DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG

Ya Allah jadilah usahaku ini satu ibadat yang Kauredai....
Ya Allah hilangkan raik, ujub dan sum'ah dalam diri......
Ya Allah jadilah ilmu yang dipinjamkan olehMU sesuatu yang memberi manafaat kepada diriku, suamiku, anak-anakku dan semua manusia dunia dan akhirat ....... AMIN

YA ALLAH JADIKAN SETIAP PERBUATANKU, SUAMI DAN ANAK-ANAK SEBAGAI IBADAT YANG IKHLAS DENGAN LIMPAHAN REDAMU......AMIN

Ya ALLAH, Ampunilah dosa kami, bantulah kami dalam menjaga Akal, Lidah, Hati dan Perbuatan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan KEMURKAAN-MU kepada kami yang sangat lemah. ILMU kami tidak sampai sebesar lubang jarum berbanding dengan lautan luas ciptaan-MU, bahkan kami selalu menurut hawa nafsu biarpun Firman-MU dan Sunnah Kekasih-MU ada dibumi-MU. Permudahkanlah segala urusan kami. Amin


YA ALLAH , SEMUGA ILMU YANG KAUPINJAMKAN INI TERSEBAR DAN DIMURNIKAN SEMULA OLEH PARA PENGUNJUNG BLOG ........ JADIKANLAH ILMU INI BERMANAFAAT BUAT RAKAN-RAKAN PENDIDIK DAN ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN.....AMIN

Sabtu, 15 Oktober 2011

PANTUN-BAHASA MELAYU2-PROGRAM JAWKHIR 2011, JOHOR

PUISI TRADISIONAL (KLASIK)

PUISI TRADISIONAL TINGKATAN 4

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
                                                                                   

PANTUN EMPAT KERAT(BUDI)
Terang bulan terang di paya,
            Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
            Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
            Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
            Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
            Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
            Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
            Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
            Sebagai hutang seribu tahun.


Anwar Ridhwan  (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Soalan:  Set 1

  1.  Berikan maksud  nama yang baik tidak tersebut.                             [2 markah]

  1. Pada pendapat anda, apakah kebaikan berbudi  akan sentiasa disanjung tinggi?                                                                                             
                                                                                                           [3 markah]

  1.  Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.            [4 markah]


Skema Set 1:
1.      Maksud:
Seseorang yang melakukan kebaikan/kebajikan tidak akan dilupakan/akan dikenang/disebut-sebut/diingati

2.      Pendapat:
-Dipandang mulia dalam budaya masyarakat Malaysia
-Dapat  membantu menyelesaikan pelbagai masalah
-Mendapat pahala
-Mengeratkan hubungan sesama manusia
-Disukai orang lain

3.      Pengajaran:
Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain
                  Kita perlulah bersikap ikhlas dalam menghulurkan bantuan                    
                  Kita wajarlah menjauhi sifat suka mementingkan diri sendiri  
                  Kita hendaklah menghormati orang yang suka berbudi dalam masyarakat
                  Kita hendaklah mengenang budi dan berazam untuk membalas budi baik
                  seseorang


Soalan:  Set 2

  1.  Berikan maksud rangkap dua pantun di atas.  
[2 markah]

  1. Pada pendapat anda, apakah bentuk sumbangan yang dapat  kita hulurkan kepada masyarakat?                                                                                        [3 markah]     

  1. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini.                [4 markah]


Skema  Set 2:
1.      Maksud:
Sudah menjadi adat manusia/resam/lumrah dunia, orang yang baik akan dikenang walaupun sudah meninggal dunia
Orang yang berjasa/berbudi akan meninggalkan nama yang baik selepas meninggal dunia 
                    
2.      Pendapat:
-Tidak mengganggu ketenteraman orang lain/masyarakat sekitar
-Sentisa memberikan kerjasama dalam kerja-kerja amal di kawasan tempat  
  tinggal
-Menghulurkan bantuan  sama ada tenaga atau material kepada mangsa-
  mangsa  musibah/bencana alam
-Mencurahkan ilmu kepada masyarakat sekitar
-Menderma
-Menyumbangkan tenaga/menjadi jurulatih dalam kegiatan sukan

3.      Persoalan:
-Budi sangat berharga dalam masyarakat
                  -Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang walaupun sudah meninggal dunia
                  -Budi seseorang tidak akan dilupakan begitu sahaja
.     
   

