DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Sabtu, 15 Oktober 2011

NOVEL- PROGRAM JAWAKHIR 2011 BAHASA MELAYU 2 ,NEGERI JOHOR

1.NOVEL  : MELUNAS RINDU -HARTINI HAMZAH
                    KABUS DI PERBUKITAN- MOHD. KHOLID HAMZAH


NOVEL  1
Soalan 4:         Novel
[15 markah]
Jawab  soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)                 Papa... ( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusuf
(ii)               Renyah karya Gunawan Mahmood
(iii)             Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)             Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(v)               Interlok karya Abdullah Hussain
(vi)             Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii)           Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(viii)         Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a)    Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .
                                                                                  ( 7 markah )

NOVEL MELUNAS RINDU
                       
JAWAPAN
1.      Danau Seberang
Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.

2.      Di surau, Danau Seberang
      Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah

3.      Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
Fuad berkhidmat  sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.

4.      Rumah Peter Lim di Sungai Ruan
Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.
Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup.  Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya .
Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya

5.      Perkampungan Felda Lembah Klau
Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.
Mariana dan Pak  Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah  Bentong.

6.      Kampung Sedili – terletak di Kuala lipis
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

7.      Kawasan Perumahan Taman Mas,  Kuantan
Terletaknya rumah Farhana dan di sinilah Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana
 
8.      Taman Syahbandar
Di sinilah letaknya sebuah restoran yang bernama Restoran Terapung Taman Syahbandar. Fuad makan bersama-sama dengan Farhana di restoran ini bagi meraikan hari lahir Farhana.

9.      Rumah  Cikgu Zamani
Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat
 Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.
 Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu
Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana

10.  Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.


11.  Lapangan Terbang KLIA
Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
 Robert Lim turut hadir untuk  mengucapkan selamat jalan dan  memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka


KABUS DI PERBUKITAN

1.      Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia
Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.
Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.

2.      Bukit Fraser
Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.
Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.

3.      Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.
Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi
 ( bawah sedar)
Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma

4.      Di  Bukit  Kutu
Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di  Bukit Kutu untuk mencari  Faridah.

5.      Di Perkampungan Orang Asli Temuan
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik

6.      Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu
Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Mereka telah diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti.

7.      Sungai Besar, Selangor
Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.
Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar

8.      Rosewood, Christchurch
Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)
Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh.
Pusat penternakan kambing biri-biri

9.      Auckland, New Zealand
Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis  pelan
Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean. Pertemuan ini telah membawa mereka ke jinjang pelamin

10.  Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Melina dan Benny menginap di hotel mewah ini setelah tiba dari new Zealand kerana Benny mempunyai urusan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Operasi Syarikat Al-Jabbar

11.  Marang, Terengganu
Tempat tinggal Melina dan Benny selama 2 tahun
Banglo Melina di hadapan pantai Marang. Melina suka akan pemandangan laut kerana cuacanya lebih nyaman dan banyak menghabiskan masanya dengan melukis.
Tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

12.  Kampung Parit 13
Tempat tinggal Azrul dan di sinilah Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian

13.  Cameron Highlands
Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
Tempat pertemuan semula Faridah dengan Datuk Azrul (Teman sekuliah Rahayu).
Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwinan antara Anne dan Zain
Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff  Carlsons

14.  Tanah Tinggi Loging
500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi

15.  Di Emirate Hotel, Dubai.
Melina dan Soleh Johnson ke sini untuk menemui Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.
NOVEL 2
Set 1

Soalan 4  :  Novel
( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-


(i)                 PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

 (ii)                Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii)             Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv)             Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)               Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi)             Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii)           Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii)         Interlok karya Abdullah Hussain

a)       Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan novel yang anda kaji
( 7 markah )


 Set 2

Soalan 4  :  Novel
( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-


(i)                 PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii)                Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii)             Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv)             Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)               Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi)             Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii)           Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii)         Interlok karya Abdullah Hussain

a)      Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji
( 7 markah 

Set 3

Soalan 4  :  Novel
( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:-


(i)                 PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof


(ii)                Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii)             Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv)             Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)               Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

(vi)             Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(vii)           Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii)         Interlok karya Abdullah Hussain

b)       Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel.  Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita dalam novel-novel tersebut.

