

Soalan 4 Kertas 2 Bahasa Melayu ialah soalan tentang novel yang dikaji oleh pelajar-pelajar.

Terdapat dua soalan yang ditanya

4a. Kemahiran berfikir (7 markah )

4b. Berasaskan aspek sastera yang dikaji dan dianalisis (8 markah )

Markah keseluruhan ialah 15 markah daripada 115 markah keseluruhan Kertas 2 Bahasa Melayu


Latihan 1


A Tema dan persoalan

a. Huraikan tema novel yang anda kaji.

b. Jelaskan persoalan dalam novel yang anda kaji.

c. Jelaskan persoalan-persoalan berikut

i. Persoalan tentang tanggungjawab

ii. Persoalan tentang ketaatan

iii. Persoalan tentang kasih sayang


B.Watak dan perwatakan

a. Jelaskan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji

b. Watak utama sering digambarkan mempunyai kelebihan berbanding watak-watak lain. Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak-watak lain dalam novel yang anda kaji.

c. Watak utama digambarkan menjadi pendorong kepada kejayaan hidup watak-watak sampingan yang lain. Huraikan berdasarkan novel yang anda kaji.

d. Berdasarkan novel yang dikaji, huraikan peranan golongan dewasa yang terdapat dalam novel tersebut.


C.NILAI DAN PENGAJARAN

a. Jelaskan tiga nilai murni dalam novel yang anda kaji.

b. Jelaskan tiga nilai kasih sayang dalam novel yang anda kaji.

c. Jelaskan tiga nilai kecekalan dalam novel yang kaji.

d. Jelaskan tiga jenis nilai dalam novel yang dikaji.

e. Berdasarkan novel yang dikaji, jelaskan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam hidup anda.

f. Berdasarkan novel yang dikaji jelaskan nilai berbudi bahasa dan kesannya kepada anda.


A. PLOT

a. Jelaskan tiga peristiwa penting dalam peleraian cerita.

b. Jelaskan unsur suspens dan kejutan dalam novel yang dikaji

c. Berdasarkan jalan cerita dalam novel yang dikaji, ramalkan peristiwa-peristiwa yang mungkin berlaku 10 tahun kemudian.


B. LATAR

a. Jelaskan tempat yang melatari peristiwa-peristiwa penting dalam novel.

b. Jelaskan lokasi-lokasi yang menjadi tanda wujudnya penjajah dalam novel yang dikaji.

c. Jelaskan ciri masyarakat yang terdapat dalam novel yang dikaji.

d. Jelaskan persamaan latar masyarakat di dua tempat tinggal Faridah.

2 ulasan:

  1. ckgu , tkde ke watak sampingan dan perwatakan ?

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu.. sebab sediakan ini.. yeaah,..

    BalasPadam