DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 16 Disember 2010

ANTOLOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU- SAJAK- DIRGAHAYU BAHASAKU (AHMAD SARJU)

DIRGAHAYU BAHASAKU

Ahmad Sarju


Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.


Bahasa itu maruah bangsa

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.


Cekal dan waja semanagt pejuangku

hak bangsaku memilikimu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.


Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dank e selatan bahsaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.


Dirgahayu bahasaku

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bernama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.


( September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)


ANALISIS SAJAK

Secara keseluruhan , sajak ini membicarakan isi hati penyajak tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Penyajak amat menyayangi bahasa Melayu/ bahasa kebangsaan

Penjayak mengajak pembaca dan seluruh rakyat berusaha mendaulatkan bahasa kebangsaan

Penyajak amat berbangga dengan kehebatan bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa lingua franca seperti yang tercatat dalam sejarah negara.

Penyajak berharap bahasa kebangsaan menjadi bahasa antarabangsa yang digunakan di seluruh dunia

Penjayak berharap bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu

Penyajak berharap agar bahasa kebangsaan menjadi alat untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat dan global.

Penyajak berharap bangsa Melayu mampu menempa kejayaan pada alaf baru melalui kehebatan bahasa Melayu.


TEMA

Semangat cinta akan bahasa kebangsaan


PERSOALAN

i. Status Bahasa Melayu sebagai kebangsaan yang tinggi kedudukannya di hati rakyat.

ii. Bahasa menggambarkan maruah dan jati diri bangsa

iii. Kecekalan hati dan semangat pejuang bahasa untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara sendiri

iv. Sejarah kegemilangan bahasa kebangsaan di persada dunia

v. Kehebatan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

vi. Keupayaan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa global

vii. Bahasa Melayu yang dipenuhi ciri tatasusila dan budi bahasa yang tinggi.

viii. Cita-cita /hasrat/seruan kepada rakyat agar berusaha bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu


NILAI

i. Semangat cinta akan bahasa kebangsaan/bahasa Melayu.

Penyajak amat menyayangi bahasa kebangsaan sehingga meletakkan tempatnya di atas singgahsana (satu kedudukan yang tinggi )

ii. Kecekalan

Pejuang-pejuang bahasa amat cekal memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

iii. Kasih dan sayang

Penyajak amat menyayangi bahasa kebangsaan dan mahu setiap rakyat memartabatkan bahasa kebangsaan di hati masing-masing.


PENGAJARAN

i. Kita mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri

ii. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguhb meninggikan kedudukan bahasa kebangsaan

iii. Kita mesti yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu

iv. Kita mesti berusaha menempa kejayaan tanpa meminggirkan kepentingan bahasa kebangsaan

v. Kita mesti menghargai sejarah kegemilangan bahasa kebangsaan seperti yang tercatat dalan sejarah negara dan berusaha mengulanginya semula



LATIHAN KENDIRI

i. Berikan maksud


Tempatmu di singgahsana

hati nurani bangsamu


ii. Huraikan kisah yang tersirat dalam rangkap sajak di bawah


Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan

ke barat ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.


iii. Jelaskan harapan penyajak terhadap bahasa kebangsaan berdasarkan sajak di atas.


iv. Jelaskan langkah-langkah yang dapat anda ambil untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

1 ulasan:

  1. content dalam blog nie bagus tapy tak de button follow . macam masne nak follow'

    BalasPadam