Soalan:  Set 3

  1.  Nyatakan dua kelebihan orang yang berbudi dalam pantun di atas.  
[2 markah]

  1. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak mementingkan amalan berbudi?
[3 markah]

  1. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini.              [4 markah]


Skema Set 3:
1.      Dua kelebihan:
-Namanya disebut-sebut/dikenang
-Meninggalkan nama yang baik setelah meninggal dunia
-Namanya disanjung walaupun budinya sedikit
-Orang yang makan budi akan terasa seperti berhutang sepanjang hidup
                      
2.      Pendapat:
-Mereka mampu  menyediakan semua keperluan untuk diri dan keluarga
-Mereka mendapatkan pertolongan daaripada sesuatu pihak dengan cara
  membayar upah
-Mereka lebih memikirkankan status/taraf untuk memohon pertolongan/budi
 daripada orang lain
-Mereka lebih bersikap keakuan/mementingkan diri sendiri

3.  Nilai-nilai murni:
-Baik hati : sudi menghulurkan pertolongan terutama kepada orang yang
  memerlukannya. 
-Keikhlasan: membantu/memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.
-Mengenang budi : sentiasa mengingati budi yang ditaburkan dan cuba  
  membalasnya.



Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PANTUN EMPAT KERAT
     (JENAKA DAN SINDIRAN)
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
            Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
            Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
            Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
            Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
            Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
            Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
            Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
            Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
            Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



Soalan Set 1:

  1. Nyatakan dua perkara ganjil yang terdapat  dalam pantun  ini.                  [2 markah]

  1. Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih isteri berdasarkan kecantikan semata-mata?                                                                     [3 markah]                                                                          

  1. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini?                 [4 markah]


Skema Set 1:
1.         Dua perkara ganjil:
     -ikan kering lagi ketawa
     -tupai membaca kitab
     -duduk termenung harimau tua
     -kambing mencabut janggut
     -ikan memanjat kayu
     -burung terbang disambar ikan.

2.         Pendapat:
-kebahagiaan rumahtangga tidak kekal lama
-urusan rumahtangga akan terabai
-asuhan anak-anak tidak sempurna
-suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja


         3.    Persoalan:
                  -Tanggungjawab isteri yang utama adalah menguruskan rumah tangga  
                      seperti memasak.          
                   -Sikap sesetengah orang yang tidak berilmu/tidak mahir dalam sesuatu
                    bidang   tetapi ingin menunjukkan kepandaiannyanakan diketawakan
                     orang
                   -Sesuatu pihak/pemimipin yang sebelum ini berkuasa tetapi telah hilang
                    kuasanya menyebabkan rakyat/orang bawahan akan berasa bebas/lega.
                  - Keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah tetapi mampu
                    melakukan  sesuatu yang mengagumkan,


Soalan Set 2:

  1.  Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas                             [2 markah]

  1. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini?             [4 markah]
                      
  1. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini?              [4 markah]

Skema Set 2:
1.      Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak memadai jika tidak pandai memasak

            3.    Pengajaran:
                   -Kaum wanita hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam menguruskan
                    rumahtangga   
                   -Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang
                      jika ingin menunjukkan kepandaian agar tidak mendapa 
                    malu/dipandang rendah  
                   -Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang
                    yang lemah kerana mungkin suatu hari mereka akan mengatasi kita
                   -Kita hendaklah menghormati pihak lain walaupun mereka golongan
                    rendah/ golongan bawahan.
               

            3.     Dua nilai:
                   -Kebijaksanaan-isteri yang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga
                   -Merendah diri- merujuk kepada mereka yang lebih arif dan tidak
                     menunjuk-nunjuk sesuatu perkara yang bukan dalam
                       kepakaran/kemahiran kita 
                   -Keyakinan diri-sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri supaya
                        kita  tidak dipandang rendah oleh orang lain. 
                   
                   
Pantun Lapan Kerat (Set 1)
Buat bangsal di tengah hutan,
          Tebaslah hutan buat halaman,
                        DI tepi halaman menanam kubis,
                                    Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
           Itulah tanda tuan beriman,
                        Tidak patah digoncang iblis,
                                     Akhirnya tuan menang berjaya.


Ikan teluk parang-parang,
             Anak ketam disangka lelabi,
                         Berburu musim tengkujuh,
                                      Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
              Cucu  Adam sepaian nabi,
                          Turun dari langit ketujuh,
                                       Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
              Paku jatuh patah dua,
                          Menjadi riuh orang di darat,
                                        Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
              Kerana lalai rosak binasa,
                           Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                                         Bahasa ibunda hina terbiar.


Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1.  Apakah akibat jika kita bersikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas?
                                                                                                                            (2 markah)
2. Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam
    membimbing manusia ke jalan yang benar. Pada pendapat anda apakah masalah-masalah 
   yang mungkin dihadapi
    .                                
                                                                                                                               (3 markah)

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas
                   
                                                                                                                               (4 markah)
Pantun Lapan Kerat (Set 2)
Buat bangsal di tengah hutan,
          Tebaslah hutan buat halaman,
                        DI tepi halaman menanam kubis,
                                    Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
           Itulah tanda tuan beriman,
                        Tidak patah digoncang iblis,
                                     Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
             Anak ketam disangka lelabi,
                         Berburu musim tengkujuh,
                                      Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
              Cucu  Adam sepaian nabi,
                          Turun dari langit ketujuh,
                                       Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
              Paku jatuh patah dua,
                          Menjadi riuh orang di darat,
                                        Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
              Kerana lalai rosak binasa,
                           Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                                         Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1.  Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita perolehi jika kita mengamalkan sifat sabar.
                                                                                                                                       (2 markah)

2. Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
    Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi
    ini?
                                                                                                                                                    (3 markah)
3. HUraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun di atas.
                                                                                                                                                    (4 markah)
Pantun Lapan Kerat (Set 3)
Buat bangsal di tengah hutan,
          Tebaslah hutan buat halaman,
                        DI tepi halaman menanam kubis,
                                    Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
           Itulah tanda tuan beriman,
                        Tidak patah digoncang iblis,
                                     Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
             Anak ketam disangka lelabi,
                         Berburu musim tengkujuh,
                                      Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
              Cucu  Adam sepaian nabi,
                          Turun dari langit ketujuh,
                                       Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
              Paku jatuh patah dua,
                          Menjadi riuh orang di darat,
                                        Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
              Kerana lalai rosak binasa,
                           Kebudayaan Timur dinodai Barat,
                                         Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

i.  Apakah factor-faktor yang menyebabkab negara menjadi rosak binasa?
                                                                                                                                       
                                                                                                                                  (2 markah)
ii. Rangkap ketiga pantun di atas memaparkan kebudayaan dan bahasa kita telah tercemar. Pada
    pandangan anda, bagaimanakah caranya kita menjaga  kebudayaan dan bahasa kita agar tidak
    tercemar?
                                                                                                                                    ( 3 markah)
iii. Huraikan tema pantun ini.
                                                                                                                                    (4 markah)





Skema jawapan

Set 1 (Pantun Lapan Kerat)

1. Akibat sikap lalai
    …bumi/tanah pusaka/negara musnah
    …kebudayaan timur tercemar/dinodai barat
    …bahasa ibunda terbiar/terabai


2. Masalah-masalah yang dihadapi
    … lemah iman/mudah terpengaruh/lalai
    …kurang sokongan/kerjasama masyarakat
    …pengaruh persekitaran
    …Kesuntukan masa/sibuk

3. Dua persoalan
   …tanggungjawab terhadap bahasa, budaya & negara
  …ketabahan menghadapi  kehidupan
 … kepentingan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi


Set 2 (Pantun Lapan Kerat)


1. Kebaikan sifat  sabar
    …tidak mudah dipengaruhi iblis
    …mampu mencapai kejayaan
  

2. Perkara yang harus dilakukan sebagai khalifah Allah
    …berusaha menjaga tingkah laku/peribadi
    …menyedarkan/menasihati orang lain agar tidak melakukan perkara yang tidak baik
   … membantu mereka yang lemah/yang memerlukan bantuan



3. Dua nilai
    …Kesabaran – sabar dalam menhadapi dugaan atau keadaan yang tidak baik
   …kegigihan – gigih berusaha dalam mencapai kejayaan
   …bertanggungjawab –bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan sebaik-
      baiknya





Set 3 (Pantun Lapan Kerat)

1. Sikap yang menyebabkan negara musnah
    …lalai terhadap budaya sendiri
    …memandang tinggi/menyanjung budaya barat

2. Cara menjaga kebudayaan & bahasa
   … menyanjung tinggi budaya & bahasa sendiri
   …mengamalkan budaya & bahasa ibunda
  …tidak mudah dipengaruhi budaya & bahasa asing
  …peka terhadap pengaruh luar
 … menimbang/memikirkan baik buruk sesuatu budaya asing sebelum mengamalkannya

