DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Khamis, 28 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 11: SUASANA BAHARU

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 11: SUASANA BAHARU
SINPOSIS

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun  tetapi ditolak oleh Tauke Ong.  Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti.

Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka  berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal.

Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra  dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal.  Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim.  Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual-bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya .

Malam  itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan  mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang  umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. 

Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya.  Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. 

Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

PERSOALAN

1. GOLONGAN MUDA YANG BIJAK MERANCANG WAKTU DAN MASA DEPAN
Lazim menghabiskan masa lapangnya semasa menunggu keputusan peperiksaan STPM dengan mengail ikan di parit dan menjualnya untuk menambah duit poket
Lazim menghabiskan waktu malam dengan berbual-bual dengan Haikal di rumah Haikal tentang arwah ayah Haikal daripada melepak di beteng.

2. TANGGUNGJAWAB ANAK MENUNAIKAN AMANAH IBU DAN BAPA
Haikal terus berjumpa Abang Bidin dan Abang Salleh bagi mempelajari cara-cara mengurus kebun kelapa sawit setelah Tauke Ong menyerahkan kebun tersebut kepadanya kerana itulah pesanan arwah ayahnya kepada Tauke Ong.

3. PENYESUAIAN DIRI DALAM SUASANA DAN BUDAYA KEHIDUPAN DI TEMPAT BARU
Dalam masa seminggu Haikal sudah dapat berkenalan dengan beberapa orang remaja kampung dan paling rapat dengan Lazim. 
Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu di tepi parit.
Haikal terpukau dengan suasana pagi kampung yang riuh dengan kicauan beburung murai yang riang dan nyaring.

WATAK DAN PERWATAKAN
1.HAIKAL
Mudah mesra
Dalam masa seminggu di Kampung Seri Purnama, Haikal diajak memancing oleh bererapa orang remaja kampung. Mereka bersedia meminjamkan pancing kepada Haikal
Haikal berkawan rapat dengan Lazim dan mereka bermalam bersama-sama di rumah Haikal.

BERHEMAH TINGGI
Mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana sanggup membahagiakan arwah ayahnya dengan membenarkan ayahnya mencurahkan kasih sayang kepada Swee Hwa kerana perpisahannya dengan Haikal.

BERTANGGUNGJAWAB
Haikal seorang anak yang bertanggungjawab. Sebaik sahaja Tauke Ong menyerahkan kebun kelapa sawit kepadanya, Haikal terus berjumpa dengan dua orang pekerja kebun itu , Abang Salleh dan Abang Bidin untuk meninjau dan belajar  cara mengurus kebun kelapa sawit.


2.LAZIM
Anak Haji Salim
Sebaya dengan Haikal
Sedang menunggu keputusan STPM
Hobi mengail ikan puyu
Pandai menari zapin
Anak murid kepada arwah ayah Haikal
Berkawan rapat dengan Haikal

RAJIN
Lazim rajin mengail ikan puyu pada masa lapang untuk menambah duit poketnya.

SUKA MEMBANTU
Lazim berjanji untuk membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi mencari lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.

3.ABANG SALLEH DAN ABANG BIDIN
Pekerja yang mengambil upah menjaga kebun kelapa sawit Haikal
Askar pencen

BERDISPLIN
Menurut Tauke Ong, kedua-duanya sangat sistematik semasa menjaga kebun kelapa sawit. Mereka menjaga kebun dengan baik sekali. Kebun di baruh sangat bersih dan kemas. Pelepah-pelepah dipotong dan disusun dengan kemas dan elok.

NILAI
NILAI KEMANUSIAAN

1.KERAJINAN
Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit kampung itu.

2.KETANGGUNGJAWABAN
Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut mereka menyabit buah kelapa sawit.
Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haikal dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.

PENGAJARAN

1. KITA HENDAKLAH MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN AGAR SEGALA TUGAS MENJADI MUDAH
Haikal menerima nasihat Tauke Ong agar belajar mengurus sendiri kebun kelapa sawit ayahnya lalu terus sahaja berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin untuk mendapat ilmu cara-cara mengurus kebun kelapa sawit.

2. KITA HENDAKLAH PANDAI MENGGUNAKAN MASA LAPANG AGAR TIDAK MENYUSAHKAN IBU BAPA
Lazim menggunakan masa lapangnya menunggu keputusan STPM dengan mengail ikan puyu dan dijual dengan harga RM10.00 sekilogram bagi mengisi duit poket kerana tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapanya.