( 8 markah )
Jawapan Set 1

Novel M. Rindu
a)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

-          Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.

-          Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak.  Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

-          Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.

-          Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.


Novel Kabus Di Perbukitan
a)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

-          Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit Kanser.

-          Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunaJawapan



Set 2

Novel M. Rindu
a)      Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:

-          Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah  mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.

-          Peristiwa di lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang.  mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci.  Dia mungkin akan menyusul kemudian




Novel Kabus di Perbukitan

a)      Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:
b)       
-          Peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.

-          Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons  di New Zealand. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.

-          Peristiwa di Cameron Highland.  Faridah dan Datin Aishah sering menghantar juadah masakan atau  mempelawa mereka makan bersama-sama.  Kadang kala mereka  masak bersama-sama hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.
           

Jawapan Set 3


Novel M. Rindu
b)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

-          Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.

-          Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak.  Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

-          Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.

-          Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.


Novel Kabus Di Perbukitan
b)      Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:

-          Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit kanser.

-          Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung. 


NOVEL 3

Soalan 4 :
[15 markah]


SOALAN :

Berdasarkan sebuah novel  yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam  novel tersebut.



SKEMA JAWAPAN :  

MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah


Peristiwa menarik dalam novel ialah :

1.   Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad).  Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.

Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.


2.   Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan.  Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.

Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.


3. Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur.  Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik.

Peristiwa ini memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak  dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang  berbudi pekerti mulia.


4. Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana.  Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu.  Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun ke-24’ kepada Farhana.

Peristiwa ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta.  Farhana senang dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.


5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya.  Mariana   dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma).  Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.

Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.  Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.


6. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan  bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan  dia dan Fuad saling berpelukan.

Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.


7. Peristiwa Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.


SKEMA JAWAPAN


KABUS DI PERBUKITAN  karya Mohamad Kholid bin Hamzah

Peristiwa menarik dalam novel ialah

1.   Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar.  Faridah berada pada zaman lampau.  Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.

Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya.  Faridah  merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.


2.   Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar.  Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus.  Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu.  Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.

Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.


3.   Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand. 

 Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari Sungai Besar, Selangor.


4.   Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai.  Benny terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu.  Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai.

Pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.


5.   Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin  dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.


6.      Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.

Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya.  Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu.  Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.



7.   Pertemuan antara Zain dan Anne di Christchurch, New Zealand  ketika Zain cuba membaiki  kereta Anne yang  rosak

Pertemuan itu telah memutikkan bibit-bibit cinta yang akhirnya mengikat mereka dengan hubungan suami isteri yang mengembalikan semula nostalgia yang begitu bermakna bagi dua buah keluarga iaitu keluarga Faridah dan Datuk Azrul.



8.   Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.


NOVEL 3
SET 1
(NILAI & PENGAJARAN)
(a)    Berdasarkansebuah novel yang andapelajari, jelaskan  dua  peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai-nilaikemanusiaan.                                                 [7 markah]
NOVEL MELUNAS RINDU
         Novel yang saya  kaji ialahNovel MelunasRindu.
Peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang tanah dan  motosikal untuk bapa angkat bercucuk tanam dan  memudahkan pergerakannya.  Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang Fuad terhadap bapa angkatnya.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.  Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai  keberanian  yang ada pada  Farhana dalam menegur perbuatan rakan sekerjanya.
Peristiwa ketiga ialah peristiwa Fuad yang bersedia memikul tanggungjawabnya sebagaiabang kepada Farhana dan adik-adiknya setelah mengetahui ibu Farhana ialah ibu kandungnya.  Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwa ini ialah nilai tanggungjawab abang terhadap adik-adiknya yang berlainan bapa.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Farhana dan Fuad yang sering bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kerjasama yang wujud dalam warga pendidik untuk meningkatkan prestasi anak-anak  didik mereka.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
         Novel yang sayakajiialahNovel Kabus Di Perbukitan.
Peristiwapertamayang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangakan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.  Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang ibu iaitu Salmah terhadap anaknya, Rahayu.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana gigih menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnson.  Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kegigihan yang ada pada Faridah dalam menjalani kehidupan di rantau orang.
Peristiwa ketiga ialah peristiwa Melina berani memandu  seorang diri dari Marang, Kuala Trengganu ke Cameron Highlands untuk bertemu ibunya, Faridah.  Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwaini ialah nilai keberanian.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