3. Tema pantun
…Tanggungjawab terhadap diri sendiri, bahasa, budaya dan negara – Kita bertanggungjawab
   Sebagai khalifah Allah untuk menjaga diri sendiri, bahasa, budaya & Negara agari tidak
  tercemar
























Pantun Enam Kerat (Set 1)

Putik kelapa menjadi muda,
       Kelapa muda menjadi kemirau,
               Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
       Rasa pedih buat tak hirau,
              Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
       Galah pendek buluh sumpitan,
               Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
       Sudah takdir sudah suratan,
               Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
        Gelama tidak berumpan lagi,
               Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
         Yang lama tidak berkenan lagi,
               Ibarat melukut di tepi gantang.

 Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Berikan maksud ibarat kaca jatuh ke lantai.
                                                                                                           [2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah faedah jika kita tidak menyalahkan nasib apabila sesuatu
    perkara buruk menimpa kita?
                                                                                                           [3 markah]

3. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas.
                                                                                                                                  [4 markah]





Pantun Enam Kerat (Set 2)

Putik kelapa menjadi muda,
       Kelapa muda menjadi kemirau,
               Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
       Rasa pedih buat tak hirau,
              Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
       Galah pendek buluh sumpitan,
               Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
       Sudah takdir sudah suratan,
               Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
        Gelama tidak berumpan lagi,
               Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
         Yang lama tidak berkenan lagi,
               Ibarat melukut di tepi gantang.

 Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010



1.Apakah yang menyebabkan watak dalam pantun di atas bersedih?
                                                                                                                  [2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh seseorang
   Bagi menghilangkan rasa sedih akibat putus cinta?
                                                                                                                 [3 markah]

3. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.        [4 markah]






Pantun Enam Kerat (Set 3)

Putik kelapa menjadi muda,
       Kelapa muda menjadi kemirau,
               Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
       Rasa pedih buat tak hirau,
              Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
       Galah pendek buluh sumpitan,
               Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
       Sudah takdir sudah suratan,
               Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
        Gelama tidak berumpan lagi,
               Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
         Yang lama tidak berkenan lagi,
               Ibarat melukut di tepi gantang.

 Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Beri maksud rangkap ke tiga pantun di atas?
                                                                                                          (2 markah)

2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu
    mereka yang menghadapi masalah putus cinta?
                                                                                                         (3 markah)

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
                                                                                                           ( 4 markah)

                                                                                                                                    



Skema jawapan

Set 1 (Pantun Enam Kerat)


1.  maksud…perasaan yang sangat sedih

2. Faedah
   ….supaya tidak mudah berputus asa
   … akan sentiasa berfikiran positif
  … akan sentiasa mencari jalan menyelesaikan masalah

3. Dua pengajaran
   …Kita hendaklah bersikap rasional dalam menangani masalah percintaan agar tidak mengganggu masa   
      hadapan hidup kita
…Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup seperti ditinggal kekasih
…Kita hendaklah bertanggungjawab atas segala masalah yang menimpa diri sendiri dan tidak
   menyalahkan orang lain        

Set 2 (Pantun Enam Kerat)

1.  Watak  bersedih kerana
     …putus cinta
     …ditinggalkan kekasih

2. Tindakan wajar dilakukan
    …cuba menerima dugaan secara positif/menerima takdir
    …meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai/kaunseling
   … elakkan diri bersendirian
   … melancong/bersiar-siar
   …berdoa kepada tuhan

3. Dua nilai murni

    ….bertanggungjawab – bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup kita

   …ketabahan – tabah menghadapi dugaan dalam percintaan/hidup

  … rasional – menerima dugaan walaupun pahit




Set 3 (Pantun Enam Kerat)


1.Maksud :
     …setelah mendapat kekasih baharu, yang lama ditinggalkan/dipinggirkan / tidak dipedulikan


2. Langkah untuk membantu
    …memberi nasihat/motivasi agar tabah menerima dugaan hidup
   … membawa berjumpa guru kaunseling/kaunselor
  … mengajak bersiar-siar/melancong/ berhibur bagi melupakan masalah 
  …mengajak mereka mendekatkan diri dengan tuhan

3. Dua persoalan
    …kepedihan/kesedihan hati kerana kehilangan orang yang dicintai
   …ketabahan menerima takdir hidup
  …bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup



 ____________________________________________________________ 



                                                                                                         


1 ulasan: