DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 16 Disember 2010

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU- PROSA TRADISONAL- HIKAYAT LANGLANG BUANA

Hikayat Langlang Buana

Sebahagian ringkasan daripada goesprih.blogspot.com

Raja Indera Bumaya ialah seorang raja keturunan manusia. Raja Indera Buyama terlihat gambar Kesuma Dewi dalam mimpinya lalu berusaha mencari Kesuma Dewi. Semasa mencari Kesuma Dewi Raja Indera Bumaya bertemu dengan seorang puteri peri bernama Cendera Lela Nur lela. Tetapi pertemuan tersebut menimbulkan salah sangka kepada Johan Syah Peri tunangan Cendera Lela Nur Lela lalu mereka berperang. Tetapi, akhirnya mereka menjadi sahabat. Raja Indera Bumaya pun berangkat mencari jalan untuk ke kayangan.

Johan Syah Peri berpesan agar mengingat dan menyeru namanya jika mahukan pertolongan walaupun di mana-mana Raja Indera Bumaya berada.

Raja Indera Bumaya berjalan ke arah matahari jatuh berdasarkan panduan yang diberi oleh Johan Syahperi. Dalam perjalanan Raja Indera Bumaya melihat kekayaan Allah SWT yang cantik-cantik. Akhirnya Raja Indera Bumaya bertemu dengan sebuah padang yang sangat luas dan terdapat sebuah tasik yang sangat luas seperti laut.

Raja Indera Bumaya berjalan menuju ke arah tasik tersebut. Kelihatan tasik berombak-ombak. Pokok-pokok bunga dan buah-buahan dan ikan-ikan di dalam tasik menyambut kedatangan Raja Indera Bumaya dengan berpantun.

Raja Indera Bumaya bermain-main di tepi tasik lalu tertidur di bawah sepohon kayu beringin di atas batu hampar. Pada ketika itu peri iaitu penunggu tasik datang menghampiri Raja Indera Bumaya.

Tasik itu sebenarnya, dimiliki oleh seorang lagi peri bernama Raja Baharum Dewa yang memiliki kerajaan yang sangat besar . Raja Baharum Dewa mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik yang tidak dibenarkan oleh Raja Baharum Dewa berkahwin dengan bangsa jin, mambang dan dewa-dewa. Nama puterinya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berusia 14 tahun.

Peri bertanya tentang asal usul Raja Indera Bumaya lalu diceritakan oleh Raja Indera Bumaya bahawa dia berasal dari negeri Lela Gambar dan anak kepada Maharaja Indera Kuci. Raja Indera Bumaya dijemput tinggal di rumah peri . Baginda dibawa oleh peri itu ke rumahnya. Setelah sampai, Raja Indera Bumaya dijamu makan dan minum.

Di rumah nenek terdapat sebuah taman lantas Raja Indera Bumaya bertanya tentang taman tersebut setelah selesai makan dan minum. Peri memaklumkan taman tersebut ialah taman anak kepada Raja Baharum Dewa yang sangat cantik bernama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Raja Indera Bumaya teruja untuk melihat tuan puteri tersebut.

Peri memberitahu Raja Indera Bumaya bahawa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi akan ke taman tersebut untuk mandi tiga hari lagi.


KISAH DALAM ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU BERMULA DARI SINI

Isu penting dalam kisah Raja Indera Buyama ini ialah kebijaksanaan menggunakan akal fikiran untuk mencapai hajat dan cita-cita.

Kebijaksanaan merupakan elemen penting untuk mencapai kejayaan.

Dalam setiap kehidupan, manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada mendapat pertolongan orang lain untuk mencapai kejayaan.


SINOPSIS


KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI

Inangda kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu baginda bahawa ia bermimpi langit berpayung bulan dipagar bintang lantas dijawab oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa dia juga bermimpi diselimut oleh karangan bunga. Baunya pula belum hilang dan masih lekat di tubuhnya. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi menyampaikan hasratnya untuk memiliki bunga tersebut.

Dayang-dayang baginda memberitahu Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa baginda akan bersuami. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengajak inangda ke taman untuk mandi. Segala kelengkapan mandi seperti bedak dan langir disediakan oleh dayang-dayang perwara.

Setelah pagi, Tuan Puteri Ratna Mandu Dewi dan dayang-dayang turun ke taman di rumah peri.



KISAH DI RUMAH PERI

Kedatangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dimaklumkan oleh peri kepada Raja Indera Buyama . Raja Indera Buyama diminta menyembunyikan diri.

Sebaik sahaja Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sampai ke taman , baginda terus bertanya kepada peri tentang keadaan rumah peri yang kelihatan seperti ada didatangi tetamu. Tetapi peri memberitahu bahawa tikar bantal yang kelihatan seperti telah digunakan itu digunakan oleh peri sendiri pada waktu malam.

Seterusnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir tetapi tidak menyedari diperhatikan oleh Raja Indera Buyama.

Ketika Tuan Puteri Indera Buyama turun mandi di kolam, Raja Buyama turun ke tepi kolam dan berselindung di belakang pokok kemunting. Rja Indera Buyama terus menukar dirinya menjadi seekor burung bayan yang terlalu cantik;
i. Mata daripada intan
ii. Bulu pusparagam ( pelbagai warna )
iii. Kaki daripada emas
iv. Suara sangat merdu.

Burung bayan hinggap di pohon kemunting dan mengeluarkan suara yang sangat merdu dan didengari oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu terpandang burung bayan di atas pokok kemunting. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memerintah dayang-dayangnya menangkap burung bayan tersebut tetapi gagal lantas Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi disarankan untuk menangkap sendiri burung bayan tersebut.

Sebaik sahaja Tuan Putri Mandu Ratna Dewi naik dari kolam; burung bayan terus hinggap di tangannya.
Burung bayan dibawa pulang ke rumah peri . Peri bertanya tentang burung bayan tersebut dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi memberitahu burung bayan diambil dari pokok kemunting.

Burung bayan terbang dari tangan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi lalu berpantun lantas ditanya oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tentang asal usulnya.

Burung bayan memberitahu dia berasal dari negeri LELA GAMBAR iaitu sebuah daerah di sebelah matahari naik.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bertanya tentang negeri LELA GAMBAR dan diberitahu oleh bayan bahawa neberi LELA GAMBAR sangat besar dan rajanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Raja Indera Buyama yang sangat berbudi bahasa dan bijaksana serta sangat tampan. Bayan memberitahu Raja Indera Buyama ialah tuannya.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi meminta bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama lantas bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyaman dengan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela. Kisah peperangannya dengan Raja Johan Syahperi dan perkahwinan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela dengan Raja Johan Syahperi.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi ingin mengetahui sama ada Raja Indera Buyama akan sampai ke tempat peri. Bayan berasa yakin Raja Indera Buyama akan sampai ke situ.

KISAH DI MAHLIGAI TUAN PUTERI MANDU RATNA DEWI

Bayan dibawa pulang ke mahligai Tuan Puteri mandu Ratna Dewi dan dikurung di dalam sangkar yang dibuat daripada
i. Emas sepuluh mutu
ii. Bertatah ratu mutu manikam berumbai-umbai seperti mutiara

Pada waktu malam burung bayan keluar dari sangkar lalu menghadap Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Sebaik sahaja bayan berada di hadapannya, bayan ditanya tentang kedatangan tuannya Raja Indera Buyama.

Bayan memaklumkan bahawa Rja Indera Buyama akan datang pada masa itu juga. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat gembira kerana baginda terlalu ingin melihat Raja Indera Buyama.

Selepas berkata-kata, bayan menukar rupanya menjadi burung nuri lantas berpantun. Sebaik sahaja mendengar pantun tersebut, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa Raja Indera Buyama seorang raja yang bijak lalu bertanya tentang kedatangan Raja Indera Byuama sekali lagi.

Nuri terus meyakinkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bahawa Raja Indera Buyama sudah hampir tiba. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sabar-sabar untuk melihat wajah Raja Indera Buyama lalu meminta nuri menunjukkkan rupa Raja Indera Buyama. Setelah menunjukkan wajah Raja Indera Buyama dengan sayapnya , nuri bertukar menjadi sekuntum bunga. Melihat keadaan tersebut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus mengambil bunga tersebut lalu diciumnya. Ketika itu nuri bertukar menjadi seorang pemuda yang sangat tampan.

Sekali lagi,Tuan Puteri Mandu Ratna mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama apabila melihat keajaiban nuri menukar diri menjadi seorang lelaki yang sangat tampan. Pada masa itu juga, Raja Indera Buyama kembali menukar dirinya yang asli. Melihat kehadiran Raja Indera Buyama di hadapannya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa malu dan mahu melarikan diri. Akan tetapi ditahan oleh Raja Indera Buyama

Dayang-dayang juga mengakui kebijaksanaan Raja Indera Buyama setelah melihat kejadian-kejadian tersebut.

Raja Indera Buyama dijemput bersantap bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan bersuka ria bersama-sama dayang-dayang inang pengasuh sehingga riuh rendah bunyinya.

SEBENARNYA, mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sebenarnya dikawal siang dan malam oleh
i. Empat orang menteri
ii. Empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai

Bunyi riuh rendah didengari oleh oleh hulubalang lalu diadukan kepada empat orang menteri
Setelah itu menteri keempat mengadu hal tersebut kepada Raja Bahrum Dewa melalui biduanda.

Aduan biduanda menimbulkan kemarahan Raja Bahrum Dewa lalu memerintah empat puluh hulubalang dan segala rakyat mengepung Raja Indera Buyama yang berada di dalam mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pada waktu malam itu.

Melihat mahligai dikepung Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang berasa cemas kerana tahu ayahandanya Raja Bahrum Dewa sangat marah. Raja Indera Buyama memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi agar tidak meninggalkannya. Pada masa yang sama, semakin ramai orang yang mengepung mahligai sehingga mencemaskan inangda.

Apabila hari hari hampir siang Raja Indera Buyama mencita gemala pemberian Raja Johan Shahperi lalu menjelmalah empat orang yang lengkap bersenjata lalu diperintahnya untuk berperang dengan Raja Baharum Dewa tetapi tidak dibenarkan membunuh sesiapa. Banyaklah rakyat Raja Bahrum Dewa yang tewas dan tertangkap oleh orang suruhan Raja Indera Buyama. Ada yang melarikan diri kerana tidak sanggup ditangkap oleh empat orang suruhan Raja Indera Buyama tersebut.

Hal tersebut dimaklumkan kepada Raja Baharum Dewa iaitu;
i. 200 orang hulubalang melarikan diri
ii. 20 orang hulubalang tertangkap
iii. Seorang orang suruhan Rja Indera Buyama boleh mengalahkan beribu-ribu hulubalang Raja Baharum Dewa.

Apabila mendengar perkara tersebut Raja Bahrum Dewa berasa marah lantas memerintah segala rakyat berkampung sekali lagi untuk menangkap Raja Indera Buyama.

Melihat keadaan mahligai yang dikepung sekali lagi, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berasa amat takut kerana mengetahui ayahandanya Raja Baharum Dewa sangat marah. Tetapi dipujuk oleh Raja Indera Buyama . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi terus menyatakan cintanya terhadap Raja Indera Buyama. Mendengar pengakuan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, Raja Indera Buyama terus mencita gemala hikmat pemberian Raja Johan Shahperi lalu keluar empat ribu jin dari gemala hikmat tersebut.

Raja Indera Buyama lantas memerintah empat ribu jin tersebut berperang dengan rakyat Raja Baharum Dewa.

Peperangan yang besar terjadi sehingga banyak darah tumpah ke bumi dan tasik indera bergegar kerana peperangan tersebut.


LATIHAN KENDIRI

i. Berikan maksud
a) Bulan dipagar bintang
b) Bulu itu daripada pusparagam

c) Buah pala buah rumbia,
Santapan puteri dinihari;
Sungguhpun jauh tanah manusia,
Segeralah kami mendapatkan dia.

ii. Sekiranya anda Raja Baharum Dewa, jelaskan tindakan yang akan anda ambil setelah mendengar aduan daripada biduanda.

iii. Pada pendapat anda mengapakah bayan menceritakan kisah Raja Indera Buyama kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?

iv. Jelaskan tindakan yang lebih rasioanal yang perlu dilakukan oleh Raja Indera Buyama setelah mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dikepung oleh hulubalang Raja Baharum Dewa.

5 ulasan:

  1. salam , berbanyak terima kasih ingin saya ucapkan , entri ini amat membantu saya menyampaikan sinopsis hikayat langlang buana ini kepada temanteman sekelas ,
    terima kasih sekali lagi . :)

    BalasPadam
  2. adakah blog ini belum lengkap sepenoh nya ?

    BalasPadam
  3. ada jawapan tak? untuk latihan kendiri

    BalasPadam