3. SEBAGAI ORANG BARU KITA MESTILAH PANDAI MENYESUAIKAN DIRI AGAR DISENANGI OLEH MASYARAKAT SEKELILING
Dalam masa seminggu Haikal sudah boleh bergaul rapat dengan beberapa orang remaja kampung dan dia paling rapat dengan Lazim yang sebaya dengannya. Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu pada waktu petang.

4. KITA MESTI BIJAK MEREBUT PELUANG AGAR MUDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
Haikal dengan senang hati menerima permintaan Lazim untuk bermalam di rumahnya kerana dia yakin ada sesuatu yang Lazim mahu diceritakan oleh Lazim kepadanya.
Ø Pada malam itu Lazim bercerita rahsia balai raya kampung yang perlu Haikal tahu jika mahu tahu tentang arwah ayahnya.
Ø Lazim juga menasihati Haikal agar berkawan rapat dengan Swee Hwa kerana Swee Hwa amat rapat dengan arwah ayahnya. Lazim yakin Swee Hwa banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal.
Ø Haikal menggunakan peluang masa bersarapan dengan Swee Hwa di pekan untuk bertanya tentang hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui bahawa dialah tempat arwah ayah Haikal mencurahkan kasih sayang seorang ayah.




LATAR
LATAR MASA
1. SEMINGGU 
Haikal telah mewarisi semua harta arwah ayahnya iaitu kebun kelapa sawit, kebun getah, rumah dan akaun bank.
Haikal mahu Tauke Ong terus mengurus harta pusaka arwah ayahnya tapi ditolak oleh Tauke Ong
Tauke Ong meminta Haikal belajar mengurus sendiri dan mengekalkan perkhidmatan Abang Salleh dan Abang Bidin
Haikal sudah berkenalan dengan beberapa orang remaja dan paling rapat dengan Lazim

2. MALAM MINGGU
Lazim bemalam di rumah Haikal
Haikal menyediakan mi goreng yang dibeli di warung Wak Min untuk Lazim
Lazim memberitahu Haikal arwah ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa.
Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi mendapat lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.
Haikal memberitahu Lazim, Swee Hwa yang mengirim manuskrip arwah ayahnya kepadaya.

3. PAGI
Swee Hwa muncul di depan tangga rumah Haikal/arwah ayah Haikal untuk mempelawanya bersarapan di pekan bersama-sama Tauke Ong
Mereka bersarapan lontong Haji Halim yang paling sedap di daerah Batu Pahat, yang terletak di tengah-tengah kompleks perniagaan.
Tauke Lim meninggalkan Haikal dan Swee Hwa untuk bertemu Tauke Leong bagi mengambil wang.
Haikal bertanya Swee Hwa tentang keakrabannya denngan arwah ayah Haikal.
Swee Hwa memberitahu Haikal dia menjadi tempat arwah ayahnya mencurahkan kasih sayang
Haikal mengucapkan terima kasih kerana membahagiakan ayahnya.


LATAR TEMPAT

1. WARUNG WAK MIN
Haikal bertemu abang Salleh dan Abang Bidin bersama-sama Tauke Ong bagi berbincang tentang urusan kebun kelapa sawit

2. KEBUN KELAPA SAWIT
Haikal bertanya Abang Salleh dan Abang Bidin tentang kerja-kerja di kebun kelapa sawit. Mereka berdua memaklumkan kepada Haikal tentang masa tanaman semula, upah dan jumlah yang dipungut mengikut musim.
Haikal mahu mengikut mereka memotong kelapa sawit

3. TEBING /TEPI PARIT
Haikal menemani Lazim memancing ikan puyu
Lazim bercerita tentang arwah ayah Haikal iaitu arwah ayahnya ialah guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani
Lazim memancing ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket.
Haikal mendapat tahu Lazim berkerja sambilan di kilang tekstil di pekan.
Haikal gembira melihat keriangan kanak-kanak berbasikal namun hatinya sayu kerana tidak dapat merasai detik-detik itu

4.RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL
Lazim bermalam di rumah Haikal
Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampng Seri Purnama bagi mencari maklumat tentang arwah ayah Haikal
Lazim meminta Haikal mendekati Swee Hwa jika mahu pencarian kisah hidup ayahnya berjaya

5. TANGGA RUMAH HAIKAL
Usai solat subuh Haikal duduk di tangga rumah memerhati dan mendengar kicauan burung.
Swee Hwa muncul untuk memberitahu Haikal bahawa ayahnya Tauke Ong mengajak mereka bersarapan di bandar.

6. GERAI HAJI HALIM
Haikal, Tauke Ong dan Swee Hwa bersarapan lontong Haji Halim yang paling sedap di daerah Batu Pahat
Haikal bertanya tentang keakraban Swee Hwa dengan arwah ayahnya
Haikal mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana dapat membahagiakan arwah ayahnya.

LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT PETANI/USAHAWAN TANI
Haikal segera mengurus kebun kelapa sawit yang diwarisi daripada arwah ayahnya.
Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja mengambil upah menyabit kelapa sawit, menanam semula dan membersihkan kebun kelapa sawi arwah ayah Haikal

2. MASYARAKAT YANG JUJUR DAN AMANAH
Tauke Ong menyerahkan semua harta pusaka kepada Haikal seminggu selepas Haikal pulang ke Kampung Seri Purnama.

3. MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN SUKA MEMBANTU
Lazim prihatin akan konflik antara Haikal dan uminya kerana minat ayahnya di bidang sastera dan budaya lalu memberi semangat agar Haikal meneruskan hasratnya
Lazim membantu Haikal untuk mencari maklumat tentang ayahnya di balai raya Kampung Seri Purnama.

4. MASYARAKAT YANG TELAH MENGALAMI ASIMILASI BUDAYA
Tauke Ong sangat gemar makan lontong Haji Salim yang paling sedap di daerah Batu Pahat.

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 12:  RAHSIA BALAI RAYA
SINOPSIS
Petang minggu itu, Haikal dibawa oleh Lazim ke balai raya Kampung Seri Purnama. Mereka ditemani oleh Swee Hwa. Haikal dibawa ke dalam bilik bacaan yang menempatkan banyak buku, majalah dan makalah. Bilik bacaan yang diilhamkan oleh arwah ayah Haikal malah merupakan penyumbang terbesar buku-buku di dalam bilik bacaan itu. Di bilik bacaan itulah anak-anak kampung berkumpul sambil membaca buku dan majalah. Kini bilik itu diurus oleh Swee Hwa pada setiap hujung minggu.

Selepas meninjau-ninjau bilik bacaan Haikal dibawa oleh Lazim ke sudut galeri balai raya. Terkesima Haikal tidak percaya apabila melihat buku-buku yng tersimpan di dalam sebuah almari kaca ialah hasil karya ayahnya. Haikal terasa kehebatan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga dipamerkan berserta sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar arwah ayahnya. Melihat sahaja gambar-gambar itu, Haikal langsung percaya ayahnya benar-benar seorang penari zapin. Malahan menurut Lazim ayahnyalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama yang telah lama berkubur akibat sengketa sesama ahli. Lazim memberitahu Haikal, yang mungkin ada lagi ialah pemain-pemain muziknya sedangkan penari-penari zapin semuanya sudah tiada. Lazim mencadangkan agar Haikal berbincang dengan orang-orang tua di kampung itu jika mahu meneruskan hasratnya menghidupkan semula aktiviti zapin di kampung itu.

Selesai meninjau-ninjau balai raya, mereka bertiga singgah di warung Wak Min. Lazim meninggalkan Haikal dan Swee Hwa di situ kerana mahu pergi memancing. Kesempatan itu digunakan oleh Haikal bertanya tentang Aksara yang tertulis dalam manuskrip novel arwah ayahnya. Daripada Swee Hwa, Haikal mendapat tahu Aksara ialah singkatan bagi Akademik Sastera Rakyat. Satu impian ayah Haikal yang belum terlaksana; menjadikan kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Maka cerita yang dibaca Haikal dalam manuskrip itu adalah satu realiti. Arwah ayahnya mahu Swee Hwa menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal  kerana mahu Aksara direalisasikan oleh Haikal.  Betapa beratnya amanah yang terpaksa ditanggung oleh Haikal. Dalam keadaan Haikal sendiri tidak begitu arif dan masih mentah dalam dunia sastera dan kebudayaan.

Malam itu Haikal membaca catatan di dalam sebuah buku catatan lama milik arwah ayahnya. Catatan tentang tarian dan alat-alat muzik zapin. Haikal teringat akan keinginannya menonton tarian zapin. Ada seorang sahaja yang dapat membantunya; Pak Cik Bakar. Sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya kepada Pak Cik Bakar, Dia hanya mendiamkan diri. Wak Arif dan Haji Salim yang turut ada di situ membatukan diri. Akhirnya, Haji Salim bersuara, mereka menglami masalah penari zapin kerana hanya ada dua atau tiga orang yang telah tua. Pak Cik Bakar memberi jaminan untuk berbincang dengan ketua kampung. Malahan Pak Cik Bakar memberitahu Haikal betapa bersyukurnya penduduk kampung dengan kepulangan Haikal ke kampung itu.