NOVEL – NILAI & PENGAJARAN
SET 1
(b)   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel .                              [8 markah]

   Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan lima ialah novel Kabus di Perbukitan.
Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel  Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa angkatnya. Contoh peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang tersebut ialah Fuad yang menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah.  Fuad telah membeli tanah daripada Awang Sojar dan ditukarmilik kepada Pak Ismail. Fuad juga membawa ibu dan bapa angkatnya menunaikan umrah.Manakala nilai kasih sayang dalam novel Kabus di Perbukitan pula  ialah kasih sayang antara ibu dengan anak. Sebagai contoh, Faridah yang begitu menyayangi kedua-dua anaknya dengan sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan didikan agama untu kanak-anaknya, Anne dan Melina.
Nilai kasih sayang kedua dalam novel Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung.  Buktinya, Farhana segera pulang ke Kuantan setelah mengetahui ibunya dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah dan sanggup tidur di hospital untuk menjaga ibunya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, kasih sayang ibu terhadap anak tirinya Rahayu yang dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Buktinya, peristiwa Hamidah segera bersetuju dengan saranan doctor supaya ujian biopsi dilakukan terhadap Rahayu yang mungkin menghidap kanser untuk mengesahkannya dan supaya Rahayu cepat sembuh. 



NOVEL MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN
NOVEL – NILAI & PENGAJARAN
SET 2
(a)    Berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel  tersebut?                                                                    [7 markah]
Novel MelunasRindu
       Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindu.
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah patuh pada perintah Tuhan.  Sebagai contoh Fuad ke surau untuk solat berjemaah dan mengaji al-Quran dengan Pak Ismail.
       Pengajaran kedua ialah kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan.  Sebagai contoh, Fuad pergi ke rumah bapa saudaranya yang berlainan agama, iaitu Peter Lim dan berjanji menanggung belanja persekolahan anak-anaknya, iaitu Ah Soh dan Mei Lin.
       Pengajaran seterusnya ialah kita mesti menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima realiti bahawa mereka ialah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat.
Novel Kabus Di Perbukitan
       Novel yang sayakajidalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.
Pengajaran pertama ialah  kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati terbuka. Sebagai contoh, Azrul dapat menerima takdir kematian  Rahayu yang menghidap penyakit kanser.
Pengajaran kedua ialah kita hendaklah berhati-hati memilih kawan.  Sebagai contoh,  Benny berkawan dengan Mohamed Attar terpaksa menyembunyikan diri kerana kawannya itu terlibat dalam aktiviti keganasan.
       Pengajaran seterusnya ialah sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.  Sebagai contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.


NOVEL – NILAI & PENGAJARAN
SET 2
(b)   Nilai kegigihan ialah nilai murni yang sering dipaparkan oleh penulis novel dalam karya mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kegigihan daripada setiap novel itu.              [8 markah]

Novel yang sayakajidalamtingkatanempatialahNovel MelunasRindudandalamtingkatan lima ialahNovel Kabus di Perbukitan.
       Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat nilai kegigihan seorang anak mencari ibunya. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mencari ibunya sehingga berjumpa, setelah mengetahui bahawa ibu kandungnya masih lagi hidup. Berkat kegigihan Fuad, akhirnya dia bertemu semula dengan ibunya yang dicarinya selama ini.Manakala berdasarkan novel Kabus di Perbukitan terdapat nilai kegigihan melakukan sesuatu perkerjaan. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.
       Nilai kegigihan yang kedua dalam novel Melunas Rinduialah nilai kegigihan seorang saudara baru dalam mendalami agama Islam.  Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mendalami agama Islam dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail.  Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitanialahnilai kegigihan seorang wanita meneruskan kehidupan di rantau orang.  Nilai ini terdapat pada watak Faridah yang gigih menjalani kehidupan di New Zealand.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan