DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Jumaat, 29 Januari 2016

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 4 :DESAKAN HATI

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 4: DESAKAN HATI
SINOPSIS

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.

Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya

Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara  Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. 

Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.


PERSOALAN

1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK
Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal  
   berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.

Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik manuskrip yang dibacanya. 



WATAK DAN PERWATAKAN

1. Haikal
 Meminati bidang sastera
Banyak memenangi pertandingan puisi cerpen peringkat daerah dan negeri

2. Ratna 
Kawan baik Haikal


3. Umi
Ibu kandung Haikal
Pengusaha batik

4.  walid
Ayah tiri Haikal
Pengusaha batik

5. Nurul
Adik seibu Haikal

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.Keprihatinan
Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya,
Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung ayahnya.

2.Kejujuran
Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal.
Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.

NILAI KEMASYARAKATAN
1.SETIAKAWAN
Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal. Haikal Ratna sentiasa mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya. Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi semuanya.
PENGAJARAN

1.KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN MASALAH ORANG DI SEKELILING KITA.
Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah.

2. KITA MESTILAH JUJUR DALAM PERSAHABATAN
Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya


LATAR

LATAR  MASA

1. Waktu malam
Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip ayahnya yang baru selesai dibacanya


LATAR TEMPAT

1. RUMAH IBU HAIKAL
Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya pada malam itu.

2. GERAI RATNA DI PANTAI BATU BURUK
Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti sejarah hidupnya sendiri.


LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA
Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik 

2.GOLONGAN PENCINTA SASTERA
Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daeah dan negeri.


NOVEL SILIR DAKSINA BAB 5:RINDU

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 5: RINDU
SINOPSIS

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.

Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

PERSOALAN

1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG
Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya

2. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA
Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya
Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak diminatinya.





WATAK DAN PERWATAKAN
1. Haikal


PERWATAKAN

1. MATANG
Haikal memikirkan sama ada tindakannya bertanya tentang perpisahan umi dan ayahnya dianggap biadap oleh uminya.

2. TAAT
Haikal taat akan uminya.Haikal hanya menurut sahaja keputusan uminya apabila berkait dengan ayahnya. Uminya tidak membenarkan Haikal menziarahi jenazah ayahnya walaupun dirayu Haikal.

NILAI

1. NILAI KEMANUSIAAN

KASIH SAYANG
Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya.
Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.

KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahnya tujuh tahun yang lalu


2. NILAI KEMASYARAKATAN
SIMPATI
Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH
Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.


2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI
Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecil 

3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA 
Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.


LATAR

LATAR MASA

1.MALAM
Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya
Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa terpanggil untuk ke sana
Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin

2.TUJUH TAHUN LALU
Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.


LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA 
Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang

2.GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU
Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti digambarkan dalam manuskripnya.


LATAR TEMPAT

1. DI RUMAH HAIKAL
Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.
2. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan. 

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 6: SATU KETENTUAN

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI




BAB 6: SATU KETENTUAN

SINOPSIS

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, 

Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. 

Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

PERSOALAN

1. KETIDAKSESUAIAN HIDUP AKIBAT CITA-CITA YANG TIDAK SEHALUAN
Abdullah Kayan berpisah hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat menerima sikap Abdullah Kayan yang terlalu meminati dunia sastera yang dianggapnya hidup dalam khayalan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. HAIKAL

TEGAS
Haikal bertegas untuk pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai rahsia di sebalik manuskrip ayahnya walaupun uminya keras membantah

BERANI
Haikal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haikal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya.
2. UMI
Ibu kandung Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
Isteri kepada walid

TEGAS
Umi seorang ibu yang tegas. Dia tidak membenarkan langsung Haikal pulang ke kampung ayahnya.

KERAS HATI
Umi seorang ibu yang keras hati. Umi tidak mahu memberi perbelanjaan kepada Haikal jika Haikal tetap mahu pulang ke kampung ayahnya
.
PERAHSIA
Umi tidak pernah bercerita kepada Haikal tentang kisah hidupnya dengan ayah Haikal. Umi terkejut apabila Haikal mengungkit tentang tindakan umi yang menentang keputusan ayahnya untuk pulang ke kampungnya kerana tanggungjawabnya sebagai anak. 

3. WALID
Suami umi
Ayah tiri Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang

BERFIKIRAN TERBUKA
Walid memahami hasrat Haikal untuk mencari kisah hidup ayah kandungnya. Walid merestui pemergian Haikal ke Johor

BERTANGGUNGJAWAB
Berjanji membekalkan wang perbelanjaan Haikal di Johor nanti.


NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. KETEGASAN
Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mencari memori hidup ayahnya.
Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya

2. KEBERANIAN
Haikal berani mempersoalkan alasan  uminya yang tidak mahu dia pulang ke kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
NILAI KEMASYARAKATAN

1. KETANGGUNGJAWABAN
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya


NILAI KEAGAMAAN

1. KETAATAN
Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna 


PENGAJARAN

1. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA
Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.

2. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN
Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu pulang ke kampung ayahnya.

3. KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN DENGAN PERKARA YANG KITA BENCI
Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang mengalir dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .

4. . KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI KEBENARAN
Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.

LATAR
1.LATAR MASA

WAKTU PETANG
Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung arwah ayahnya. 
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk pulang ke kampung ayahnya di Johor

LATAR TEMPAT

1.GERAI RATNA
Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam esok .
Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor nanti.
Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.

2.RUMAH UMI/HAIKAL
Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup ayah kandungnya.
Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.

LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA
Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

YA ALLAH YA RABBI...AMPUNKAN DOSA KAMI

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

SINOPSIS
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

PERSOALAN

1.TEKAD DAN KESUNGGUHAN 
Haikal tekad bermusafir seorang diri ke Johor demi mencari kebenaran tentang kisah hidup ayahnya

WATAK DAN PERWATAKAN
1.UMI
Ibu kandung Haikal

PERWATAKAN 

KERAS HATI
Tidak mahu melihat pemergian Haikal ke Johor. Haikal menmandang ke arah tingkap rumah tetapi kelibat ibunya tidak kelihatan

2.WALID
Bapa tiri Hikal

PERWATAKAN

BERTANGGUNGJAWAB/BAIK HATI
Mahu menghantar Haikal ke stesen bas untuk ke Johor tetapi ditolak oleh Haikal.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.KEBERANIAN
Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.
2.KECEKALAN
Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.

NILAI KEMASYARAKATAN

1.SETIAKAWAN
Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai tugasnya di Johor.

2.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA
Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.

PENGAJARAN
1.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA
Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat ayahnya.

Kita mesti setia dalam persahabatan
Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor.
Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri
Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum berangkat ke stesen bas

LATAR
LATAR MASA

1.MALAM
Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor

LATAR TEMPAT

1.DI DALAM BAS EKSPRES
Haikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan ayahnya entah sampai bila.