Sedang Haikal memikirkan betapa beratnya tanggungjawab baru yang akan digalasnya. Tak semena-mena dia teringat akan uminya di kampung halamannya di Pantai Timur. Belum ada tanda-tanda uminya akan berlembut hati dengannya. Haikal tidak sekali-kali mahu melukakan hati uminya. Namun dia berasa dia juga berhak untuk menyayangi ayahnnya dan melakukan sesuatu untuk menghargai perjuangan sastera dan budaya yang diperjuangkan oleh arwah ayahnya. Haikal sering berdoa agar suatu hari nanti uminya faham akan hatinya.

Kini, baru sebulan Haikal berada di kampung Seri Purnama. Haikal mulai serasi dengan kehidupan di situ. Penduduknya amat baik dan peramah. Haikal yakin jika dia bukan anak Abdullah Kayan, dia tetap akan dilayan dengan baik. Haikal juga amat berterima kasih dengan Swee Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah ayahnya dengan lebih dekat. Swee Hwa yang diberi kepercayaan untuk menyimpan koleksi buku yang ditulis arwah ayahnya berjanji akan memberikan koleksi itu kepadanya. Haikal terasa betapa istimewanya hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya. 

PERSOALAN
1. USAHA MENGHIDUPKAN SEMULA KEBUDAYAAN BANGSA YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT
Haikal berhasrat menghidupkan semula tarian zapin jincat yang telah lama hilang di Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya dan sengketa ahli-ahli kumpulan zapin itu. 
Haikal meminta bantuan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim untuk mengaktifkan semula tarian itu .
Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung tentang hasrat Haikal mahu mengaktifkan semula zapin jincat.
Haikal meminta Lazim membantunya menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kmpung Seri Pernama

2. CITA-CITA DAN HARAPAN YANG BELUM TERCAPAI
Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayah Haikal bercita -cita menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu dengan penubuhan Aksara iaitu Akademik Sastera Rakyat, namun tidak kesampaian. Maka dia mahu Haikal merealisasikan cita-citanya. 

3. HARAPAN GENERASI TUA KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA KEBUDAYAAN BANGSA YANG HAMPIR PUPUS
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal betapa bersyukurnya penduduk kampung dengan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama. Penduduk Kampung Seri Purnama amat berharap ada golongan Muda seperti Haikal yang berminat untuk mengembalikan zaman kegemilangan sastera dan budaya di dalam kampung itu,kerana generasi yang ada sudah terlalu tua untuk bergiat aktif.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. SWEE HWA

RAJIN
Swee Hwa  mengemas bilik bacaan di balai raya kampung Seri Purnama setiap hujung minggu. Bilik itu kelihatan bersih dan kemas.

JUJUR DAN AMANAH
Swee Hwa satu-satunya anak murid arwah ayah Haikal yang diberikan kepercayaan menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayahnya.

2. HAIKAL

BERCITA-CITA TINGGI
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Dia terus  berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.

AMAT MENGHARGAI  DAN MENCINTAI DUNIA SASTERA DAN KEBUDAYAAN
Haikal amat mencintai dunia sastera dan kebudayaan. Dia amat menghargai dan mengagumi pencapaian arwahnya dalam bidang penulisan dan tarian zapin. Dia berhasrat menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

4. PAK CIK BAKAR

RASIONAL
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.



NILAI

NILAI KEMANUSIAAN
KERAJINAN
Swee Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu. Bilik bacaan tersebut bersih dan kemas. 

KEJUJURAN
Swee Hwa seorang yang jujur dan amanah. Arwah ayah Haikal menyerah-kan koleksi buku hasil penulisannya untuk dibaca dan disimpan oleh SweeHwa dan Swee Hwa berjanji akan memberi Haikal membaca buku-buku 
    tersebut.

KESUNGGUHAN
Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Dia terus  berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.

RASIONAL
Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.

KEILTIZAMAN YANG TINGGI
Haikal terus beriltizam untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama setelah melihat dan membaca pencapaian arwah ayahnya dalam sastera dan kebudayaan yang tersimpan di balai raya Kampung Seri Purnama. 
Haikal terus beriltizam untuk meneruskan agenda ayahnya yang terbengkalai iaitu merealisasikan AKSARA dan menyudahkan manuskrip yang diterimanya setelah diberitahu oleh Swee Hwa.
Haikal terus meminta Lazim dan Pak Cik Bakar membantunya menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama.


NILAI KEMASYARAKATAN

1. SEMANGAT TOLONG-MENOLONG
Lazim membantu Haikal mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya dengan membawa Haikal melihat sendiri koleksi dan pengkisahan hidup ayahnya di balai raya Kampung Seri Purnama.
Swee Hwa membantu Haikal mengenali arwahnya dengan lebih dekat dengan meminjamkan koleksi buku-buku penulisan arwah ayah Haikal yang disimpannya kepada Haikal.

PENGAJARAN
1.GOLONGAN MUDA PERLU BERUSAHA MENGHIDUPKAN KEBUDAYAAN BANGSA SENDIRI AGAR TIDAK PUPUS DITELAN MASA
Haikal segera mengajak Lazim menghidupkan semula tarian zapin jincat yang terkubur di Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya. 
Haikal mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat setelah mendapat tahu tentang kehebatan dan kesungguhan ayahnya menghidupkan tarian zapin jincat yang pernah popular di Kampung Seri Purnama.
Haikal segera bertemu Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim di warung Wak Min bagi meminta sokongan dan kerjasama mereka pada malam itu juga selepas mendapat maklumat tentang penglibatan arawah ayahnya dalam tarian zapin jincat.

LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG MINGGU DAN BALAI RAY A KAMPUNG SERI PURNAMA
Lazim dan Swee Hwa membawa Haikal meninjau-ninjau balai raya kampung Seri Purnama
Haikal melihat-lihat bilik bacaan di balai raya itu yang merupakan idea arwah ayahnya
Haikal melihat galeri pameran yang mempamerkan pencapaian arwah ayahnya dalam bidang sastera
Haikal melihat gambar arwah ayahnya berbaju Melayu Teluk Belanga bersama-sama kumpulan zapin
Di sudut pameran itu Lazim memberitahu Haikal ayahnyalah yang menghidupkan semua Kumpuln Zapin D’Purnama setelah lama terkubur.
Haikal terfikir untuk menghidupkan semula kumpulan itu setelah kembali terkubur selepas kematian arwah ayahnya.

2.PETANG DAN WARUNG WAK MIN
Haikal bertanya Swee Hwa tentang Aksara
Swee Hwa memberitahu Haikal Aksara ialah satu-satunya impian arwah ayahnya yang belum tercapai iaitu Akademik Sastera Rakyat.
Swee Hwa mengakui tujuan manuskrip diserahkan kepada Haikal bagi memenuhi amanat  ayahnya agar Haikal menyudahkan manuskrip tersebut
Haikal memberitahu Swee Hwa dia khuatir tidak dapat melaksanakan tugas yang berat itu

3.MALAM DAN WARUNG WAK MIN
Haikal menyelak-nyelak buku catatan lama milik ayahnya yang mengandungi maklumat tentang 15 jenis tarian zapin dana alat-alat muzik gambus,rebana, gendang, dok,akordian,biola dan markas.
Haikal membayangkan keharmonian irama muzik dan benar-benar mahu mendengar alunan iramanya
Haikal terus ke warung Wak Min bagi menyampaikan cadangannya kepada Pak Cik Bakar untuk menghidupkan semual tarian zapin.
Pak Cik Bakar berjanji akan mengusulkan hal tersebut kepada ketua kampung kerana menganggap cadangan haikal suatu perkara yang besar.
Haji Salim dan penduduk berasa bersyukur dengan kepulangan haikal ke kampung seri Purnama.
Haikal teringat akan adiknya Nurul Aisyah dan walid serta uminya . Haikal teringat kata-kata walid yang umi amat terkilan dengan tindakan HaiKAL


LATAR MASYARAKAT

1. GOLONGAN PENCINTA SASTERA DAN KEBUDAYAAN
Arwah ayah Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di Kampung Seri Purnama  yang telah lama berkubur .
Haikal berusah menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama setalah terkubur juga selepas kematian arwah ayahnya. Haikal segera berjumpa Pak Cik Bakar untuk menyampaikan cadangannya itu pada malam itu juga.
Di sudut pameran balai raya, Haikal berasa ayahnya benar-benar seorang yang hebat dalam dunia sastera dan budaya apabila melihat koleksi buku karya arwah ayahnya dan gambar ayahnya dalam pakaian zapin pencapaian yang dicapai oleh ayahnya.
Golongan veteran ;Wak Arif, Haji Salim dan Pak Cik Bakar yang meruapakan ahli kumpulan zapin D’Purnama amat mencintai tarian zapin jincat. Mereka memberi kerjasama kepada Haikal untuk menghidupkan semula kumpulan D’Purnama .